Isnin, 15 Oktober 2012

dollah yankee

dollah yankee


Kami bantah perlaksanaan ST1M

Posted: 15 Oct 2012 09:17 AM PDT


57 biji kamera AES sedang dirancang untuk di pacak kan diseluruh negeri ini, dan orang-orang di Penang masih belum mahu menerima dan sedang berusaha untuk menolak kehadiran 57 biji kamera-kamera AES ini kerana tidak mahu menanggung beban untuk membayar denda kesalahan trafik di hari-hari yang mendatang nanti.

Dan setelah mendapat tahu yang ada kroni-kroni dari umno/BN yang mengusahakan proposal projek ST1M (saman trafik 1malaysia) ini akan mendapat habuan dan keuntungan sekitar 700 juta setahun (di-sini) hasil dari pembayaran saman-saman yang dikeluarkan olih kamera AES kepada pesalah -pesalah lalu lintas ini, lagi lah mereka melompat sakan menentang (yang paling kuat memaki hamun ialah gurkah-gurkah politik di'port'). Kah..Kah..Kah..

Dan nampaknya rakyat Penang dan gurkah-gurkah ini tidak lah keseorangan dalam usaha mereka menentang perlaksanaan kamera AES ini bila 'plan' untuk meletakan 39 kamera untuk memerangkap hadlaju dan 18 kamera untuk mereka yang melanggar lampu merah mahu dipacakan di simpang-simpang jalan yang ada lampu trafik juga telah di-tolak olih MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) kerana telah didapati tidak menepati syarat-syarat pelan trafik dalam bandaraya ini.

Dalam hal ini gurkah-gurkah rasa ada sedikit pertelagahan atau tidak sekata antara Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan MPPP bilamana CAP tetap mahukan perlaksanaan kamera-kamera AES ini disegerakan dengan alasan ia boleh menghukum pesalah-pesalah trafik, manakala MPPP yang mewakili kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk menentangnya dengan alasan mahu melindungi beban rakyat Penang. Tolong jangan silap paham kerana bila MPPP menentang, ini tidak bererti mereka mahu menggalakan pengguna jalan raya melanggar lampu merah dan 'speeding'.

Biarpun MPPP yang sedang berusaha untuk tidak mahu membebankan rakyat-rakyat di Penang daripada membayar harga saman yang begitu mahal dengan tidak melaksanakan sistem trafik menggunakan kamera AES, namun keputusan nya masih terletak ditangan kerajaan persekutuan.

Gurkah-gurkah ini tahu yang penentangan perlaksanaan kamera AES di Penang ini tidak akan kemana pun, pun begitu gurkah-gurkah di'port' tetap berdiri sambil 'salute' Guan Eng dan MPPP kerana usaha murni mereka mahu menjaga kebajikan rakyat Penang dari dibebani olih masalaah kamera AES ini.

Sekurang-kurang nya mereka telah berusaha untuk membantah !

dollah yankee -
Pagi ini ada gurkah buka cerita kata Najib dan Mahathir masing-masing ada restoran mewah di Jepun... 



Tiada ulasan: