DIALOG RAKYAT |
- Haramjadah: Keputusan teruskan saman 20 Dis
- Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon
- Anjur 'Monsoon Cup'; Umno Terengganu Persiakan Projek Pembinaan Kapal RM8 bilion
- (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!
- FITNAH PEMIMPIN PAS!!! Mashitah kena saman lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS
- Nazri nafi laporan audit disaring
- Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara
- Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar
- Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan
- Selangor catat lebihan hasil RM62 juta – Audit
- Sarawak terus dengan projek ‘sakit’
- Perasuah dalam kes Scorpene pengkhianat negara – Khalid Samad
- MP Pakatan pertikai bantuan JKM tiada rekod dalam Audit
- Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN benar
- Audit : Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Di Selangor Memberangsangkan
- SAMM : Kenyataan Keng Liang Tweet Biadap Dan Hina Islam
- DBKL Digesa Kaji Semula Keberkesanan Sistem ITIS
- IWK dan RapidKL terus rugi teruk
- 10 GLC kerajaan rugi RM2.5 bilion
- Kementerian Pertahanan lubuk rasuah?
- UMNO Menikus dihadapan MCA
- 2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion
- KP UMNO Cacatkan Akauntabiliti Sabah
- TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan?
- Laporan Ketua Audit: PAC Akan Panggil 30 Agensi
Haramjadah: Keputusan teruskan saman 20 Dis Posted: 16 Oct 2012 02:18 AM PDT
TEMERLOH: Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Akhtar Tahir hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi keputusan meneruskan saman 8 orang peneroka sekitar Jengka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggelarkan mereka 'haram jadah'. Peguam mewakili 8 peneroka berkenaan, Harris Abdullah, berkata keputusan dalam kamar hakim itu menetapkan 30 Oktober ini bagi kedua-dua pihak memfailkan semua bukti. [Gambar: Peguam Harris (di tengah) bersama 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib.] Tambahnya, hakim berkenaan juga menetapkan tempoh tiga minggu dari hari ini kedua-dua pihak plaintif dan defendan bagi membuat penghujahan bertulis berakhir 30 November akan datang. "Alasan utama peguam pihak defendan untuk mengenepikan kes ialah ucapan Najib (haram jadah) itu, tidak merujuk kepada 8 plaintif kerana beliau (Najib) tidak menyebutkan nama dan alamat (plaintif) secara khusus," katanya. Pada 7 Ogos lalu 8 peneroka berkenaan memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana menempelak dengan ungkapan menghina haram jadah terhadap mereka. Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan permintaan ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons. Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8. Sedangkan Najib mengetahui ungkapan menghina yang diucapkan di hadapan lebih 40 ribu yang hadir di majlis mengumumkan durian runtuh itu dan liputan media boleh mempengaruhi memandangkan beliau pemimpin tertinggi negara. Bagi mereka ungkapan haram jadah itu amat mengaibkan kerana membawa maksud mereka anak luar nikah, pengkhianat dan tidak bermaruah sehingga dianggap tidak layak menerima durian runtuh. Dalam pada itu Harris menjelaskan, dalam penghujahan bertulis defendan bagi mengenepikan saman terhadap Najib ialah tuntutan plaintif satu penyalahgunaan proses mahkamah atas ketiadaan kausa tindakan kerana plaintif-plaintif tidak merujuk atau mempunyai kaitan dengan defendan. Tindakan plaintif juga didakwa mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Tambahnya lagi, defendan memberi alasan kegagalan plaintif untuk menyatakan kes terhadap defendan adalah satu kegagalan mandatori dan menjadikan tuntutan harus dibuang. Najib selaku defendan diwakili peguam-peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Abu Bakar Isa Rahmat dan Abu Bakar Assidiq Datuk Sidik. | |||||
Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon Posted: 16 Oct 2012 02:13 AM PDT
PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama," demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi. Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah. "Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS," ujar beliau lagi. Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik. Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran. Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan". Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS. Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang. | |||||
Anjur 'Monsoon Cup'; Umno Terengganu Persiakan Projek Pembinaan Kapal RM8 bilion Posted: 16 Oct 2012 02:06 AM PDT Wartawan BuletinKUALA TERENGGANU - Tokoh Korporat muda yang juga bekas Presiden Presiden Profesional Muda Terengganu Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim mendedahkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah mempersia-siakan peluang projek pembinaan kapal berjumlah RM8 bilion.Menulis di laman sosialnya, Amzad menegaskan cadangan asal sebenarnya untuk memajukan muara sungai Terengganu adalah sebagai pusat pembinaan kapal negara, pelabuhan sederhana bebas cukai dan pengkalan penguatkuasa maritim. Menurutnya, kerajaan PAS Terengganu secara prinsipnya telah bersetuju pada tahun 2001 bagi melaksnakan kontrak Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berjumlah tidak kurang RM300 juta setahun. "cadangan asal sebenarnya untuk majukan muara sungai Terengganu sebagai pusat pembinaan kapal negara, pelabuhan sederhana bebas cukai, pengkalan penguatkuasa maritim. "Itu yang dipersetujui secara prinsip masa kerajaan PAS Terengganu dulu,"tulis beliau. Amzad yang juda adalah bekas Pengarah MSET Engineering Corporation Sdn Bhd berkata, kerajaan Terengganu ketika itu telah berunding dengan beberapa buah syarikat tempatan yang terlibat dengan bidang pembinaan kapal termasuk MSET dan Kay Marine. Menurutnya, cadangan kemudahan 20 lagi limbungan akan dibuka di muara Sungai Terengganu dan ke dalam sungai Terengganu bagi memenuhi keperluan pembinaan kapal yang berjumlah RM300 hingga RM400 juta setahun. "Itu yang dipersetujui secara prinsip masa kerajaan PAS Terengganu dulu. MSET, Kay Marine, 20 lagi limbungan kat muara dan ke dalam sungai terengganu waktu tu duk buat kontrak bina kapal jumlah dekat RM300-400juta setahun. "Kerajaan Pusat masa tu nak buat kapal TLDM RM8 billion secara tempatanpada waktu tu duk buat kontrak bina kapal jumlah dekat RM300-400juta setahun. Kerajaan Pusat masa tu nak buat kapal TLDM RM8 billion secara tempatan,"jelasnya. Tindakan kerajaan Umno yang 'hilang fokus' apabila kembali mentadbir negeri Terengganu pada tahun 2004 telah menyebabkan kerugian kepada rakyat Terengganu. Menurutnya Kementerian Pertahanan telah menambah jumlah projek tersebut kepada RM27 bilion pada tahun lalu dan diberikan kepada syarikat Boutead. "Baru tahun lepas buat keputusan lagi RM27billion kepada Boustead.....Terengganu dapat apa? Dapat (kerajaan) kat BN projek dah hilang fokus. "Buat apa korek dalam-dalam kemudian timbus balik tengah sungai bagi lagi besar (membesearkan) Pulau Pasir depan Pulau Kambing? Timbus lagi di Kampung Cina bagi lagi (menyebabkan) sempit river flow (aliran sungai)? Timbus lagi di Kampung Batin jadi lagi kecik muara?,"katanya lagi. Beliau mengkritik langkah kerajaan yang mengorek muara sungai Terengganu untuk tujuan menganjurkan pertandingan perahu Layar 'Monsoon Cup' yang disifatkannya hanya mengayakan pihak kontraktor serta meningkatkan perbelanjaan negeri Terengganu kerana terpaksa mengorek muara tersebut pada setiap tahun. "Yang untung kontraktor Inai Kiara. Kos lebih rendah tak perlu buang pasir jauh-jauh. Peluang kerja berterusan sebab sungai dah sempit, tambah lagi halangan pulau pasir besar ditengah sungai, "dapat jangka cepat kerajaan panggil untuk korek balik. Banyak juta potensi setahun. Korek dalam-dalam, timbus pasir kat tepi memanglah mudah cetek balik. Tak payah pindah lah kopal korek. Stesyen situ jer,"tempelak Amzad | |||||
Posted: 16 Oct 2012 02:03 AM PDT Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa "dahagakan" laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya? Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu. Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan "yang lur biasa" yang meluluskan". Seterusnya… Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah Water Rugi Hampir RM1 bilion
Owh…IWK dapat subsidi kerajaan juga, ingatkan rakyat sahaja dapat. Sudah tiba dan ketikanya IWK juga perlu dikenakan rasionalisasi subsidi yang dikenakan kepada rakyat sekarang ini. OK. Laporan seterusnya….. Laporan Ketua Audit Negara 3 : Keuntungan Syarikat GLC Menurun 13.4%Dalam bahasa mudahnya apabila pendapatan syarikat-syarikat GLC ini menurun, automatiknya pendapatan negara juga bakal terjejas juga.
Laporan Ketua Audit Negara 4 : Lain-lainSenang-senang sahaja dileburkan duit negara & rakyat. Rugi juta sana, rugi juta sini. Rugi bilion sana, rugi bilion sini. Jikalau diuruskan dengan baik kewangan negara, berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya? Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebenarnya bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Sedangkan, lapran yang ada sekarang ini hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Hakikat yang sebenarnya? Wallahualam. P/S : Apakah respon balas anda setakat ini? | |||||
FITNAH PEMIMPIN PAS!!! Mashitah kena saman lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Posted: 16 Oct 2012 01:41 AM PDT PASPBTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas. Mashitah (atas) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu. Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan. Saman itu difailkan pada 25 September. Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral. | |||||
Nazri nafi laporan audit disaring Posted: 16 Oct 2012 12:44 AM PDT ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pembangkang kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 disaring terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada anggota Parlimen. Mohamed Nazri berkata laporan itu tidak boleh ditapis oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah, dan menyifatkan tuduhan anggota Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tidak berasas. "Mana boleh tapis. Beliau banyak bercakap dan buat tuduhan tetapi tiada bukti untuk dikemukakan. Kita tidak perlu mengambil berat terhadap dakwaan yang dibuat sekiranya tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. "Dalam pengurusan kewangan negara, kita tiada kemampuan untuk sembunyi apa-apa kerana rakyat sekarang semakin canggih. Hanya orang yang jahat sahaja akan berfikir sebegitu, saya rasa sekiranya pembangkang memerintah, merekalah yang akan melakukan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Azan, yang mempersoal kelewatan mengemukakan laporan itu, mendakwa Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah disaring terlebih dahulu sebelum diumumkan bagi menutup kelemahan pengurusan kewangan negara. Mohamed Nazri menjelaskan laporan itu hanya dibentang dua minggu selepas persidangan Dewan Rakyat bermula kerana mahu memberi laluan kepada pembentangan serta pembahasan Bajet 2013. Katanya, memandangkan rata-rata menteri akan membuat penggulungan pada minggu ini, beliau berpendapat laporan itu sesuai dibentangkan pada masa yang sama. Beliau berkata ini untuk memberi peluang kepada anggota Parlimen membaca laporan itu dan membangkitkan isu pada minggu depan. "Itu sahaja sebab mengapa laporan tersebut dibentangkan dua minggu selepas dewan bersidang, dan ia tidak melanggari mana-mana peraturan Dewan Rakyat. "Kalau kami dituduh mahu sembunyikan sesuatu, lebih baik kami tidak perlu bentangkan laporan berkenaan," katanya. | |||||
Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara Posted: 16 Oct 2012 12:34 AM PDT KELAB GREENBOC Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan. Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing. Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama. Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan". Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu. "Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil. Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010. Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011. Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011. Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan. "Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. " Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian. Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. -FMT/jalanpulang | |||||
Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar Posted: 16 Oct 2012 12:32 AM PDT KELAB GREENBOC Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki. "Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat. "Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily. Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno. Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun. "Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. "Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi. Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat. "Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi. Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain. Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. Ulasan GB "Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. Tetapi bagi GB, sumbangan terbesar Mahathir menumbangkan UMNO ialah pengakuannya bahawa UMNO BN sebagai syaitan yang dikenali. Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan siapa UMNO BN yang sebenarnya... dan yang mendedahkan hal itu tidak lain dari Mahathir sendiri, tanpa beliau menyedari. Lagi dipanjangkan usianya, lagi banyak perkara yang bakal dilakukan yang akan menghancurkan UMNO sehinggalah UMNO dikuburkan. | |||||
Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan Posted: 16 Oct 2012 12:28 AM PDT KELAB GREEENBOC Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah 'disambut' dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan. Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR. "PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah. "Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungki-nan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti," katanya. Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang. "Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami," katanya. -SH | |||||
Selangor catat lebihan hasil RM62 juta – Audit Posted: 16 Oct 2012 12:13 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Kutipan hasil yang diperoleh kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta pada 2011 berbanding tahun sebelumnya. Hasil sebenar yang dikutip pula melebihi anggaran hasil iaitu RM204 juta (114.3 peratus). Ia datangnya dari kutipan tiga jenis hasil iaitu hasil cukai (RM534.32 juta), hasil bukan cukai (RM791.18 juta) dan terimaan bukan hasil (RM308.50 juta). Hasil cukai dan hasil bukan cukai turut meningkat sebanyak RM62.50 juta. Hasil kerajaan negeri disumbang melalui premium geran tanah, cukai tanah semasa dan pemberian jalan raya/lorong. Peningkatan hasil membolehkan kerajaan Selangor mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan lebihan RM180.50 juta, naik RM56.26 juta (45.3 peratus) berbanding 2010. Untuk rekod, kerajaan negeri pada 2010 mencatat kutipan hasil RM1.571 juta dengan lebihan RM124.24 juta. Kerajaan Selangor juga berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri berjumlah RM75.26 juta (15 peratus) kepada RM426.79 juta pada 2011 berbanding RM502.05 juta pada 2010. Prestasi pembayaran hutang awam pada 2011 pula sangat baik kerana baki hutang menurun sebanyak RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman berkurangan RM604.97 juta. Berikutan itu, kedudukan kewangan kerajaan Selangor dikategori sebagai BAIK berikutan peningkatan dari segi simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan. Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatat peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion, meningkat RM357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada 2010. Sekalipun melaksanakan program kebajikan rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air percuma 20 meter padu dan Jom Shopping, kerajaan Selangor masih mampu menambah simpanan. Akaun Hasil Disatukan kerajaan Selangor pula mencatat lebihan RM180.50 juta berbanding RM124.24 juta pada 2010. "Prestasi kewangan kerajaan Selangor pada 2011 meningkat berbanding 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding belanja mengurus dan pembangunan," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dalam laporannya. | |||||
Sarawak terus dengan projek ‘sakit’ Posted: 16 Oct 2012 12:10 AM PDT Oleh : Adil Mat Selamat Pendedahan laporan Ketua Audit Negara telah menunjukan dengan jelas bagaimana tahap pengurusan kerajaan negeri melalui agensinya apabila perkara yang sama terus berulang sungguhpun Ketua Menteri dan Perdana Menteri terus melaungkan slogan janji ditepati. Terbaru, laporan tersebut yang dibentangkan di parlimen semalam sendiri mengesahkan masih terdapat beberapa jalan raya yang hingga kini masih belum siap sungguhpun projek ini telah bermula sejak tahun 2009. Tetapi kini kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana 'janji hanya tinggal janji'. "Sehingga lawatan Audit pada 21 Disember 2011, projek ini belum siap dan dikategorikan sebagai projek sakit. Notis Penamatan Kontrak telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 22 Februari 2012. Keadaan jalan dan jambatan bagi Projek Naik taraf Jalan Biawak yang tidak siap adalah seperti Gambar 4.5 dan Gambar 4.6 ". Ini ayat-ayat dari teks laporan Ketua Audit sendiri. Mengikut pendedahan laporan audit Negara lagi, pada awalnya pun projek ini sudah bermasalah. "Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak (LPPS) pada Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak Bil.9/2009 yang diadakan pada awal Ogos 2009 telah bersetuju menerima tawaran penender ini pada harga kontrak RM29.95 juta. Bagaimanapun, didapati kontraktor ini menghadapi masalah untuk membayar pasukan pembinaan sejak Oktober 2010 seperti dilaporkan dalam Utusan Borneo seperti di Keratan Akhbar 4.1. Selain itu, The Sunday Post pada 25 Disember 2011 melaporkan penduduk telah mengadakan demonstrasi terhadap projek yang tidak siap seperti di Keratan Akhbar 4.2." Jika inilah hasil pentadbiran BN di Sarawak, Nampak gayanya penduduk Sarawak kena tunggu berpuluh-puluh tahun lagi nak dapat kemudahan asas sebegini. Ataupun rakyat Sarawak boleh memilih untuk berubah dan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang bakal menjelma tidak lama lagi. – Roketkini.com | |||||
Perasuah dalam kes Scorpene pengkhianat negara – Khalid Samad Posted: 16 Oct 2012 12:00 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa pihak yang mendedahkan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene sebagai pengkhianat negara. Katanya, usaha pendedahan rasuah oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu disokong, bukan dihina dan dilabel sebagai pengkhianat. "Apa yang dilakukan Suaram adalah langkah terpuji dan perlu disokong. Mereka tidak patut dilabel sebagai pengkhianat. Mengapa pihak yang mendedahkan rasuah dianggap pengkhianat? "Orang-orang yang mengamalkan rasuah itulah sebenarnya pengkhianat negara," katanya ketika mencelah perbahasan di Dewan Rakyat, semalam. Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim membangkitkan usul supaya satu undang-undang kononnya untuk mengenakan tindakan kepada NGO yang menerima dana asing. Menjawab usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, adalah tidak menjadi kesalahan jika menerima dana asing untuk tujuan kebaikan. Nazri berkata, walaupun undang-undang mengenai perkara tersebut digubal, seseorang itu perlu dibuktikan di mahkamah adakah dana yang diterima digunakan untuk tujuan tidak baik atau sebaliknya. Suaram adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia. Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyagak matawang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997. Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang itu, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini. Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia. Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Rasuah kes Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Najib – Abdul Razak Baginda. Skandal ini berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang diletup mengguna C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006. | |||||
MP Pakatan pertikai bantuan JKM tiada rekod dalam Audit Posted: 15 Oct 2012 11:57 PM PDT Oleh Aedi Asri KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal ketiadaan penilaian ke atas setiap bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Laporan Audit 2011. "Saya terkejut kerana tiada sebarang penilaian dibuat tentang keberkesanan bantuan yang diberi JKM sejak dahulu…Sebab yang dinyatakan adalah jabatan bertanggungjawab tiada rekod (bantuan)," katanya. Azan berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bacaan kedua di Parlimen hari ini. Beliau juga hairan tiada usaha dilakukan untuk mengatasi isu berkenaan, walaupun perkara ini dibangkitkan lima kali dalam Laporan-laporan Ketua Audit Negara sebelum ini. Katanya, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 turut menyatakan lebih 63 peratus bantuan yang diberi tidak mengikut prosedur dan tiada laporan yang diterima. "Jadi siapa yang dapat bantuan? Adakah bantuan ditabur sesuka hati, tanpa rekod dan statistik?" soalnya. "Sampai bila-bila pun kita akan merasa ragu (berhubung keberkesanan bantuan) kalau tiada penilaian (rasmi) dibuat," kata Azan lagi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kei bagaimanapun berkata, beliau hanya akan menjawab soalan itu semasa penggulungan perbahasan nanti. LKAN 2011 yang dibentangkan semalam melaporkan, JKM mempunyai kelemahan apabila gagal menyelesaikan hal berbangkit yang dikemukakan dalam LKAN bagi tahun 2009. Mengikut laporan itu, tiga skim di bawah JKM telah diaudit iaitu Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan bantuan Kanak-kanak. "Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2011 mendapati masih terdapat kelemahan dalam pengurusan program ini di mana isu yang pernah dibangkitkan dalam LKAN 2009 masih lagi berlaku di lapan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD/J/B) yang dilawati. "Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak 719 fail individu penerima bantuan (fail kes) di samping dokumen-dokumen lain seperti daftar permohonan, laporan siasatan, minit kelulusan dan rekod pembayaran," kata laporan itu. Antara kelemahan pentadbiran yang dinyatakan ialah proses siasatan bagi 114 (33.4 peratus) daripada 341 permohonan tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan. "Pemakluman keputusan bagi 275 (57.1 peratus) daripada 482 permohonan melewati Piagam Pelanggan yang ditetapkan dengan kelewatan antara 8 hingga 910 hari. "Wang bantuan yang tidak dapat diagihkan berjumlah RM1.58 juta melibatkan 778 baucar lewat dimasukkan ke dalam akaun bank kerajaan di antara 7 hingga 245 hari," laporan itu dipetik. Walaupun JKM menurut laporan itu telah mengambil inisiatif memperkemaskan pengurusan Skim Bantuan Kebajikan Masyarat dan memberikan penjelasan bertulis kepada pihak Audit pada Mac 2010, namun tindakan yang diambil belum mendatangkan kesan sepenuhnya. | |||||
Penarikan saman Musa Hassan terhadap Anwar bukti konspirasi Umno BN benar Posted: 15 Oct 2012 11:54 PM PDT KUALA LUMPUR : Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi. Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1. Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar. Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut. Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas. "Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan," katanya. "Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau," kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui. Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail. Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor. "Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara," kata Naib Presiden KEADILAN itu. Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai. "Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). "Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan," ujarnya. Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998. Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM. Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan. "Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri," katanya. Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan. Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar. Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani. Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani. Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, 'A Doctor in The House'. Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, 'mencuri' sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat. Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam. Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II. "Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN," katanya. Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu. | |||||
Audit : Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Di Selangor Memberangsangkan Posted: 15 Oct 2012 11:50 PM PDT SHAH ALAM : Selangor berjaya mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini, ia meliputi perbelanjaan dan bilangan projek yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tempoh tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sehingga akhir tahun 2011 adalah baik. Sejumlah RM502.38 juta (81 peratus) daripada RM620.03 juta yang diperuntukkan sudah dibelanjakan. Berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam, mendapati mengikut pencapaian terbabit, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mencatatkan pencapaian tertinggi iaitu sebanyak 92 peratus. Manakala, bagi perlaksanaan projek pula sebanyak 377 projek (60.1 peratus) daripada 627 projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan pencapaian perbelanjaan sebanyak 81 peratus bagi tempoh tahun pertama RMK 10 sehingga akhir tahun 2011. Daripada 627 projek tersebut, sejumlah 216 projek berjaya disiapkan sepenuhnya, 161 projek dalam pelaksanaan dan 250 projek masih belum dimulakan dan dalam perancangan. Antara yang berjaya dilaksanakan ialah menaik taraf Jalan Telok Panglima Garang ke Pekan Banting bernilai RM44.44 juta dan pembinaan Jalan Negeri B42 (Jalan Simpang Tiram Burok-Batang Berjuntai) Fasa 1 bernilai RM48.97 juta. Selain itu, projek menaik taraf Jalan Monfort B29 dari persimpangan Politeknik Shah Alam ke Jalan masuk TUDM Shah Alam bernilai RM147.30 juta. | |||||
SAMM : Kenyataan Keng Liang Tweet Biadap Dan Hina Islam Posted: 15 Oct 2012 11:47 PM PDT SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam. Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan. Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini. Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang. "SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum. "Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain. "Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu," ujar beliau. Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut "Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid 'jambus' in PAS get arroused?" Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya "imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves." | |||||
DBKL Digesa Kaji Semula Keberkesanan Sistem ITIS Posted: 15 Oct 2012 11:43 PM PDT KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS). Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa pelaksanaan sistem itu gagal mencapai spesifikasi yang sepatutnya dan ia membazirkan wang rakyat khususnya pembayar cukai. "Projek ITIS yang menelan kos sebanyak RM365 juta yang dilaksakanakan pada 2005 melalui tender terus. "Kita mendesak pihak DBKL agar menghentikan praktis tender terus ini kerana ia membabitkan wang rakyat. "Ia sesuatu perkara yang perlu dijawab oleh Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib mengenai keperluan sistem itu dan apakah pihak syarikat itu perlu dipertanggungjawabkan," kata Nurul semasa sidang media di Parlimen. Beliau berkata, sistem ITIS itu sehingga 2010 pihak DBKL masih memberikan geran kepada ITIS sebanyak RM65 juta untuk penyelenggaraan dan pengoperasian sistem itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw berkata, pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur juga digesa membentangkan jumlah kos sebenar pelaksanaan sistem ITIS. "Pihak Menteri juga perlu mengumumkan samada untuk meneruskan projek yang membazirkan wang rakyat ini," katanya. Turut serta dalam sidang media itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Cheras,Tan Kok Wai. ITIS ialah sebuah sistem maklumat pengangkutan bersepadu yang dibina khas untuk DBKL mengawasi aliran trafik serta menganalisa data keadaan lalulintas di Lembah Kelang untuk disampaikan kepada pengguna jalan raya. | |||||
IWK dan RapidKL terus rugi teruk Posted: 15 Oct 2012 05:18 PM PDT Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini. "Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion. "Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya," tulis laporan tersebut. Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai 'kurang memuaskan' dalam laporan tersebut. "Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. "Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan," jelas laporan berkenaan. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011. "Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009. "Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar," jelas laporan itu. RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus. RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang. | |||||
10 GLC kerajaan rugi RM2.5 bilion Posted: 15 Oct 2012 05:16 PM PDT Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion. Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu. "Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion kepada kerajaan," katanya dalam laporan yang diedarkan di Parlimen. Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan untuk menilai sama ada aktiviti kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan. Pengauditan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, infrastruktur, penyenggaraan, pengurusan aset, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan hasil, pelajaran, kesihatan, pertanian, modal insan dan program peningkatan sosioekonomi. Katanya, laporan ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 58 aktiviti atau projek di bawah 28 kementerian atau Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat kerajaan. "Pada umumnya, terdapat kelemahan seperti 'improper payment', kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, pengurusan hasil dan pengurusan aset kerajaan," kata Ambrin dalam laporan kali ini. Katanya, kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan atau prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan; kurang teliti semasa merancang program atau projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender; tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja-kerja kontraktor atau vendor ataupun perunding; kurang kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan; sistem maklumat jabatan atau agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program atau projek; kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset; dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil. Ambrin berkata, bagi membantu kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 dan 2010, sebanyak 547 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut. Katanya, pemeriksaan susulan yang dijalankan setakat 30 April lalu mendapati 241 (96.4 peratus) daripada 250 syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 telah diambil tindakan dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. "Manakala bagi tahun 2010, sebanyak 220 (74.1 peratus) daripada 297 syor yang dikemukakan telah diambil tindakan. Dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 ini pula, katanya, sebanyak 356 syor telah dikemukakan kepada Kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan berkenaan untuk tindakan pembetulan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang. Jabatan ini akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang berkenaan terhadap syor tersebut dan akan melaporkan kedudukan terkininya dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012. Laporan Audit Negara berkata, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham. Sekiranya keuntungan lebih diperoleh bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Laporan itu menambah, sehingga tarikh pengauditan pada bulan Mei 2012, adalah didapati 14 atau 29 peratus syarikat daripada 47 syarikat telah membayar dividen bagi tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM49.488 bilion. "Daripada jumlah tersebut 10 syarikat memperolehi keuntungan dan membayar dividen selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM109.364 bilio," katanya. | |||||
Kementerian Pertahanan lubuk rasuah? Posted: 15 Oct 2012 05:12 PM PDT
TERAS ingin menarik perhatian kepada semua ahli Parlimen bahawa kerajaan perlu dituntut untuk mengamalkan sikap telus dalam perbelanjaan untuk pertahanan negara. Ketelusan dan akauntabiliti adalah syarat demokrasi yang berkualiti. Mana-mana pemerintah yang tidak telus atau tidak mahu mengamalkan akauntabiliti sukar untuk disifatkan sebagai pemerintah yang demokratik. Mengikut kajian Transperancy International UK dari 93 negara yang dikaji mengenai ketelusan dalam belanjawan pertahanan negara, Malaysia berada dalam ketegori sederhana dan rendah. Laporan mengenai kajian ini telah diterbitkan pada Oktober 2011. Kategori Malaysia ini ditafsir sebagai negara yang mempunyai kerangka undang-undang yang mengawal perbelanjaan pertahanan dan memperuntukan kebebasan untuk memdapat maklumat, akan tetapi negara tersebut tidak bersedia atau tidak punya keupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang yang ada. Jika adapun pendedahan kepada awam ia dibuat dengan sangat terpilih. Kategori ini juga memasukkan ciri ketiadaan audit dalam sektor pertahanan dan perbelanjaan di luar belanjawan yang sangat tinggi. Sesungguhnya jika semua agensi awam perlu mendedahkan perbelanjaan masing-masing maka Kementerian Pertahanan merupakan agensi yang lebih perlu mendedahkan perbelanjaannya yang kepada awam dan Parlimen. Ini adalah kerana sering atas nama kerahsiaan, perbelanjaan pertahanan boleh diseleweng tanpa dapat dikesan dalam audit negara pada hal elemen ketelusan belanjawan pertahanan akan menjadi kayu ukur kepada sistem demokrasi negara dan dengan itu keyakinan rakyat kepada status keselamatan negara. Rasuah dan salah guna peruntukan dalam sektor pertahanan adalah gejala yang cukup bahaya kepada keselamatan Negara. Implikasinya sangat besar dan mengekalkan keyakinan rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan untuk menjaga kedaulatan Negara adalah keutamaan tertinggi. Pembelian pelbagai senjata pertahanan termasuk sumber tenaga manusia untuk menyelenggaranya memerlukan peruntukan yang sangat tinggi. Untuk membeli pesawat 100 F35 atau pemusnah 16 Aegis sahaja memerlukan tenaga teknikal mahir yang cukup mahal. Dengan berlaku kes yang melibatkan pembeliaan senjata dan peralatan pertahanan yang tidak berkualiti, pembeliaan senjata yang tidak perlu, pembelian yang terpaksa diubahsuai dengan kos yang tinggi, pembekalan yang tidak memenuhi spesifikasi, pembeliaan melalui orang tengah yang mengambil komisyen yang luarbiasa tinggi, menunjukkan perbelanjaan pertahanan negara sarat dengan penyelewengan. Peruntukan yang melibatkan belanjawan pertahanan berjumlah berbilion ringgit. Rakyat meletakkan kepercayaan kepada kerajaan agar keselamatan Negara jangan digadai dengan korupsi yang tidak terkawal. Dari jumlah RM251.6 bilion dalam belanjawan 2013, Kementerian Pertahanan mendapat RM15.2 bilion (RM13.7 bilion pada 2012 dengan RM210 juta peruntukan tambahan). Peruntukan pengurusan sahaja RM11.9 bilion (RM6.0 bilion untuk gaji) manakala pembangunan Pertahanan mendapat RM3.2 bilion. Dengan jumlah peruntukan yang sedemikian tinggi dan perbelanjaannya tidak pernah didedahkan kepada Parlimen mahupun kepada awam, apakah jaminan bahawa pertahanan negara tidak dijangkiti rasuah dan salahguna peruntukan. Melihat kepada beberapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan dari Kementerian Pertanahan untuk membeli senjata, kapal selam, peralatan komunikasi, ada sebab kenapa rakyat sangsi terhadap perbelanjaan Pertahanan negara. Antara senarai perbelanjaan yang besar untuk 2013 ialah pembelian pesawat pejuang LCS, AV8, M4 dan EC725 yang akan diperolehi tahun depan. Tentera udara akan pasti memperolehi peruntukan pembangunan yang paling besar RM 1.2 bilion seperti untuk program AEW dan membayar penambahbaikkan pesawat Hornet. Dalam peruntukan untuk Malaysian Maritime Enforcement Agency (di bawah Jabatan Perdana Menteri mendapat RM209 juta untuk pembangunan dan RM356 juta pengurusan. Peruntukan untuk logistik mendapat RM94.3 juta. TERAS menegaskan rasuah dalam pertahanan akan melesapkan dan membazir sumber wang dan tenaga manusia yang sangat besar . Ia sekaligus menyebabkan keberkesanan operasi terjejas. Dalam masa yang sama keyakinan awam tergugat terhadap kecekapan tentera dan seluruh khidmat keselamatan yang sepatutnya dijamin untuk rakyat. Tidak kurang juga rasuah dalam sektor pertahanan akan menjauhkan sebarang syarikat luar untuk melabur di negara ini. Isu ketelusan dalam belanjawan pertahanan sangat perlu diberi pertahanan serius . Perbelanjaaan pertahanan maseh terus merupakan sektor yang sangat kabur dan terdedah kepada rasuah . Dalam banyak ketika kerahsiaan yang tidak punya justifikasi yang kuat boleh mengugat keselamatan nasional dan antarabangsa. Belanjawan adalah dokumen yang sangat penting untuk memungkinkan ahli dewan rakyat , organisasi bukan kerajaan dan masyarakat awam untuk mempertanggungjawapkan pemimpin-pemimpin negara terhadap sebarang keputusan yang diambil. Kes pembeliaan kelengkapan tentera yang kini diheret ke mahkamah menunjukkan sektor ini perlu diberi perhatian yang sangat utama jika kita mahu rakyat yakin bahawa keselamatan negara berada dalam keadaan kukuh dan terjamin. Azmi ialah Presiden TERAS | |||||
Posted: 15 Oct 2012 05:03 PM PDT
1. Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam . 2. Saya melihat beliau pura - pura bertanya " Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam ? 3. Persoalannya "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian ? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ? 4. Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ? dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti islam pula ? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya. 5. Pemimpin MCA juga selalu mengulang statement bahawa "DAP tunduk kepada PAS" 6. Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam. 7. Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan dihadapan para wartawan , jika UMNO melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini UMNO terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka 8. Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang - undang Islam adalah kejam. 9. Menambah "kecut"nya UMNO berdepan MCA ialah apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 [sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor] bahawa : "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," 10. Dituduh hilang akal pun, UMNO masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa - apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya. | |||||
2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion Posted: 15 Oct 2012 04:50 PM PDT Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010. Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat. RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi. Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya. Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat. Selain itu, syarikat itu juga tidak pernah meningkatkan kadar tambang sejak mula beroperasi pada 2005 dan menganggarkan keadaan kewangan yang "lebih sukar" bagi membiayai perbelanjaan operasi sekiranya tidak menaikkan kadar tambang tren dan bas. Syarikat itu juga akan terus memerlukan bantuan berterusan daripada Prasarana dan kerajaan sekirana tidak berbuat demikian, menurut maklum balas itu. Bagaimanapun, syarikat itu berikrar untuk terus memperbaiki kedudukan kewangan syarikat serta memastikan semua inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi berjalan lancar. IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun. Penyata kewangan IWK yang diaudit menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berjumlah RM156.03 juta (27.5%) bagi tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya, namun mengalami penurunan pendapatan pada tahun 2010 berjumlah RM105.34 juta (14.6%) disebabkan faktor berkenaan. Menurut laporan itu, kadar tarif pembentungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994, malah diturunkan kerajaan pada tahun 2004 akibat rungutan pelanggan. Kerajaan juga menyalurkan subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011 bagi menampung defisit kos operasi tersebut. IWK kemudiannya tidak lagi bertanggungjawab ke atas perkhidmatan untuk tangki septik individu dan komunal apabila Akta Industri Perkhidmatan Air dikuatkuasakan pada 2008. "Ini menyebabkan pendapatan IWK terus menurun akibat kehilangan anggaran 11,348 pelanggan tangki septik individu," kata laporan itu. Syarikat itu juga menyatakan untuk menjalan usaha berterusan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti perlaksanaan Continous Improvement Projects (CIP). "Perlaksanaan CIP yang dimulakan pada bulan Februari 2012 akan siap pada 31 Januari 2013 dan seterusnya pada setiap tahun. Kajian telah dibuat dengan pihak berkenaan untuk penyelarasan semula struktur dan kadar tarif pembetungan. Menurut laporan itu lagi, cadangan Semakan Semula Kadar Tarif ini dijangka akan dibentangkan oleh pihak kementeritan tenaga teknogi hijau dan air kepada Kabinet pada 31 Disember nanti. -MK | |||||
KP UMNO Cacatkan Akauntabiliti Sabah Posted: 15 Oct 2012 04:49 PM PDT Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN (sabahkini)BEBERAPA Laporan Sabahkini.net sebelum ini berhubung Skandal Sarang Burung di Gua Gomantong adalah benar dan bukan cerita rekaan Angkatan Muda PKR setelah Ketua Audit Negara melaporkannya dalam Laporan Audit 2011 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.Ketua Penerangan AMK PKR, Citra Masadi menjelaskan Ketua Audit Negara mengesahkan beberapa syarikat proksi pemimpin UMNO berhutang lebih RM7.7 juta tetapi masih dibenarkan memungut sarang burung. "Kita berharap agar SPRM tidak teragak-agak selepas ini untuk mengambil tindakan kerana sebelum kita dedahkan kepada media, kita sudah menjalankan kajian rapi," ujar Citra yang mengakui ada berlaku sedikit kesilapan fakta namun tidak mencacatkan dakwaannya selama ini. Citra turut mendesak agar Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan diambil tindakan surcaj kerana gagal memungut hutang daripada kontraktor dan dalam masa yang sama membenarkan kontraktor 'merompak' harta kerajaan. Menurut Citra, Akaun Kerajaan Negeri Sabah dalam keadaan sempurna namun telah dicacatkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah yang berhutang sejumlah lebih RM7.7 juta sejak 9 tahun lalu dan menyebabkan imej kerajaan negeri Sabah tercemar. "Inilah kualiti Ketua Pemuda UMNO Sabah yang bukan sahaja telah menyalahguna kuasa, malah menyebabkan akauntabiliti kerajaan kerajaan negeri dalam keadaan kucar kacir dan dipalit rasuah," kata Citra yang mendesak siasatan menyeluruh dan menyarankan hak memungut sarang burung yang diberikan kepada syarikat milik Awang Kadin dihentikan serta merta dan ditawarkan semula. Berikut Sedutan Laporan Audit Negara 2011 Berhubung Akauntabiliti Jabatan Hidupan Liar Sabah; 11.4.3.1. Pengurusan Pemberian Tender Tidak Mematuhi Garis Panduan Dan Peraturan Kewangan Proses pemberian tender hendaklah mematuhi peraturan kewangan dan garis panduan semasa dengan menawarkan tender secara terbuka, memilih kontraktor yang memenuhi syarat dan berkeupayaan serta menyediakan dokumen kontrak dan ditandatangani. Semasa menyediakan dokumen kontrak, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti bon pelaksanaan, waranti, jadual pembayaran, bayaran pendahuluan dan penamatan kontrak. Pengecualian proses tatacara sebut harga dan tender bagi peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri adalah di bawah kelulusan Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Setiap kontrak yang disediakan oleh Jabatan Kerajaan Negeri hendaklah dipastikan ianya menjaga kepentingan dan dasar-dasar Kerajaan Negeri. Perjanjian Kontrak yang hendak ditandatangani perlu disemak dan diluluskan oleh Peguam Besar Negeri atau Penasihat Undang-Undang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Jabatan hendaklah sentiasa mengawasi prestasi pematuhan syarat kontrak. Tindakan sewajarnya hendaklah diambil jika kontraktor gagal memenuhi obligasi di bawah kontrak. Semakan Audit mendapati: a. Syarikat Yang Mempunyai Tunggakan Dilantik Semula: i. Pengurusan tender kutipan sarang burung bagi Gua Gomantong ditawarkan secara terbuka dan telah disiarkan melalui akhbar tempatan. Proses tawaran tender telah diuruskan oleh Jabatan manakala keputusan tender ditentukan oleh Jawatankuasa Tender, Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Seramai 7 kontraktor telah dilantik untuk memajak dan mengutip sarang burung di Gua Gomantong bagi tempoh 2009 hingga 2011. Semakan Audit mendapati, seramai 6 kontraktor yang dilantik merupakan kontraktor baru dan 1 kontraktor lagi adalah kontraktor yang dilantik semula. Kontraktor tersebut adalah Pewaris Gua Gomantong (1884) Sdn. Bhd. yang mempunyai tunggakan sewa pajakan berjumlah RM2,247,060. Status kontraktor yang dilantik bagi tempoh 2006 hingga 2008 dan 2009 hingga 2011 seperti di Jadual 11.11. ii. Setakat 31 Disember 2011, terdapat seramai 4 kontraktor yang mempunyai tunggakan hasil berjumlah RM7,749,675 seperti di Jadual 11.12. Semakan Audit terhadap rekod tunggakan hasil mendapati, Syarikat Terus Sihat Sdn. Bhd. yang dilantik bagi tempoh 2006 hingga 2008 masih belum menjelaskan tunggakan berjumlah RM717,000 walaupun surat peringatan telah dikeluarkan sebanyak 4 kali sejak 2008. Tindakan yang tegas perlu diambil bagi mengutip tunggakan hasil dan syarikat yang dilantik semula perlulah menjelaskan tunggakan terlebih dahulu agar kepentingan Jabatan terpelihara. | |||||
TV3 akan hadapi nasib yang sama seperti Utusan? Posted: 15 Oct 2012 04:42 PM PDT Oleh Aspan Alias TV3 sedang merudum 'rating'nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat 'rating' yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu. Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu. Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku ke atas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang. Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan dijangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari. Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran 'professional' tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap 'tidak professional' TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur. TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat. Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu. Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai 'inclination' masing-masing terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini. Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang 'counter productive' terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini. Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang. Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing. Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang 'intensity' pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu. Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala 'glamour' yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu. Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini. Kita cuba untuk tidak menonton TV3 buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | |||||
Laporan Ketua Audit: PAC Akan Panggil 30 Agensi Posted: 15 Oct 2012 04:33 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil kira-kira 30 agensi dan jabatan kerajaan untuk siasatan lanjut berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011. Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata langkah itu sebagai mematuhi saranan Jabatan Audit Negara. "Kita akan kaji dan buat keputusan selepas kita panggil mereka. Buat masa ini kita perlu meneliti dan membaca laporan itu untuk maklumat dan tindakan lanjut Jawatankuasa PAC," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini Isnin. Beliau yang sebelum itu mendengar penerangan dan taklimat daripada Jabatan Audit Negara berhubung laporan tersebut, berkata agensi terbabit dianggap masih mempunyai kelemahan ketara terutama membabitkan pengurusan kontrak. "Sebagai contoh, program pembinaan Hospital Kluang, Johor di mana kerja-kerja pembinaan tidak mengikuti spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan seperti kelewatan lebih setahun untuk disiapkan. Ini projek lama yang dilaksanakan tetapi baru diaudit," katanya. Azmi berkata PAC juga akan mendapatkan maklum balas daripada agensi atau jabatan yang ada "masalah kecil". Dalam pada itu, PAC mendapati ada peningkatan dari segi pengurusan prestasi kewangan agensi dan jabatan kerajaan. Jabatan persekutuan yang mendapat penarafan "Sangat Baik" atau empat bintang meningkat dari 43 (2010) kepada 45 kali ini dan paling ketara prestasi jabatan peringkat negeri yang meningkat dari 34 kepada 66 jabatan bagi tempoh sama, katanya. Sementara itu, pada sidang media yang sama, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mahu ketua jabatan dan agensi agar tidak melakukan kesilapan sama setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun lepas dibentangkan di Parlimen hari ini, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan