Selasa, 9 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


Jom ramai-ramai turun Konsert Bersih 8T Sabtu ini

Posted: 09 Oct 2012 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 9 Oktober: KEADILAN menggesa seluruh rakyat termasuk anggota parti hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan (8T), Sabtu ini.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak melaksanakan lapan tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya.

"Oleh itu, KEADILAN menyokong penuh usaha kumpulan NGO yang mengadakan konsert tersebut, demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya pilihan raya yang bebas dan bersih," katanya dalam kenyataan.

Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.

Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.

"Marilah kita bersama-sama menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih," kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 juga akan mendendangkan satu lagu istimewa. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 turut membaca sebuah sajak khusus untuk konsert ini.

Konsert ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihan raya.

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Isu perbicaraan helah untuk tutup penglibatan Najib dalam Scorpene

Posted: 09 Oct 2012 12:08 AM PDT


KUALA LUMPUR 9 Oktober: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

"Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene.

"Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan," katanya ketika dihubungi.
Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu.

"Kes yang dikendalikan peguam Suaram di Perancis menuntut penjelasan berhubung penglibatan Najib, kalau beliau tidak terlibat kenapa William Bourdon dihantar pulang, sedangkan kedatangan beliau hanya untuk memberi taklimat.

"Kenapa Najib takut sangat? Najib patut beri peluang kepada Bourdan sekurang-kurangnya untuk buktikan beliau tidak terlibat," ujar Pengerusi KEADILAN Melaka itu.
April lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen, surat yang didakwa ditulis oleh Shafee yang mendakwa bahawa dia telah dihantar oleh Najib dan Rosmah untuk "tugasan undang-undang yang sensitif" di luar negara dan "mesti dilengkapkan sebelum pilihan raya umum".

Menurut Saifuddin, surat itu juga menyatakan bahawa "tugasan" tersebut memerlukan Shafee pergi ke beberapa bandar raya di luar negara termasuk New York, London, Dubai, Paris dan Basel.

Membidas laporan itu sekeras-kerasnya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, kenyataan itu bercanggah sedangkan siasatan kes sedang berjalan di mahkamah Perancis.
"Untuk pengetahuan, pendakwa semasa dalam pertuduhan kes tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.

"Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene," kata Suaram dalam kenyataan.

KD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Pemandu teksi maut di kubur

Posted: 08 Oct 2012 06:53 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa mati parah di perut akibat ditikam selain dipukul dengan objek tumpul di kepala.

Beliau berkata, pemeriksaan unit forensik di tempat kejadian menemui dua pisau pemotong sayur masing-masing berhampiran mayat mangsa dan dalam teksinya.


"Kami percaya mangsa diarahkan untuk memandu ke tanah perkuburan ini sebelum dirompak dan dicederakan. Kejadian itu dipercayai dilakukan lebih daripada seorang.


"Bagaimanapun, mangsa yang ketika itu parah cuba mendapatkan bantuan, tetapi gagal sebelum meninggal dunia," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga dan beg duitnya tidak ditemui.


"Pemeriksaan dalam teksi mangsa mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis percaya mangsa diserang ketika berada dalam teksi," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula

Posted: 08 Oct 2012 06:00 PM PDT



Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri.


Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.


Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.


Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan UMNO yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.


Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Mahathir lah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa. Beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu 'by choice' memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Mahathir.


Kali ini Mahathir mempersalahkan George Soros pula. Beliau cuba hendak menakutkan pengundi Pakatan Rakyat yang pembangkang didukung oleh George Soros yang dilabelkan oleh Mahathir sebagai penyangak mata wang antarabangsa. George Soros menjadi sasaran Mahathir dan semua pengikut membuta tuli beliau kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit di dalam krisis kewangan pada tahun 1997 dahulu yang menyebabkan Malaysia menjadi mangsa terbesar dari kejatuhan dan krisis mata wang itu.


Seperti yang saya sebut selalu, Dr Mahathir menyalahkan semua orang di atas kesilapan dan kesalahan beliau kepada negara. Pada penghujung tahun lapan puluhan sehingga penghujung tahun sembilan puluhan Mahathir telah melakukan banyak kesalahan kerana beliau merasakan beliau seorang yang begitu handal dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan matawang asing. Bidang ini bukannya bidang yang beliau faham tetapi beliau merasakan yang beliau pandai dan ingin mencuba-cuba bidang yang beliau mengetahui terlalu sedikit.


Mahathir telah terlebih dahulu menjadi 'penyangak' matawang asing ini dengan cuba hendak bermain-main dengan pasaran wang antarabangsa pada tahun 1992 dahulu. Beliau telah meminta Bank Negara untuk menyertai perdagangan wang antarabangsa dan akhirnya negara telah rugi melebihi RM30 billion dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu. Bank Negara terpaksa menjual banyak asetnya untuk mengurangkan jumlah kerugian di dalam akaun Bank Negara dan akhirnya telah memberitahu rakyat yang kerugian itu hanyalah RM9 billion sahaja. Jika Mahathir berjaya dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu saya yakin Mahathir akan lebih dahsyat lagi dari Georga Soros. Tetapi nasib beliau tidak berapa baik, kita kerugian sebanyak RM30 billion.


Sebagai spekulator wang antarabangsa George Soros dan ramai yang lain akan melakukan spekulasi terhadap mana matawang yang lemah. Kebetulan ringgit kita adalah salah satu matawang yang sudah terlalu lemah semasa itu maka semua spekulator matawang antarabangsa secara 'natural' akan memilih ringgit untuk diperdagangkan.


Spekulator matawang asing mengetahui yang ringgit kita sudah lemah kerana semasa itu negara mengimport 'capital good' yang begitu besar untuk melaksanakan projek-projek raksaksa secara ekspress seperti komplek pentadbiran Putrajaya dan KLIA. Kita mesti ingat projek raksaksa seperti KLIA itu tidak pernah timbul di dalam rancangan Malaysia ke-6. Kita hanya tahu projek KLIA itu wujud ketika pembentangan separuh penggal rancangan Malaysia ke-6 itu.


Mahathir mahu segala-galanya berlaku di zaman beliau tanpa berfikir yang semua projek raksaksa yang tidak dirancang itu akan membawa padah kepada kewangan negara. Beliau tidak ambil peduli yang pengimpotan 'capital goods' yang terlalu besar untuk melaksanakan projek ekspres raksasa itu akan melemahkan matawang ringgit dipasaran wang antarabangsa.


Akhirnya apabila ringgit kita lemah maka ianya menjadi mangsa kepada spekulasi matawang antarabangsa. Mereka bukan sahaja dilakukan oleh Soros tetapi ramai lagi spekulator wang anatarabangsa yang lain. Mahathir sendiri mencuba-cuba untuk menjadi spekulator wang antarabangsa pada tahun 1992 dengan menggunakan BNM dan Nor Mohammad Yakcop tetapi gagal dengan kerugian sejumlah yang saya sebut tadi.


Bezanya Soros menjadi spekulator wang antarabangsa yang berjaya, Mahathir pula menjadi spekulator wang antarabangsa yang gagal. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Soros itu jika dilihat dari sudut yang lain.


Sekarang Mahathir hendak menyalahkan Soros pula kerana kelemahan yang dihadapi oleh UMNO dan BN. Beliau cuba untuk membina pemikiran rakyat, jika memilih PR ia bermakna memilih pilihan George Soros. Tetapi mesti ada yang percaya dengan kata-kata Mahathir ini, tetapi kepada siapa yang menggunakan pemikiran yang sebaik-baiknya ia tidak kena mengena dengan Soros dalam membuat pilihanraya yang akan datang ini.


Membuat tuduhan yang Soros adalah dibelakang kekuatan PR itu merupakan tuduhan yang keluar dari seorang pemimpin yang 'desperate'. Bagi mereka yang menyokong PR, mereka tidak perlu memberikan apa-apa reaksi. Hanya ringankan lidah dan beristighfar banyak-banyak kerana untuk menolak yang bathil memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Anggap sahaja pandangan Dr Mahathir itu sebagai pandangan seorang yang sakit. Tidak perlu di ambil hati dan tidak perlu mendengar kata-kata orang yang sedang dalam kegeringan moral kepimpinan itu.


Tetapi sakit jiwa politik ini bukan sahaja dialami oleh Mahathir tetapi ia sedang dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti Najib, Muhyiddin dan keseluruhan barisan kepimpinan BN khususnya UMNO.


Jika berjaya rakyat menolak kepimpinan UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti kita boleh melakukan penyatuan semula tanpa mereka-mereka yang memimpin pada hari ini yang tidak habis berusaha untuk memecah belahkan kita di bawah ini.


Kita bersatu di luar UMNO dan BN. Kita bermaaf-maafan di antara satu dengan lain dan terus bersatu. Selepas itu kita bangunkan negara dengan telus untuk mencapai matlamat negara yang satu, iaitu Perpaduan Nasional yang sejati dan berkekalan.


Selagi ada pemimpin seperti pemimpin yang sedang kita perkatakan ini serta yang lain-lain dalam UMNO itu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat Perpaduan Nasional yang kita idam-idamkan itu.


Kita sudah jemu dipecah dan diperintah oleh pimpinan dari acuan Dr Mahathir ini. Kita wajib keluar dari budaya pecah perintah ini dan kita berharap kehidupan rakyat tidak lagi 'stressful' seperti yang rakyat sedang hidapi sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Bas Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Diserbu

Posted: 08 Oct 2012 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.

Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.

Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.

Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.

Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.

Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan.

KD

malaysiaberih


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Tiada ulasan: