DUNIACACAMARBA |
[Video] Saat-saat yang Memalukan Najib Posted: 15 Oct 2012 11:10 PM PDT
Berdasarkan video di atas, Perdana Menteri Malaysia disoal oleh salah seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kiaramas yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot. Soalan yang ditanyakan oleh pelajar tersebut "Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis mughallazah?" Seperti yang dipaparkan dalam video di atas, Najib gagal memberikan jawapan dan kemudian berpaling ke arah Muhyiddin mungkin mengharapkan bantuan daripada timbalannya itu. Namun, Muhyiddin dilihat gagal memberikan jawapan hingga akhirnya mendorong rakan murid tersebut membantu Najib dengan memberikan jawapan cadangan, iaitu babi. P/s: Aduhai, PM! | ||
[Video] Lelaki Mendahului Kelajuan Bunyi Posted: 15 Oct 2012 10:48 PM PDT [Kosmo] WASHINGTON - Pelagak ngeri Austria, Felix Baumgartner menjadi manusia pertama bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi di luar sebuah kapsul kelmarin. Dia terjun dari kapsul tersebut yang berada setinggi 39 kilometer (km) dari Bumi. Kapsul tersebut bergerak ke udara dengan menggunakan belon helium. Ia mengambil masa lebih dua jam untuk tiba pada ketinggian 39km dari Bumi. Kelajuannya mencecah 1,342 kilometer sejam (km/j). Lelaki itu 265km/j lebih pantas daripada bunyi. Baumgartner, 43, kemudian mendarat dengan menggunakan payung terjun di sebuah kawasan di sebuah gurun di Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat (AS). Laman web syarikat minuman tenaga Red Bull menyiarkan aksi pelagak ngeri itu yang memakai pakaian seperti angkasawan semasa dia berada di dalam kapsul tersebut. Baumgartner menanggalkan topi dan menggenggam kedua-dua tangannya selepas dia mendarat dengan selamat. "Apabila saya berdiri di atas dunia, anda berasa rendah diri. Anda tidak berfikir tentang memecahkan rekod lagi. Anda juga tidak memikirkan untuk memperoleh data saintifik. "Satu-satunya perkara yang anda fikirkan ialah pulang dengan selamat," katanya selepas dia selamat mendarat kepada wartawan stesen televisyen CBS. Dia turut memecahkan rekod sebagai manusia pertama membuat terjunan dari altitud tinggi. Sebelum ini seorang bekas pegawai tentera udara AS, Kolonel Joe Kittinger memegang rekod itu dengan terjun dari sebuah gondola pada ketinggian 31 kilometer dari Bumi dengan kelajuan 988km/j pada tahun 1960. Baumgartner menyatakan pengalamannya terjun dengan lebih laju daripada bunyi itu sukar untuk digambarkan. "Anda tidak mengetahui kepantasan anda," katanya. Rekod itu kemudian disahkan oleh jurucakap Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (FAI) pada sidang akhbar di Roswell, New Mexico. Presiden Austria, Heinz Fischer mengucapkan tahniah ekoran kejayaannya dalam projek terjunan anjuran Red Bull Stratos. Baumgartner pernah terjun dengan menggunakan payung terjun dari Bangunan Petronas di Kuala Lumpur pada 1999. - Agensi |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan