Selasa, 16 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video Najib Razak dimalukan oleh budak-budak Sekolah Rendah Kiaramas

Posted: 15 Oct 2012 09:35 PM PDT

DALAM sebuah program di Sekolah Kebangsaan Kiaramas Kuala Lumpur, Najib Razak secara spontan dimalukan oleh pelajar sekolah itu. Ini menunjukkan bahawa Najib Razak tidak tahu 3 asas pengkelasan Najis Muhafafah (ringan), Mutawasitah (pertengahan) dan Mughalazah (berat).

Apabila ditanya oleh budak sekolah rendah bolehkah Dato Seri memberikan contoh Najis Mughalazah? Najib Razak terpinga-pinga dan cuba mendapatkan bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di sebelahnya.

Malangnya Muhyiddin Yassin juga tidak dapat menjawab. Akhirnya salah seorang pelajar sekolah rendah itu terpaksa mencadangkan jawapan babi bagi membantu Najib menjawab soalan tersebut.



Kalau kita lihat, pelajar yang memberikan soalan tersebut sudah terlebih dahulu menyebut contoh anjing sebagai najis Mughalazah, namun bila diminta memberikan satu lagi contoh di bawah pengkelasan najis berat ini Najib masih terpinga-pinga.

Rujuk video di bawah saksikan sendiri bagaimana Najib Razak seorang pemimpin utama negara yang kononnya memperjuangkan Islam, namun konsep asas pengkelasan najis dalam Islam pun beliau tak tahu.



ReJaM© "Budak sekolah rendah pun terkejut, Najib tak tahu contoh najis Mughalazah "

Baca juga di sini [ASD]

AMK seru rakyat bangkit bantah Saman Rakyat 1 Malaysia (SR1M)

Posted: 15 Oct 2012 08:26 PM PDT

Saman Ekor Rakyat 1 Malaysia melalui Sistem Penguatankuasaan Automatik (AES ) didakwa sebagai  langkah terbesar Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menangani masalah kemalangan. Malah di dalam kenyatan terbaru yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, mendakwa bahawa ini adalah merupakan langkah terbaik kementerian bagi menyaman rakyat.
 
Pelaksanaan saman ekor melalui system AES ini diberikan kepada 2 buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan melibatkan anggaran keuntungan lebih RM 700 juta setahun kepada syarikat swasta ini.
 
Menteri Pengangkutan yang juga ahli parlimen Lumut melalui syarikat kroni ini telah berjaya menyaman 63,558 rakyat dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas. 831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan syarikat kroni.
 
Ini jelas membebankan rakyat hasil tindakan kerajaan Barisan Nasional. Lebih malang kepada rakyat, Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menaikan beberapa barang keperluan rakyat termasuk gula.
 
Sistem pengangkutan awam yang lemah memaksa rakyat untuk berkenderaan, tetapi kerajaan BN terus menekan rakyat dengan saman ekor melalui pelaksanaan AES ini.
 
Angkatan Muda Keadilan Malaysia, menyeru rakyat untuk bangun mementang kezaliman kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar saman rakyat 1 Malaysia AES ini dimansuhkan.
 
Angkatan Muda Keadilan juga menyokong himpunan rakyat membantah pelaksanaan AES di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ipoh pada hari Rabu ini jam 10 pagi.
 
MOHD SAFULLAH MOHD ZULKIFLI
Timbalan Setiausaha,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


Sent from my BlackBerry®

Dana asing seludup RM40 juta, Jingga 13 buat laporan Polis esok

Posted: 15 Oct 2012 05:32 AM PDT

LAPORAN Polis akan dibuat oleh Jingga 13 terhadap Dato Seri Najib Razak, Dato Seri Panglima Musa Aman, Micheal Chia dan Umno Sabah berkaitan penyeludupan wang haram RM40 juta, untuk Umno Sabah.

Tarikh : 16 Okt, 2012
Masa : 2.30 ptg ,
Tempat: Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jingga13 dengan segala hormatnya menjemput semua media untuk membuat liputan.

Terima kasih

Fariz Musa
Ketua koordinator Jingga13 Malaysia

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan laporan hasil siasatan SPRM oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz di parlimen bahawa wang RM40 juta yang diseludup masuk ke negara ini dari Hong Kong adalah untuk Umno Sabah.

Najib Razak pula dalam satu kenyataannya di akhbar tempatan menyebut bahawa ia merupakan "sumbangan politik". Persoalannya di sini, adakah dana asing seludup dibawa masuk ke negara ini tidak menyalahi undang-undang dengan alasan ia sebagai sumbangan politik?



Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: