labun KulupSakah... |
taik-taik lembu menghalang laluan Posted: 10 Oct 2012 10:40 AM PDT isu pertekakan orang-orang pro Azmin dengan Faekah setiausaha politik Khalid Ibrahim, Menteri Besar sehingga mengusulkan di sidang media agar Faekah dipecat adalah ibarat taik-taik lembu yang menghalang sebuah perjalanan suci menuju syurga. Musuh yang hendak diperangi tidak diperangi betul-betul tetapi bergaduh dengan ahli keluarga sendiri macam bergaduh dengan musuh. Bijakkah kita apabila bergaduh dengan ahli keluarga terus bertemu jiran dan musuh memberitahu keburukan ahli keluarga kita? dan mereka inilah juga yang sedang bercakap tentang perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.. Bukan! Bukan! Bukan aku orang sesiapa sebab itu sejak dahulu aku mengambil pendekatan untuk tidak rapat sangat dengan mana-mana pimpinan parti walaupun kami kenal antara satu sama lain. Bukan! Bukan! Bukan pula aku benci dengan diorang. Tidak! Cuma dalam keadaan bapak belum mati anak-anak dah bercakar ni buat aku meluat. hakkk tuih! ni sorang lagi...ustat nasha nih..kenyataan akhir-akhir ni lebih banyak mengganggu Pakatan Rakyat dan memberi keuntungan kepada musuh. Yaalaah! Musuh mana lagi. Umno /BN laa..lanun tu. Dah mula cakap macam Hasan Ali Al Kepala Bana. Cuba cakap siapa yang berdoa agar kerajaan Kristian didirikan di Malaysia. Kalau ada pun, takkanlah kita nak larang orang berdoa. Isyy! Kita buatlah kerja kita. Haritu Hasan Ali kata ada Injil kuasa solar dan ada usaha murtad. janji nak tunjuk bulan Ramadhan dulu tapi saksi dilanggar lori katanya.. dey! mana diaa?? Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menulis 'halakan senjatamu ke arah musuh,jangan halakan senjata ke arah kawan walaupun tiada peluru'. Faham-faham! ini semua taik-taik lembu yang busuk mencandu... mabuk dan lalok kuasa ni lebih teruk dari lalok di konsert. sampah-sampah selepas konsert boleh disapu tetapi sampah-sampah merosakkan perjuangan ni amat membusukkan. moral politikus yang cakap berbelit-belit melentok lenggok lebih haprak dari penonton konsert rock yang terkinja-kinja menari. tapi kaki bedah moral tak nampak semua ni. yang dia nampak budak berdengung. kutuk dan cerca bebudak ni konon rendah akhlak, bangang dan sesat. dia pegang kunci syurga dan mahu masuk sorang-sorang. "Kemut! Mau masuk syurga soghang-soghang ja!" kata peguam Fadiah pada aku dulu. Yalah! kalau budak berdengung tu dekatilah...nampak mat rempit tu janganlah menjeling aje...kadang-kadang tu dia salam ahli dia je, kita yang sedang berborak dengan ahli dia tak dipedulikan...ahaiiii! ahhh! apabende yang aku melalut nih? ok chow! Attennnntiiiooonnnn! mamat di atas ini akan menempel menjual lukisan buruk ala pikasot nya di konsert 8T Bersih 13 Oktober kat Stadium Kelana Jaya. JOM! |
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan