MiLo SuaM |
Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat Posted: 26 Oct 2012 03:41 PM PDT HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi. Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu. Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil. NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan. Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain. Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli. Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat. ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa. Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat. RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno? Sent from my BlackBerry® |
Pesawat batal lagi, para penumpang tersadai di Airport Kota Kinabalu Posted: 26 Oct 2012 02:34 PM PDT DIFAHAMKAN, pesawat yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke beberapa destinasi dibatalkan lagi penerbangannya semalam. Ramai penumpang yang tersadai di sana. Menurut koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa yang turut berada di tempat kejadian, beliau terpaksa bermalam di Kota Kinabalu kerana pesawat Air Asia yang dijadual menerbangkannya ke Kuala Lumpur, sekali lagi dibatalkan. Kos penginapan terpaksa ditanggung sendiri, malah menurutnya pihak Air Asia langsung tidak mempedulikan nasib para penumpang yang menjadi mangsa. Malah seteguk air minuman pun tidak diberikan apatah lagi tempat penginapan. Ini merupakan kali kedua pembatalan pesawat beliau yang dijadualkan berlepas sebelum Hari Raya Aidil Adha kelmarin. Fariz betul-betul kecewa, sudahlah tidak dapat berhari raya bersama keluarga, terpaksa pula menanggung kos penginapan yang mahal gara-gara pengurusan yang lembab. Menurut Fariz lagi, beliau terpaksa beratur lebih 2 jam untuk menukar tiket gara-gara penerbangannya kelmarin dibatalkan. Namun semalam penerbangannya sekali lagi dibatalkan. Kita tunggu khabar berita dari beliau hari ini, adakah pesawat beliau akan dibatalkan lagi atau sebaliknya. Sent from my BlackBerry® |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan