Selasa, 30 Oktober 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Skandal Hutan Simpan: MB N9 Bohong - Rafizi

Posted: 30 Oct 2012 01:07 AM PDT

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berbohong berhubung skandal tanah yang mengaitkannya, sedangkan KEADILAN ada bukti kukuh, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas jawapan Mohamad bahawa tanah hutan simpan di negeri itu di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan hanya dipajak untuk tanaman kelapa sawit.

"Menteri Besar bohong apabila dakwa tanah itu milik kerajaan negeri. Kita juga akan buktikan skim pajakan yang digunakan sangat tidak menguntungkan (kerajaan negeri) dan tidak beri apa-apa hasil kepada rakyat," katanya.

Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai cukup bukti kukuh menunjukkan Yayasan Negeri Sembilan digunakan pimpinan politik Umno BN negeri itu untuk mendapatkan kawasan hutan berkenaan.

Katanya lagi, penerokaan hutan simpan dibuat secara berperingkat, dimulai dengan penebangan balak dan diikuti dengan tanaman kelapa sawit.

"Di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, sebahagian besar balak habis (ditebang)…bukit sudah botak," katanya sambil menegaskan akan mengemuka bukti dari masa ke semasa.

KEADILAN Selasa lalu mendedahkan mengenai pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram oleh Mohammad membabitkan 487.3 hektar hutan yang diwarta sebagai hutan simpan sejak 1918.

Perkembangan Di Lubnan: 2 Warga Kita Nafi Militan Al-Qaeda

Posted: 29 Oct 2012 10:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Beirut minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Tentera Lubnan semalam, atas tuduhan menganggotai kumpulan al-Qaeda.

Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dan Razif Mohamad Ariffin, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu sebaik mereka dibawa ke mahkamah berkenaan pada jam 10 pagi (4 petang waktu tempatan).

Bagaimanapun, hakim menangguhkan kes itu untuk disebut semula esok bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mendapatkan khidmat peguam bela.

Mahkamah juga membenarkan permohonan bapa Razif, Mohamad Ariffin Abdullah untuk menemui anaknya selama setengah jam sebelum kedua-dua tertuduh di bawa ke Pusat Tahanan Tribunal Tentera Beirut.

Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan, berkata hakim yang mendengar kes itu memerintahkan supaya mereka mendapatkan khidmat peguam bagi membela mereka.

Katanya, pihak kedutaan sudah mengenal pasti sebuah firma guaman di Beirut dan sedang mengkaji fakta kes itu.

Ilango berkata, beliau sudah menghantar dua pegawai kedutaan untuk menemui kedua-dua tertuduh di pusat terbabit.

Minggu lalu, pihak berkuasa Lubnan menahan tertuduh di sebuah hotel di Beirut kerana dipercayai menganggotai kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Ariffin ketika dihubungi berkata, beliau sempat bertanyakan mengenai keadaan kesihatan anaknya selain mendapatkan maklumat lanjut sama ada diseksa semasa berada dalam tahanan.

Katanya, beliau juga masih menunggu maklumat lanjut berhubung penahanan anaknya itu namun enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan terhadapnya.

Saya minta mana-mana pihak agar dapat memberikan saya sedikit masa dan ruang bagi mengikuti proses tuduhan ke atas anak saya dan buat masa ini saya tidak dapat mengulas dakwaan terhadap Razif, katanya yang dihubungi sejurus selesai mengikuti proses pertuduhan di mahkamah.

Ibu Mohamad Razin, Sharifah Asma, berkata dia tidak tahu bagaimana anaknya boleh ditahan atas kesalahan menganggotai kumpulan al-Qaeda.

Anak saya tinggal di Melaka dan menuntut di sebuah kolej di Trolak dan sementara saya dan suami menetap di Putrajaya, saya sering berhubung dengan anak saya namun, kami tidak mengetahui pembabitannya dalam kumpulan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Antipengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sentiasa memantau pergerakan rangkaian kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Kita tak menerima maklumat mengenai rangkaian al-Qaeda di sini, namun tidak menolak kemungkinan adanya aktiviti merekrut rakyat tempatan menganggotai kumpulan itu di negara jiran.

Kita juga memantau kenalan kedua-dua rakyat Malaysia itu bagi mengesan sebarang maklumat atau aktiviti mencurigakan, katanya.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap pihak berkuasa di Lubnan mengenai penahanan itu.

Rakyat Malaysia ditahan di Lubnan tinggalkan kolej Ogos lalu TROLAK - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan, telah meninggalkan pengajiannya pada Ogos lepas.

Pengurus Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak Norhana Samsudin berkata, pelajarnya Mohammed Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, berhenti daripada meneruskan pengajian peringkat sijil kursus Juruteknik Sistem Komputer.

"Beliau memasuki kolej ini pada 2011 dan merupakan seorang pelajar yang baik.

Beliau tidak mempunyai masalah akademik atau masalah disiplin. Tiada luar biasa mengenai pelajar itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti sebab Mohammed Razin berhenti daripada pengajiannya yang mengambil masa setahun setengah dan sekiranya masih belajar, beliau kini menjalani latihan praktikal selama tiga bulan.

Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa seorang lagi rakyat Malaysia yang ditahan, Rafik Mohammed Ariffin, 28, di Lubnan merupakan bekas pelajar kolej itu.

"Setakat ini tiada pelajar nama berkenaan, memang tidak pernah dengar dan tiada," katanya.

Norhana berkata sekiranya Mohammed Razin menghabiskan pengajiannya, beliau sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen yang dijadual berlangsung pada akhir tahun ini.

Selain itu menurut rakan Mohammed Razin yang enggan dikenali, pelajar berkenaan merupakan seorang yang pendiam dan berpegang kuat kepada agama.

"Beliau seorang pendiam, sering kaitkan sesuatu dengan al-Quran dan kisah-kisah Nabi," katanya.

Difahamkan, ibu bapa Mohammed Razin ada menghubungi pihak kolej baru-baru ini selepas pelajar itu dipercayai hilang dan tidak dapat dikesan.

Media hari ini melaporkan bapa Rafik merupakan bekas tentera manakala Mohammed Razin yang berasal dari Kuala Lumpur pernah menuntut di sebuah kolej di Trolak, Perak.

Pada Khamis lepas, akhbar Lubnan, Al-Joumhouria' memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.

Al-Joumbouria berkata dua bulan lalu, kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati
- Bernama.



Rakyat Malaysia di tahan di Lubnan perlukan pembelaan kerajaan, kata MP KUALA LUMPUR, 30 Okt — Susulan penangkapan dua rakyat Malaysia di Lubnan, ahli parlimen (MP) yang ditemui semalam menggesa kerajaan Malaysia memberi pembelaan kepada mereka dengan menghantar satu pasukan peguam.

MP Wangsa Maju Wee Choo Keong, yang ditemui The Malaysian Insider, berkata kerajaan perlu bertanggungjawab untuk memberi pembelaan kepada semua rakyat Malaysia kerana selagi belum dibuktikan bersalah, mereka perlu diberikan keadilan.

"Walaupun mereka ditangkap, tidak bermakna mereka bersalah.

"Kementerian Luar perlu bertanggungjawab untuk menyediakan peguam kepada rakyat Malaysia tersebut bagi mendapatkan pengadilan di Lubnan tetapi pada masa sama kita perlu menghormati undang-undang disesebuah negara tersebut," kata Wee.

Menurut Wee lagi beliau tidak menolak berita penangkapan tersebut mungkin memberi impak negatif kepada imej negara tetapi menyifatkan ia tidak adil untuk membuat penilaian umum.

"Hanya dua orang yang ditangkap. Jadi, tidak adil untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang melahirkan pengganas."

Chua Tian Chang (Tian Chua) juga senada dengan Wee yang bertindak menggesa kerajaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada dua warga Malaysia tersebut.

"Sehingga tidak dibuktikan bersalah mereka masih tidak bersalah dan pengadilan perlu diberikan.

"Kes ini perlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan perlu kedua-dua mereka yang ditahan ini mendapat hak untuk pembelaan.

"Ia bagi memastikan rakyat Malaysia tersebut tidak dianiaya dan tidak boleh membiarkan kes tersebut berlalu begitu sahaja. Campur tangan kerajaan perlu dalam kes ini," kata naib presiden PKR itu.

MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai status dua orang rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan itu dan dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda.

"Wisma Putra perlu jawab tentang isu ini agar semua rakyat Malaysia boleh tahu.

"Lebih baik lagi, jika Wisma Putra dapat memberikan laporan tersebut semasa sidang parlimen sedang berjalan sekarang agar perkara ini dapat dibincangkan bersama," kata naib presiden PAS ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sabtu lalu, pihak berkuasa Lubnan menahan dua warga Malaysia kerana dipercayai akan menjadi pengebom berani mati dan disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda.

Kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Menurut akhbar Lubnan, Al-Joumhouria memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.

Al-Joumbouria melaporkan dua bulan lalu kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.

Rancangan serangan itu diselaraskan oleh seorang lelaki yang dikatakan bertanggungjawab atas kemasukan semua anggota jihad ke Syria, menurut akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan bahawa apabila dua warga Malaysia gagal memasuki Syria, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Lubnan bagi melakukan serangan pengganas tetapi aktiviti mereka berjaya dihidu oleh pasukan perisikan tentera.

Selepas dikesan, warga Malaysia itu ditahan dan siasatan menunjukkan mereka bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan di negara itu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melakukan siasatan terperinci mengenai dua rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan dan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada masa sama pihak kementerian sedang menunggu laporan daripada Kementerian Luar mengenai latar belakang kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

"Masih terlalu awal untuk mengumumkan penglibatan mereka (dengan keganasan dan al-Qaeda)," katanya kepada pemberita hujung minggu lalu.

-TMI

Jambatan Kg Pulau Meranti Runtuh, Penduduk Dinasihat Cari Jalan Alternatif

Posted: 29 Oct 2012 09:33 PM PDT

Sebuah jambatan di Sungai Rasau, Kampung Pulau Meranti dekat Putra Perdana, Puchong runtuh petang tadi menyebabkan laluan dari kampung itu ke Puchong, Putrajaya dan Cyberjaya terputus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata runtuhan jambatan itu mulai berlaku pada kira-kira 2 petang sebelum ia runtuh sepenuhnya tiga jam kemudian.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja pembaikan.

"Penduduk di kawasan kampung itu dinasihat menggunakan laluan alternatif Jalan Puchong-Putra Perdana-Cyberjaya," katanya kepada Bernama.

Zaldino juga berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hakisan di sungai berhampiran.

Sementara itu, penduduk di sekitar Kampung Pulau Meranti terkejut dengan kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz berkata ketika melalui jambatan itu pada kira-kira 1.30 petang semalam, beliau terasa kenderaannya 'terhayun'.

"Saya segera memaklumkan kejadian itu kepada Ketua Kampung tetapi ia runtuh setengah jam kemudian. Mujur ketika kejadian, tiada kenderaan yang lalu dan tiada orang cedera," katanya ketika ditemui di sini.

Hafiz berkata retakan dan lubang kecil mula dikesan pada jambatan itu enam bulan lepas namun tiada kerja baik pulih dilakukan. Saiful Wan Mohd Rosli, 40, pula berkata laluan itu juga sering digunakan lori dan treler yang berkemungkinan menyebabkan retakan.

"Saya menyedari retakan pada laluan ini semasa pulang dari solat Jumaat minggu lepas dan saya mendapati seperti ada lubang yang agak besar di bahagian bawah jambatan itu," katanya. -BERNAMA

Runtuhan jalan semakin serius



SEPANG – "Pada mulanya lubang yang berada di tengah jalan utama Pulau Meranti itu hanya bersaiz 0.3 meter tetapi saya terkejut apabila melihat lubang itu membesar dan mengakibatkan runtuhan yang serius semalam," kata penduduk kawasan berhampiran, Norizan Abd Hamid, 48.

Norizan berkata, kewujudan lubang itu disedarinya pada sambutan Aidilfitri lalu namun tidak menyangka keadaan menjadi teruk sehingga menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kepada umum, petang semalam.

Katanya, dia turut bersyukur kerana ketika kejadian berlaku dia tidak melalui jalan itu untuk pulang ke rumahnya di Taman Kipark sebaliknya mengambil keputusan berkunjung di rumah sahabat yang mempelawanya makan tengah hari di Taman Bukit Puchong.

Dakwa Norizan, dia tidak tahu apa yang berlaku sekiranya pulang ke rumah pada waktu sama insiden berlaku kerana hasrat awalnya hendak pulang dari rumah rakannya pada jam 2 petang.

"Memang bernasib baik kerana pada waktu kejadian jalan mendap dan runtuh saya serta rakan tidak melalui jalan itu sebaliknya mengambil keputusan menerima pelawaan seorang sahabat lain untuk makan bersamanya.

"Terkejut sangat apabila melihat lubang yang kecil itu sudah berubah menjadi besar," katanya yang menggunakan laluan itu setiap hari kerana jalan itu lebih dekat berbanding menggunakan laluan lain.

Norizan berkata, desakan hati untuk melihat insiden itu menyebabkan dia ke lokasi kejadian bersama suaminya kira-kira jam 4.30 petang dan terkejut apa yang disangkanya selama ini berlaku.

Katanya, sebelum ini dia sudah berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat lubang terbabit tambahan kejadian hujan lebat yang berlaku beberapa bulan lalu menambahkan lagi kebimbangannya.

"Pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke tadika, saya nampak lubang itu membesar tetapi tidak sangka ia akan runtuh ketika hendak menghala pulang selepas ke rumah rakan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku di Batu 8, Kampung Sungai Rasau, Pulau Meranti menghala ke Puchong.

Katanya, insiden itu menyebabkan kedua-dua arah jalan utama berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya selepas runtuhan bersaiz lebih tiga meter berlaku.

"Semua agensi berkenaan sudah dipanggil meninjau lokasi kejadian dan jalan itu akan ditutup sehingga kerja baikpulih selesai dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan Cyberjaya atau jalan alternatif lain
-SH

4 Negeri Pakatan Rakyat Tangguh AES

Posted: 29 Oct 2012 07:58 PM PDT

Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.

"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara.

Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.

"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had lajut.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam.

Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.

AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng.

KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.

Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.

"Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan? "Saya tidak nampak kebaikan. Dia nak pulangkan semula kerana sudah mengaut keuntungan yang cukup.

"Saya tidak tahu dia (Cho Ha) nampak apa kebaikan kepada kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Tambah Guan Eng, kerajaan perlu mengkaji semula kadar kelajuan sedia ada yang disifatkan tidak praktikal.

Berdasarkan statistik, 831 buah kamera yang akan dipasang diseluruh Malaysia dengan 331 buah kamera tersebut diletakkan di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Tambahnya lagi, semua negeri yang ditadbir PR mengambil langkah menangguhkan pemasangan AES bagi memperincikan segala maklumat penting mengenai perkara ini.

Beliau turut membangkitkan mengenai surat saman yang sehingga kini belum dikirimkan kepada pengguna jalan raya.

"Bila surat saman akan dikirmkan kepada pengguna yang ditangkap (kamera AES)?

"Saya nak tahu bila? Apakah selepas PRU-13 ia akan dihantar?" soalnya lagi.

Sistem AES dipasang di seluruh negara, melibatkan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan bernilai RM717 juta.

"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya
-selangorku



Isu Ayatullah: Kita Harap Dr.Asri Tidak Bertapi-tapi Untuk Sertai Wacana Jemputan PAS

Posted: 29 Oct 2012 05:20 PM PDT

Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.

"Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti dalam satu wacana baru- baru ini," kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali kepada Harakahdaily.

Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.

Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.

Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr)

Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.

Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.

"Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut.

Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam," ujarnya.

Ulasan GB

Demikianlah. Kita berharap tiada banyak alasan dan tepisan untuk Dr.Asri menerima jemputan PAS untuk berwacana.

Berani cakap beranilah tanggung. Kita berhujjah bersama-sama. Bukankah Islam dan kebenaran itu tertegak dengan hujjah?

Muka MCA Labuh, Nik Aziz Kata Tutup Aurat Untuk Orang Islam!

Posted: 29 Oct 2012 08:01 AM PDT

Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: "Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam.

Kalau tak tutup aurat "padanlah" kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam.

Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

"Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

"Jadi mereka tidak layak memimpin negara.

Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya.

Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak kepada keputusan parti dan dirinya sendiri.

"Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti.

"Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya.

"Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah," katanya.

Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati.

Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu.

Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja.

"Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen.

"Akses media sangat tidak adil. Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul.

"Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan.

Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh," kata beliau. -HD

Petani Dari Tiga Bangsa, Melayu Cina Dan India Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar

Posted: 29 Oct 2012 06:04 AM PDT

Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender.

Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.

Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni.

Antara lain kandungan laporan polis itu juga menyebut kebimbangan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat ditangani syarikat terbabit sehingga mengancam bekalan benih padi sah.

Noh pada 18 Oktober bagaimanapun mendakwa isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata".

Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. -mk

Kereta Terbakar Ketika Isi NGV

Posted: 29 Oct 2012 03:44 AM PDT

Batu caves - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.

Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.

"Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta.

"Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.

Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

"Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran," katanya.

Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas.

Tiada ulasan: