Blog-list Malaysia |
- Lagi Cerita Kotor SUK Kedah
- 2 TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU..
- Imam Baling Kasut Bebas Esok
Posted: 10 Oct 2012 08:19 PM PDT Datuk Rasli Basir patut jadi Menteri Luar bukan SUK... Oleh: ENGGANG QADHA Tempoh hayat Datuk Rasli Basir sebagai penjawat awam ialah pada Jun 2011 (bersara wajib) namun kelicikan beliau berjaya minta Tuanku buat lantikan kontrak terhadapnya sehingga Jun 2012 dengan alasan Rasli perlu selesaikan segala program yang berkaitan pertabalan Tuanku menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan Agong. Alasan itu cuma rekaan dan karut semata-mata kerana tanpa Rasli pun semua kerja boleh berjalan dan dilaksanakan oleh SUK baru. Ramai yang kecewa dengan lantikan kontrak Rasli sebagai SUK, terutamanya KCS yang kanan. Bila hampir berakhir tarikh Jun 2012, Rasli minta Tuanku sambung lagi kontraknya. Kali ini entah apa pula alasannya... maka bersambunglah kontrak sampai Jun 2013. ika tahun lalu cuma beberapa orang yang marahkan Rasli kerana 'sangkutkan' kenaikan pangkat mereka, kini ini jumlah KCS yang marahkan Rasli bertambah-tambah, dianggarkan 80 peratus! Hebat sangatkah Rasli sehingga orang lain tidak layak jadi SUK? Sejak sign kontrak Jun 2012 sehingga kini (kira-kira 4 bulan) beliau asyik menghabiskan masa ke luar negara antaranya Timur Tengah, Helsinki, Acheh dan terbaru Korea. Kalau dia menteri kerajaan Pusat munasabah untuk keluar negara atas urusan kerajaan tapi kalau setakat SUK sebuah negeri mana ada urusan kerajaan yang berlambak-lambak kat luar negeri. Kegemarannya untuk melancong keluar negara menghabiskan duit rakyat Kedah bukan baru. Sampai masa nanti EQ akan dedahkan senarai perjalanannya keluar negara... fuhh mengalahkan Menteri Luar. Kerja sendiri terbengkalai, asyik makan angin. Macam ni punya perangai kat Pekan Rabu pun berlunggok (pepatah orang Kedah). Catatan ini masih panjang... kita mulakan dengan isu remeh temeh dulu, lepas tu barulah nanti kita masuk isu yang berat-berat. Antaranya isu yang boleh menyebabkan Rasli 'masuk dalam'. Nak tau cerita??? Rajin-rajinlah menziarahi blog ini.... (Nota: Catatan Rasli akan dihentikan serta-merta jika Rasli letak jawatan sebagai SUK) http://kedahla.blogspot.com/2012/10/oleh-enggang-qadha-tempoh-hayat-datuk.html |
2 TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU.. Posted: 10 Oct 2012 04:49 PM PDT Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini…. Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini. Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor? Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka "satu dimensi" baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013. Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti : Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS) Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS) SPRINT (KPS) Kalau kita semak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma "exit clause" : Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi. Kami petik semula sebahagian maklumat daripada laporan berkenaan tol yang pernah kami keluarkan dahulu, "Hapus Tol PLUS "Bakal" Dilakukan Kerajaan Sekarang VS Malaysia Boleh Muflis!!" Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan : Mula Dibuka : 8 September 1994 Kos Pembinaan : RM 6 billion Pendapatan : RM24.3 billion Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini…………. ROI : 305% Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038. Pembinaan Lebuhraya Metramac Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta Keuntungan : RM440 juta ROI : 978% Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta Keuntungan : RM1.4 billion Tempoh konsesi : selama 38 tahun. Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kos Pembinaan : RM1,08 bilion Keuntungan : RM1.61 bilion. Tempoh konsesi : selama 34 tahun Pembinaan Lebuhraya Cheras-Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB) Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995 Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999. Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang. Kos Pembinaan : RM282 juta Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010) Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010) Tempoh konsesi : Sehingga 2030 Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan "skim cepat kaya" golongan kapitalis di zaman moden. Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja. http://ibnmustaffa.blogspot.com/2012/10/tol-percuma-di-selangor-baru-nak-buat.html |
Posted: 10 Oct 2012 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR 10 oktober: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhkan hukuman penjara setahun mulai Mac lalu ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan dibebaskan esok daripada penjara Kajang. Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pembebasan suaminya dimaklumkan pejabat Parol semalam. "Pejabat Parol telefon semalam beritahu akak imam akan dibebaskan esok, katanya mungkin tengah hari baru boleh datang jemput. "InsyaAllah akak akan bersama adik atau ahli keluarga lain pergi ke pejabat Parol di Wisma Zelan, Bandar Tun Razak," katanya. Bagaimanapun, beliau yang gembira menerima perkhabaran itu memberitahu sekali lagi diduga kerana anak bongsunya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam denggi. "Malam tadi gembira sangat dengan anak-anak, mereka semua nak pergi ambil ayah mereka, tiba-tiba anak akak yang bongsu sudah tiga hari demam terpaksa masuk hospital pagi ini kerana demam denggi. "Nampaknya malam ni terpaksa akak tidur di hospital. Menangis akak tadi dapat tahu anak kena masuk wad tanpa ayahnya di sisi," katanya. Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah. Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu. Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37658 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan