Khamis, 11 Oktober 2012

.

.


Politik Pemuda Pas Membengongkan Saya....

Posted: 10 Oct 2012 10:17 PM PDT

MELEPAS RASA                                                                                                                 

Catatan ini dalam bahasa politik menggunakan laras politik, pendekatan politik dan minda politik. Ia bukan dari luar kerangka politik apa lagi fanatik agama semata-mata. Ingat dan faham ini! Jangan keliru dan menuduh yang bukan-bukan kepada saya.

Saya mulakan... saya konfius dan sesekali kesal dengan cara Dewan Pemuda Pas berpolitik dan cara mereka berfikir. Saya keliru dan berasa asing di tengah batas agama dan politik kumpulan ini. Konfius kerana mereka berada dalam lingkaran politik tetapi ada kalanya dangkal mengenai politik dan menunjukkan sikap 'juios' kepada politik moden dianuti partinya.

Rasa kesal dan tidak faham ini, saya lihat kepada beberapa tindak balas dan kenyataan politik yang dibuat oleh dewan itu yang begitu kontras dengan stail dan amalan politik sekular. Terbaru saya ambil sikap dan stand Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan yang juga memancarkan keseluruan pendirian dan sikap dewan berkenaan.

Sekali rasa saya nampak dewan ini seprerti dalam keadaan serba salah ataupun delima dengan apa yang berlaku. Ini menyebabkan nafas politik mereka seakan semput. Mereka dilihat tiada fokus politik nasional dan kelihatan seperti terasing dari arus perdana politik Pakatan Rakyat.

Nasrudin dalam kenyatana terbaru seperti mana disiarkan portal Harakahdaily menyokong  penuh pendirian timbalan mursyidul Am Pas, Dr Haron Din berhubung dengan sikap dan pendirian Dr Haron Din bahawa teras utama dalam perjuangan ialah Islam. Saya rasa kenyataan ini dilepaskan ke dalam blognya yang sudah pasti selepas ini akan dikutip dan dieksploitasikan oleh Utusan Melayu... (cis) sehingga menjadikan orang bengong selepas ini.

Kalau bukan kerana diasak satu perasaan Nasarudin tidak perlu menyokong kenyataan dan pendirian Haron Din itu. Apa lagi pendirian itu hanya dipetik oleh orang yang kini kononnya untuk menyelamatkan Pas sedang dirinya sendiri sudah tidak selamat dan sudah mulai bertukar atau 'semabur' mata di antara songkok dengan kopiah.

Nasarudin merujuk kepada bidasan Haron Din kepada Mubasyar Jawid Akbar seorang penulis berbangsa Pakistan (kalau tak silap) yang mengatakan Islam hanya untuk menjalinkan persaudaraan dan bukan menubuh sebuah negara Islam. Kononnya pendirian penulis itu sebagai tidak yakin dengan Islam boleh membentuk sebuah negara?

Reaksi Nasrudidn ini orang faham ia ada sangkut paut dengan kenyataan orang senama dengannya, tetapi ejaan berlainan, bekas timbalan presiden Pas yang mengkritik Anwar Ibrahim dengan mengambil petikan Dr Haron Din itu. Kononnya Anwar melancar buku Mubasyar itu yang merupakan seorang penerima fahaman pluralisme.

Nasarudin boleh saja bingkas menyokong pandangan Haron Din itu kalau Haron din sendiri membuat kenyataan jelas dan terbuka. Apa yang dipetik oleh bekas timbalan presiden yang kecewa itu mungkin ketika cakap-cakap beliau sambil minum kopi dengan Haron Din. Adalah dangkal untuk Haron Din berbuat demikian kerana ia boleh memberi natijah buruk terhadap hubungan rakan-rakannya dalam Pas dengan Anwar.

Apa yang saya tidak faham dan pelik kenapakah perkara itu dibangkit dan didominasikan pada saat pilihan raya hendak diadakan. Tidakkah Nasharuddin atau sesiapa yang sebaya dan sekolam pemikiran dengannya faham akan implikasi kenyataan sebegitu. Di dalam politik seseorang harus bijak, dan kebijaksanaan itu tidak perlu ditonjolkan. Begitu juga seorang ahli agama walaupun dia serba alim, tetapi ada kalanya kealiman itu tidak perlu ditonjolkan sehingga mendatang riak dan ujud. Di sinilah saya merasakan politik dewan pemuda politik kebudak-budakkan yang separuh baligh.

Dewan ini juga tidak faham politik sekular dan berada dalam keadaan serba salah. Kalau mereka ikhlas untuk menolak politik sekular mereka tidak perlu berada di bawah payung Pas lagi. Mereka seharusnya berpisah atau mufarakah dengan Pas. Apakah 'persubahatan' boleh dimaafkan?

Fatanah yang menjadi satu ciri dan sifat untuk menjadi pemimpin perlu ditafsirkan dengan penuh bijaksana dan fatanah juga. Dalam saat berdepan dengan musuh, seharusnya kenyataan yang boleh dipetik musuh untuk dijadikan peluru membunuh kita, bagi saya tidak fatahan.

Saya juga jadi bengong memikirkan kefatanahan politik dewan pemuda Pas. Saya tidak tahu apakah fungisnya dalam Pas apakah sebagai jemaah ulamak atau mufti untuk menegur tindakan dan kerenah-kerenah politik Pas atau apa. Apakah ia pasukan muda yang sedia menjadi bala tentera untuk menggempur musuh? Menjadi pahlawan setia gagah perkasa dan bukan pemuda yang menjadi kilang menzahirkan idea dan pendekatan agama fahamannya? Saya tengok pemuda Pas terlalu idealis mengenai agama dan miskin tektikal politik. Nampak keadaan hari ini dewan Pemuda Pas lebih ingin menjadi institusi ulamak di dalam parti tersebut membuat teguran menerusi tindak tanduk dan merasa 'kesohoran' diri sebagai agamawan daripada menjadi gerombolan muda yang progresif menyerang musuh, Umno.

Pemuda harus sedar diri mereka dan peranan mereka. Kalau pun ada yang bersiap diri untuk jadi ulamak besar, presiden dan mursyidul am Pas dimasa akan datang tetapi bukan dengan cara hari ini. Pemuda harus menyedari realiti dan teradun dalam keadaan semasa. Kalau tidak, nyah sahaja dari politik sekular yang dianuti oleh Pas itu kerana ia mengotorkan iman.

Ada kalanya dewan itu bergerak bersendiran tidak mengikut arahan dan membuat hala tuju sendiri. Tidak ikut serta dalam agenda parti misalnya dalam isu tuntutan royalti petroleum yang dipelopori Ngo "R". Saya tenguk pemuda ada gap di dalam hal ini. Kenapa?

Dan ada kalanya kenyataan dikeluarkan kontras dari segi maksud politik dengan pemimpin Pas. Barang kali di sinilah silap dan kelemahannya apabila ada ahli dewan berkenaan begitu rapat dan setengah ikut sama dalam program Ngo kononya bebas tetapi menjadi alat kepada Umno. Saya sudah lama menyimpan sekeping gambar seorang pemimpin kanan dewan Pemuda Pas berada dalam majlis yang menjadi alat kepada Umno yang berlangsung di rumah tokoh Umno. Persahabatan itu menyebabkan mereka mungkin dihinggapi virus sekular Umno.

Semacam ada tindakan-tindakan oleh kalangan pemimpin dewan pemuda Pas tidak sebulu dengan pandangan dan pendekatan sesetengah pemimpin Pas. Di sini saya nampak sikap pemuda Pas semacam menolak politik matlamat menghalalkan cara. Iya memang prinsip itu diharamkan dalam Islam tetapi apakah mereka tidak sedar bahawa Pas juga menggunakan kaedah itu?

Kalaulah Pemuda tidak bersedia untuk akur kepada konsensus siasah itu, menerima konsep berkenaan pemuda boleh nyah dari politik begitu. Namun apa yang pemuda kena sedar ia adalah sebagai sayap kepada sebuah badan saja, di mana sejauh mana kekuatan sayap terbang dan mengolah angin kalau badan tidak membenarkan atau ikut bersama, ia akan hancur juga. Penerbangan yang bagaimana laju dan ligat tidak akan kesampaian. Pemuda juga perlu memahami sedalam-dalamnya apakah erti dan tujuan menyertai politik demokrasi?

Sudah lama saya memerhai perkara ini di dalam Pas bahawa persahabatan Pas dengan Anwar (Keadilan) dan DAP tidak diterima seikhlasnnya. Ada yang mencurigainya. Kontrasnya sebahagian lain menerima sesungguh hati atas prinsip dan reliti politik, tetapi yang lain main-main... dan ada yang mempunyai nait hendak mengapor Anwar. Apakah sikap dan nawaitu ini betul? Apakah hipokrasi di sini dibenarkan? Janganlah pada masa sama kita boleh menjadi munafik dan masa sama kita menjadi alim-alim meow.  

Keadaan inilah saya mengatakan Pas tidak sepenuh hati dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Sikap dolak dalih inilah menyebabkan timbul pertanyaan macam mana kejayaan itu akan berhasil kalau ianya tidak sepenuh hati. Adalah merugikan masa saja bagi Pas dan sesiapa saja yang tidak ikhlas dalam sesuatu kerjasama jika ia tidak dibuat dengan penuh keikhlasan.

Rasanya tidak perlu untuk masa ini saya menyenaraikan mereka - pemimpin utama Pas yang kurang senang dengan Anwar dan DAP. Tetapi kalau perlu ia boleh didedahkan juga agar semua orang sedar dan demi rakyat tidak tertipu dengan kerjasama yang bersifat Abdullah bin Ubai. Cuma bagi saya kalau persekatan itu separuh hati, tidak ada keikhlasan ia adalah sia-sia saja. Semua pihak akan rugi dan yang untungnya ialah Umno. [wm.kl. 1:15 t/hari 11/10/12]

Tiada ulasan: