DIALOG RAKYAT |
- MP SABAK BERNAM DIPENJARA & DENDA
- FITNAH RAIS: BLOGGER DIPENJARA TIGA BULAN
- MUSA PERLU KOMANDO, BUKAN MUNDU!
- Dewan tolak usul bahas isu pindah pengundi
- Jumpa Soros boleh, jumpa pelajar tak mahu
- 'RM40j wang seludup untuk Umno Sabah, bukan Musa'
- Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah?
- Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt
- Rohingya: Mapim kesal pendirian Malaysia
- Gara-gara puntung rokok, jemaah haji M'sia dipindah sementara
- Imam Hoslan pertahan 'ijtihad ke atas perundangan'
- SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan
- Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din
- Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013
- Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN
- Genting Bhd didakwa miliki saham FGV
- MP BN & PR tolak pelaksanaan AES
- Pandangan Tepat Oleh Tuan Ibrahim ULASAN ISU Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati. Tuan Ibrahim: Tidak pelik. Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu. Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR. Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri. Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya. Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak. Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu! Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad. Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha... Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno? Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh. Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh. Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid. Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya. Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti.
- Keputusan permohonan beku TOL Lynas 8 November
- Muhyiddin: Sekolah satu sesi selepas 2017
- Kerajaan Negeri Beri RM 50,000 Kepada Atlet Paralimpik Negara
- Kerajaan Negeri Anjur Siri Jelajah Perjelas Isu Talam
- Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal
- Jimmy cerai isteri secara khuluk RM1
MP SABAK BERNAM DIPENJARA & DENDA Posted: 11 Oct 2012 04:26 PM PDT
| |||||||
FITNAH RAIS: BLOGGER DIPENJARA TIGA BULAN Posted: 11 Oct 2012 04:22 PM PDT
| |||||||
MUSA PERLU KOMANDO, BUKAN MUNDU! Posted: 11 Oct 2012 04:15 PM PDT
| |||||||
Dewan tolak usul bahas isu pindah pengundi Posted: 11 Oct 2012 04:07 PM PDT DEWAN Rakyat semalam, menolak usul dikemukakan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) untuk membahaskan isu pemindahan 14,000 pengundi daripada kawasan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada semua parti politik pada Disember tahun lalu. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata isu yang ingin dibahaskan itu juga adalah hal politik dan meminta Fuziah tidak mengheret Parlimen dan Speaker dalam kancah politik. "Saya sudah meminta maklumat SPR dan diberitahu secara bertulis bahawa semua parti politik sudah dimaklum berhubung belah bahagi kawasan pada Disember tahun lalu. Malah, jika kita layari laman web SPR, maklumat itu juga ada di situ. "Terpulang kepada Umno, parti komponen Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melakukan apa yang perlu selepas SPR memaklumkan perkara itu tahun lalu," katanya. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Fuziah meminta SPR lebih bertanggungjawab berhubung perkara itu. | |||||||
Jumpa Soros boleh, jumpa pelajar tak mahu Posted: 11 Oct 2012 12:24 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri. "Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut? "Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan. Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013. Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin. Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros. Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu. Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya. Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini. | |||||||
'RM40j wang seludup untuk Umno Sabah, bukan Musa' Posted: 11 Oct 2012 12:20 AM PDT Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini. Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur. Susulan itu, Chia dituduh atas dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram orang suruhanjaya pencegahan rasuah Hong Kong. Laporan menyebut, siasatan ICAC itu turut menunjukkan bahawa wang berkenaan diperuntukkan untuk Musa dan merupakan sebahagian daripada dana yang dideposit ke akaun bank Switzerland menganduni AS$30 juta, didakwa dipegang secara amanah untuk ketua menteri itu oleh seorang peguam. | |||||||
Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah? Posted: 11 Oct 2012 12:14 AM PDT
KUALA LUMPUR: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sehingga sekarang masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah. Perkara itu diungkit Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sewaktu membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat. Mohd Nasir turut mempersoalkan tindakan Felcra yang juga dilihat bermusuhan dengan kerajaan negeri apabila sehingga sekarang belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh pihak Menteri Besar mahupun kerajaan negeri. "Saya ingin meminta kepastian dan penjelasan kenapakah sehingga sekarang belum ada pembayaran keuntungan RM200 juta dibuat kepada Kerajaan Negeri Kedah. "Malah dalam masa yang sama saya juga melihat seolah-olah Felcra ingin 'berperang' dengan kerajaan negeri apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri," katanya. Tambahnya lagi, keengganan Felcra mahupun kerajaan menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan. Malah menurut beliau lagi, terdapat perjanjian yang dibuat yang mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung. "Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil. "Tetapi itu tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 peratus untuk kerajaan negeri dan 40 peratus kerajaan pusat itu turut tidak diterima oleh kerajaan negeri," jelas beliau lagi. Beliau yang berharap Felcra dan kerajaan pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran tersebut agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat di Kedah. | |||||||
Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt Posted: 11 Oct 2012 12:12 AM PDT
KUALA LUMPUR: R Malaysia dan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) bersetuju untuk mengadakan program bersama bagi menerangkan isu Tuntutan Royalti dan Pendaratan Minyak & Gas ke Bachok yang dinafikan sejak 1990-an lagi. Setiausaha R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali dalam satu kenyataan berkata, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengasas Petronas, yang menandatangani Perjanjian Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada 9 Mei 1975 lalu dan DatUK Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan juga telah mengesahkan kehadiran ke Ceramah Mega R dan Amanah Rakyat di Padang Istiadat, Bachok pada 9 malam, 13 Oktober ini. Katanya, program yang bermula dengan Konvoi R Tuntut Royalti dari Kota Bharu ke Bachok yang melibatkan lebih 500 buah motosikal dengan mengibarkan bendera R dan memakai baju T dengan logo "R" dan "Amanah". Ujarnya, dalam program itu nanti akan mengadakan jamuan rakyat di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari, pemberian sumbangan hamper kepada fakir miskin, golongan OKU, pelajar cemerlang dan mereka yang memerlukan bantuan sekitar Bachok. Presiden R Malaysia, katanya Nazri Deraman juga akan hadir memberikan ucapan berkaitan gerakan R yang kini menjadi fenomena luar biasa kebangkitan rakyat Kelantan menuntut royalti yang kini berjumlah RM10.4 billion selepas kejayaan program mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya tempoh hari. Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh juga akan hadir memberikan ucapan pada malam tersebut. Menurutnya, bagi mengiatkan lagi usaha tuntutan royalti pihaknya akan mengadakan program seluruh negara iaitu pada 12 Oktober sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam. "Pada program ini pihak R akan mengedarkan lebih 20,000 keping sticker "R" yang menjadi rebutan anak muda Kelantan masa kini," katanya. Katanya lagi, pada 13 Oktober, serentak program di Bachok, R juga mengadakan Konvoi R Tuntut Royalti Di Malaysia Utara (Kedah–Perlis) di mana sebanyak 500 buah kenderaan bermula di Alor Setar, Kedah dan berakhir di Kuala Perlis melibatkan anak-anak perantauan di kedua-dua negeri itu. | |||||||
Rohingya: Mapim kesal pendirian Malaysia Posted: 11 Oct 2012 12:09 AM PDT
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan kekesalan terhadap pendirian yang diambil oleh PM Malaysia yang mengambil sikap lepas tangan dalam isu penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar atas alasan tidak mahu campur tangan urusan dalam negara itu. Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hami (gambar) berkata, pendirian itu sebenarnya tidak tepat dengan prinsip yang disepakati ketika AIHRC (Asean Inter Governmental on Human Rights Commission) diwujudkan. Katanya, walaupun wujud pernyataan tidak boleh campur tangan dalam urusan negeri anggota Asean, akan tetapi prinsip untuk menjaga hak asasi manusia sesuai dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB dan undang-undang antarabangsa, tetap meletakkan tanggungjawab setiap negara anggota Asean untuk dilaksanakan. Ini juga, ujarnya jelas dicatat dalam Artikel 2 dalam Piagam Asean supaya setiap negara patuh kepada menegakkan undang-undang, urustadbir yang baik, prinsip-prinsp demokrasi dan perlembagaan negara. Tambahnya, dalam catatan yang sama juga semua anggota Asean perlu menghormati kebebasaan asasi, mempromosi dan melindungi hak manusia dan keadilan sosial. Menurutnya lagi, setiap anggota Asean juga bersetuju untuk mempertahankan Piagam PBB dan Undang-undang antarabangsa, menghormati kepelbagaian budaya , bahasa dan agama penduduk di Asean. Secara khusus juga, kata beliau persepakatan dinyatakan dengan jelas supaya prinsip hak asasi manusia antarabangsa, termasuk keuniversalan (universality), kesepaduan (indivisibility), saling bergantung (interdependence) dan saling berkait (interrelatedness) dipelihara. Tambah beliau, tidak ketinggalan juga dipersetujui agar tindakan secara objektif , tidak memilih, tidak berdiskriminasi dan mengelak dari mengamalkan "double standard" diamalkan oleh setiap negara. Oleh kerana itu, ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan logik PM untuk tidak mahu campur tangan dalam urusan negara Myanmar tidak boleh diterima. Katanya, Malaysia tidak boleh melepaskan tanggungjawab untuk meminta kerajaan Myanmar akur bahawa penindasan dan kezaliman yang pihak berkuasa lakukan ke atas etnik Rohingya tidak boleh dibiarkan. "Apatah lagi ia telah menyebabkan masalah pelarian Rohingya melimpah masuk kedalam negara jiran. Oleh itu tidak boleh diterima bahawa Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa," ujarnya. Pernyataan PM itu, ujar beliau menunjukkan kepimpinan Malaysia yang sangat lemah bila menangani isu hak asasi manusia yang jelas dinafikan di Myanmar. Katanya, Mapim kecewa setelah beberapa pucuk surat dihantar kepada PM, Menteri Luar Negara dan Menteri Pertahanan untuk bertindak segera bila terjadi serangan etnik Rakhine Buddhist esktremis ke atas etnik Rohingya Muslim pada awal Jun 2012, malangnya Mapim tidak mendapat sebarang respons. Jelasnya, desakan Mapim hanyalah untuk meminta kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Myanmar menghentikan keganasan yang melibatkan pembunuhan etnik Rohingya , pembakaran perkampungan dan masjid yang menjadi-jadi sehingga jelas berlaku proses pembersihan etnik yang nyata. "Mapim dengan ini sekali lagi mendesak supaya kerajaan Malaysia mengambil sikap yang lebih aktif untuk mengguna saluran Asean, OIC dan PBB supaya keganasan yang maseh berlaku di Myanmar dihentikan. "Mapim menuntut supaya proses penyelesaian politik untuk mengembalikan hak kerakyatan etnik Rohingya hendaklah diusahakan kerana inilah kunci persoalan yang menyebabkan etnik Rohingya terus ditindas," ujarnya. | |||||||
Gara-gara puntung rokok, jemaah haji M'sia dipindah sementara Posted: 11 Oct 2012 12:07 AM PDT Bangunan Qasr Al-Janadiriyyah di Makkah, yang menempatkan 1,329 orang jemaah haji Malaysia dikosongkan sementara setelah berlaku kepulan asap di maktab itu semalam. Menurut kenyataan Tabung Haji di Kuala Lumpur, petugas Tabung Haji mengesan kepulan asap di tingkat bawah bangunan itu pada pukul 8.15 pagi (waktu Arab Saudi) sebelum mengambil tindakan mengosongkan bangunan yang juga dikenali sebagai Maktab 92, dengan memindahkan jemaah ke bangunan bersebelahan Abraj Al-Janadiriyyah untuk sementara waktu. Menurut kenyataan Tabung Haji itu, laporan awal pihak bomba Arab Saudi mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh jemaah haji yang menginap di situ dan tersangkut di saluran paip bangunan. "Keadaan kini telah kembali seperti biasa dan jemaah haji Malaysia juga telah dipindah masuk semula ke bangunan tersebut (maktab 92) pada pukul 10.40 pagi (waktu Arab Saudi)," menurut kenyataan itu. Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihati jemaah Haji supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji supaya tidak menghisap rokok di dalam bangunan. Dua jentera bomba Arab Saudi dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran kecuali asap dari puntung rokok tersebut. "Bagaimanapun, asap dan bau telah masuk ke kawasan lobi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu. Katanya tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa insiden. Bernama | |||||||
Imam Hoslan pertahan 'ijtihad ke atas perundangan' Posted: 10 Oct 2012 11:54 PM PDT Imam Hoslan Hussin yang dibebaskan daripada hukuman penjara hari ini mengakui kesal dengan perbuatan melemparkan selipar ke arah panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu. Namun beliau tetap mempertahankan bahawa tindakannya itu, yang menjadi kesalahan menghina mahkamah, merupakan satu "ijtihad" terhadap sistem perundangan yang disifatkannya "tidak betul". Ditanya sama ada beliau mengesali perbuatan berkenaan, Hoslan menganggukkan kepala dan seterusnya menyatakan bahawa tindakan tersebut hanya satu "pendekatan ringan". "Perlakuan saya yang lepas merupakan ijtihad dan pendekatan ringan terhadap sistem yang tak betul. Sistem ini yangg perlu kita perbetulkan. "Tindakan saya ialah sebagai orang yang nak keadilan dan patuh pada pencipta," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di pejabat Parol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut, Hoslan turut menyifatkan penjara yang dihuninya selama tujuh bulan tiga hari itu sebagai satu "madrasah tarbiyah" baginya. Tak nak masuk penjara lagi Namun, bapa kepada tujuh orang anak itu berikrar untuk tidak melaluinya sekali lagi. "Syukur saya dapat parol. Terima kasih semua. Saya dapat ambil pelajaran dari kejadian ini. Penjara merupakan madrasah tarbiyah. Banduan lain turut sedih saya nak keluar. "Saya akui, saya tak nak masuk penjara lagi. Saya masuk kerana Allah Ta'ala," katanya. Walaupun dibebaskan, Hoslan berkata beliau kini masih dipantau dalam tempoh parol selama sebulan. Beliau tidak dibenarkan keluar daripada Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu dan hanya akan dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini, katanya. "Saya tak boleh gerak ke sana ke mari melainkan rujuk pada parol. Tak boleh keluar dari Kuala Lumpur dan hanya boleh ke kawasan yang ditentukan. Kalau nak keluar (Kuala Lumpur) kena beritahu," katanya lagi. Hoslan dibawa oleh kakitangan penjara Kajang tiba di pejabat parol Bandar Tun Razak kira-kira jam 11 pagi tadi dan dipertemukan semula dengan isterinya Noorliza Mat Isa. Difahamkan, satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan malam ini sempena pembebasannya di markas PAS Kampung Pandan. Mahkamah Persekutuan pada April lalu menolak permohonan Hoslan untuk meringkankan hukuman penjara setahun yang dijalaninya sejak Mac, atas kesalahan menghina mahkamah berkenaan. Hoslan pada 22 Februari lalu bertindak membaling alas kakinya ke arah panel tiga hakim mahkamah tersebut, selepas permohonannya supaya diberi kebenaran untuk membuat rayuan ditolak. Dalam kejadian itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dilaporkan cuba menenangkan Hoslan namun beliau dikatakan enggan mendengar alasan mahkamah untuk membenarkan bantahan ke atas permohonannnya. Hoslan seterusnya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka. Dua lagi hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari. | |||||||
SAR: 1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan Posted: 10 Oct 2012 11:43 PM PDT
KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013. Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama. Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh. "Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam. Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. "Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya. Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain. Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka. Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR. Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain. | |||||||
Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din Posted: 10 Oct 2012 11:38 PM PDT
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din (gambar) di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam. "Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam. Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara. Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara. Timbalan Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya. Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dihubungi oleh wartawan berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar. Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam bukunya yang bertajuk 'Tinder Box: The Past and The Future of Pakistan'. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek. Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh Islam. Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan. Pada masa yang sama, kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik. | |||||||
Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013 Posted: 10 Oct 2012 11:31 PM PDT
KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama. "Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka. "Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya. Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tida diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya. "Kita akan tetepa berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya. Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau. "Warna kuning sebagai menyokong semangat Bersih, hijau sebagai menyokong Lynas, oren sebagai menyokong perjuangan Anak dan merah sebagai menyokong royalti Kelantan," katanya lagi. Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan. Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah. Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 3 November ini. "Kita mohon untuk buat di Padang Majlis Perbandaran Seremban supaya ada ruang yang mencukupi untuk aktiviti," katanya. Turut bersama pada sidang media, Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Siti Mariah (PAS-Kota Raja), Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain. | |||||||
Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN Posted: 10 Oct 2012 11:29 PM PDT
KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden. Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur. Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN. Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%). Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus. Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN. Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus. Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%). | |||||||
Genting Bhd didakwa miliki saham FGV Posted: 10 Oct 2012 04:50 PM PDT Genting Berhad digesa memberi penjelasan sama ada pihaknya memiliki atau pernah memegang saham Felda Global Ventures Holding (FGV), atau sebaliknya. Gesaan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ekoran penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, baru-baru ini. Menurut Mazlan, sekiranya benar Genting Berhad tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam FGV, syarikat besar itu boleh menafikan secara jelas berhubung dakwaan tersebut. "Tapi, hingga saat ini, tiada sebarang pendirian atau jawapan daripada Genting Berhad bagi mengesahkan atau menafikannya. "Sedangkan, Ahmad mengatakan tidak ada satu peratus pun saham Genting dalam FGV ketika menafikannya," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini. Pada sidang media itu juga, Mazlan turut menunjukkan statistik yang dikeluarkan Bloomberg Peers, yang tertera syarikat terbabit memiliki 407, 005, 000, yang jika dijumlahkan bernilai hampir RM 2 bilion. Sementara itu, Mazlan turut mendesak Ahmad agar memikirkan secara serius berhubung kedudukan saham FGV yang kini berada pada tahap RM 4.75. "Dari bicara soal remeh seperti status Anak, adalah lebih baik beliau dan kerajaan berfikir mekanisme terbaik bagi membantu pemegang saham, khususnya para peneroka," tegas beliau lagi. | |||||||
MP BN & PR tolak pelaksanaan AES Posted: 10 Oct 2012 04:47 PM PDT Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pesalah lalu lintas kerana mendakwa ia membebankan pengguna jalan raya. Perkara itu pada mulanya dibangkitkan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat, yang berpendapat sistem penguatkuasaan itu sepatutnya masih dalam tempoh percubaan. "Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya. Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap atau untuk mengaut keuntungan," katanya. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut. Fasa pertama pelaksanaan AES mulai 23 September lalu, mengenal pasti 63,558 pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) ketika mencelah berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES. "Sebelum ini dah tiga kali tangguh tapi bila dilaksanakan kita lihat lebih kepada membebankan rakyat. "Kalau boleh kita harap kerajaan dapat turut mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya. Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula mencadangkan lebih banyak papan tanda amaran diletakkan di lokasi-lokasi AES supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati. Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang bangun menyokong, mahu kelemahan pelaksanaan AES dikaji semula supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu. "Kita bukan menggalakan orang memandu laju tetapi mekanisme pelaksanaan AES perlu dikaji semula supaya tidak membebankan dan memberi tekanan kepada mereka," katanya. | |||||||
Posted: 10 Oct 2012 04:33 PM PDT Karpal bangkit isu kredibiliti Dr M, Parlimen 'hangat' 10 Oktober 2012 KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini hangat apabila seorang penyokong pembangkang cuba mempersoal kredibiliti saksi pembelaan bagi sebuah kes yang sedang berlangsung di mahkamah. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 cuba menimbulkan isu kredibiliti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi saksi pembelaaan dalam perbicaraan membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Karpal yang cuba bertegas bahawa beliau membangkitkan perkara itu ataskepentingan umum, ditempelak beberapa Anggota Parlimen lain termasuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) dan N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai), sambil menyifatkan Karpal mempunyai agenda tersendiri. Karpal, antara lain, berkata: "Kenapa pendakwaan dalam kes (bekas menteri pengangkutan Tun Dr) Ling Liong Sik bersetuju untuk adakan satu penangguhan untuk bolehkan representasi dibuat (pembelaan) kepada Peguam Negara atas (berdasarkan) keterangan Dr Mahathir sahaja?" katanya. Zulkifli yang bangun mencelah berkata: "Saya rasa Bukit Gelugor dah nyanyuk. Dia sedang serang kredibiliti saksi pembela. Jika itu tidak menjejaskan kepentingan kes itu, pihak tertentu, apakah ia?" Beliau berkata: "Dia (Karpal) amat arif. Dia putar belit prosedur, berselindung di sebalik perundangan untuk serang saksi." Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian meminta Karpal untuk berhenti kerana berpendapat kenyataannya melanggar peraturan mesyuarat. Beliau meminta peguam terkenal itu tidak membincangkan di dalam Dewan perkara-perkara yang sedang dibicara di mahkamah. "Mungkin di luar Dewan apa jua pendapat perundangan boleh (disuarakan), tapi jangan gunakan Dewan dan katakan kebebasan bersuara, kepentingan awam. Saya tak rasa itu saya boleh benarkan," katanya. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) turut bangun dan meminta Karpal beralih ke perkara lain. Ketika menjadi saksi pembelaan semalam bagi kes Liong Sik yang dituduh menipu jemaah menteri berhubung projek PKFZ, Dr Mahathir dilaporkan berkata, bekas menteri pengangkutan itu adalah seorang yang jujur dan melakukan tugas yang baik terutama dalam membangunkan Pelabuhan Klang. Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Liong Sik dalam perbicaraan itu, memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya akan mengemukakan satu representasi bagi memohon pendakwaan menimbang semula tiga pertuduhan terhadap bekas menteri berkenaan. - Bernama | |||||||
Posted: 10 Oct 2012 04:26 PM PDT Pandangan balas oleh Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap kenyataan bekas timbalan presiden Pas yang memberi ingatan agar parti itu tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga mengenepikan prinsip perjuangan (Islam) adalah tepat dan menjawab persoalan yang mungkin timbul dari cetusan pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang merasakan dia bijak politik dan seorang ahli Pas yang sejati.
Kata Tuan Ibrahim ingatan itu bukan pelik dan asing sebab Pas senantiasa mengutamakan perjuangan dari segala-galanya. Saya dapat melihat ini dan merasakan kenyataan itu konkrit kerana kalau Pas tidak meletakkan prinsip parti dihadapan sudah tentu Pas yang kini dipinang, dipujuk dan diprovokasi dengan berbagai-bagai cara oleh Umno agar berbaik dengannya, akan menerima bujukan itu. Umnop telah mengguakan semua cara sama ada dengan bersikap hendak berbaik-baik dengan Pas atau pun dengan cara terus menunjukkan ego dan memburuk Pas seperti dilakukan Mahathir untuk menarik perhatian Pas. Perlakuan terhadap Pas juga dilakukan dengan menghina Pas kononnya telah meninggalkan prinsip asal kerana berbaik dengan DAP dan PKR. Tetapi parti itu tetap dengan pendiriannya, mengambil sikap berhati-hati dengan Umno dan ada kalanya prejudis dengan parti bersemangat 'kaumiyah' itu. Pemimpin Pas lain tidak seperti bekas timbalan presiden itu dan beberapa yang lain, yang lebih meletakkan untuk memenuhi nafsu mereka untuk jadi glamour dan merasai keempukan kerusi sebagai menteri. Ulasan Tuan Ibrahim, Pas memang mengakui berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk mendapat kuasa dan ianya merupakah satu 'maslahat' siasah. Kuasa itulah nanti menurutnya membolehkan Pas melaksanakan matlamat perjuangannya. Orang menganggap dalam hal ini Pas tertipu dengan DAP dan PKR, adalah mereka yang cetek dan pendek akal dalam politik serta tidak berpijak dibumi nyata. Mereka juga tidak pernah membalikkan minda mereka yang mana mungkin juga Pas menipu dan memperdayakan DAP dan PKR? Ini tidak boleh diketepikan sebab Pas juga menerima prinsip politik Machiavelli. Realiti politik hari ini sesiapa baik Pas dan Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan secara mutlak kerana nisbah pengundi atau kaum yang tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak. Orang yang menganggap Pas pandir ataupun Mat Jenin kerana bersimpati dengan Anwar dan menolak Umno sebenarnya merekalah yang pandir dan merasakan dia seperti Mahathir yang serba tahu! Hal itu juga dipraktikan oleh Umno sejak lama dulu dengan menerima konsep kerjasama dengan Cina menerusi MCA, Gerakan dan dengan India menerusi MIC. Kalau Umno tidak bekerjasama dengan Perikatan yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional tidak mungkin Umno dapat memerintah hingga lebih separuh abad. Hanya hari ini setelah jelas orang Cina, India, Dayak, Iban Kadazan Dusun, Murut dan Oang Asli menolaknya baru Umno merasakan dirinya musafir di tengah sahara politik dan baru meminta seteguk air dari Pas. Haha... Justeru pandangan bekas timbalan presiden Pas itu yang seolah-olah mahu Pas meninggalkan rakan bukan Islam dalam usaha untuk membentuk kuasa adalah dangkal dan tidak berpijak di bumi nyawa. Apakah pandangan beginilah juga boleh dianggap asobiyah seperti mana diterima faham oleh Umno? Timbalan presiden Pas itu tak ubah seperti budak kecil yang mudah terpengaruh dan gila warna seperti budak kecil belum baligh. Pada saya perbezaan pegangan dan pandangan politik akhir-akhir ini yang menyamai Umno bukan dibuat atas kesedaran dan falsafah politik sebenarnya sesuai Pas sebagai sebuah badan dakwah, sebaliknya ia dibuat atas perasaan dan angan-angan kalau ada rezeki beliau akan dipergunakan Umno dengan harapan diberikan imbuhan jawatan dan kedudukan. Politik sebegini adalah politik belum baligh. Saya tidak fikir bekas timbalan presiden Pas itu tidak menyedari hakikat sebenar hal ini kerana sebelum ini dia menerima konsep makasid syariah... menerima persefahaman politik demi kebaikan bersama, bagaimana perubahan pandangan dan pegangan itu berubah selepas beliau tidak lagi menjadi timbalan presiden Pas. Semasa menjadi timbalan presiden Pas dia berpelukan dengan Lim Guan Eng, sementara selepas kalah bertanding presiden baru dia sedar Lim Guan Eng belum memeluk Islam. Sekali lagi ini politik belum baligh atau belum datang haid. Ini jelas perubahan sikap dan pandangan itu bukan bertolak dari satu kebenaran melainkan kerana atas rasa kecewa dan sakit hati yang mana ada unsur-unsur untuk membalas dendam. Saya tidak boleh menghukum atau untuk menamakan apakah jenis manusia seperti ini. Yang jelasnya orang yang menukar prinsip atas nafsu dan menggunakan warna Islam untuk kepentingan diri lebih busuk dan hanyir daripada orang yang jelas-jelas mengkhinati amanah dan perjanjian yang lari meninggalkan rakan yang memberi simbol dan ruang kepadanya. Menyesalkan lagi sambil lari meninggalkan rakan dia terus memburukkan orang yang memberi budi kepadanya. Saya juga bersetujuan dengan pandangan Tuan Ibrahim dalam saat menjelang pilihan raya berbagai pihak akan memainkan peranan masing-masing (setelah mendapat upah dan jaminan) berusaha untuk melihatakan Pas tidak sefahaman dengan rakan-rakan pakatan mereka PKR dan DAP. Justeru rakyat umum hendaknya memerhati sebagaik mungkin setiap isu ataupun kenyataan-kenyataan 'gelenger' yang dikeluarkan oleh orang politik tanpa mengira kaum, kelulusan dan parti. | |||||||
Keputusan permohonan beku TOL Lynas 8 November Posted: 10 Oct 2012 04:23 PM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 November nini untuk keputusan permohonan pembekuan Lesen Operasi Sementara (TOL) kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat sini. Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan demikian atas alasan untuk meneliti secara terperinci tiga permohonan berkenaan TOL tersebut. Permohonan tersebut membabitkan LAMP dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai defendan dan penduduk Kuantan sebagai plaintif. "Setelah mendengar hujah daripada ketiga-tiga pihak, saya menetapkan 8 November ini sebagai tarikh keputusan plaintif," katanya di sini hari ini. Penduduk Kuantan, yang diwakili Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP. Sementara itu, pihak LAMP, yang diwakili oleh Tan Sri Cecil Abraham, memohon perubahan afidavit untuk menjadi defendan ketiga. AELB dan MOSTI yang diwakili oleh Peguam Persekutuan Kanan, Datin Azizah Nawawi memohon supaya TOL tidak dibekukan dengan alasan penduduk Kuantan bakal dikenakan tindakan saman oleh LAMP. Dalam pada itu, kira-kira 100 penyokong penduduk Kuantan berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan seawal pukul 7.30 pagi sambil memegang sepanduk masing-masing bagi menunggu keputusan permohonan berkenaan. -Bernama | |||||||
Muhyiddin: Sekolah satu sesi selepas 2017 Posted: 10 Oct 2012 04:18 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Sistem satu sesi persekolahan dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, buat masa sekarang, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Katanya sejak sekian lama, kerajaan mahu melaksanakan sistem satu sesi di seluruh negara kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini tetapi perlu menambah bilangan bilik darjah dan mengatasi masalah kekurangan guru. "Bilangan bilik darjah jadi masalah kerana di sesetengah tempat kita tidak meramalkan bilangan pelajar meningkat dengan begitu besar sekali. Jadi, terpaksa diadakan dua sesi iaitu pagi dan petang," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, di sini. Muhyiddin berkata, pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi penting kerana tempoh masa boleh dilanjutkan dengan menambah satu atau dua jam untuk mata pelajaran Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris. "Itu mudah dilakukan kerana mereka tidak perlu pulang lebih awal seperti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah swasta. Aktiviti kokurikulum juga dapat diadakan pada waktu petang sekiranya sistem persekolahan satu sistem dilaksanakan," katanya. Muhyiddin berkata Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga mensasarkan pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi sepenuhnya sekiranya mendapat peruntukan yang besar. Dalam perkembangan lain, beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) apabila PMR dimansuhkan pada 2014. Muhyiddin berkata selepas ini, hanya ada dua peperiksaan utama diadakan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada peringkat rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat menengah. "Setiap pelajar masih boleh diukur tahap pencapaian pelajaran mereka menerusi peperiksaan SBA yang dikendalikan oleh sekolah. Tetapi, ia masih lagi dipantau oleh Lembaga Peperiksaan agar soalan yang disediakan itu berkualiti dan dapat ukur kejayaan pelajar," jelas beliau. Muhyiddin berkata, langkah ini juga membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini prestasi anak mereka dalam menguasai bidang pelajaran mereka. Mengulas lanjut, beliau berkata pengambilan pelajar tingkatan empat ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak akan dihentikan walaupun PMR akan dimansuhkan pada 2014. "Pelajar cemerlang dan latar belakang ibu bapa yang miskin akan diberi keutamaan untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan ini telah dimulakan sejak tahun lepas," katanya. Seramai 481,424 calon menduduki PMR di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin lepas hingga 16 Oktober ini. - Bernama | |||||||
Kerajaan Negeri Beri RM 50,000 Kepada Atlet Paralimpik Negara Posted: 10 Oct 2012 04:10 PM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan memberikan insentif wang tunai RM 50,000 kepada dua atlet paralimpik negara yang meraih pingat pada Sukan Paralimpik London 2012, September lalu. Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi berkata insentif itu akan diberikan mengikut pingat yang dimenangi. Katanya, Hasihin Sanawi yang menang pingat perak dalam sukan memanah akan menerima wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) akan menerima RM20,000. "Kita juga harap kejayaan Hasihin dan Muhammad Ziyad dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mempunyai lebih keyakinan untuk memberi pededahan kepada anak mereka yang kurang Upaya," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini. Beliau berkata insentif itu akan diserahkan pada Majlis Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Selangor hujung tahun ini. Dalam temasya sukan itu, Muhamad Ziyad, 22, menghasilkan pingat kedua Malaysia pada temasya edisi ke-14 dengan lontaran sejauh 15.21 meter. Manakala, Hasihin hanya kalah kepada pencabar dari Itali, Oscar de Pellegrin dalam pusingan penentuan acara "recurve" individu lelaki. Pada Sukan Paralimpik 2008 di Bejing, Malaysia hanya memperoleh sebutir gangsa menerusi atlet wanita Siow Lee Chan dalam dalam acara powerlifting 56kg. | |||||||
Kerajaan Negeri Anjur Siri Jelajah Perjelas Isu Talam Posted: 10 Oct 2012 04:09 PM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan siri jelajah penerangan isu kutipan hutang Talam Corporation Bhd (Talam) ke seluruh negeri bermula pada 13 Oktober di Kajang. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, siri jelajah ini bakal diadakan secara serentak pada setiap malam Sabtu. Setiap empat jurucakap rasmi yang dilantik Kerajaan Negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan mengenai proses kutipan hutang Talam. Empat jurucakap itu ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin. "Kita juga akan menerangkan juga bagaimana hasil kutipan ini dikembalikan semula kepada rakyat Selangor menerusi program-program di bawah Geran Selangorku bagi membaiki infrastruktur dan kemudahan asas lain. "Kerajaan Negeri berharap supaya rakyat Selangor yang masih belum memahami isu Talam ini menghadiri sesi penerangan tersebut. "Pembentang akan menerangkan dari awal hutang ini terjadi sehinggalah kaedah yang digunakan untuk mengutip kesemua hutang RM392 juta," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid turut memaklumkan, kertas putih mengenai kutipan hutang Talam bersama-sama laporan audit KPMG telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS). Menurutnya, kertas putih ini akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang DNS pada 19 November depan. Dalam perkembangan lain, katanya, Kerajaan Negeri masih menunggu perkenan DYMM Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November. Beliau berkata, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Tuanku Sultan, maka kertas putih mengenai kutipan Talam akan dibentangkan bersama-sama dokumen penstrukturan semula air. "Kertas putih penstrukturan semula air ini mengandungi segala dokumen hasil perbincangan dengan Kerajaan Pusat dan surat menyurat yang menunjukkan Kerajaan Negeri amat komited untuk mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi. "Laporan mengenai Program Pendemokrasian "Selangorku Bersih" juga akan dibentangkan pada sidang khas dewan ini. "Selepas pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hasil kajian yang menemui 110,000 nama pengundi yang diragui dan gagal dikesan," katanya lagi. | |||||||
Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal Posted: 10 Oct 2012 04:06 PM PDT [DIKEMAS KINI, JAM 4 PETANG] KIJAL - Enam orang dari satu keluarga maut dan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Meraga Beris di sini, awal pagi tadi. Kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di kawasan Kampung Meraga Beris kira-kira jam 4.30 pagi. Keenam-enam mangsa yang maut meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardien Afzan Narizan, 9, Nursyazleen Narizan,12, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43. Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan,17, dan Nursyafura Narizan,13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut. Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera. Kereta terbabit, Perodua Myvi dinaiki lapan penumpang, dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Marlek Hakim Johar berkata kes masih dalam siasatan pihak polis. Abdul Marlek turut meminta saksi kejadian agar dapat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azami Murat Ismail menerusi talian 09-8592222 atau balai polis berhampiran. | |||||||
Jimmy cerai isteri secara khuluk RM1 Posted: 10 Oct 2012 04:04 PM PDT SUBANG - Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. Jimmy, 32, sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai. Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang. Jimmy yang pernah mengacarakan rancangan Trek Selebriti juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka. Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya. "Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah," katanya. Sementara itu, Nursuhaila bersyukur keranan kemelut rumah tangganya telah selesai. Sebelum itu, peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan ada menerima tawaran daripada Jimmy pada Jumaat lalu untuk bercerai secara tebus talak RM1. "Sehubungan itu, pihak kami bersetuju supaya kes permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 yang difailkan plaintif di mahkamah ini ditarik balik. "Begitu juga dengan permohonan nusyuz dan kembali taat yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam," katanya. Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan. Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa. Sa'adiah berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. "Pihak-pihak telah tidak tinggal sebumbung selama 720 hari dan tidak pernah melakukan hubungn kelamin sejak itu," katanya. Perkara itu diakui peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh. Abd Halim kemudian mengarahkan pasangan itu membaca lafaz khuluk sebelum membenarkan jatuh talak satu bain subra serta mengarahkan Nursuhaila bersuci edah tiga kali. Nursuhaila memfailkan permohonan cerai itu pada 25 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila, 26, mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober lalu. Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan