Blog-list Malaysia |
- Lawak Paling Gila Dari Sabah
- Mamat ni nak serang Anwar lagi..
- Kenduri Ali Rustam Round Ke-2.. Hotel 5 Bintang Pulak..
- PANAS - Kerabat DiRaja Terengganu Sertai PAS
- Gila Babi Punya Bodek..
- Ramainya Hulubalang Ali Rustam...
Posted: 06 Oct 2012 11:51 PM PDT Tiga Naib Presiden UMNO terima pingat paling tinggi serentak Saudara Pengarang, SATU sejarah dunia telah tercatat minggu lalu (sebelum anugerah kelmarin) iaitu penganugerahan serentak untuk Tiga Naib Presiden UMNO, pingat paling tinggi dan dihormati iaitu Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.G.D.K). Belum pernah mana-mana kerajaan negeri di Malaysia yang sebegitu pemurah menganugerahkan pingat tertinggi serentak kepada tiga pemimpin sebuah parti politik, lebih-lebih lagi kerajaan negeri Sabah di bawah teraju UMNO. Rakyat Sabah tertanya-tanya apakah jasa besar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO ini sehingga layak menerima pingat tertinggi Sabah sedangkan selama perkhidmatan mereka mendatangkan banyak masalah kepada Sabah terutama jawatan yang mereka sandang dalam Kabinet Malaysia. Agak melucukan bagi sebuah negara yang Suruhanjaya Pencegah Rasuahnya tidak langsung menganggap penganugerahan pingat kebesaran negeri kepada pihak yang berkepentingan sebagai salahguna kuasa sehingga Pegawai Kanan SPRM sendiri turut menerima pingat; walaupun bukan rahsia lagi SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap pemimpin kerajaan Sabah. Sebelum ini, Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Latifah Md Yatim dan beberapa Pesuruhjaya SPRM menerima Pingat Kebesaran Negeri Sabah tanpa segan silu sehingga rakyat Sabah yang sebelum ini digembar-gemburkan dengan siasatan SPRM, tiba-tiba terkejut kerana siasatan diberhentikan tanpa sebab. Tindakan pemurah Kerajaan Negeri Sabah ini semakin ketara apabila Ketua Pemuda UMNO Sabah, Awang Kadin Tang yang dikaitkan dengan Skandal Sarang Burung di Gomantong sejumlah RM7 juta turut menerima pingat P.G.D.K yang membawa gelaran 'Datuk'. Oleh itu tidak hairan jika Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh mengembalikan semula pingat kebesaran yang beliau terima di era PBS kerana kecewa dengan senario yang berlaku. Kerajaan Sabah patut mengikuti contoh penganugerahan pingat negeri Sarawak dan Pulau Pinang yang terlalu ketat menganugerahkan pingat kepada bakal penerima sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang pun belum menerima pingat 'Datuk' kerana kata Lima Guang Eng, pingat negeri hanya khas untuk mereka yang berjasa kepada negara seperti Datuk Lee Chong Wei. Tidak seperti pingat kebesaran Sabah diberikan kepada 'lanun' dari Labuan, malah isteri TYT yang langsung tidak menyumbang jasa kepada negeri ini kerana belum setahun jagung bersinggah sana di Istana Negeri. Apakah ini tanda-tanda Kerajaan Negeri Sabah akan jatuh pada PRU-13 sehingga berebut-rebut mendapatkan pangkat termasuk isteri TYT? Salam Hormat, MOHD DANIAL ADULLAH |
Mamat ni nak serang Anwar lagi.. Posted: 06 Oct 2012 09:57 PM PDT DIA DAN GENG TIBAI NYA NAK SERANG ANWAR LAGI ! terutama di kubu kuat Pakatan Rakyat ! Tidak perlu diperkenalkan lagi! masyarakat umum dah tahu ! Si mamat ini memang seorang manusia angkuh, kaki temberang, lidah celupar, dan mulut bau longkang ! Diperingkat awal dulu, beliau bersama Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim dan beberapa nama lagi, ikhlas berjuang bersama DS Anwar dalam PKR, tetapi berpaling tadah kerana lebih pentingkan perut dan habuan. Oleh kerana merasa diri mereka lebih cerdik dari Anwar, mereka sanggup bernaung semula dibawah Umno sebuah parti yang telah dilebel sebagai parti tong najis ! Oleh kerana setelah melompat dari parti najis, dan najis di badan tak mampu di bersihkan, maka mereka lebih rela terjun semula kedalam tong najis ! Menjadi khadam dan balaci kepada Najib pun tak apa, janji poket berisi !. Keceluparan dan kebusukan mulut si mamat ini terserlah apabila beliau pernah mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul 'Am PAS adalah seorang ulamak P_ _ _MAK ! Begitulah berani, biadap dan kurang ajarnya mulut cucu Allahyarham Tun Ghafar Baba ini. Orang jahil pun takkan sanggup berkata begitu, jadi sudah tentu beliau telah meletakkan dirinya lebih jahil dari si jahil. Bagi si mamat ni untuk untuk memburuk-burukkan DS Anwar bukanlah perkara yang sukar. Maka dalam suasana PRU 13 yang semakin hampir ini,, inilah peluang terbaik untuk mencari imbuhan dan mengisi temolok! Berbuat baiklah kepada UMNO khususnya kepada PM yang bernama Najib. Serang dan busukkan DS Anwar semahu-mahunya!, pasti ada habuan! Dengan kemegahan melantik diri sendiri sebagai Mursyidul 'Am sebuah NGO bernama TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim), semalam mereka mengadakan ceramah khas di Ampang bermatlamat memburuk-burukkan Anwar. Tetapi khabarnya sambutan teramat-amat lah hangat !!, penuh dengan lautan kosong manusia ! Ada le dalam 500 orang !! Kah! kah! kah! "Kami mahu orang ramai berwaspada dengan Anwar…kami telah menceritakan pengalaman kami bersama pemimpin pembangkang itu kepada orang ramai. Tidak ada orang yang lebih mengetahui Anwar selain kami. Kerana kami pernah berjuang bersama dalam PKR. Kami mengetahui semuanya mengenai Anwar," kata Ruslan. Kah! kah! kah! sekali lagi,,, Jadi, maknanya kalian mendakwa yang kalian adalah dari gulungan orang bijak- bijak? kerana memilih untuk meninggalkan Anwar? Manakala TG Haji Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat adalah gulungan orang bodoh kerana tidak mengikut seperti apa yang kalian buat? Kalian yang bodoh sebenarnya! Wahai Ruslan Kasim, Zahid dan rakan-rakan kalian yang hipokrit dan gilakan kebendaan ! Kalau di zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dulu, kalian ni sama macam Si Kitol,.. nak tahu siapa si Kitol? cari maklumat atau buku dan baca sendiri. Dan sebagai tambahan, baca juga sejarah Dato' Mandeliar dan Patih Karma Vijaya !! Kebusukan hati mereka sebijik macam hati-hati kalian! Akhir sekali penulis nak tanya,,Yang meninggalkan Anwar dan PKR ( termasuk kalian) berapa ramai? Ada 50 orang? Ada 100 atau 1000 orang? Rasanya boleh dibilang dengan jari !! Yang masih setia bersama Anwar pula berapa orang? Tentu lebih dari ratusan ribu,, sebab itu Anwar dan partinya berjaya mengusai negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bersama parti gabungannya ! Mata kalian buta? Telinga kalian pekak? Kalian tak tahukah itu semua? Jadi orang ramai nak percaya siapa? Kalian yang berhati busuk? atau Anwar pemimpin yang baik dan tawaddhuk ! Oleh : rahimothman |
Kenduri Ali Rustam Round Ke-2.. Hotel 5 Bintang Pulak.. Posted: 06 Oct 2012 06:02 PM PDT Kali ini difahamkan Ali Rustam malam tadi telah membuat jamuan yang lebih mewwah dan "grand" yang dikhususkan untuk para pemimpin negara disebuah hotel bertaraf 5 bintang. Minggu sudah diberikan kepada rakyat biasa. Kini dia jamu untuk rakyat yang bergelar VVIP dan sebagainya. Diadakan disebuah hotel 5 bintang dengan para jemputan seramai lebih kurang 900 tetamu. Najib Razak dan Rosmah Mansor adalah diatara tetamu VVIP yang dijemput. Kalau untuk rakyat biasa beliau belanjakan kira-kira RM600,000...Yang ini berapa pula harganya?.. Paling kokak pun RM100 satu kepala.. Rupa-rupanya lagi rakyat marah lagi dia tunjukkan keangkuhannya si Ali Rustam ini. Inilah dinamakan KEANGKUHAN KUASA... Cukup angkuh dan sombong bila dah lama memegang tampuk kuasa. http://omakkau.blogspot.com/2012/10/jamuan-perkahwinan-anak-ali-rustam.html |
PANAS - Kerabat DiRaja Terengganu Sertai PAS Posted: 06 Oct 2012 05:04 PM PDT Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46. Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno Selain beliau,turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman ,Datuk Omar Abu Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim ~tintahijau |
Posted: 06 Oct 2012 07:43 AM PDT Kata Ibrahim Ali penakut yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim sebabnya Anwar sanggup terbang ke Paris ketika sesi perbahasan bajet sedang berlangsung. Kata dia lagi.. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap kerana sebagai pemimpin kerajaan, Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi. Ibrahim juga menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen. Dah jadi Pembantu Khas kepada Najib pulak ke Ibrahim Ali nie?.. he..he.. Takut tak dipedulikan terus oleh Najib terpaksalah dia mempertahankan Najib seolah-olah dia adalah Pembantu Khas Najib sedangkan tidak adapun pemimpin UMNO/BN yang lain mempertahankan Najib yang dianggap sebagai pengecut oleh Anwar Ibrahim.. Sumber - MAE |
Ramainya Hulubalang Ali Rustam... Posted: 06 Oct 2012 05:08 AM PDT Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron tampil membela Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam kontroversi membabitkan perkahwinan anak lelaki beliau di Melaka baru-baru ini. Menurutnya, Ali dikenali rakyat sebagai pemimpin yang akan memenuhi setiap jemputan rakyat baik majlis kahwin atau kematian. Justeru, penganjuran majlis kahwin anak lelaki Ali dengan kehadiran ramai rakyat adalah sebahagian daripada amalan ketua menteri itu yang akrab dengan rakyat. Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari. "Dalam adat Melayu Melaka, adalah wajib memenuhi undangan dan apabila orang hadir ke majlis kita dan menyumbang, itu diistilahkan 'menanam'. "Kita wajib membalasnya apabila tiba masa mereka mengundang kita pula. Jika orang tak minat, jemput sejuta orang pun tetamu tak datang. "Saya tidak lihat majlis ini sebagai kontroversi tetapi kebahagiaan antara pemimpin dan rakyat atas ikatan tulen yang dibina sekian lamanya," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang kebiasaanya dilihat berani mengkritik Umno dari dalam turut mengambil pendirian mempertahankan Ali. Menurutnya isu itu dipolitikkan DAP Melaka yang tidak faham adab Melayu yang tidak mempersoalkan majlis perkahwinan terutamanya jumlah tetamu atau perbelanjaan. "Yang peliknya pemimpin bukan Melayu seperti DAP yang suka buat isu. "Pembangkang akan bangkang dan politikkan apa-apa sahaja isu jika babitkan pemimpin Melayu untuk alih sokongan rakyat," katanya. http://www.malaysiakini.com/news/210958 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan