Selasa, 23 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Mengapa saya menyediakan kek di program "Santai bersama Kak Wan"

Posted: 22 Oct 2012 04:32 PM PDT




PERTUMBUHAN kadar jenayah di zaman ekonomi yang tidak menentu kala ini didorong oleh jurang pendapatan yang ketara serta kurangnya keprihatinan terhadap masyarakat. Acara penyediaan kek ini menunjukkan tindak balas dan respons kita, khususnya terhadap perkara kurangnya prihatin.

Dewasa ini, samada mereka merasakan tiada apa yang boleh membantu keadaan ini, atau bahawa tiada yang peduli membawa kepada rasa bahawa mereka juga tidak perlu mengambil berat.

Kita mulakan keprihatinan dengan mengenali antara satu sama lain, dan acara ini diharapkan dapat membantu dengan membawa bersama ibu-ibu seperti saya yang mendambakan kehidupan kita di Malaysia ini menjadi lebih baik dan lebih selamat.

Terdapat berbagai kes jenayah yang melanggar batas norma kerana masih terdapat sikap acuh tidak acuh di kalangan komuniti. Bersama kumpulan ini, kita menghantar pesanan bahawa kaum ibu juga mempunyai keprihatinan di mana kita bukan sekadar melihat tapi sedia dan mampu untuk bertindak.

Tindakannya adalah mudah dan ringkas. Antaranya adalah sentiasa memerhati dan prihatin terhadap situasi di kejiranan, berpesan pesan sekiranya ada jiran yang meninggalkan rumah untuk urusan atau bercuti dan berkongsi tips-tips keselamatan bersama serta keterlibatan daripada pihak berkuasa.

Acara ini diharapkan dapat memberi galakan kepada yang hadir bahawa mereka tidak keseorangan serta mereka mesti bertindak dan mendorong yang lain untuk mula bertindak kelak.

Inilah hasrat kami untuk membina komuniti prihatin dalam " Ibu Malaysia Menentang Jenayah " (https:://www.facebook.com/mumsXcrime)

Satu tindak balas yang berkesan untuk kes jenayah adalah penyertaan secara meluas tentang komuniti persekitaran. Inilah usaha serta pendekatan kita.


DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Blogger lucah kontroversi mengaku Chua Soi Lek adalah idolanya

Posted: 22 Oct 2012 04:01 AM PDT

BLOGGER kontroversi, Alvin Tan yang hangat diperkatakan minggu ini gara-gara menyiarkan gambar dan video aksi seks bersama kekasihnya di blog mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idola.

I used to look up to Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out

Pelajar berumur 24 tahun dari Universiti Kebangsaan Singapura itu menulis "Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dari segi seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul".



Pada 2007, rakaman peribadi Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor telah tersebar di khalayak ramai dan beliau mengakui bahawa beliaulah orang di dalam video tersebut.

Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Namun menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman parti MCA yang berlarutan.

Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat sebarang jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya.

Alvin Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog.

Nampaknya budaya seks bebas yang dibawa oleh Chua Soi Lek yang sering kali menghina Islam ini sudah menjadi ikutan anak muda. Kini Chua Soi Lek sudah boleh berbangga, kerana berjaya menjadi pelakon seks yang diminati.

ReJaM© "Siapa perjuangkan seks bebas? Lu fikirlah sendiri... "

Pelumba negara, Zulfahmi lari dari podium ketika rai kemenangan

Posted: 22 Oct 2012 03:02 AM PDT

PELUMBA negara Zulfahmi mencipta sejarah apabila berjaya mendapat tempat kedua dalam kejuaraan Malaysian Motorcyle Grand Prix, di litar Sepang semalam.



Namun ada cerita menarik di sebalik kemenangan beliau. Rakaman video ketika berada di atas podium, menyaksikan anak muda itu melarikan diri di saat meraikan kemenangan. Kenapa? Lihat video di bawah.


Biasa kita lihat pelumba-pelumba dari luar negara (Mat Saleh) akan menggoncangkan botol arak dan menyemburkannya sebagai meraikan kemenangan di atas podium. Sebab itulah Zulfahmi melarikan diri takut terkena semburan arak.

ReJaM© "Tapi ada anak pemimpin yang mengaku Islam jadi tauke arak Filipina, San Miguel... "

Propaganda DAP mahu tubuh negara Kristian ditampal di bilik guru

Posted: 22 Oct 2012 01:23 AM PDT

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM dari Pulau Langkawi mengirimkan sekeping gambar poster atau risalah propaganda yang ditampal di bilik guru sekolahnya.

Beliau yang dipercayai juga merupakan salah seorang guru sekolah itu tidak menyatakan siapakah gerangan orang yang menampal poster propaganda kononnya DAP mahu menubuhkan negara Kristian.



Kalau poster seperti ini disebarkan kepada orang Melayu yang kurang berpelajaran, dan tidak mengambil tahu perihal politik Malaysia, ia mungkin berjaya menanam kebencian terhadap DAP.

Namun poster ini ditampal di sebuah bilik yang menempatkan golongan terpelajar yang menjadi sumber rujukan atau gudang ilmu murid-murid mereka iaitu di bilik guru.

Adakah guru-guru yang cerdik pandai akan percaya bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian sedangkan penganut Kristian hanya 9.1 peratus berbanding keseluruhan rakyat negara ini?

Tambah pula, menurut sebuah portal Kristian, ucanews.com majoriti (70%) penganut Kristian yang wujud di Malaysia berada di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) rujuk sini [ucanesw.com].

Alangkah bodohnya DAP jika mereka mahu menjadikan negara ini negara Kristian sedangkan populasi penganut agama itu hanya 9.1 peratus. Lebih lucu, Setiausaha Agung DAP beragama Sikh, malah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga bukan beragama Kristian.

Penganut Kristian itu sendiri bukanlah majoriti di dalam Parti Tindakan Demokrasi, DAP.

ReJaM© "Lain kali sebarkanlah propaganda di tempat orang-orang bodoh... "

Tiada ulasan: