Khamis, 18 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Desak TGNA Berundur - Yang Bukan Ali Terlebih Menyibuk.. Muka Tak Malu!

Posted: 18 Oct 2012 12:35 AM PDT

Muka-muka tak malu..
Akhbar Utusan Malaysia hari ini meneruskan kempen supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan tersebut dengan menyiarkan saranan ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Menurut akhbar itu, Syed Ali berkata, PAS akan dilihat lebih terbuka jika Nik Aziz yang disifatkannya sebagai diktator berbuat demikian.



"Bagaimanapun, saya yakin beliau tidak akan mudah melepaskan jawatan tersebut walaupun banyak pihak berpendapat timbalannya Datuk Haron Din lebih layak menggantikan beliau," katanya.

Laporan tersebut juga memetik kenyataan seorang individu yang didakwa sebagai aktivis PAS, Datuk Muslim Othman, yang mengulas satu ucapan Nik Aziz kepada pemimpin PAS Kelantan selepas pilihan raya umum ke-12.

Ucapan tersebut, didakwa berlangsung pada satu tarikh yang tidak dinyatakan, dilaporkan semalam dalam akhbar milik Umno itu dengan memetik sumber yang juga tidak dinyatakan.

Akhbar milik Umno itu mendakwa, Nik Aziz dalam ucapan tersebut menyatakan bahawa tiada siapa layak menggantikannnya bagi jawatan mursyidul am.

Muslim dalam laporan hari ini seterusnya dipetik sebagai berkata, Nik Aziz "terlajak cakap" apabila menyatakan demikian.

"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan," kata Muslim lagi dalam laporan yang diperbesarkan di muka depan akhbar itu.

Akhbar pro-BN sejak awal minggu ini gigih melaporkan saranan daripada beberapa orang bekas pemimpin PAS supaya Nik Aziz berundur daripada jawatannya.

Pada Selasa lalu Utusan memetik ucapan ADUN Gaal Dr Nik Mazian Mohamed yang didakwa melahirkan kebimbangan ke atas keadaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan "sudah tua" dan mengalami "sakit".

Akhbar itu mendakwa Nik Mazian berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2013 yang dibentangkan exco hal ehwal ekonomi Datuk Husam Musa di Dewan Undangan Negeri semalam.

Ahad lalu, akhbar edisi hujung minggu Utusan menyiarkan kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali menuntut Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan mursyidul am kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.

Menurut akhbar itu, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.

Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".

Semalam, akhbar Berita Harian pula menyiarkan kenyataan seorang lagi bekas pemimpin PAS Datuk Nakhaie Ahmad yang menyokong saranan Hasan – bekas rakan sejawatannya dalam parti itu.

Menurut akhbar itu, Nakhaie kenyataan Nik Aziz sejak kebelakangan ini bertentangan dengan prinsip PAS untuk memperjuangkan negara Islam.



Blogger Umno Hentam Saman 1 Malaysia (AES)

Posted: 17 Oct 2012 07:59 PM PDT

Perlaksanaan sistem AES terus mendapat perhatian rakyat , penyokong kerajaan mahupun pembangkang. Tidak terkecuali juga pemimpin di Dewan Rakyat . Ada yang menyokong malah ada juga membantah dan minta ia ditangguhkan .

Mengapa ia menjadi topik hangat ?? Sebabnya yang nak kena hukuman ini adalah rakyat termasuk GPB sendiri ! Apa tidaknya duit gaji bakal habis tiap bulan dok bayar benda haramjadah ni...

Bagi pemilik kereta jenama Mercedez , BMW , Harrier itu ..depa tak heran la ..setakat saman ini semua boleh settle ..rugi la beli kereta mahal-mahal kalau drive hanya 110 KM/J atau 90 KM/J kan ...



GPB sendiri dari awal tak menyokong perlaksanaan kamera AES ini dan seterusnya menjadi SM1M a.k.a Saman Rakyat 1Malaysia . Sebabnya speed track Polis & JPJ ini pun dah berlambak kena , ini ditambah lagi kamera haramjadah AES ini .

Alasan malas orang JPJ ..

- nak kurangkan kemalangan

-nak save nyawa rakyat

-negara lain spt Perancis dah berjaya kurangkan kemalangan ..

- AES tak kaut untung ...

Ini semua ayat retorik penuh hipokrasi kepala otak cerdik pandai pegawai kerajaan di JPJ, MIROS , MOT dan sewaktu dengannya ..

Kamera haramjadah AES ini sebenarnya bukan untuk kaut untung...kah kah kah ... Bullshit !!! ... Kalau depa ini pi sembang dekat kedai kopi , mampuih la kena maki berkandaq ...

Dikhabarkan Harga Sebuah Kamera AES(Redflex) yang Dipasang oleh Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd ialah 30,000 Euro bersamaan RM129,611.34sen. X 825 Buah Kamera == $$$$$

Tak kan tak kaut untung kot wahai JPJ bila pasang alat ini ?? Yang nak bayar harga pasang ini sudah tentunya Rakyat 1 Malaysia la sekali dengan komisyen ...

Nak save nyawa rakyat ke ?? Sebelum nak salah pemandu bawa laju sebagai faktor utama..pergi la check dulu keadaan jalanraya hang pa tu macamana , ikut spesifikasi ke tak . Nak harap kontraktor JKR ini buat kerja betul .. hahaha... sendiri mau ingat la ..

GPB menentang AES ini bukan sebab sokong supaya orang bawa laju . Tapi kita kena ambil kira juga beban ditanggung majoriti rakyat yang mana semakin hari berdepan kos sara hidup tinggi terutama yang berkeluarga dan berpendapatan rendah/sederhana.

Cuma yang tak sedap dengar itu ada pihak mula melabelkan penyokong kerajaan seperti blogger menentang sistem AES adalah menyokong pembangkang.

Apa hal ini ?? Kritik sikit dah tak boleh ke ?? Najib sendiri pernah berkata ''era kerajaan tahu segalanya dah berakhir "..

Hari ini rakyat dah boleh bersuara & memberi pandangan tentang dasar-dasar diperkenalkan kerajaan .Tak kan semua benda dibuat kerajaan adalah perfect , mesti ada yang perlu ditegur.

Sudah la nak hampir PRU 13 ... takut nanti kerana nak pertahan sangat kamera AES syarikat kroni , rakyat akan lepas geram kepada kerajaan di kertas undi .

Buta je Anwar dapat jadi PM dek kerana kebodohan benda-benda mengarut ini !!...

Lu pikir la sendiri .........



90% Pengundi Cina Akan Sokong Pakatan Rakyat - Ku Li

Posted: 17 Oct 2012 05:30 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.



Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. ~mpr



Slip Gaji CEO Tabung Haji.. Dahsyat Beb..

Posted: 17 Oct 2012 08:09 AM PDT





Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula.

Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.

Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.

Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.

Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas.

Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!

Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!

Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?

Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?

Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!

Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.

JALAN PULANG



Putrajaya perlu rasa ‘malu’ rakyat bina lebuhraya atas inisiatif sendiri..

Posted: 17 Oct 2012 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Tindakan Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berbolak-balik berkenaan isu Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu ke Kuala Krai, menyebabkan pemimpin PAS tampil menempelak kerajaan yang menurut mereka harus berasa malu kerana rakyat bakal membina lebuh raya itu atas inisiatif mereka sendiri.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini menegaskan kerajaan yang bermaruah seharusnya rasa terpukul dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk membina lebuh raya tersebut menggunakan derma dan waqaf untuk rakyat dinegeri pimpinan PAS itu.



"Kerajaan yang bermaruah seharusnya perlu rasa malu, rasa terhina, dan terpukul kerana rakyat dah bosan dengan kerajaan Pusat.

"Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf, untuk memenuhi hak keperluan rakyat Kelantan membina lebuh raya berkenaan...... - TMI

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan berhubung pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Shaziman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi kementeriannya bagaimanapun berkata hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang exco negeri pimpinan PAS itu mengenai pelancaran majlis pecah tanah projek berkenaan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar juga turut menegaskan kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan untuk menutup janji kerajaan untuk membina lebuh raya tersebut yang telah dibuat pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8.

"Kami amat tidak berpuas dengan jawapan menteri, beliau cuba menutup janji yang telah dibuat pada 1996 untuk membina Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai," katanya pada sidang media sama.

"Oleh kerana kerajaan PAS sedar, keperluan lebuh raya itu amat mendesak, Kelantan telah memulakan inisiatif untuk membina lebuh raya tersebut," katanya, dan menambah kenyataan Shaziman itu sangat negatif.

Beliau turut menjelaskan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat yang telah dikenalpasti untuk pembinaan lebuh raya tersebut.

"Saya difahamkan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat swasta yang dikenal pasti untuk membina lebuh raya tersebut.

"Setakat ini kami telah berjaya mengutip RM4 juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya tersebut," tegasnya menjelaskan status terkini pembinaan lebuh raya dua lorong tanpa tol sepanjang 73 kilometer itu.

Kamarudin turut menambah,"perbelanjaan besar yang diuruskan oleh kerajaan negeri dalam pembinaan lebuh raya tersebut mungkin dapat mencapai matlamat.




Dato' Azizan Razak Kena Perati Tengok Laporan Audit Nie..

Posted: 17 Oct 2012 05:09 AM PDT

Kedah bayar untuk baiki rumah tak wujud



Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.



Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.

"Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.

Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap.



Negeri Yang Dikuasai PR Akan Tolak Pemasangan Sistem Saman AES

Posted: 17 Oct 2012 02:08 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan mungkin mengikut jejak langkah Pulai Pinang menggantung sementara pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik kerana ia dianggap menguntungkan syarikat kroni.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan mungkin boleh mengikut jejak langkah serupa kerana projek berkenaan dilihat memberi keuntungan kepada kroni.

"Sebelum ini Pulau Pinang mengumumkan tidak akan meneruskan pemasangan AES sementara menunggu kajian berhubung pelaksanaan projek tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 pada persidangan Dun hari ini.



Baru-baru ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Pulau Pinang akan mengkaji pemasangan kamera AES dan membincangkan dengan semua pihak yang berkepentingan.

Menurutnya kamera AES dianggap sebagai "kamera 1Malaysia" akan dikaji secara terperinci untuk memastikan ia memenuhi tujuannya dan bukannya berkhidmat sebagai "sumber kewangan untuk kroni".

Bermula 23 September lalu sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

Mengikut satu laporan pada lapan hari pertama pelancaran sebanyak 63,558 kesalahan trafik dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.

Dua syarikat pengendali AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu dikatakan mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.

Husam berkata, biar pun rakyat diberi BR1M sebanyak RM500 bagi kali kedua, namun saman tersebut dikenakan kadar kompaun sehingga RM2,000.

"Kerajaan memberi bantuan BR1M sebanyak RM500 namun syarikat kroni mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui projek AES," ujarnya.

harakahdaily.net



Tiada ulasan: