Selasa, 16 Oktober 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Musa Hassan Tarik Balik Saman Terhadap Anwar

Posted: 16 Oct 2012 01:52 AM PDT

Peguam: Anwar tak minta 'penyelesaian'

Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa mereka meminta penyelesaian terhadap saman fitnah oleh bekas ketua polis negara itu Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, Musa berkata, saman fitnah itu difailkannya ekoran "salah faham" dan beliau menerima "penyelesaian" yang dicadangkan Anwar.

Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu, peguam N Surendran (gambar bawah, tidak bertali leher) dan Latheefa Koya berkata, Musa yang mahu menarik balik kes itu dan bukan Anwar.

"Penarikan balik itu diusahakan oleh Musa atau wakilnya. Pada setiap masa, Anwar sedia meneruskan kes itu.

"Penarikan balik kes terhadap anak guam kami tidak bersyarat dan tiada penyelesaian luar mahkamah seperti didakwa oleh Musa.

"Anak guam kami berpuas hati dengan penarikan balik tanpa syarat dan oleh itu beliau tidak menuntut sebarang kos," kata mereka dalam kenyataan bersama itu.

Musa hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka-reka bukti dalam perbicaraan 'Liwat 1'.

Penarikan balik saman oleh Musa itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

http://www.malaysiakini.com/news/211871



Kempen Online Selapas 12 Tgh Malam - Lawak Paling Gila SPR

Posted: 16 Oct 2012 12:20 AM PDT

SPR Melarang Kempen Online Selepas 12 Tengah Malam Menjelang Hari Mengundi

Umum sedia maklum akan yang mana, semua bentuk kempen pilihan raya ditamatkan sebelum pukul 12.00 tengah malam menjelang hari pengundian, dan hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, perkara ini akan turut diimplementasikan untuk kempen secara online pada pilihanraya akan datang.

Untuk menjayakan perkara ini, pihak SPR akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam mengesan sebarang kempen melalui blog, Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya setelah tempoh tersebut.



Perkara ini mungkin akan agak sukar dipantau, apatah lagi dengan arena sosial ini yang membolehkan sesiapa sahaja hadir dengan identiti menyerupai seseorang dengan mudah dan pantas, sekaligus mungkin menyukarkan ia dipantau dan sebagainya.

Dan semestinya seseorang wakil rakyat, menjelang hari pilihan raya akan lebih aktif bertweet, serta bersosial dengan rakyat seluruh Malaysia, dan perkara ini mungkin akan menjadi salah satu kekangan buat mereka. Namun, semestinya pihak SPR dan juga SKMM mempunyai cara tersendiri untuk memantau perkara ini.



Bersama Kita Bangkrapkan Sekinchan Hotel Pulak..

Posted: 15 Oct 2012 08:13 PM PDT



Dari seorang penjual nasi lemak tepi jalan, Datuk Jamal berjaya membuka beberapa buah restoran.. Kerana kebebalan dan kebodohan diri restorannya ikan bakar sekinchannya bungkus. Walaupun beberapa buah restoran ikan bakar sudah ditutup dan dilelong tapi itu tetap tidak patahkan semangat beliau nampaknya.

Jeng..jeng..jeng... Terkini Datuk Jamal telah membangunkan sebuah resort pula di Sekinchan.... projek tersebut menelan belanja 12 juta.



Menurut Jamal, sejak kebelakangan ini wujud segelintir pihak yang cuba menghancurkan perniagaannya dengan menyeru orang ramai memboikot restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya menerusi medium internet.

Jamal bagaimanapun tidak mudah melenting dan menerima dugaan itu sebagai cabaran kepadanya untuk terus berjaya.

"Saya tahu wujud pihak yang iri hati. Saya tengok blog-blog yang mengajak orang ramai boikot restoran saya, saya tidak takut, saya hanya perlu berusaha lebih gigih, kalau kita ikhlas, tuhan akan tolong dan terbukti apabila kini saya mempunyai sebuah resort sendiri".

Jom kita tengok berapa lama hotel ini boleh hidup.. hehehe...



Islam Dihina Lagi Oleh Sekutu Umno..

Posted: 15 Oct 2012 04:32 PM PDT



Islam dihina lagi.. Mana pergi PERKASA? Mana pergi Hasan JATI? Mana pergi Nasharuddin Mat Isa? Mana pergi Pemuda Umno? Jamil Khir?? Tak mahu kata apa2 ke? Demonstrasi ke apa ke?? KHARKK PTUIHH..


Anwar Ibrahim: Sungguh Malangnya Nasibku

Posted: 15 Oct 2012 09:06 AM PDT



Umno-BN fobia hadapi PRU-13

Posted: 15 Oct 2012 06:26 AM PDT

Dalam seminggu yang lalu, terdapat banyak rumours di Parlimen, yang mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa yang terdekat iaitu sekitar Oktober atau November ini.

Antara tarikh yang popular diperkatakan di kalangan ahli-ahli parlimen (MP) adalah, pada 18 November 2012. Ada juga yang meneka Parlimen akan dibubarkan pada 11 November, ianya akan menjadi nombor 11.11.12. Malah ada yang suka bermain dengan angka iaitu 12.12.12.

Bagi kita, tarikh bila pun diadakan Pilihan Raya Umum (PRU), kita akan tetap hadapinya. Namun bagi sesetengah pihak, mereka masih percaya, nombor yang cantik atau nombor yang pelik-pelik, boleh membawa 'ong' (tuah).



Kebetulan baru-baru ini tatkala penulis berbual dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, kami terserempak dengan seorang Menteri dari Umno. Menteri tersebut kelihatan tergesa-gesa dan berjalan dengan ajak laju.

Namun melihat kami sedang duduk di lobi Parlimen, beliau berhenti, lalu menyapa Wahid dan kami bersalam-salaman.

"Bila hendak buat pilihan raya ni," tanya Wahid kepada beliau.

Lantas Menteri menjawab, "Dah dekat dah ni, macam dah nak bubar, kalau buat bulan November, macam tahun 1999, Terengganu you ambil balik." Kata Menteri kepada Wahid.

Lantas kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak, entah apa buat yang mereka geli hati.

Spekulasi mengenai tarikh PRU masih belum berakhir. Sama ada mereka bergurau atau serius, dua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, akan tetap menghadapi ujian yang paling getir.

Namun, pada pengamatan penulis ada kalanya gurauan orang politik, boleh menjadi kenyataan.

Jika kita melihat fenomena PRU, pada PRU 1999 yang diadakan pada bulan November tahun itu, PAS berjaya menyapu bersih 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, sehingga meninggalkan Umno empat kerusi sahaja.

Hampir sepuluh tahun sebelum itu, iaitu pada PRU yang diadakan pada bulan Oktober 1990, PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya menyapu bersih keseluruhan kerusi Dun dan Parlimen di Kelantan.

Barangkali jika diadakan PRU ke-13 bulan Oktober atau November ini, bukan sahaja Terengganu, malah satu Malaysia pun BN belum tentu selamat.

Walaupun menentukan tarikh PRU itu hak PM, namun Najib dan seluruh pemimpin BN, tidak dapat menyembunyikan ketakutan dan kegelisahan mereka.

BN mengidap penyakit fobia. Mereka fobia kerana takut ditolak rakyat dari tampuk kuasa. Mereka fobia kerana gelisah dengan pelbagai masalah dalam dan skandal pemimpin, terbongkar satu demi satu.

Oleh sebab itu, selepas tiga minggu Parlimen bersidang, wakil-wakil rakyat BN sudah semakin kehilangan fungsi. Mereka semakin tumpul dan tidak berdaya melawan arus MP Pakatan Rakyat.

Hanya dua tiga orang sahaja MP BN yang berani bertembung, tetapi malangnya mereka sering menjadi 'ayam berak kapur' apabila hujah dangkal mereka dipatahkan satu persatu.

Ada banyak sebab mengapa MP BN sudah 'hilang daya tahan'. Pertama, kerana kegigihan Pakatan membongkarkan skandal rakan-rakan mereka seperti Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Seorang lagi yang memalukan Umno-BN ialah MP Sabak Bernam, yang dijatuhkan hukuman penjara dan denda akibat jenayah memalsukan tuntutan.

Jadi mereka takut, jika mereka kuat melawan, skandal mereka pula akan terbongkar.

Kedua, kerana mereka tidak pasti dapat menjadi calon BN. Oleh kerana itu mereka fikir, mereka tidak perlu susah-susah melawan Pakatan.

Ketiga, mereka terpaksa berlawan sesama sendiri di peringkat bahagian. Puak-puak yang gila hendak jadi YB, senantiasa berada di sekeliling Najib.

Dan yang keempat, yang paling penting sekali, apabila sudah dapat menghidu bau Umno, yang bakal menjadi bangkai pada PRU akan datang.

Nampaknya MP BN sudah tidak banyak pilihan. Masa mereka sudah hampir tamat. Mereka harus memilih, sama ada hendak menggali kubur sendiri, atau berhijrah ke Pakatan Rakyat.

-harakahdaily



Audit Negara - Negeri Pakatan Rakyat Terbaik

Posted: 15 Oct 2012 05:24 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.



Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. -FMT



Tiada ulasan: