Khamis, 18 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kartun Panas Dari Zunar

Posted: 18 Oct 2012 07:04 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/307902_10151478614043277_877126873_n.jpg

balun habis khazanah rakyat

licinkan habis simpanan rakyat

tolak najib rosmah

rakyat selamat

'Pemain tolong jaga disiplin dengan Referee' | Amanat TGNA Final Piala Malaysia 20 Okt 2012

Posted: 18 Oct 2012 03:38 AM PDT


Amanat Khas yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz b Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sempena Perlawanan Akhir Piala MaLaysia, Kelantan yang akan menentang ATM pada 20 Oktober 2012.

'Penonton, pemain dan semua pihak diminta menjaga disiplin'
'main bola, perkataan 'main' ni sebenarnya tak comel..'
'Disiplin utama : solat, disiplin sebagai hamba Allah..'

KelantanTV: Tepat dan Informatif

Berapa Kos KERAjaan Pemasangan Kamera AES?

Posted: 18 Oct 2012 01:00 AM PDT

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/292778_519437721417709_1478338098_n.jpg

penyokong umno bn mesti melompat gembira

Terkini! Chua Soi Lek Sokong Hudud?

Posted: 17 Oct 2012 11:47 PM PDT

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/534/330x220xd97daa02520f15f4f97fcdef90ef90b4.jpg.pagespeed.ic.ctPOS8QgMY.jpg

Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas denga kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaa di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut.

CSL, botol lu tu jangan letak merata-rata. Botol lu mesti ramai orang tengok. Hahahaha

Juara Piala Malaysia : Pasukan Pilihan Ahli-ahli Parlimen

Posted: 17 Oct 2012 10:30 PM PDT


Juara Piala Malaysia : Pasukan Pilihan Ahli-ahli Parlimen

Juara Piala Malaysia: Ahli-ahli Parlimen pilih...
Nizam Zain dan Siti Fatimah Muhammad Ali
18 Oktober 2012
Piala Malaysia
Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Demam bola sepak Piala Malaysia 2012 kian hangat diperkatakan oleh seluruh peminat sukan tanah air, malah bahangnya turut dirasai ahli-ahli Parlimen.

Para pemimpin bukan sahaja lantang bersidang, malah masih membicarakan perlawanan akhir yang dinanti-nantikan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan, Sabtu ini.

Biarpun sibuk membincangkan dasar negara dan kebajikan rakyat, namun fenomena bola sepak tidak terlepas di bibir-bibir wakil rakyat sebagai topik utama ketika menikmati juadah tengah hari dan minum petang sebaik sahaja sidang berhenti rehat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek teruja apabila diminta mengulas bahang Piala Malaysia musim ini.

"Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dan kehebatan mereka sama, namun kelebihan berpihak pada Kelantan kerana pernah beraksi dalam perlawanan akhir.

"Pengurusan ATM menggunakan konsep baru dengan menggunakan pendekatan yang berbeza dan harus dicontohi oleh pasukan lain.

"Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang hebat dan saya harapkan tiada perkara yang boleh merosakkan keindahan malam itu," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen semalam.

Bagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bukan imbuhan yang menjadi ukuran untuk satu pasukan itu menjadi juara, tetapi semangat kesukanan yang tinggi harus dijiwai setiap pemain.

"Setiap pemain harus mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan bermain secara profesional bukan kerana imbuhan semata-mata.

"Sebagai anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan," katanya yang juga Presiden Perkasa.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin kemenangan bakal berpihak kepada Kelantan.

"Corak permainan Kelantan yang cantik dan berada di tahap yang tinggi, ditambah pula dengan keupayaan kepimpinan memudahkan laluan Kelantan untuk menjadi juara.

"Tapi bagi saya, perlawanan akhir tidak begitu menarik kerana bukan perlawanan antara kedua-dua pasukan gergasi," kata beliau.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pula memilih Kelantan sebagai pasukan kegemarannya untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Pasukan kegemaran saya adalah Selangor dan Kelantan, tapi saya yakin Kelantan akan menang 3-0.

"Dengan adanya barisan pemain, penjaga gol, penyerang yang berpengalaman luas memberi Kelantan satu peluang yang cerah," ujarnya.

Berbeza pula pandangan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Walaupun masih setia dengan pasukan negeri kelahirannya Pahang, beliau memilih pasukan ATM akan menjadi juara musim ini.

"Saya mahu ATM juara... tapi kedua-dua pasukan sama hebat dan saya rasa kemenangan ATM dengan jaringan penalti.

"Saya lihat semangat kenegeriaan sangat tebal kerana setiap pasukan mewakili negeri masing-masing dan saya masih berpihak dengan pasukan negeri saya, Pahang," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pula berbangga dengan prestasi terkini Kelantan.

"Anjakan besar Kelantan dalam fenomena bola sepak begitu membanggakan dan saya pasti Kelantan menjadi juara dengan jaringan gol 2-0.

"Kelantan harus menang musim ini, namun ATM mempunyai peluang untuk mengangkat imej baiknya dengan pemain yang hebat," kata Naib Presiden Pas ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mengharapkan kemenangan di pihak Kelantan.

"Saya rasa Kelantan boleh menang walaupun kedua-dua pasukan ini hebat.

"Namun ATM akan lebih bersemangat untuk mengalahkan The Red Warriors kerana ini merupakan julung kalinya ATM mara ke final," ulas beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Kelantan menewaskan Selangor di separuh akhir.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong memilih Kelantan selaku juara Piala Malaysia kerana negeri kelahirannya.

"Saya anak Kelantan, semestinya saya menyokong Kelantan negeri kelahiran saya. Orang Kelantan mesti menyokong pasukan Kelantan," katanya penuh semangat.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan pula yakin ATM akan menjadi juara.

"Saya yakin dengan semangat juang yang ada pada ATM ketika menentang Lions XII tempoh hari.

"Dengan kegigihan, semangat dan kebolehan yang begitu tinggi seperti semangat perwira untuk berjuang.

"ATM pernah melangkah ke final 46 tahun dulu itupun H.M.S Malaya, sekarang Piala Malaysia ini satu penantian yang begitu dinantikan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memuji semangat kedua-dua pasukan yang akan bertarung di final Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

"Bagi saya pasukan yang terbaik layak menjadi juara tidak memilih sama ada ATM atau Kelantan.

"Tapi saya memuji semangat dan disiplin pasukan ATM dalam saingan separuh akhir menentang Lions XII," jelas beliau.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula tidak meletakkan kejuaraan Piala Malaysia di mana-mana pasukan.

"Saya agak kecewa setelah Selangor kalah kepada Kelantan.

"Namun saya berbangga dengan peningkatan mutu bola sepak di negara dan saya teruja dengan perjuangan ATM menentang Lions XII," ujar beliau yang juga Naib Presiden PKR.

Selain itu, Nurul Izzah mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini.

AES: Menteri Pengangkutan Perlu Letak Jawatan

Posted: 17 Oct 2012 09:24 PM PDT

 http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/08/Datuk-Seri-Kong-Cho-Ha-Malaysia-Trasport-Minister.jpg



AES: Menteri Pengangkutan Perlu Letak Jawatan

Oleh Ab Jalil Backer

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)" sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.

Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.

Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. "Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati."

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.
Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?

Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam "bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan" bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada "penulis cabuk" macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.

Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep "alang telah terperangkap, baik terus bawa laju" akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

Tiada ulasan: