Selasa, 23 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video Panas - Cina DAP Pertahan Tok Guru Nik Aziz

Posted: 22 Oct 2012 11:59 PM PDT



'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'

Posted: 22 Oct 2012 10:46 PM PDT



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.


Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah

Posted: 22 Oct 2012 10:28 PM PDT

Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.


Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.


Khas Buat MB Kedah.. Berhentilah Dari Diperbodohkan Kroni Umno..

Posted: 22 Oct 2012 05:46 AM PDT

Semakin dibuka lembaran kitab keperihalan politik pentadbiran Kedah maka semakin terserlahlah akan apa yang selama ini tersirat. Bagi Pak Dee inilah masa untuk memulang paku buah keras kepada Ustaz Azizan (maafkan Enggang Qadha dan Tok Senapi yang naif, kalau kita berbeza pandangan dalam isu ini). Sewaktu awal pemerintahan lagi Pak Dee dah jumpa Ustaz MB, ceritakan bahawa Datuk Rasli, Adzmi Din, Abdul Rahman Saad (dan bla bla bla) adalah individu yang akan digunakan oleh UMNO Kedah untuk sabotaj kerajaan negeri dari dalam. Pak Dee kena jerkah butaa jer tapi dalam hati Pak Dee yakin bahawa kebenaran akan terserlah suatu hari nanti.


Sekarang satu demi satu perancangan jahat mereka terselak. Sejak Rasli jadi SUK, Rahman Saad tidak pernah ditukar ke tempat lain sampai berakaq dekat bahagian perumahan. Semua tahu dia tak pernah beri kerjasama kepada Exco perumahan, ajak bincang tak mau, jemput nak jumpa buat tak tau. Cuba pikiag tengok ketua bahagian yang berkaitan dengan exco tapi tak boleh bagi kerjasama dengan Exco. Berkali perkara ini dibawa masuk meeting Exco, minta Rasli betulkan atau kalau tak boleh tegur pindahkan ke post lain tapi takkan Rasli nak buat macam tu pada Rahman depa satu tongkang, sama kefahaman dan sama tindakan.


Isu perumahan adalah antara yang banyak komplen sampai ke Exco tapi tak boleh selesai segera dan pelaksananya ialah pegawai di bawah SUK, bukannya Exco. Lebih 2,000 unit rumah awam yang sudah selesai bayaran tapi tidak dikeluarkan geran hakmilik, di Kuala Kedah saja ada 148 sampai ada yang dah angkat sepanduk, maki kerajaan negeri. Apa tujuan Rahman menangguhkannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Isu penduduk flet Seri Gemilang yang melantik lawyer menyaman kerajaan negeri kerana menerima notis perpindahan dari kerajaan negeri sepatutnya sudah membuka mata MB, siapa Rahman Saad. Exco perumahan terpinga-pinga apabila kerajaan PAS dituduh kerajaan Yahudi Zionis oleh blogger pecacai UMNO kerana mahu mengusir penghuni dengan notis yang sudah dikeluarkan. Rupanya inilah kerja Rahman tanpa sepatahpun memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu. Apa tujuannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Rahman adalah UMNO kiang, bukan ahli biasa tapi aktivis parti. Dalam kerajaan buat kerja membusukkan imej kerajaan untuk hantar bola tanggung pada UMNO tibai kerajaan negeri. Pegawai macam nikah yang kerajaan nak simpan?

Isunya di sini bukan kerana dia UMNO tapi dia buat kerja sabotaj kerajaan, itu yang kita marah. Ramai KCS UMNO buat kerja secara professional. Md Suhaimi Abdul Rahman KPPD Tanah Kulim adalah aktivis UMNO kedekiang, pernah pegang jawatan bahagian dan pernah naik pentas ceramah. Tapi di Kulim dia buat kerja merelit, sampai pejabat tanah Kulim dapat anugerah 4Bintang... orang macam ni kita salute!! DO Zahari Ismail, Datuk Bandar Md Noh Ahmad pun berfikrah UMNO tapi mai tang kerja depa professional, cepat selesaikan masalah rakyat. Macam ni rakyat mau.

Orang macam Rasli dan Rahman Saad ni rakyat tak perlukan. Yang perlukan sangat Rasli sebagai SUK dan pertahan mati-matian ialah pemimpin UMNO seperti Mahadir Khalid dan Ahmad Bashah. Hujah depa buang Rasli derhaka Sultan, walhal Pak Dee percaya kalau Sultan tau peranan Rasli ni maka Rasli dah ghuyub dari tempat tu. Satu lagi isu yang nak dispin ialah PAS lawan KCS, tak ada kena mengena semua KCS dalam isu ini. Hanya KCS mcm 2R ini saja yang tidak diperlukan oleh PAS. Semua alasan itu diguna oleh UMNO Kedah untuk biarkan mereka jahanamkan kerajaan dari dalam.

Sekarang apabila Audit negara dedahkan penyelewengan RM2.55 juta semua media UMNO dan pemimpin UMNO ambil kesempatan tibai kerajaan PAS/Pakatan walhal yang patut bertanggungjawab sepenuhnya ialah 2R. Entah-entah itu projek untuk salurkan duit ke kantung UMNO. Kontraktor UMNO buleh makan sama, UMNO dapat sama tapi yang kena maki PAS.

Nak simpan lagi ka makhluk 2R ni? Jawab sat Ostad Azizan...

Oleh: Pak Dee Jantan - http://kedahla.blogspot.com/



MCA Semakin Kurang Ajar.. Fitnah TGNA Minta Orang Islam Rogol Bukan Islam..

Posted: 22 Oct 2012 05:02 AM PDT

DAP Pertahan Dan Bela Tok Guru Nik Aziz

DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.


Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.



Undang-undang anti-lompat parti resahkan BN

Posted: 22 Oct 2012 03:30 AM PDT

GEORGE TOWN 22 OKTOBER: Serangan melulu MCA-BN ke atas cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dalam sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri 1 November ini menggambarkan parti tersebut tidak peduli kepada mandat rakyat yang diberikan terhadap calon yang dipilih.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pindaan perlembagaan ini akan mengkehendaki mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat atau menukar gabungan parti mereka supaya meletak jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil.


Jelasnya, perkara tersebut akan menguatkan lagi ciri-ciri demokrasi dan secara langsung memperkukuhkan lagi kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Guan Eng ini secara langsung menempelak tuduhan tidak berasas MCA-BN yang mendakwa bahawa perlaksanaan pindaan perlembagaan yang dicadangkan tersebut bakal mencipta krisis perlembagaan negara.

Jelas beliau, undang-undang anti-lompat parti ini tidak langsung melanggar hak kebebasan berpersatuan seseorang, mereka boleh menyertai apa-apa parti sekalipun.

"Ia bertujuan untuk membentuk sebuah suasana politik yang bertanggungjawab sepertimana prinsip dan nilai integriti yang diamalkan di Pulau Pinang. Calon yang dipilih rakyat tidak boleh dibeli seperti komoditi dengan harga yang tinggi," ujarnya.

"Bangkangan MCA-BN terhadap undang-undang anti-lompat parti yang dicadangkan PR Pulau Pinang menunjukkan perbezaan jelas antara tumpuan BN terhadap kepentingan parti dan personaliti berbanding penekanan PR mengenai dasar-dasar dan kepentingan rakyat."

Untuk merealisasikan hasrat ini, pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan.

"Pakatan Rakyat mendahului dengan 29 daripada 40 kerusi yang diperlukan. Kesemua tiga parti, PAS, PKR dan DAP telahpun menyokong cadangan pindaan tersebut." katanya.

Roketkini.com




Najib celupar – Anwar

Posted: 22 Oct 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Najib Razak celupar kerana mencela prestasi kewangan negeri Pakatan Rakyat tanpa membaca Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib kata jika Malaysia di bawah Pakatan Rakyat, ekonomi akan lumpuh, saham jatuh. Kalau dia baca Laporan Ketua Audit Negara, dia takkan celupar," kata Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau merujuk ucapan Perdana Menteri di Konvensyen MCA semalam menyatakan Malaysia tidak akan pulih selepas dihancurkan Pakatan Rakyat yang memerintah apabila diberi mandat selepas pilihan raya umum ke-13.

Anwar berkata, prestasi negeri Pakatan Rakyat yang dicatat dalam LKAN jauh lebih baik dari semua negeri ditadbir Barisan Nasional (BN).

"Pulau Pinang negeri paling cemerlang di Malaysia mencatat peningkatan hasil sebanyak 47%. Kelantan yang relatif miskin, yang tidak mendapat royalti minyak mencatat baki tunai RM123 juta, iaitu peningkatan 12%," kata Anwar.

Sebaliknya jelas Anwar, prestasi teruk di negeri-negeri BN terbukti dalam LKAN 2011 dengan penurunan jumlah tunai di Perlis (15%), Johor (18%) dan Melaka (24%).

"Hutang kerajaan naik 71% dari RM266 bilion pada 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011.

"Angka dan data disebut tentang surplus ini bukannya dalam pentadbiran terdahulu. Hanya ketika Pakatan Rakyat memerintah dalam tempoh empat tahun.

"Ini gambaran sebenar dari apa yang didakwa dan ditohmah dalam Konvensyen MCA. Siapa boleh nafi prestasi di negeri-negeri Pakatan?" soalnya.

"Saya tegur keras dan tegas kesilapan besar Menteri Kewangan yang bercakap tanpa merujuk LKAN, malah laporan oleh Kementerian Kewangan sendiri," tegas Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38280




Ibrahim Ali Pertahan Hak Soi Lek Untuk Hina Islam

Posted: 22 Oct 2012 01:29 AM PDT

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mempertahankan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang secara terbuka mengkritik pelaksanaan hukum hudud.

Ibrahim menyifatkan kritikan itu hanya satu sisi pandangan Chua dan menganggapnya sebagai 'perbezaan pendapat'.

"Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu.

"Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Selangor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.



Sebaliknya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP adalah punca kepada tercetusnya polemik sama ada hukum itu wajar dilaksanakan di negara ini.

Beliau berkata masalah tidak timbul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenyataan Chua kerana hukum itu masih belum dibuat, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.

"MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP," katanya.

Chua kebelakangan ini lantang mengkritik apabila meramalkan peluang pekerjaan 1.2 juta rakyat akan terjejas terutamanya di sektor perkhidmatan dan pelancongan sekiranya hukum hudud dilaksanakan.

Malah dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-59 hujung minggu lalu, beliau turut mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara tidak stabil, paling korup, dan tak selamat.

Selain itu, Chua juga melancarkan kempen anti hudud dengan membuat tafsiran secara sinikal bagi slogan DAP, Ubah ( Untuk(U) Bentuk (B) Agama(A) Hudud (H) serta Change (Choose (C) Hudud (H) At (A) Next (N) General (G) Election (E)).

Cadangan hukum hudud ditimbulkan PAS yang mahu ia dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, namun menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada masyarakat beragama Islam sahaja.



Tiada ulasan: