Khamis, 11 Oktober 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Apa Cerita Status Umno Tanah Merah, Kelantan?

Posted: 11 Oct 2012 05:14 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/598649_483293061710382_1687981444_n.jpg


Phak kami mendapat maklumat dari sahabat penbaca:

Bahari Jebat

jam 4.15 ptg tadi saya diberitahu rakan yang berkebetulan ada di Parlimen atas sesuatu urusan, bahawa YB tm telah bertanya kepada Menteri KDN secara lisan tentang status 126 cawangan umno tanah merah yang telah dibawa ke mahkamah kerana tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan(ROS) oleh bekas su bahagian dan katanya menteri akan menjawab dalam masa 2 minggu lg...marilah sama2 kita saksikan ketelusan parlimen malaysia

Mahathir restu kapal nuklear Amerika masuk Malaysia

Posted: 11 Oct 2012 04:55 AM PDT

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/10/KAPAL.jpg

(Oleh Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.

"Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.

"Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.

"Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.

Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.

Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Kelang selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.

Beliau berkata, kapal perang Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.

Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.

Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.

"Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear," katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini.

"Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara," katanya.

Panas! Kajian Dari Yahoo Dedahkan Rakyat Tolak Budget Najib!

Posted: 11 Oct 2012 03:10 AM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/223378_538219019528180_1343660135_n.jpg

Prime Minister Najib Abdul Razak is reading his fourth budget speech, which is aimed at reining in the deficit and shoring up support before the 13th general election.

AT A GLANCE

Total budget: RM251.6 billion

Operation expenditure: RM201.9 bil
Development expenditure: RM49.7 bil

GDP growth 2012: 4.5% - 5.0%
GDP growth 2013: 4.5% - 5.5%

Revenue 2012: RM206.2 bil
Revenue 2013: RM208.6 bil

Deficit 2012: 4.5%
Deficit 2013: 4.0%



SALIENT POINTS

Selanjutnya..

Nik Aziz: Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP

Posted: 11 Oct 2012 03:07 AM PDT



http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.50782.1347146096!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.

"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS 'bersekongkol' dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.

Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - Bernama

Blog Kami Mengalami Masalah. Tak Tahu Sebab Apa

Posted: 11 Oct 2012 02:00 AM PDT

http://mywifequitherjob.com/blog/wp-content/uploads/2012/02/man_maintenance.jpg


blog kami mengalami masalah tools. entah macam mana dan sebab. pihak kami sedang bertungkus lumus nak selamatkan. diharap para pembaca bersabar di atas masalah ini.

kita cuba selamatkan.

TG Nik Aziz Merasmikan Majlis Perasmian Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.

Posted: 11 Oct 2012 01:30 AM PDT

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/404035_498764150143243_2063305290_n.jpg
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/644158_498764363476555_1270764226_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230869_498764563476535_1019193995_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/230869_498764563476535_1019193995_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/69122_498765000143158_1806944041_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47103_498765346809790_888627755_n.jpghttp://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/488023_498764263476565_1930755777_n.jpghttp://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/47103_498765346809790_888627755_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/3829_498765660143092_50846103_n.jpg

YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Perasmian Pasar Baru Kok Lanas yang telah diberi nama dengan Pasar Saidina Ali,Kok Lanas.Turut hadir sama pada majlis ini Exco Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan,YB. Dato' Takiyuddin Hassan.

 http://www.facebook.com/media/set/?set=a.498764020143256.117260.100000289887391&type=1

Adun Wakaf Bharu, Kelantan Anjur Futsal. Jom Orang Muda Join!

Posted: 11 Oct 2012 01:10 AM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/581020_458707940839626_831107234_n.jpg

Satu Kejohanan Karnival Futsal Peringkat Dun Wakaf Bharu bagi tahun 2012 akan diadakan pada !3.10.2012(SABTU) bertempat di WPA Futsal Kg Delima Wakaf Bharu.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan(EDI-013-9528018/017-9802430). 

Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada semua rakyat Wakaf Bharu.

Ayuh sama-sama kita memeriahkannya.

Pas Dan Kuasa

Posted: 11 Oct 2012 12:44 AM PDT

Idris Hj Ahmad

Sejarah kelahiran Pas ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk "Din Wa al-Daulah" seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

" Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)" (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu 'Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan Pas di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya Pas, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasal 3. Dasar Pas ialah Islam.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Di Dalam fasa 5. Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Di dalam fasal ini jelas bahawa Pas berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya Pas tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh Pas tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Di dalam Fasal 8 Perlembagaan Pas telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu:

i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar Pas dalam Perlembagaan Pas.

ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam Pas serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti Pas.

iii.Rayuan disiplin

Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas sudah membayangkan inilah perjuangan Pas yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh Pas seperti yang disebut pepatah cina "Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat"

Pas hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. Pas tidak mengiktiraf pendekatan "Matlamat menghalalkan cara". Pas perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka'bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Kuasa yang Pas miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.

Kalau tuduhan orang mengatakan Pas utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau Pas gilakan kuasa lebih baik Pas bersetongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya Pas tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya Pas terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang Pas laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah.

Mengurus Hutang Dalam Islam. Najib Tolong Dengar!

Posted: 11 Oct 2012 12:43 AM PDT



Semoga ianya bermanfaat kepada anda di luar sana. Harap puak umno dan bn lebih prihatin dengan hutang ni. jangan cakap je bergegar, tapi rupanya hutang.

Perdana Menteri Harus Hentikan Politik Kebencian

Posted: 11 Oct 2012 12:29 AM PDT

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/09/kit-siang-parlimen-01.jpg

Lizawati Madfa

SHAH ALAM 11 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak diseru untuk menyatakan pendirian dan tindakan tegas terhadap usaha pihak-pihak tertentu yang giat menyemai fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Bercakap dalam sidang media di Parlimen semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memberitahu usaha jahat tersebut seolah-olah disemai untuk menanam benih kebencian di kalangan rakyat terhadap kredibiliti PR.

Mengambil contoh terbaru dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa kononnya DAP menganjurkan doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian, Kit Siang berkata perbuatan seperti ini harus dihentikan.

"Saya fikir sudah sampai masanya untuk Perdana Menteri bertindak menentang perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Lebih-lebih lagi oleh pihak Umno dan medianya seperti Utusan.

"Ini semua tidak bagus dan tidak sihat untuk negara ini yang Najib selalu uar-uarkan sebagai sebuah negara demokrasi terbaik," jelasnya yang juga MP Ipoh.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa isu Nasharuddin meupakan antara contoh usaha jahat menggunakan isu agama untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Inilah contoh serangan 4R iaitu religion, race, rulers dan riots yang dicipta Umno dan ejen-ejennya.

"Kononnya mereka mendakwa andai PR menang, kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu, bangsa serta semua aspek penting lain akan terancam.

"Sedangkan kesemua dakwaan ini terbukti tidak berasas dan tidak benar kerana DAP sepertimana PR sendiri menjunjung tinggi perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan negara," tegas beliau.

Dr Asri: Saya hanya rakyat marhaen

Posted: 11 Oct 2012 12:15 AM PDT

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.15900.1346367655!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

SAYA ingin menulis sesuatu yang agak peribadi, tetapi rasanya boleh dikongsi. Ini kerana baru-baru ini saya menerima beberapa mesej bertulis dari orang-orang muda yang dihantar kepada saya oleh beberapa pihak yang merasakan tidak sedap hendak disebut nama saya bersama dengan gelaran Datuk kerana tidak mesra kata mereka.

Mereka kata kami semua sejak dulu terbiasa memanggil Dr Asri ataupun Dr MAZA, rasa macam tidak sedap sebut Datuk pula kata depan nama. Saya senyum. Saya tidak pernah kisah tentang itu semua.

Sebelum saya meneruskan, saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan kepada saya gelaran Datuk Arif Perkasa sempena hari keputeraan ada 17 Mei 2012 yang lepas. Semasa itu saya berada di UK dan tidak dapat menghadiri upacara berkenaan.

Hanya pada 25 September baru-baru ini saya dapat menghadirikan diri untuk sesi saya yang tertangguh tersebut. Saya berterima kasih kerana pihak Istana Arau sudi kerana mentauliahkan saya yang merupakan rakyat marhaen ini Datuk bergelar bagi Istana Arau. Di sini saya coret satu perkara yang boleh kita kongsi.

Siapalah Saya

Apabila pihak Kerajaan Perlis mengumumkan anugerah tersebut di media pada bulan Mei lepas, ramai yang menghantar ucapan tahniah. Namun dalam masa yang sama ada beberapa e-emel yang saya terima memohon agar saya tidak memakai apa-apa gelaran kebesaran.

Saya perlu kekal sebagai Dr Asri, ataupun Dr MAZA. Saya perlu kekal sebagai suara rakyat marhaen, kata mereka. Baru-baru ini setelah pulang ke Malaysia dan saya terlibat dengan banyak program, seringkali nama saya diiklankan bersama gelaran Datuk, beberapa orang menghantar pandangan kepada saya dengan sungutan seakan 'alangkah baiknya jika Dr Asri ataupun Dr MAZA itu kekal dengan panggilan asalnya. Itu lebih mesra dan dekat di hati kami. Saya terkesan dengan hal itu.

Sebenarnya, anugerah yang diberikan kepada saya itu, hanyalah atas kemurahan hati pihak Istana Perlis sahaja. Dari segi jasa, tiada apa jasa besar saya untuk disebut ataupun dikenang. Dari segi harta, jika gelaran Datuk itu sering dibayangkan orang yang berharta, maka saya tidak termasuk untuk dibayangkan.

Saya tidak berharta, melainkan sekadarnya seperti rakyat kebiasaan yang lain. Sehingga artikel ini ditulis, jika anda berjumpa saya di hotel mewah, itu biasanya ada penganjur program yang sewakan untuk saya. Jika anda bertemu saya dalam kereta mewah, itu menunjukkan ada orang bermurah hati menumpangkan saya. Rezeki masa depan hanya ALLAH Yang Tahu.

Setiap kita mengetahui siapakah diri kita. Selepas ALLAH Yang Maha Tahu segalanya, insan itu sendirilah yang paling tahu tentang dirinya. Segala penampilan, pujian, gelaran dan pangkat yang manusia berikan tidaklah semestinya sama dengan hakikat sebenar diri yang berkaitan itu di sisi ALLAH Yang Maha Mengetahui. Betapa ramai orang yang dipuji dengan pelbagai pujian, dia sendiri pun tahu dia bahawa dia bukan layak dengan segala ungkapan itu.

Betapa banyak orang yang dianggap tiada nilai ataupun rendah kedudukannya, dia di sisi ALLAH jauh lebih baik dari mereka yang banyak dipuji dan dipuja. Nabi s.a.w bersabda: "Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama ALLAH nescaya ALLAH tunaikan". (Riwayat Muslim).

Justeru, orang yang mempunyai gelaran kebesaran, belum tentu lebih baik di sisi ALLAH dibanding rakyat marhaen biasa. Ustaz yang berceramah di depan majlis, belum tentu lebih disayangi ALLAH dari mereka yang duduk di bawah mendengar ceramahnya.

Bahkan mungkin yang berceramah itu ALLAh benci disebabkan kesombongan, riyak dan 'gila dunia' yang bersarang dalam jiwanya. Sementara yang hadir mendengar dengan ikhlas, tanpa sebarang tujuan melainkan mencari redha ALLAH, dia sangat ALLAH sayangi. Saya memberitahu dalam kuliah saya bahawa dalam sunnah, bayi yang lahir dibawa kepada Nabi s.a.w lalu didoakan.

Maka, eloklah membawa anak kita kepada orang soleh yang mustajab doanya supaya mendoakannya. Ada yang salah faham, mereka sering membawa anak-anak mereka berjumpa saya supaya saya mendoakannya.

Saya terpaksa beritahu mereka, saya mungkin seorang yang agak terpelajar dalam bidang agama tetapi itu tidak menunjukkan saya seorang soleh, ataupun saya ini dikasihi ALLAH sehingga doa saya mustajab. Carilah orang yang soleh, sekalipun mereka itu tidak ternama.

Rahsia Insan

Insan yang baik ialah insan yang hubungannya dengan ALLAH sangat indah, melebihi apa yang disangka oleh manusia. Sesiapa yang baik hubungannya dengan ALLAH, maka ALLAH akan membaiki urusannya.

Namun dalam pergaulan sesama insan, kita tidak disuruh oleh Islam untuk mencari rahsia peribadi orang lain. Bahkan kita diharamkan menyingkap keaiban yang disembunyikan oleh seseorang. Kita menilai manusia apa yang zahir sahaja.

Adapun urusan batinnya, itu antara dia dengan ALLAH. Khalifah 'Umar bin al-Khattab menyebut: "Sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah s.a.w diambil tindakan berdasarkan (pemberitahuan dari) wahyu. Sesungguhnya wahyu pada hari ini telah terputus. Maka kami pada hari ini bertindak berdasarkan apa yang zahir pada kami dari amalan kamu.

Sesiapa yang menzahirkan kebaikan, maka kami berikannya kedamaian (tidak diganggu) dan memuliakannya. Kami tidak masuk campur urusan rahsia batinnya. Sesiapa yang menzahirkan keburukan, maka kami tidak berinya kedamaian dan tidak mempercayainya sekalipun dia berkata batinnya baik". (Riwayat al-Bukhari).

Batin yang baik, akan melahirkan akhlak yang baik. Namun tidak dinafikan, ada batin yang jahat, tetapi berpura-pura baik pada zahirnya. Adapun kita hanya mampu menilai yang zahir, urusan rahsia batin seseorang akan dinilai oleh Tuhan. Justeru, kita berdoa agar batin dan zahir kita, kesemuanya dinilai baik di sisi Tuhan. ALLAH Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

Ada Apa Pada Gelaran

Kita hormati gelaran baik yang orang berikan. Namun, kita hendaklah sentiasa tahu hakikat diri kita bukan bergantung kepada apa orang sangka, tetapi kepada siapa sebenarnya kita. Rahsia batin antara dia dan Tuhan adalah intipati sebenar diri seseorang.

Saya tersenyum apabila mendengar kisah ada orang agama yang cuba memberikan pelbagai gelaran kehebatan untuk dirinya sendiri. Saya teringatkan Nabi s.a.w yang menyebut: "Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba ALLAH. Katakanlah: "Hamba ALLAH dan rasulNya" (al-Bukhari).

Namun dalam pergaulan, sebagai muslim, agama mengajar kita menghormati orang lain dan beradab sopan. Kita memanggil manusia dengan panggilan yang layak atau panggilan baik yang dipanggil kepada mereka. Ketika Nabi s.a.w menghantar surat kepada Maharaja Rome, baginda Nabi s.a.w tetap menyebut kebesaran pangkatnya.

Nabi s.a.w memulakan surat baginda: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh ALLAH kepada Hercules Orang Maha Besar Rome…" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w menyebutkan selepas namanya kedudukannya sebagai 'azim ar-Rum'. Azim bererti orang yang teramat besar Rom.

Saya tidak kisah sama ada sesiapa hendak memanggil saya Datuk ataupun tidak. Itu semua tidak mengubah apa-apa dalam hidup saya sebagai rakyat marhaen ini. Namun, saya tidak menggalak hal itu dibuat kepada orang lain kerana mungkin nanti mereka tidak suka. Sedangkan dalam hadis riwayat Muslim secara ta'liq dan sahih: Kata 'Aishah r.a: "Nabi s.a.w memerintahkan kami meletakkan manusia pada kedudukannya"

Adapun saya, tidak kisah selagi tidak memanggil dengan panggilan yang buruk kerana itu tidak disukai oleh agama ini. Kemuncak kepada kehidupan bukan gelaran dan pangkat, tetapi di manakah nanti tempat kita di akhirat. Ini mengingatkan saya sekali lagi kepada dialog Khalifah Umar bin 'Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah.

Kata Rajak bin Haiwah: Ketika 'Umar bin 'Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: "Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju". Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, cuma ianya murah."

Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: Belikan untukku sehelai baju". Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: "Bagus, cuma ianya mahal".

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. 'Umar bin Abdul Aziz bertanya: "Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: "Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

Kata 'Umar bin 'Abdul 'Aziz: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya". (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Pangkat dan nama adalah panggilan dan kedudukan di dunia. Hakikatnya apabila mati, seperti yang ALLAH nyatakan: (maksudnya) "dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada Hari Kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu dakwa bahawa mereka ialah sekutu-sekutu ALLAH dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu dakwa" (Surah al-An'am, 94).

Panggillah saya dengan apa sahaja panggilan yang sopan sebagai insan Muslim, yang sesuai pada penilaian anda. Panggillah dengan panggilan yang masing-masing dapat menjaga kesopanan Muslim serta menjadikan jiwa kita lunak dan kita dapat bersahabat di dunia dan di akhirat. Marilah kita pentingkan persahabatan melebihi segala pangkat dan panggilan.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis

Pemimpin Umno sambut saranan Nasha

Posted: 10 Oct 2012 09:54 PM PDT


SHAH ALAM – Beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

"Saya harap kepimpinan Pas dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan Nasharudin ini," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Sebelum ini, Nasharudin mengingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin berkata, masalah perpecahan umat Islam yang sepatutnya menjadi keutamaan sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau berkata, kemenangan Islam dalam perjuangan mendaulat agama suci itu berada dalam tangan umatnya sendiri, bukan dengan bantuan orang bukan Islam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, suara Nasharudin perlu didengari pemimpin Pas dan ahli-ahli Pas terlebih dahulu.

"Kaedah yang mahu dilakukan baik, tetapi beliau perlu bersama- sama pemimpin Pas lain yang mengutamakan perjuangan Islam seperti Datuk Dr Harun Din, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Ismail Mina menjadi pencetus kepada kesatuan umat Islam supaya umat Islam disegani oleh rakan dan lawan.

"Mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk membersihkan pemikiran umat Islam untuk bersatu dengan melaksanakannya di peringkat akar umbi Pas terlebih dahulu," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau bimbang sekiranya hanya Nasharudin sahaja yang mahu melaksanakan perpaduan umat Islam, tetapi pemimpin Pas lain dan ahli Pas tidak menyokong beliau.

"Apa yang berlaku ialah beliau tewas kepada Mat Sabu kerana kurang mendapat sokongan dalam pemilihan pemimpin. Beliau tidak disokong oleh ahlinya sendiri.

"Saya khuatir, saranan ini hanya beliau bercakap sendiri tanpa sokongan Pas. Sebaliknya Umno sememangnya seluruh pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional menyokong perpaduan umat Islam dan meletakkan Islam sebagai pendahulu," katanya.

Beliau berkata, perkara sedemikian tidak berlaku dalam Pembangkang apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak undang-undang Islam dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan liberal.
"Inisiatif yang hendak dilakukan Nasharudin baik, tetapi saya risau Pas tidak ke arah itu," katanya.

PM Najib bertemu Soros di New York

Posted: 10 Oct 2012 08:59 PM PDT

 http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/531/470x275xea8b5ba629f39215d58d175fd070dfd9.jpg.pagespeed.ic.l-n3lmEJvG.jpg
Steven Gan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."

Wacana Sinar Harian Bajet 2013

Posted: 10 Oct 2012 08:08 PM PDT





Pelajar Aliran Agama Berdemo Depan Parlimen! Panas!

Posted: 10 Oct 2012 07:51 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/545528_10151145214958369_1147454346_n.jpg
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/421211_3282262313656_40525233_n.jpg
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284101_469454539744295_801823211_n.jpg

mereka menuntut hak mereka

mana budget untuk sekolah agama

najib dahulukan apa?

Kenal Tak Siapa Dalam Kereta Besar Ni?

Posted: 10 Oct 2012 06:38 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/22801_342616559168462_1420968132_n.jpg

i love u rosmah
wasatiyyahhhhhhhhhhhhhh
mmmmmmmmuuuaaaahhhhhhhhhh!

Tiada ulasan: