. |
- Wan Azizah Tidak Payahlah Bertanding
- Mencari Calon Parlimen Kelantan (2)
- Asri Tidak Payah Layan Setiausaha Dewan Ulamak Pas
Wan Azizah Tidak Payahlah Bertanding Posted: 29 Oct 2012 10:23 PM PDT SUSUPAN TENGAHARI Tampaknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kali ini dia akan bertanding di kerusi Dun. Dipetik dari satu laporan menurutnya beliau masih belum tentukan Dun mana, sama ada Selangor atau pun Pulau Pinang yang akan ditandingi. Katanya juga, parti akan menentukan kawasan mana untuk dia bertanding.
Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasana kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding. Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan paerlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu berada dalam dewan? Atau Karpal Singh di mana dia dan anaknya Deo berada dalam parlimen? Hanya kalau itu tujuan Wan Azizah bertanding tidak wajar untuk bekas MP Permatang Pauh itu ikut sama bertanding. Saya jamin kalau 'Nonaku Azizah' bertanding dia boleh menang. Namun atas kapasitinya dan melihat kepada pencapaiannya tidak sesuai kalau beliau bertanding. Saya harap ura-ura Azizah akan turun gelanggang sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. Anwar diminta waras di dalam hal ini. Jika Azizah diharap meneruskan perjuangan atas andaian Anwar terpaksa berundur atas sebab-sebab tertentu, bukankah Nurul Izzah sudah ada sebagai galang gantinya. Dunia tidak mahu melihat akan berlaku perebutan jawatan dalam sebuah parti di antara anak dengan ibu. Dalam politik serba boleh berlaku kerana setiap individu atau tokoh itu akan ditentukan oleh penyokong dan bukan pertimbangan peribadi. Sekiranya Wan Azizah digembur untuk menjadi pemimpin masa akan datang pasti dia akan bertembung dengan Nurul Izzah yang nampak sedang mempersiapkan diri. Lagipun penyertaan Wan Azizah akan menjadi ejekkan dan persendaan oleh pihak lawan kelak. Lebih merumitkan lagi ia akan dijadikan precedent oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian. Kalau ini berlaku dan orang lain juga ingin meletakkan isteri, anak, dan menantu serentak tidak boleh dibantah sebab presiden dan penasihat umum Keadilan juga berbuat demikian. Politik memang tidak waras tetapi orang yang waras boleh mewaraskan politik. [wm.kl.12:55 t/hari 30/01/12] | ||||||
Mencari Calon Parlimen Kelantan (2) Posted: 29 Oct 2012 08:07 PM PDT ANALISA POLITIK KELANTAN Sebelum dikemukakan bakal-bakal calon kerusi parlimen dari Pas, saya terlebih dahulu akan menarik perhatian umum terhadap harapan dan impian Umno Kelantan untuk menakluki beberapa kerusi parlimen. Kita kaji dan analisa apakah harapan Umno ini bakal menjadi kenyataan atau ianya sebuah mimpi saja. Selepas ini nama-nama bakal calon kerusi Parlimen akan dibentangkan untuk sama-sama difikirkan kemunasabahannya.
Bagi Umno kalau mereka memperolehi enam kerusi sudah mencukupi dan kalau mencecah lapan ini ia bermakna kejayaan agung yang membawa makna kerajaan Pas Kelantan akan tertumus. Di dalam satu-satu kawasan parlimen terdapat tiga kerusi Dun kecuali di Tumpat, Kuala Krai dan Pasir Puteh ada empat kerusi. Kalau Umno memperolehi lapan kerusi parlimen ini bermakna parti itu merangkul sekurang-kurang 24 kerusi. Dengan jumlah itu Umno berjaya menubuh kerajaan Kelantan dengan simple majoriti. Dalam pilihan raya ke-11 tahun 2004 lalu Umno memperolehi lapan kerusi parlimen, yang mana kemenangan itu menyumbangkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi-kerusi parlimen itu ialah, Kota Bharu, Bachok, Ketereh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Di dalam pilhan raya ke-13 yang bakal menjelma nanti pencapaian itu yang Umno inginkan. Baginya tidak mustahil kerana mereka sudah mencapai rekod berkenaan. Apa yang menyebabkan Umno merasa konfiden, kalau ketika pilihan raya ke-11 itu mereka tidak bersiap sedia untuk memerintah, tetapi pencapaian sudah ke tahap itu, apa lagi kali ini... dalam keadaan siap siaga ia tidak mustahil akan mendatangkan natijah sama. Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti kerajaan Pas berusia 22 tahun akan ranap. Mungkin berdasar perkiraan inilah menyebabkan Mustapa sedang bergedik kaki untuk menakluki Kelantan.
Lapan kerusi parlimen yang menjadi sasaran atau idaman Umno dalam pilihan akan datang ialah tiga kerusi diwakili PKR, iaitu Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Kerusi-kerusi lain ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala dua kerusi lagi yang dikira sudah pasti menjadi miliknya ialah Jeli diwakili Mustapa Mohamed dan Gua Musang oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Mengikut penculaan Umno kesemua kerusi itu ditandai dengan warna "kelabu" bukan hitam, manakala kerusi Gua Musang dan Jeli ditanda dengan putih. Kerusi-kerusi lain ditandai dengan "hitam", ini termasuk Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian. Umno sudah melupai kerusi-kerusi berkenaan untuk dirangkulnya. Dari lapan kerusi disasarkan Umno enam kerusi dikira munsabah dan mempunyai potensi besar untuk menang. Mari kita suluh satu persatu sejauh mana akan relevansinya. Kita mulai dengan kerusi Ketereh yang kini disandang oleh Abdul Aziz Kadir Pengerusi PKR Kelantan. Dalam pilihan raya lalu Aziz menang hanya 400 undi saja mengalahkan Annuar Musa. Kejayaan Aziz menewaskan Annuar Musa mengejutkan dan dianggap kejayaan peribadi buat Aziz kerana berjaya mengalah bekas bosnya. Sekiranya tidak ada pengkhianatan di kalangan rakan-rakan Annuar sudah pasti kerusi itu menjadi milik Umno. Dalam kata lain Aziz menang kerana adanya sabotaj sesama Umno.
Atas hakikat itu Umno meletakkan Ketereh sebagai sasaran utamanya. Kerusi Ketereh menjadi appetizer bakal membuka lorong luas buat Umno. Bagi memastikan itu katanya kali ini Umno tidak akan menurunkan Annuar Musa yang sudah dua kali tewas di parlimen Ketereh. Tokoh yang disebut-sebut akan diletakkan di situ ialah Haji Mohd Alwi bin Che Ahmat, Adun Kok Lanas kini dan bekas ahli parlimen Ketereh. Alwi menang kerusi parlimen pada tahun 2004, dengan majoriti 2,888 menewaskan Muhammad Mustafa dari Keadilan. Walaupun ada pendapat mengatakan sekiranya Annuar atau Alwi tidak diletakkan di situ akan berlaku tindakan 'kerat mengerat' tetapi Umno menyakinwi Ketereh akan bertukar tangan kali ini. Alwi dikatakan akan dikerat oleh Annuar dan begitu juga sebaliknya. Namun kali ini tindakan sebegitu rasanya tidak berlaku lagi memandangkan Umno Kelantan seakan bersedia untuk mengambil alih Kelantan. Sudah pasti kalau Umno Ketereh bersatu, ditambah pula dengan tidak ada campur tangan individu "si golok dua mata" yang selama ini mendatangkan "kabus sutra unggu" (mengucar dalam Ketereh) Alwi akan menang di Ketereh. Bagaimana pula dengan kerusi Machang dan lain? Bersambung ke bahagian ke-3. [wm.kl.10:39 am 30/10/12] | ||||||
Asri Tidak Payah Layan Setiausaha Dewan Ulamak Pas Posted: 29 Oct 2012 04:01 AM PDT SUSUPAN SENJA Alah sensitif sangat sesetengah orang Pas terutamanya para ustaz muda yang baru pandai membelit serban atau baru pandai menambat tali pinggang keledar atas kapal terbang dalam memberi reaksi apa-apa teguran dan kritikan umum ke atas mereka. Sikit-sikit hendak berdebat sikit-sikit hendak berdebat mentang-mentanglah insturment debat itu dibenarkan oleh Islam. Bukan semua debat membawa kebaikan. Apakah dimaksudkan 'memperlagakan' kepala itu membawa kebaikan dan diperlukan dalam serba serbi?
Isunya ialah ekoran teguran dan peringatan Asri secara umum agar pemimpin Pas bila menang mentadbir kerajaan kelak tidak jadi seperti Ayutullah. Saya tidak pun mendalami apakah maksud Asri itu dan menganggap ia sebagai peringatan biasa yang tidak perlu diberi reaksi. Sebagai seorang pendakwa dan aktif menulis pandangan itu terbit dari celah mindanya saja. Suara yang dinyatakan itu adalah kelumit-kelumit kebimbangan mungkin yang ada beliau tersilau ada unsur-unsur berkenaan bakal berlaku di dalam Pas kelak. Saya rasa teguran atau peringat (lebih tepat) Asri itu tidak salah. Ia untuk kebaikan Pas juga. Lagipun peringatan itu sekiranya Pas menang dan memerintah negara ini. Saya tidak tampak Asri sudah membuat dakwaan yang pemimpin Pas waktu ini termasuk Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat sudah bersikap seperti Ayatullah, iaini dalam bahasa mudah diktator yang menggunakan pendekatan agama. Maaflah kalau istilah saya ini salah. Jadi kenapa Pas perlu memberi reaksi berlebihan sampai hendak berdebat. Apa hendak tunjuk handal atau hendak pamer ilmu lebih? Teguran Asri itu wajar dilayan dengan cara membalas dalam satu artikel saja, tidak payah di pentas siap dengna prop, pembesar suara kemudian dirakam yang mana rakaman akan diecerkan dalam Fb. Cukup jawab dengan sehelai kertas saja kalau hendak jawab. Islam memang mengajar berdebat demi mencari kebenaran bukan hendak menunjuk hebat dan ketinggian ilmu. Dari konteks politik saya bimbang kalau berlaku perdebatan unsur itu akan menjunjung diri kerana perangai politik itu sendiri begitu, tidak mudah mengaku kalah. Teguran Asri itu tidak memberi apa-apa implikasi pun. Rakyat negara ini tidak akan menggeruni dan menjauhi Pas dengan teguran itu. Apa lagi realitinya tidak begitu. Bila ada orang melenting dan merasakan teguran itu serius apakah ianya terkena ke atas batang tengkoknya sendiri? Di sinilah kefatanahan siasah diperlukan. Bukan semua isu atau kritikan harus dilayan dengan cuba menempelak orang yang membuat teguran. Asri tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam hal ini, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai da'i saja. Saya bukan hendak bela Asri, tetapi ulamak didalam Pas harus mengerti dan sedar bahawa ada perbezaan naiwatu di antara mereka dengan Asri. Asri tidak menggunakan politik sebagai acuan atau medan dakwah berbeza dengan ulamak muda dalam Pas yang terpaksa menggunakan acuan dan rukun-rukun politik 4C dalam berjuang dan berdakwah. Jadi mereka tidak akan terlepas dari 'tersesek' dengan elemen kotor politik. Kepada Asri selamatkan Pas dengan isu ini, iaitu jangan layan permintaan ustaz muda Pas itu. Biarlah sdr dikatakan kalah tidak mengapakah asalkan hakikat kemenangannya untuk Pas. Bukan apa saya bimbang kerana ghairah untuk berdebat, bertukar-tukar fikiran takut perdebatan itu merendahkan martabat dan kualiti keulamakan mereka pula. Kalau itu berlaku bukankah itu namanya kes nyanya? [wm.kl. 6:50 pm 29/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan