Rabu, 31 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Serangan Umno BN Tak Gugat S’ngor, Audit Iktiraf Negeri Terbaik

Posted: 31 Oct 2012 12:10 AM PDT

Serangan Umno BN terhadap kerajaan Selangor hanya omong kosong dan gagal menafikan penarafan Laporan Audit 2011 ke atas negeri itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan Selangor merupakan negeri terbaik di bawah kelolaan Tan Sri Khalid Ibrahim jelas menafikan segala tohmahan terhadap pemerintahan kerajaan negeri," katanya depan 5,000 rakyat pada Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Bandar Baru Batang Kali, kelmarin.

Pengerusi KEADILAN Negeri itu berkata, anggota parti bersama pimpinan Pakatan Rakyat harus mempertahankan segala usaha Menteri Besar selama ini.

"Kenapa kita mesti pertahankan Tan Sri Khalid? Ini kerana beliau telah berusaha sepenuh hati merakyatkan ekonomi negeri.

"Kekayaan negeri telah beliau agihkan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat negeri, sekaligus memberi kesenangan dan menyenangkan rakyat yang selama ini terpaksa hidup dalam tekanan sepanjang pemerintahan kerajaan korup Umno BN," katanya disambut sorakan hadirin.

Ahli Parlimen Gombak itu turut menyelar dakwaan tidak berasas Umno BN bahawa pemberian air percuma mengakibatkan Selangor kehabisan air.

"Masalah kita bukan tidak ada air, air sentiasa ada. Masalah kita adalah ketiadaan air untuk dirawat.

"Itupun bukan salah kerajaan negeri, tapi salah Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor). Syabas di bawah arahan Umno BN telah sabotaj kita (kerajaan negeri) supaya air yang sedia ada tidak dapat dirawat dan ia menyebabkan kita gagal membekalkan air yang berkualiti untuk rakyat," kata Azmin.

Beliau turut menempelak kenyataan beberapa pimpinan tertinggi BN yang mendakwa negara akan hancur jika dipimpin Pakatan Rakyat.

"Mereka kata kita tidak ada pengalaman, saya nak beritahu mereka, ya memang kita tidak ada pengalaman. Tapi pengalaman apa? Kita tidak ada pengalaman menyumbat lembu ke dalam poket sendiri.

"Kita juga tidak punya pengalaman dalam aktiviti membekalkan projek-projek untuk anak beranak serta kroni, mengkayakan sesama sendiri dengan menyeleweng wang rakyat.Ya, kita tidak pernah ada pengalaman itu," sinis Azmin lagi.

Akhirnya Pemuda UMNO Ikut Langkah Pakatan, Mahu AES Ditangguhkan

Posted: 30 Oct 2012 08:43 PM PDT

Shah Alam – Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan," katanya.

Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.

Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Isu RM40 juta: Tembelang Nazri Pertahankan Chia Terbongkar!

Posted: 30 Oct 2012 06:31 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah menafikan menerima apa-apa wang dari jutawan kayu Michael Chia lebih skandal berupa RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah.

Beliau mengulas komen blogger Malaysia Today yang kini dalam buangan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin (juga dikenali sebagai RPK) yang mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar.Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya petang ini.

Walaupun dia tidak langsung mengkritik Raja Petra atas dakwaan terbaru itu, Nazri berkata bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan perkara ini.

"RPK adalah seorang yang sosial. Beliau menggabungkan banyak dengan orang, jadi dia mungkin mendapat maklumat daripada mereka. Kemudian (Petra) menulis ini, ia memberikan saya peluang untuk menjelaskan cerita saya, "katanya.

Nazri juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pengaruh ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau badan kehakiman, sambil menambah bahawa jika dia terpaksa, kes Chia akan telah digugurkan.

Dalam laporan Malaysia Today, Raja Petra mendakwa bahawa Chia sendiri datang ke Parlimen untuk menyerahkan RM3 juta kepada Nazri, selepas didakwa Nazri sendiri bahawa perkara berkaitan skandal RM40 juta telah diselesaikan.

Beliau juga mendakwa bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Peguam Negara Abdul Gani Patail juga terlibat sama. -Jalan Pulang

Nazri Aziz : Dakwaan Raja Petra Perlu Disiasat PADANG RENGAS, 12 Ogos - Pendedahan mengenai komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu wajar disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, dakwaan itu bukan sahaja serius kerana melibatkan pemimpin negara, tetapi juga membabitkan kredibiliti sistem perundangan.

"Segala dakwaan ini perlu disiasat bagi melihat kesahihannya. Lihat apa yang didedahkan supaya rakyat mengetahui kebenaran dan membuat penilaian," katanya selepas menyampaikan bantuan hari raya sempena Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri.

Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan itu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Raja Petra mendakwa Ahli Parlimen Subang, R.

Sivarasa berperanan bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib dan perkara itu diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Nazri menegaskan, negara memberi kebebasan bersuara terhadap semua rakyatnya termasuk Raja Petra yang mempunyai hak mendedahkan perkara yang dianggap benar secara bertanggungjawab.

Bagaimanapun kata beliau, masih terlalu awal untuk membuat sebarang justifikasi berhubung pendedahan Raja Petra itu.

"Kita kena melihat kesahihan selepas siasatan dilakukan, terlalu awal untuk kita membuat apa-apa kesimpulan berhubung perkara yang didedahkan," ujar beliau.
-klpos

Akar Umbi Pertahan Nik Aziz Sebagai MB

Posted: 30 Oct 2012 04:27 PM PDT

A KOTA BHARU - Pas Kelantan masih memerlukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui Kerajaan Negeri terutama dalam pilihan raya biarpun wujud tanggapan beliau sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

"Kami yang minta Tok Guru (Gelaran kepada Nik Abdul Aziz) untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau meluangkan masa selama tiga jam melawat Kampus Limkokwing Akademik Kelantan di sini, yang turut dihadiri oleh Ketua Akademiknya, Dr Zainal Abidin.

Katanya mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang seolah-olah bermati-matian mahukan Nik Abdul Aziz berundur, Mohd Amar menjelaskan hanya Pas yang lebih tahu siapa yang layak untuk memastikan Kelantan terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

"Biar kami (orang Pas) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut.

"Pengekalan Tok Guru juga tiada kaitan dengan masalah dalaman tetapi kami sendiri mahukan beliau," katanya.

Sementara itu, menjawab tuduhan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai makan gaji buta, Mohd Amar menafikan dakwaan itu sebaliknya beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua sebaiknya.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur kerana beliau tidak boleh berfungsi mentadbir dan menjadi ketua kerajaan yang efektif, beliau tidak boleh jadi ketua pentadbir berkesan kerana keadaan yang uzur.

Mohd Amar berkata, sebagai menteri besar tanggungjawabnya hanyalah memberikan idea dan arahan manakala yang melaksanakan serta melakukannya adalah kerja exco.

"Jadi di sini tiada istilah makan gaji buta dan walaupun beliau uzur tetapi pemikiran dan pendapatnya masih diperlukan," katanya. -SH

Saya tak layan desakan 'Umno buangan' - TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai 'Umno buangan' yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.

Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.

"Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,"ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, Tok Guru adalah merupakan orang yang paling layak kerana pengalaman, ketokohan dan kebolehan serta kehormatan masyarakat kepadanya.

"Kami yang minta Tok Guru untuk terus berkhidmat walaupun sudah beberapa kali beliau menyuarakan hasrat untuk berhenti," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

"Biar kami (PAS) buat keputusan ini dan ia bukan kerja mereka kerana kami lebih tahu siapa yang boleh bertanding dan memegang jawatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, turut lantang membuat desakan agar Tuan Guru berundur termasuk Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali -HD

CAP: Shisha Mudaratkan Kesihatan, Haramkan Segera!

Posted: 30 Oct 2012 06:15 AM PDT

Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

"Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok," kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.

Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

"Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang," ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.

"Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan," katanya lagi.






Tiada ulasan: