Khamis, 11 Oktober 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Peserta demo mintak air percuma sebenarnya sudah dapat air percuma

Posted: 10 Oct 2012 11:44 PM PDT

PENGHUNI flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya sebenarnya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas lagi.



Dakwaan sebuah NGO pro Umno di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma" tambahnya lagi.

ReJaM© akan cuba dapatkan dokumen bukti daripada Adun tersebut untuk membongkar kerja gila tak masuk akal NGO yang patut dihantar ke hospital gila ini.



ReJaM© "Kalau nak berdemo carilah orang yang belum dapat air percuma kah kah kah... "

Sumber : Selangorku

Kedai Rakyat 1 Malaysia jual makanan yang sudah tamat tempoh

Posted: 10 Oct 2012 09:36 PM PDT

TERNYATA banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini.

Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.

Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.

Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.



Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.



Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal.

"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi.

Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal.


ReJaM© "Inikah namanya kedai Rakyat? Barang tidak berkualiti dijual kepada rakyat? "

Fakta tentang air percuma Selangor yang perlu anda ketahui dan sebarkan

Posted: 10 Oct 2012 05:13 PM PDT

SEJAK diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM11.70 sebulan.



Disebabkan proses penukaran meter pukal kepada meter individu oleh SYABAS, amat tidak memuaskan, kerajaan negeri telah melancarkan beberapa usaha untuk membantu rakyat mengatasi masaalah penukaran meter.

Sekitar 92% pemilik pangsapuri kos rendah telah menikmati air percuma melalui Skim Rebet Air Percuma (SAFWA) dan skim itu juga telah ditambah baik menerusi program "Lapor dan Dapat".

Pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mebuat tuntutan secara terus melalui SYABAS.

Sejak Julai 2010 sehingga 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.

Pemilik pangsapuri bukan kos rendah boleh memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Namun terdapat banyak aduan di mana proses pertukaran yang rumit oleh SYABAS melengahkan pertukaran tersebut.

Oleh itu kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.

Kini, 29,318 unit pangsapuri bukan kos rendah telah bertukar kepada meter individu.

Jika anda menghadapi masaalah untuk menerima air percuma sila hubungi 1800-88-2824

Disediakan oleh:

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

ReJaM© "Sila baca dan sebarkan... "

Najib jadi hero di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri

Posted: 10 Oct 2012 05:35 AM PDT



SINGGAH sekejap rumah sahabat, sampai-sampai je kebetulan diorang tengah layan Buletin Utama di TV3. Rejam pun terpaksalah layan. Elok jugalah boleh tengok propaganda apa yang disiarkan oleh TV3 hari ini.

TV3 sedang menyiarkan ucapan Najib Razak di dalam Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Agak melucukan bila Najib kata beliau sedia mendengar pandangan mahasiswa meskipun tidak selari dengan pendirian kerajaan.

Dalam masa yang sama video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang (rujuk artikel sebelum ini).

Ini namanya cakap tak serupa bikin, sistem rating YouTube pun Najib tak berani nak hadap, tak berani terima kenyataan apabila videonya sebelum ini menerima puluhan ribu dislikes, apa lagi nak terima pandangan berbeza dari anak muda?

Tambah melucukan, sebelum ini Najib kata debat bukan budaya kita, tapi hari ini beliau jadi hero berucap di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Dia sendiri tak berani sahut cabaran debat yang sudah lebih 10 kali dilontarkan oleh Anwar Ibrahim.

Malunya rakyat dapat Perdana Menteri selemah ini.


Sent from my BlackBerry®

Kertas putih kutipan hutang Talam akan diedarkan kepada umum

Posted: 10 Oct 2012 04:35 AM PDT

KERTAS Putih mengenai kutipan hutang Talam telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor bersama-sama dengan laporan audit oleh KPMG dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan pembayaran hutang oleh Talam kepada kerajaan negeri.
 
Kertas putih ini akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan. Orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen ini perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan.
 
Sementara itu, siri jelajah penerangan mengenai hutang Talam ke seluruh negeri akan bermula Sabtu ini, 13 Oktober di Kajang.  Siri jelajah ini  diadakan secara serentak pada setiap malam Sabtu yang mana empat jurucakap rasmi yang dilantik kerajaan negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan.
 
Kerajaan berharap agar rakyat Selangor yang masih belum memahami isu Talam ini menghadiri sesi penerangan ini untuk mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.  Pembentang akan menerangkan dari awal hutang ini terjadi sehinggalah kaedah yang digunakan untuk mengutip kesemua hutang RM392 juta.
 
Kita akan menerangkan juga bagaimana hasil kutipan ini dikembalikan semula kepada rakyat Selangor menerusi program-program di bawah Geran Selangorku terutamanya  membaiki infrastruktur dan kemudahan asas lain.
 
Dalam perkembangan lain, saya masih menunggu perkenan DYMM Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November.  Sekiranya cadangan ini mendapat perkenan DYMM Sultan, kita akan bentangkan kertas putih mengenai kutipan Talam pada sidang khas ini bersama-sama dengan satu kertas putih mengenai penstrukturan semula air.
 
Kertas putih penstrukturan semula air ini mengandungi segala dokumen hasil perbincangan dengan kerajaan Pusat dan segala surat menyurat yang menunjukkan kerajaan negeri amat komited untuk mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.
 
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, satu laporan mengenai Program Pendemokrasian "Selangorku Bersih" juga akan dibentangkan pada sidang khas dewan ini.
 
Selepas pembentangan ini, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hasil kajian yang menemui 110,000 nama pengundi yang diragui dan gagal dikesan.
 
TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR



Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: