Kelab Greenboc |
- Kemana Lesapnya RM207 Billion Wang Pampasan?
- MP Umno Belasah UMNO: Ada Individu Sabah Terima 1 juta Saham Felda!
- Asri Bidas Fathul Bari: Suruh Datang Berwacana Tak Mahu, Lepas Tu Komen Tak Puas Hati
- Cuti Aidil-Adha: 2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuhraya Esok
- Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu - Ust Idris
- Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun
- Derma RM40 juta: Bumburing Dedahkan Wang Dimasukkan Ke Akaun Peribadi Pemimpin UMNO
Kemana Lesapnya RM207 Billion Wang Pampasan? Posted: 25 Oct 2012 12:31 AM PDT Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan? Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli. Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011. Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal. Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011. Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama. Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara. Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas. Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleh Kerajaan Jepun? Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain? Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu. "Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini. Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily. |
MP Umno Belasah UMNO: Ada Individu Sabah Terima 1 juta Saham Felda! Posted: 24 Oct 2012 11:17 PM PDT Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda", demikian lapor malaysiakini. Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda. "Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda. "Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini. Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya. Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima "pink form" tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV. "Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu. "Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. "Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan. Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), KeadilanDaily dipetik. "Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan," kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily. "Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut. "Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku," katanya. |
Asri Bidas Fathul Bari: Suruh Datang Berwacana Tak Mahu, Lepas Tu Komen Tak Puas Hati Posted: 24 Oct 2012 08:03 PM PDT Mantan mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin semalam telah memberikan jawapan yang pedas kepada Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulamak muda itu yang menolak hujjan Dr.Asri bahawa ulamak-ulamak yang menyertai UMNO telah hanyut. Di dalam datu mesejnya melalui Twitter, Dr. Ari menyelar ulamak muda berkenaan dengan menulis: Bla dijemput berwacana x dtg, lepas tu komen tak puashati. Politik wang disebut sendiri oleh wakil (UMNO) sendiri Dr Mohd Asri sebelum ini berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno. Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut." "Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian. Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik. "Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri. Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur. "Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat. "Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin. "Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur," jelas beliau lagi. klik untuk baca |
Cuti Aidil-Adha: 2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuhraya Esok Posted: 24 Oct 2012 05:01 PM PDT JJdual Perjalanan PLUS Untuk Cuti Hari Raya Aidil Adha 2012 : Para pengguna lebuhraya terutamanya lebuhraya PLUS telah dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Aidiladha dari 25 hingga 28 Oktober ini. Menurut Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail berkata, TTA yang dikeluarkan pada musim perayaan lalu berjaya membantu orang ramai bergerak dengan lebih selesa di Lebuhraya Utara-Selatan untuk merancang perjalanan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas. "Justeru, PLUS sekali lagi menasihatkan pengguna jalan raya yang pulang bercuti dan kembali ke Lembah Klang supaya terus memberi kerjasama dengan mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Pengguna Lembah Klang, 25 dan 26 Oktober 2012 Bagi tarikh 25 dan 26 Oktober, waktu perjalanan yang dicadangkan ialah dari Lembah Klang ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang melalui Juru serta perjalanan ke Johor melalui Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak. Sementara itu, perjalanan dari Lembah Klang ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Ayer Keroh antara 12 tengah hari dan 3 petang manakala perjalanan ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng serta Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat bermula antara 3 petang dan 6 petang. Para pengguna dan orang ramai boleh mula memasuki lebuh raya ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang. Untuk kenderaan dengan nombor plat ganjil bagi semua laluan perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang pula dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap. Pengguna Lembah Klang, 27 dan 28 Oktober 2012 Bagi tarikh 27 dan 28 Oktober, jadual perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Lembah Klang pengguna dicadangkan bermula sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam manakala perjalanan yang tidak melalui kawasan Lembah Klang pula adalah antara 12 tengah hari atau selepas 6 petang. Bagi semua perjalanan dari utara dan selatan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang bagi kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan pada setiap jam ganjil manakala kenderaan dengan nombor plat genap pula bermula pada setiap jam genap. Para pengguna dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. Cuti Aidiladha: 2juta kenderaan dijangka guna lebuh raya PLUS esok.Berhati-hati kepada semua pemandu dan sentiasa amalkan pemanduan berhemah. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dari Kelab Greenboc. |
Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu - Ust Idris Posted: 24 Oct 2012 07:28 AM PDT Pas jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib. Beliau selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat. Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta. Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6. Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka. Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004? Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion. Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Soi Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar? Atau kedua-dua pembohong besar. Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen. Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno. Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012). Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh. Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh. |
Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun Posted: 24 Oct 2012 05:15 AM PDT Petaling Jaya – Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu. Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa. Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu. Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan. Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam. Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah. Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa. Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. -Mstar. |
Derma RM40 juta: Bumburing Dedahkan Wang Dimasukkan Ke Akaun Peribadi Pemimpin UMNO Posted: 24 Oct 2012 03:04 AM PDT Derma politik" kontroversial RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi "seorang pemimpin Umno", dakwa bekas ahli parlimen (MP) Barisan Nasional (BN). Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (gambar) yang kini merupakan MP bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga "pemimpin Umno" yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah. "Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno? "Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?" katanya dalam kenyataan tersebut. Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya. Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa. Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman mengatakan bahawa MP Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan. "Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang? "Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?" soalnya. Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Di Parlimen awal bulan ini, didedahkan bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri. Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia. Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu. MP pembangkang di sini tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib untuk mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa. Menurut laman pemberi maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu Sabah Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dengan wang tunai dalam mata wang Singapura. Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa. Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss untuk Musa. Laporan itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun peguam Swiss perguam tersebut. Tetapi apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap dengan tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC. Nazri berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland. "Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan