Khamis, 4 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lawak terbaik PM Najib ....

Posted: 04 Oct 2012 09:00 AM PDT

Najib kata, Negara-negara perlu memupuk 'kebencian semulajadi' rasuah ke dalam hati nurani masyarakat.

Tolonglah jangan ketawa...dia cakap serius nih kat majlis perasmian Persidangan Persatuan Anti-Rasuah Antarabangsa Pihak Berkuasa.

Dia kata lagi, "Pemimpin di semua peringkat masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai yang betul bagi pengundi mereka untuk contohi bagi mencegah rasuah,"  - macam dia sendirilah? Ha! ha! ha! Jom ketawa...goleng-goleng lagi best! Kalau Shahrizat join sekali pun boleh juga. Lagi meriah kalau ada Ali Rustam dan Isa Samad ...Ha! ha! ha!

Kalau korang tak puas ketawa, baca lagi di sini. Berikut adalah komentar dari beberapa pembaca : 

Bluewater123 : There are many big corruption and financial scandals involved leaders in high position and power. There was no investigation and action on the allegation of RM500m commission payment related to two submarine purchased.

This submarine scandal also involved leader in authority and power! The allegation Sabah CM worth $ billions....billions..... 

Najib, would you dare to launch the investigation??? No? Why? Najib, stop talking big but show us the action! There are many high level scandals end up no action! 

AhmadSobris : Najib: Leaders must set example in fighting corruption? Big Joke indeed! Why no investigation into so many unaccountable mega scandals such as Sabah CM Timber scandal & Sarawak Taib & Son mega wealth scandals and alleged BN leaders'/AG's/Ex-IGP's wongdoings and why no action taken? 

Please don't take Malaysians as stupid fools to believe in you anymore? 

Hmz : omg!! coming from his mouth of all people. urgh i wanna puke!! 

pputeh : I want to puke at the PM saying these things. Must have just arrived from anoher planet and looks not aware of his surroundings. 

This is a classic case of 'Cakap tak serupa bikin & Bikin tak serupa cakap' These politicians have a skin as thick as animals hide 

patchen : "Leaders at all levels of society must exhibit the right values for their constituents to follow in order to prevent corruption." 

 Amazing! simply amazing! and coming from a person who said "Lu tolong gua, gua tolong lu". And looking at his face, I think he is embarrassed with what he said.

Hanya 2 orang timbalan menteri sahaja yang ada teloq ?

Posted: 04 Oct 2012 07:21 AM PDT

Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin 

Semasa PM najib membentangkan bajet pilihanraya nya pd 28 sept yg lalu,berbagai2 hadiah, gula2, imbuhan berupa one off bagi setiap lapisan masyarakat telah diumumkan semata2 menarik perhatian supaya rakyat mengundi BN semula! 

Ruh bajet BN itu semata2 mahu mempertahankan kuasa di Putrajaya. 

Semasa pembentangan semua ahli parliman BN dgn PR dgn tekun hadir mendengar keseluruhan pembentangan termasuk sepuloh minit terakhir PM Najib menghentak, mengherdik, memerli, menghina serta meremehkan PR serta negeri2 dibawah pentabiran PR. 

 Kita dengar dgn penuh khusuk tanpa bolih buat apa2 atau membela diri. Ya Najib mengambil kesempatan semaksima. Penyampaian serta lagaknya amat angkuh dan sombong tatkala menamatkan ucapan bajetnya. 

Waktu Anwar bahaskan tentang bajet (Isnin 30 Sept), semua muka 
BN tak mandang....termasuk Najib. Memang Pakatan Rakyat layak 
ambil alih tempat-tempat kosong itu.

Pada keesokan harinya tepat jam 11.30 pagi apabila giliran ketua pembangkan DSAI mula membahaskan bajet tersebut serta memberi respond keatas cadangan Najib dalam bajet 2013 nya, tidak seorangpun menteri BN yg hadir kecuali 2 orang timbalan menteri dari sabah dan sarawak. 

Kesemua mereka tidak bersedia mendengar hujjah serta kritik pimpinan PR yg mengambil bahagian dalam pembahasan. Yang lebih mengaibkan sebelum ini belum pernah Speaker menghadkan tempoh perbahasan Ketua Pembangkang, tapi kali ini DSAI hanya dibenarkan berbahas selama 90 minit sahaja. 

Ahli parlimen PR protes namun gagal dan sebaliknya ahli parlimen rembau, ketua pemuda umno diberikan masa sama 90 minit juga utk berbahas! Amatlah malang sekali apabila situasi sedemikian berlaku kerana seolah2 mahu menghadkan tempoh masa supaya tidak terbongkar segala kepincangan yang berlaku dlm pengerusan kewangan negara! 

Dahlah laporan odit 2011 tidak diedarkan! Apa salahnya kalaupun tidak semua tapi sekurang2nya sebahagian menteri kanan BN hadir sebagai tanda prihatin dan hormat ketua pembangkang sebagaimana yang terbiasa di komonwealth barat yg memberi keistimewaan kepada ketua pembangkang. 

Kita akan terus berbahas sehingga pertengahan oktober. Berbeza sekali dengan persidangan DUN perak pada 25 sept yg lalu. Ikuti perkembangan ini di penulisan lain inshaAllah! sumber


SPRM mesti siasat Ali Rustam

Posted: 04 Oct 2012 12:24 AM PDT


Sebagai Ketua Menteri, Mohd Ali mempunyai tidak ada pasal menerima pemberian (rasuah) dari para peniaga. 

Oleh Chua Jui Meng 

Setiausaha khas kepada Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam, MS Mahadevan memberitahu The Star semalam bahawa "kebanyakan katerer dan peniaga lain memberi perkhidmatan mereka secara percuma" di majlis perkahwinan anak KM itu. 

Tidak rasuah? Sebagai Ketua Menteri, Mohd Ali tidak sepatutnya menerima apa-apa pemberian daripada para peniaga. Mengapa peniaga-peniaga tersebut tidak menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang lain, orang biasa? 

Jadi, bagaimana Ali akan bertindak balas kepada "penderma berniaga" apabila mereka meminta untuk kontrak? Pertamanya , ia adalah tidak beretika bagi sesiapa sahaja yang memegang jawatan awam yang tinggi untuk menerima pemberian "percuma". 

Malah hamper perlu diisytiharkan dalam organisasi korporat yang mematuhi etika yang ketat. Saya ingin merujuk kepada dua laporan akhbar pada perkahwinan mega, yang digelar kerana rekod 130,000 orang menghadiri resepsi: 

The Star: Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam, MS Mahadevan berkata: "... 500 orang telah secara sukarela manakala ramai katerer dan perniaga lain memberikan perkhidmatan mereka secara percuma."

Malay Mail: Mengenai sama ada beliau mempunyai penaja, dia (Ali) berkata syarikat telah mengiklankan produk mereka dalam buku cenderamata perkahwinan. "

Sebagai pengiklan, mereka perlu membayar kos iklan dengan menghadiahkan produk, seperti 50,000 tin minuman Kacip Fatimah ... memetik Mamee Sdn Bhd dan Orang Kampung Minuman Sdn Bhd sebagai antara syarikat yang diiklankan." 

Nampaknya ada beberapa perkara yang menarik yang dibangkitkan dalam penyata yang dikeluarkan oleh Mahadevan dan Ali dalam hal menganjurkan resepsi perkahwinan RM600, 000. 

RM600, 000 bil, seperti yang didakwa oleh kedua-duanya, juga secara amnya sedang dipertikaikan oleh ramai rakyat Malaysia kerana itu akan kurang daripada RM5 per pax untuk 130.000 pengunjung. Akan ada makanan yang mencukupi? 

Adakah anda mendengar aduan kekurangan makanan di majlis perkahwinan lapan jam itu? 

Sama ada bil tersebut adalah RM600,000, RM1.3 juta atau RM13 juta adalah perkara yang lain. Menerima pemberian terang-terangan Ali untuk perkahwinan anaknya itu adalah yang paling tidak beretika, seperti mengakui menerima rasuah. 

Melainkan Ali kini mahu meletakan kesalahan keatas Mahadevan dan mengakui bahawa kenyataan beliau, dikeluarkan pada pihak pejabat CM, adalah salah atau misquoted. Ini adalah orang yang sama yang telah dihukum oleh partinya sendiri, Umno, kerana menggunakan politik wang (baca rasuah) untuk memenangi sokongan politik. 

Chua Jui Meng adalah naib presiden PKR dan Pengerusi PKR Johor. Beliau adalah bekas naib presiden MCA dan bekas menteri kesihatan. sumber

Ali Rustam - Pasal apa bangang sangat ?

Posted: 03 Oct 2012 08:20 PM PDT



Bangang betul si Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka tu, konon nak bermegah-megah dengan kehadiran rakyat jelata yang kononnya sayang dan menyokongnya; bagitau 130,000 yang datang ke majlis perkahwinan mega anaknya lalu direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Macam mana tak bangang? Rakyat kini sudah mula bertanya mengenai kos kenduri yang besar tu. Ali Rustam sudah  masuk perangkap yang dia sendiri pasang!

Dalam terpinga-pinga, Ali Rustam cuba nak tipu rakyat yang konononya dia tidak membazir wang , cuma RM6.50 satu kepala, katanya. Ha! ha! ha! korang tolong luku kepala Ali Rustam tu! 

Dia ingat semua orang bangang macam dia juga! Dia ingat korang semua tak pernah makan di kedai makan ker? Atau korang tak pernah buat kenduri panggil katering? 

Jika kos makan (standard) RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan untuk rakyat biasa. 

Belum lagi masuk makan minum untuk Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain yang telah sama-sama mencemar duli ke majlis tersebut. 

Masa anak PM Najib bertunang dulu, kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792. Ini hanyalah sebagai perbandingan sahaja.Tapi takkanlah Ali Rustam mau kalah dengan Najib? Kalau kurang pun, tentu tidak berapa jauh sangat bezanya.Tambahan pula ini adalah majlis pernikahan anak sulung lelakinya! Kenduri najib tu kenduri pertunangan...


Korang ingat Sultan gunakan set makan biasakah? Ooi mak! Tentu korang pernah baca ada pinggan diRaja harga RM 6 ribu sebiji..! Aku tak nak kata Ali Rustam beli pinggan khas untuk Raja.Tapi kalau dia sewa, tentu mahal punya...Tapi adakah siapa-siapa yang nak sewakan pinggang mangkuk mahal macam tu?

Itu baru sebiji pinggan! Belum lagi sudu, garpu, gelas dan sebagainya. Korang congak-congaklah sendiri. Apa-apa pun kosnya tentu luar biasakan? 

Bagaimana pula dengan perbelanjaan lain seperti persiapan hiasan luaran, persiapan hiasan dalaman .... Ha! ha! ha! Ali Rustam bangang sungguh. Konon yang datang ramai-ramai tu sebagai tanda orang sokong dia!

Tak taukah bahawa kebanyakan yang datang tu pasal nak mentakedarah aje! Aku tertarik dengan komen berikut dari seorang yang bernama Mohd Rejab Ahmad : 


Lebih 100000 (ada berita 130000) orang hadir dalam kenduri 8 jam. Tentu satu kesesakan yang luar biasa.Namun bagi mereka yang pernah mengendalikan majlis majlis katering keramaian ianya satu angka yang diperbesarkan.Kalau guna khemah memerlukan sekurang kurangnya 500 buah khemah dengan keluasan 2 kilometer persegi. Sebenarnya angka angka ini di perbesarkan olih pembekal makanan majlis.Lagi banyak angka lagi besarlah incomenya.Ialah hanya penipu yang bolih memperdaya penyangak.


Apa? Ada yang dakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan. Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan.Ini sangat melampau! 

Majlis itu juga didakwa bukan sahaja satu pembaziran, malah telah menyalahgunakan jentera kerajaan. Ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis berkenaan. 

Paling celaka sekali kalaulah benar majlis yang didakwa mencecah jutaan ringgit itu ditaja oleh agensi kerajaan Negeri Melaka seperti mana dakwaan Mahfuz di sini 

Mahfuz kata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.Aku tak pasti samada Mahfuz dan buat repot pada polis atau belum.

Elok sangat kalau Pemuda PAS seluruh kawasan digerakan pakat-pakat buat laporan polis mengenai kes ini.

Puak-puak Umno, jelas Mat Sabu masa ceramah di Ipoh minggu lalu kata, "satu ribu repot depa buat keatas aku pasal kes 'Mat Indra' dulu."

Harap Pemuda PAS boleh pecahkan rekod laporan polis sebanyak itu supaya Ali Rustam boleh masukan kedalam Malaysia Book of Record.

Malang sungguh, secara tidak langsung Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain telah sama-sama meraikan Ali Rustam (baca Penyangak) yang menyonglap wang rakyat Melaka.

Tiada ulasan: