Khamis, 4 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pengerusi Anak cabar Ahmad Maslan debat

Posted: 04 Oct 2012 05:06 AM PDT


NURUL AINI MOHAMED ALI

KUALA LUMPUR - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan supaya berdebat dengan beliau berhubung status saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Pagi tadi, Ahmad menggesa Mazlan menghentikan tohmahan dan fitnah ke atas Felda dan jika tidak, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Menurutnya, beliau mencabar timbalan menteri itu untuk berdebat secara terbuka dengannya bagi membuktikan status sebenar pegangan saham FGVH yang selama ini didakwa diselubungi kontroversi.

"Saya mahu berdebat dengannya, jika beliau sudi, saya juga sudi mendedahkan status sebenar kedudukan Anak sama ada persatuan yang berdaftar atau tidak," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, mendesak Mazlan supaya menghentikan fitnah tidak bermoral kerana boleh menjejaskan kredibiliti Felda dan dikhuatiri fitnah ini dianggap benar oleh rakyat negara ini.

Ahmad turut mendedahkan Anak sebuah pertubuhan haram.

"Kalau selama ini kita diamkan saja perbuatan beliau, tapi lama-kelamaan apabila terlalu banyak fitnah yang didedahkan, kita sendiri tidak boleh mendiamkan diri lagi," tegasnya.

Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".

Mazlan yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, jika benar saham Felda cukup kukuh untuk disenaraikan, mengapa ia tidak melonjak naik seperti yang digambarkan sebelum ini dan perlu menggunakan dana awam.

"Saya tegaskan di sini, Ahmad Maslan tak perlu nak takutkan saya dengan cara ugutan ini, saya tidak akan ambil pusing," tegasnya.

Tambah beliau, segala pendedahan yang dibuat selama ini berasaskan bukti sahih.

"Saya ada senarai kumpulan penasihat ekonomi undang-undang dan ekonomi sendiri dan kami boleh buktikan yang pendedahan yang dibuat sebelum ini adalah benar," katanya.

Katanya lagi, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika Ahmad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi, jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.

"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya.

Isu Datuk Bandar MBPJ, KSN Membelakangi MB dan Exco Selangor

Posted: 04 Oct 2012 04:25 AM PDT

SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan alam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini.

Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

"Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang 'ex- officio' penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau dan bukannya diberikan 'kuasa' bagi membuat keputusan bagi pihak 'Pihak Berkuasa Negeri'.

"Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor," kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.

Dr Xavier menegaskan, arahan JPA bertarikh 27 September lepas untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerana Kerajaan Negeri diberikan 'kuasa mutlak' melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.

"Jadi tidak berbangkit isu KSN mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri," ujarnya.

Jelas beliau, sebagai seorang penjawat awam, Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat untuk mengadakan lawatan kunjung hormat bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya.

Ia kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Persekutuan sahaja dengan mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Kita juga akan berbincang dengan Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu itu kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media," katanya.

Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor: ‘Kali Ini Pasti Tukar’

Posted: 04 Oct 2012 04:24 AM PDT



Program Merdeka Rakyat akan meneruskan destinasinya ke Johor Bahru pada sabtu, 20 Oktober ini.

Ceramah Perdana Merdeka Rakyat dengan tema 'Kali Ini Pasti Tukar' bertempat di Tapak Letak Kereta Terbuka Sutera Mall, Johor Bahru ini dikendalikan oleh KEADILAN Johor dibawah pimpinan Naib Presiden KEADILAN merangkap Pengerusi KEADILAN Johor, Dato' Chua Jui Meng.

Barisan penceramah akan dibarisi oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penceramah utama, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, pimpinan KEADILAN dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Akhirnya Umno Sendiri Letak Kabinet Banyangan Pakatan. Yeh!

Posted: 03 Oct 2012 11:03 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/247374_501283083217904_1325447435_n.jpg

kesian sangat. umno tolong aturkan menteri untuk pakatan rakyat? hahahaha

Tiada ulasan: