Ahad, 7 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Blogger Umno dakwa Azmin Ali bakal jadi MB Selangor yang baru

Posted: 06 Oct 2012 09:11 PM PDT

KEBELAKANGAN ini blogger United Malays No Otak, Umno sibuk menyebarkan cerita kononnya Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali mahu merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.



Tapi dalam masa yang sama, Utusan Malaysia bersumberkan blog lucah Papa Gomo yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua minggu (kes rasuah) menyiarkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat dan meletakkan Azmin Ali sebagai Menteri Dalam Negeri.



Nampaknya mereka tersepit di antara dua propaganda. Mereka cuba melaga-lagakan Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam masa yang sama mereka mahu rakyat percaya bahawa Kabinet Pakatan Rakyat bersifat "nepotisme".

Salah seorang yang percaya dengan Kabinet Bayangan ciptaan Utusan Syaitan dan Papa Gomo ini ialah Shahrizat Jalil yang mengkritik kabinet bayangan ciptaan mereka sendiri kah kah kah...

Rujuk sini [Utusan Syaitan]

ReJaM© "Cipta propaganda pun hancur tanda BN hampir berkubur... "

Bapa saudara Sultan Terengganu sertai Parti Islam, PAS

Posted: 06 Oct 2012 05:23 PM PDT

BAPA saudara Sultan Terengganu, menyerahkan borang untuk menyertai Parti Islam, PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Himpunan Kebangkitan Rakyat, PGU (PAS ganti Umno) kali ke 5.



Penyerahan borang oleh Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu turut disaksikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam, PAS.

Kerabat diraja itu pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990-1995 mewakili Parti Semangat 46/Angkatan Perpaduan Ummah (APU)

Apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996, beliau telah kembali semula ke Umno Kini beliau kembali untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat.

ReJaM© "Selamat datang, selamat berjuang... "

Sumber gambar: Omakkau

Tiada ulasan: