MiLo SuaM |
Imam masjid dipecat gara-gara menegur aktiviti karaoke dalam kawasan surau Posted: 18 Oct 2012 01:13 AM PDT SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau. Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut. Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1. Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani. Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut. Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens. ReJaM© "Baru pegang jawatan Ketua Cawangan Umno sudah berlagak macam samseng... " |
Kumpulan gangster lakukan jenayah samun tapi dilindungi pihak Polis? Posted: 17 Oct 2012 01:35 AM PDT KITA sedia maklum, kejadian jenayah di negara ini semakin hari semakin menakutkan. Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar melibatkan kes samun, bunuh, rogol dan sebagainya. Malah baru-baru ini ibu ReJaM sendiri menjadi mangsa kes samun. Terbaru salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar kenalannya yang telah menjadi mangsa jenayah samun di Klang. Mangsa samun itu mendapat kecederaan yang teruk di bahagian kepala, tangan kanan, belakang badan dan kaki kanan. Mangsa ditikam dengan banet, dibelasah dengan kayu dan batang besi akibatnya dia mendapat 36 jahitan. Malah ketika pergelutan, mangsa yang cuba mempertahankan diri telah bertindak nekad menyepak sebilah banet tajam di tangan penjenayah, akibatnya banet itu tembus di betisnya sedalam kira-kira 4.5 cm. Meskipun laporan polis sudah dibuat, difahamkan pihak Polis, enggan mengambil tindakan terhadap penjenayah ini meskipun identitinnya sudah dikenal pasti. Di bawah ini pengakuan pengirim email yang dihubungi melalui BBM (Blackberry Messengger) Menurut pengirim email lagi, Pegawai Penyiasat (IO) yang bertugas mengendalikan kes ini, daripada IPD Klang dikatakan enggan mengambil sebarang tindakan. Mangsa juga didatangi oleh kumpulan gangster tersebut yang menawarkan RM3,000 untuk menarik balik report Polis yang sudah dibuat, apabila mangsa enggan menerimanya, lima hari kemudian, gangster ini datang lagi dan kali ini menawarkan RM10,000 agar mangsa menutup kes. Diharap dengan pendedahan ini, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya. ReJaM© "Patutlah jenayah samun tak surut-surut, rupa-rupanyanya ada tali barut... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan