Selasa, 9 Oktober 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Mythbusters Buktikan Jack Watak Titanic Boleh Diselamatkan Jika...

Posted: 09 Oct 2012 07:40 AM PDT





 Perdebatan yang telah berlarutan sejak filem Titanic ditayangkan, iaitu adakah Rose membiarkan Jack mati dengan tidak "membenarkan" kekasihnya itu naik ke atas serpihan papan Titanic ketika mereka terapung di lautan?

Benarkah kedua-duanya akan tenggelam jika Jack naik ke atas serpihan papan tersebut? Bagi menjawab persoalan itu, siri televisyen AS, Mythbuster telah menjalankan satu siri ujian yang akhirnya membuktikan bahawa watak Jack lakonan Leonardo DiCaprio dapat diselamatkan jika dia naik ke atas serpihan kayu bersama-sama dengan kekasihnya Rose, lakonan Kate Winslet.

Dalam filem blockbuster tahun 1997 itu, watak Jack mati sebagai akibat hipotermia manakala Rose terselamat kerana berada di atas serpihan papan kapal Titanic.

Pasukan Mythbusters mendapati nyawa Jack dapat diselamatkan jika Rose membuka jaket keselamatannya dan meletakkan jaket itu di bawah serpihan kapal Titanic tempat dia dan Jack berpaut kerana hasil ujian membuktikan jaket itu dapat mengapungkan serpihan papan itu walaupun Jack dan Rose berada di atasnya.

Sebelum itu, Pengarah Titanic, James Cameron memberitahu Mythbusters bahawa beliau percaya serpihan papan itu tidak dapat mengapungkan Jack dan Rose.

Adam Savage dan Jamie Hyneman kemudiannya menjalankan ujian hipotermia untuk melihat perkara yang akan berlaku jika watak Jack berada di atas serpihan papan itu dalam keadaan kesejukan.

Boneka dengan daging gelatin dan sistem pemanas air tembaga kardiovaskular untuk memantau suhu badan telah digunakan untuk mensimulasikan keadaan watak Jack.

Suhu boneka itu ditetapkan pada 98.6 °F. Boneka itu kemudiannya dibiarkan terapung di atas air yang membeku pada suhu 29 ° F. 

Selepas sejam, pasukan Mythbusters mendapati suhu badan boneka itu adalah 82.5 ° F. Bacaan suhu itu bermakna Jack akan hidup jika dia naik ke atas serpihan papan Titanic yang dipautnya. -DCM/DM








Sungguh Bernas Nasihat Nasharuddin Mat Isa....

Posted: 09 Oct 2012 05:46 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

"Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.

Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu.



P/s:  Ejen perpaduan ini memang tidak pernah mengenal erti putus asa. Kalau dulu tutur katanya berlapik, sekarang sudah terang-terangan.

Cuba tanya Nasha, kalau UMNO dan PAS "bernikah",  MIC, Gerakan, MCA dan belasan parti komponen BN yang lain nak dicampak ke mana? Dia sendiri mengatakan kemenangan islam tidak pernah dibantu oleh orang bukan Islam.

Tambah mengelirukan kita, Si Nasha ini mengajak PAS berpadu dengan UMNO, parti yang dikaitkan dengan rasuah dan pemimpinnya pula menghina dan memperlekeh hudud dan negara Islam. Malah bekas Presidennya mengatakan bahawa hudud itu ciptaan manusia dan pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina nabi.

Bukan itu sahaja, parti komponen BN dan pemimpinnya juga lancang menghina Islam!


Penyokong Nasha, anda tentu tentu suka idea bernas ini! 








Ahli Fizik Tidak Anggap Aksi David Blaine Bahaya!

Posted: 08 Oct 2012 11:00 PM PDT


[HM] NEW YORK: Ia diiklankan sebagai aksi ngeri menempah maut, pertunjukan paling berbahaya yang akan mengejutkan jutaan manusia.

Namun, pertunjukan terbaru David Blaine, ahli silap mata terkenal itu dianggap sebagai tidak berbahaya oleh seorang ahli fizik terkenal.

Profesor John Belcher berkata, dia bersedia mengambil tempat ahli silap mata itu walaupun sudah berusia 69 tahun dan bencikan risiko.

Blaine berdiri di tengah-tengah aliran elektrik sejuta voltan untuk aksi ngerinya yang bertajuk, Electrified.

Pertunjukan selama tiga hari di New York itu berakhir malam tadi.

Satu-satunya perlindungan Blaine ialah pakaian berperisai dan topi keledar yang direka khas.

Bagaimanapun, Belcher, pakar ruang angkasa berkata, satu-satu kebimbangannya jika melakukan aksi seperti Blaine ialah tidak cukup tidur.

"Dia mempunyai pakaian pengalir elektrik. Semua tenaga elekrik mengalir menerusi pakaian itu, tidak ada yang menerusi tubuhnya.

"Saya tidak nampak bahayanya. Saya sudah berusia 69 tahun dan tidak sukakan risiko. Saya lebih suka tidur," kata profesor itu.

Menurutnya, Blaine memakai pakaian Faraday yang dibuat daripada keluli tahan karat beraliran tinggi.

Pekerja menggunakan pakaian seumpama itu jika memasang talian elektrik bervoltan tinggi. Ahli fizik amatur juga memakainya ketika mengkaji gelung Tesla.

Ahli fizik di Universiti Columbia, Allen Zajc, juga tidak tertarik dengan aksi Blaine.

Menurutnya, apa yang menarik ialah ahli silap mata tu terpaksa berdiri selama 72 jam.

Setakat ini, acara itu berlangsung seperti yang dijadual, meskipun Blaine terkena kejutan elektik ketika berlatih selepas visor pada topi keledarnya terkena hidungnya. - DM



P/s: Alamak, kantoilah pulak!



 

Utusan Malaysia Ubah Suai Cerpen Kaitkan Teresa Kok, Padahnya UM Perlu Mohon Maaf dan Bayar RM50 Ribu

Posted: 08 Oct 2012 10:00 PM PDT


[MK] Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia,  Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.
Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 01Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.

"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.

"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok."

teresa kok sues chamil waraya utusan malaysia court 121208 02Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.

Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.

"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.

Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata  perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan. 



P/s: Campaklah etika kewartawanan dan ketelusan pemberitaan ke dalam tong....!


 

Wanita Diculik & Dirogol Bergilir-gilir oleh 10 Lelaki Lahanat

Posted: 08 Oct 2012 07:55 PM PDT




[HM] SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas 'diculik' ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

"Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

"Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani," katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa selain dirogol beberapa suspek turut merakamkan perbuatan keji mereka itu selain mengugut untuk membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sumber itu berkata, mangsa dilepaskan pada jam 7 malam dan dalam keadaan tidak bermaya dia menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Balai Polis Puchong untuk membuat laporan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendant Tan Ah Chua berkata, bertindak berdasarkan laporan mangsa, pihaknya menahan tiga daripada suspek terbabit di Puchong Perdana, kelmarin.

"Suspek yang semuanya warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an kini diremantujuh hari, manakala tujuh lagi rakan mereka masih diburu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol.




P/s: Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara? Statistik jenayah semakin menurun?





Tiada Siasatan Skandal Scorpene di Perancis? Baca Kenyataan INI!

Posted: 08 Oct 2012 05:43 PM PDT

 
Tiada Perbicaraan Berhubung Scorpene Di Perancis - Yves Charpenel
[Bernama] KUALA LUMPUR: Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia. "Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya.

"Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel. Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media.

"Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. "Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan. 
 
 
William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012. 

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh. 

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.

Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM
 
(Sumber salinan kenyataan di sini)
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: