Sabtu, 27 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives

Posted: 27 Oct 2012 01:01 AM PDT


CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil 'bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO

Saksikan video di bawah

Tindakan Polis Geledah Rumah Tanpa Waran Adalah Salah

Posted: 26 Oct 2012 11:04 PM PDT

Sentul - Seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis selepas rumahnya diserbu oleh beberapa individu yang mengaku sebagai polis.

Mangsa, Soh Jo Nian, 25, berkata, dalam kejadian jam 1 petang pada 22 Oktober lalu, pintu jeriji rumah turut dipecahkan sebelum kumpulan terbabit menggeledah di dalam rumahnya.

Menurutnya, seorang daripada individu terbabit menunjukkan kad kuasa kononnya mereka adalah anggota polis untuk mengarahkannya membuka pintu.

"Saya tidak mahu buka pintu menyebabkan seorang daripadanya memotong mangga pintu dan menerjah masuk ke dalam dan menggeledah di dalam dua bilik tidur tanpa sebarang bukti atau waran yang menunjukkan mereka adalah benar-benar anggota polis," katanya kepada pemberita semalam.

Jo Nian berkata, setelah gagal menemui apa yang dicari, kumpulan itu pergi begitu sahaja dan enggan memberikan identiti masing-masing ketika dipinta.

"Mereka tengking saya bila saya banyak tanya, malah mereka juga tidak benarkan saya membuat sebarang panggilan telefon," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal bersama adik perempuan berusia 17 tahun manakala kedua ibu bapanya tiada di rumah.

"Apa yang berlaku benar-benar membuat kami sekeluarga trauma malah tindakan individu yang mengaku polis itu menggeledah rumah membuatkan kami terpaksa menanggung malu dengan jiran," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir pada sidang media yang sama berkata, jika benar individu terbabit adalah anggota polis tindakan menggeledah tanpa waran di kediaman mangsa itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Prosedur Kanun Acara Jenayah (Pindaaan 1999).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan yang dibuat mangsa.

Isu air: NGO Solidariti Hijau Sokong Kerajaan Selangor

Posted: 26 Oct 2012 09:07 PM PDT


Shah Alam - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.

Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.

"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih dahulu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.

"Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa terharu dan berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan Solidariti Hijau ini.

"Sokongan ini bagaikan suntikan motivasi kepada Kerajaan Negeri agar terus berusaha merakyatkan ekonomi dan jika kita diberi peluang dalam pilihan raya akan datang kita akan merakyatkan ekonomi negara," katanya ketika sidang media, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri komited mendahulukan kepentingan rakyat dan terus memberi sumbangan kepada rakyat.

"Jika kita berjaya membolosi rintangan ini, tidak mustahil kita dapat pecahkan banyak lagi tembok lain," katanya.

Dalam majlis sama, satu deklarasi air juga disampaikan kepada Menteri Besar sebagai tanda sokongan padu Solidariti Hijau terhadap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan air percuma. -SH

Kamera AES Tumbang Lagi!

Posted: 26 Oct 2012 06:21 PM PDT


Kalau dua atau tiga hari lepas Sebuah kamera AES (Automated Enforcement System) dilaporkan tumbang setelah dilanggar seorang pemandu yang terkejut akan silauan flash kamera tersebut, ini pula mengenai sebuah lagi AES.

Menariknya hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba saja kamera yang ditempatkan di salah satu lokasi di sepanjang lebuhraya menghala ke Utara Semenanjung dirakamkan dalam keadaan hampir rebah.

Gambar di atas berjaya dirakamkan oleh salah seorang rakan Pulakdah yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Pulakdah, ada kemungkinan ia dilanggar ataupun dijatuhkan.

Peragut Rentap Beg Tangan Pelajar Diberkas

Posted: 26 Oct 2012 03:31 PM PDT


Kuala Lumpur : Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.

Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.

Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut – Kosmo.

Lembu Korban Kena Curi

Posted: 26 Oct 2012 07:08 AM PDT

Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.

Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis,l embu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.

Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit

Pelajar Buang Bayi Ke Dalam Sungai

Posted: 26 Oct 2012 04:29 AM PDT

ZULL AZNAM (kanan) membawa mayat bayi perempuan yang dipercayai dibuang dua remaja di Sungai Berembang, Simpang Empat, Kangar semalam.

Kangar – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.

20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

"Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

"Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang," katanya kepada pemberita di sini semalam. -Kosmo

Tiada ulasan: