DIALOG RAKYAT |
- BONGKAR!!! Benarkah wujud kem Najib/Zahid Vs Muhyiddin/ Mukhriz ?
- SPR: Kami tidak sekat tempoh berkempen
- Kempen media sosial: Larangan SPR sukar dikuat kuasa, kata pakar ICT
- Sabotaj bukan 'budaya eksklusif' Umno semata-mata
- Sukarelawan cedera ditanduk lembu korban
- ‘Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat’ – Sahar
- Calon: Pas dan DAP tak umum awal
- Umno bakal dibunuh MCA, rakyat
- Timbunan hutang negara RM576 bilion melebihi had
- Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah?
- Robert Phang Dakwa Dana 40 Juta Luar Biasa
- PRU13- Khairi Jamaluddin jadi korban pertama?
- Otak Mayat 20 Tahun Masih Elok
- PRU 13 : BN Mungkin Umum Nama Calon Lebih Awal
BONGKAR!!! Benarkah wujud kem Najib/Zahid Vs Muhyiddin/ Mukhriz ? Posted: 27 Oct 2012 07:36 AM PDT Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu. Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri. Perdana menteri Najib dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang. Alasannya? Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini. Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis. Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum. Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga. Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak. Najib yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin. Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi. Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein? Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu. Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian. Tetapi adakah Muhyiddin mengalah? Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib kelak. Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir. Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib . Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib melalui gerakan terancang di seluruh negara. Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib mahu melantik Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin. Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah. Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur strategi hingga Najib sudah menghidu gerakan menjatuhkannya sejak awal September. Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib berundur di Johor? Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengan Najib. Najib tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya sudah tidak boleh dipercayai lagi. Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib sudah hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita yang berkaliber. Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN. Kesilapan Najib adalah dia tidak mempercayai seorang pun pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu. Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah Najib berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri. Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib melakukan apa yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri. Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di tangannya. Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem Najib -Zahid Hamidi kelak. Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat persekutuan. Mahathir juga kecewa dengan Najib kerana daya kepimpinannya dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor. Dalam keyakinan Najib mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia. Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula bergerak aktif ke seluruh negeri Perak. Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi ngeri jika skandalnya bakal terbongkar! Bersambung lagi.JALAN PULANG |
SPR: Kami tidak sekat tempoh berkempen Posted: 27 Oct 2012 07:25 AM PDT SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial. "Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau. "Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online. Malah, beliau turut menangkis dakwaan sesetengah pihak menuduh SPR sebagai badan yang menyekat hak kebebasan bersuara para pengundi dan juga calon yang bakal bertanding pada PRU-13. "Sebenarnya SPR tidak menyekat mereka ini untuk berkempen, kami hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah menetapkan bahawa tiada sebarang kempen atau wujudnya peraih undi ketika proses pembuangan undi dijalankan," katanya. Beliu turut menyelar beberapa parti politik yang masih berdegil untuk mengikut undang - undang yang telah ditetapkan. "Pernah berlaku sebelum ini, masih ada lagi peraih undi ketika di pusat pembuangan undi... kenapa perlu lakukan sedemikan? "Biarlah para pengundi menentukanya dan biarlah mereka mengundi dengan tenang tanpa ada sebarang kekacauan mahupun ganguan," katanya lagi. "Tidak akan timbul sebarang masalah jika semua parti politik mematuhi peraturan yang ditetapkan," tambah Abdul Aziz. Katanya lagi, parti politik sepatutnya tidak menunggu saat - saat akhir untuk berkempen, malah tempoh yang digunakan sepatutnya dimanfaat sebaik mungkin. "Tempoh yang diberikan, mereka bebas untuk berkempen... tidak kira melalui media sosial, melalui lapangan iaitu berceramah dan datang dari rumah ke rumah... kenapa nak juga gunakan masa selepas 12 tengah malam untuk berkempen?" kata Abdul Aziz lagi. "Tetapi untuk berceramah, mereka seharusnya mendapatkan kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing- masing bagi mengelakkan pertembungan dengan parti lain," katanya lagi. Menurut beliau, SPR akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua parti politik yang bertanding serta mahu memuaskan hati mereka supaya mereka tidak dianggap berat sebelah. "Kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik, 'fair to all' pada hari pembuangan undi nanti," ujar beliau. Menjawab soalan tentang kaedah memantau media sosial yang bakal diperkenalkan, Abdul Aziz berkata, "Kiita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam masa yang terdekat." |
Kempen media sosial: Larangan SPR sukar dikuat kuasa, kata pakar ICT Posted: 27 Oct 2012 07:24 AM PDT SHAH ALAM - Susulan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggunakan media sosial mendapat reaksi yang pelbagai dari parti politik dan penganalisis IT. Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat berkata, larangan berkempen secara fizikal iaitu ceramah dan sebagainya masih boleh dikawal, namun untuk media sosial nampak sedikit janggal. "Peraturan baru yang dikeluarkan oleh SPR, akan menjadi bahan jenaka oleh semua pihak kerana ia sukar untuk dilaksanakan... malah peraturan sebegini tidak boleh diaplikasikan di zaman siber kini," katanya kepada Sinar Harian Online. Azli menambah, "kalau dulu, jam sembilan malam mereka sudah tidur, kini dengan adanya teknologi yang pesat membangun, jam tiga pagi belum tentu mereka akan tidur." "Maka di mana rasionalnya jika peraturan sebegitu rupa diaplikasikan?" kata beliau lagi. "Ada peraturan yang lama boleh dibawa ke hari ini, malah ada peraturan yang tidak boleh dibawa ke hari ini yang kita mempunyai teknologi yang canggih," kata Azli lagi. Beliau turut menambah, kewujudan 'cybertroopers' yang memainkan pernan dalam setiap parti juga tidak dapat dihalang kerana meraka ini dibayar oleh parti politik yang bertanding dalam PRU13. "Setiap parti politik, mempunyai 'cybertroopers' mereka sendiri... jika ia dikuatkuasakan ia sukar untuk dilaksanakan," kata Azli yang juga Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia. Azli memberikan contoh di negara lain seperti Singapura misalnya, turut melaksanakan larangan berkempen menggunakan media sosial, tetapi bukan selepas jam 12 malam. "Di Singapura sendiri turut mempunyai peraturan yang sebegini melarang mana-mana parti politik untuk tidak berkempen menggunakan medium siber seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya, tetapi tiada tempoh masa yang ditetapkan," kata beliau. Tambah beliau, masyarakat yang dikelilingi teknologi tidak dapat menghalang mereka dari mendapatkan maklumat tanpa sempadan. Justeru, katanya, satu peraturan yang jelas dan teratur perlu dikeluarkan untuk mengelakkan dari kekeliruan. "Rakyat Malaysia kini 'borderless'... bila ada isu sebegini, peraturan yang ingin diwartakan harus selari dengan peredaran masa, jika tidak ada di kalangan mereka akan keliru dengan segala jenis peraturan," katanya. "Kalau dulu, kita ada larangan berkempen seperti ceramah dan sebagainya dan itu jelas... untuk peraturan sebegini seharusnya jelas. Sebagai contoh jika ada bendera parti politik ketika proses pembuangan undi, ia mesti diturunkan... begitu juga dengan parti yang berkempen di dalam medai sosial," kata beliau. Sementara itu, beliau mencadangkan beberapa garis panduan boleh dilaksanakan seperti melarang mana-mana akaun laman sosial rasmi parti politik untuk berkempen. "Saya mencadangkan laman sosial rasmi parti politik tidak mengeluarkan apa-apa perkataan yang dikaitkan dengan berkempen dan sebagainya... malah ayat yang digunakan seharusnya tidak terlampau yang boleh mencetuskan kemarahan pihak tertentu. "Selain itu, kalau SPR nak juga laksanakan peraturan ini, mereka boleh tutup terus akaun Facebook atau mana-mana laman sosial yang sering digunakan untuk berkempen... kalau kewujudan 'cybertroopers' memang tidak dapat dikawal," kata Azli lagi. Azli turut mengingatkan kepada pengguna Internet, masyarakat khususnya perlu memanfaatkan teknologi yang ada dengan sebaik mungkin kerana jika disalah guna ia bakal mengundang masalah kepada semua orang. |
Sabotaj bukan 'budaya eksklusif' Umno semata-mata Posted: 27 Oct 2012 07:18 AM PDT ANALISIS - Ramai telah mengulas sejak keputusan Majlis Tertinggi Umno mahu menubuhkan panel khas menangani masalah sabotaj baru-baru ini diumumkan. Parti teras Barisan Nasional (BN) itu mahu mengambil tindakan segera ke atas ahli parti itu yang didapati melakukan perbuatan khianat dan sabotaj ke atas parti dan ia dilihat satu amaran keras menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, ini bukan lagi masanya untuk main-main atau merajuk apabila tidak dipilih sebagai calon dan melakukan onar dalam parti kerana pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang paling kritikal. "Kita kena melihat kepada pengalaman-pengalaman yang lepas. Ini peringatan kepada pemimpin atau pihak-pihak tertentu bahawa dalam Umno ini, kita tidak boleh ambil risiko, kita tidak boleh main-main. "Kadang-kadang orang berfikir mahu jadi wakil rakyat dan bukan sekadar ahli hanya untuk berkhidmat kepada rakyat tapi hakikatnya banyak cara untuk kita berkhidmat," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presidennya mengumumkan bahawa jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno. Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan. Mengulas lanjut, Abdul Rahman, yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasiona (BN-BBC) mengakui, perbuatan sabotaj ini memang berlaku, namun ia bukanlah suatu perkara yang luar biasa dalam sesebuah parti politik. "(Sabotaj) ini bukan terhad dalam Umno sahaja. Tetapi dalam semua parti politik tetapi Umno sebuah parti yang proaktif menubuhkan jawatankuasa ini dalam menghadapi pilihan raya yang dikatakan sengit ini," katanya lagi. Ahli Parlimen veteran Umno-BN, Datuk Mohamad Aziz yang bersetuju seratus peratus dengan penubuhan jawatankuasa itu berkata, penubuhan panel khas ini penting kerana parti berhadapan dengan ramai ahli yang pelbagai kerenah. Wakil rakyat dari Sri Gading ini menambah, Najib tentunya melihat kepada pengalaman 2008 yang menyaksikan kekalahan teruk Umno-BN disebabkan oleh faktor sabotaj di kalangan ahli parti itu yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon. "Apa makna masuk parti jadi ahli, kemudian sabotaj? Umno sebuah parti yang membela nasib agama, bangsa dan negara. Sabotaj parti bermakna sabotaj agama, bangsa dan negara. "Kita kalah 2008. Tapi Umno bukan kalah disebabkan pembangkang kuat tetapi sebab ada ahli parti yang main tikam belakang," katanya. Beliau menambah, penubuhan jawatankuasa ini juga secara tidak langsung mengembirakan ramai ahli Umno yang setia dengan perjuangan parti. "Apabila nampak sabotaj dalam parti, orang yang setia ini akan merasa kecewa. Tetapi dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, orang yang setia dengan parti akan rasa dihargai. "Saya sokong seratus peratus penubuhan jawatankuasa ini," tambah beliau. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian juga mengetengahkan pandangan yang seiring dengan dua pemimpin itu. Penubuhan jawatankuasa ini sebagai pemberitahuan kepada mereka yang berhasrat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral semata-mata untuk mendapat kedudukan selesa dalam parti bahawa pergerakan mereka sedang diperhatikan, katanya lagi, Malah tambah beliau, mereka yang berebut-rebut mahu menjadi calon misalnya belum tentu punya kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. "Ini lebih kepada sikap. Mereka ini orang yang tidak ada jati diri, mengikut nafsu. "Sekarang ini sudah tidak boleh seperti dulu. Sistem yang dibawakan oleh Datuk Seri Najib ini lain. Apa tujuan jadi ahli parti? Mereka ini orang yang tidak setia kepada perjuangan parti," katanya kepada Sinar Harian Online. Aziz secara sinis mengingatkan mereka yang terfikir untuk khianat dan sabotaj ini adalah ahli parti yang tidak setia dan hanya mengejar keuntungan peribadi. "Tanggungjawab kita sebagai ahli parti, itu yang penting. Jangan hendak berebut jadi Ketua Cawangan tapi tidak ada rasa tanggungjawab. Bertahun Datuk Seri Najib buat kerja, kalau kita sabotaj, adakah kita boleh buat kerja? Ini bukan perjuangan, ini gila kuasa namanya," ujar beliau. Ketika mengumumkan perkara itu minggu lau, Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkata, penubuhan jawatankuasa ini bertujuan bagi memudahkan tindakan segera di ambil ke atas ahli parti itu yang mengkhianati parti dan calon BN. Sebelum ini, setiap kesalahan yang dilakukan oleh ahli parti diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan ia mengambil masa sebelum tindakan diambil. Majlis Tertinggi Umno juga telah memutuskan untuk melantik salah seorang daripada setiap bahagian Umno di seluruh negara sebagai anggota jawatankuasa itu. Ini kali pertama Umno mengambil tindakan tegas ini. Tindakan akan diambil sebelum PRu13 berbanding dulu selepas pilihan raya selesai. Pengalaman 2008 membawa Umno ke tahap lebih berhati-hati meskipun sesetengah pihak melihat parti ini sudah panik. Sebagaimana dikatakan Abdul Rahman, sabotaj tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia jelas kerana Umno bertindak sebagai parti besar dengan tiga juga ahli. |
Sukarelawan cedera ditanduk lembu korban Posted: 27 Oct 2012 05:43 AM PDT Dalam kejadian tengah hari itu, lembu terbabit dikatakan dibawa ke masjid dan diturunkan dari sebuah lori untuk dikorbankan sebelum insiden bertukar kecoh. Difahamkan, pada mulanya ahli jawatankuasa masjid menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengejar lembu itu sebelum mengambil keputusan mengepungnya yang terlepas sehingga ke kawasan SS17. |
‘Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat’ – Sahar Posted: 27 Oct 2012 05:42 AM PDT TRAGEDI langgar lari yang menimpa Suaibah Soib lebih tiga tahun lalu benar-benar menyentap kehidupannya sekeluarga. Tiada lagi keupayaan memasak atau membasuh pakaian. Apatah lagi menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak untuk keluar berjalan-jalan. Kini, seluruh hayatnya dihabiskan di atas katil, ditemani suami, Sahar Sab, 63, yang setia mengurus keperluannya. Sekalipun terpaksa berkorban banyak perkara namun demi isteri tercinta, dia sanggup lakukannya. "Saya tidak lagi bekerja sebab nak jaga isteri di rumah. Alhamdulillah ada anak-anak yang membantu serba sedikit untuk kurangkan bebanan. Beginilah keadaan dia sejak kemalangan tiga tahun lalu. Menyedihkan namun itulah kenyataan yang harus saya terima. "Dahulu, dia cukup ceria malah melayan kami dengan penuh kasih sayang. Jadi tidak salah rasanya jika saya balas jasanya walaupun apa yang saya lakukan ini tidak seberapa dibanding pengorbanannya pada keluarga," ungkap Sahar. Imbasnya, hatinya bagai disiat-siat tiap kali mengingati peristiwa hitam yang menimpa isteri. Pada hari kejadian katanya, dia memang berasa tidak sedap hati. "Petang itu seperti biasa saya ke kebun untuk menanam ubi. Apa yang peliknya, setiap kali cangkul berjaya mengorek tanah, akan ada seekor ular melintas di hadapannya. Saya cuba mencangkul ke bahagian lain tetapi keadaannya masih sama. "Bukan sekali malah beberapa kali sampaikan saya tertanya-tanya dari mana ular-ular itu datang malah tiada ada seekor pun yang menyerang. Semuanya muncul dan pergi begitu sahaja. Seolah-olah memberi petanda buruk pada saya. Bukan hendak percaya perkara-perkara tahyul ini tetapi biasalah, manusia tidak pernah sempurna. Saya masih memikirkan apa yang akan terjadi sambil hati berharap agar dijauhkan segala musibah. "Bagi menenangkan keadaan, saya berehat seketika di bawah sepohon pokok. Ketika sedang berehat itu tiba-tiba kedengaran satu bunyi dentuman yang kuat. Hati saya kembali berdebar. Rasa macam nak pecah pun ada kerana kepala asyik fikir macam-macam. Mulalah saya terfikirkan isteri yang biasanya balik dari kerja di waktu-waktu begitu," katanya sambil membetulkan kedudukan isteri. Memandangkan rumah dan kebun tidak jauh, dia segera memanggil salah seorang anaknya untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan dengan berita yang cukup menyakitkan. "Kata anak, isteri terlibat dalam kemalangan sewaktu keretanya cuba masuk ke simpang rumah. Sebuah van telah melanggar kenderaannya, malah pemandu van tersebut telah melarikan diri. Saya dibantu dua anak cuba mengeluarkan isteri. "Waktu itu saya sedaya upaya mengeluarkannya tanpa menanti bantuan lain. Di fikiran, hanya fikirkan nyawanya sahaja malah hati tidak putus berdoa agar isteri sentiasa selamat. Kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian pemandu sampaikan isteri terperosok masuk ke dalamnya. "Alhamdulillah, setelah mencuba isteri berjaya dikeluarkan dan kami segera membawanya mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Malangnya, klinik menolak kes tersebut dan menyuruh kami ke hospital sahaja kerana ada doktor serta peralatan yang lengkap. Walaupun kecewa, kami masih tidak berputus asa. Isteri dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. "Di sana, isteri diberi rawatan segera tetapi sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami apabila doktor memberitahu isteri perlu dibawa ke hospital Sungai Buloh kerana di sana ramai pakar. Tanpa berlengah, saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Menggunakan ambulan, isteri telah dipindahkan," katanya bersungguh-sungguh. Di Hospital Sungai Buloh, doktor telah melakukan pembedahan di bahagian kepala bagi mengeluarkan darah beku yang berkumpul di dalamnya. Dua bulan Suaibah koma dan selama tiga bulan dia berada di hospital. Selama tempoh itulah juga Sahar setia menemani tanpa ada rungutan biarpun sekali. Sedikit demi sedikit dia belajar cara menguruskan isterinya dengan baik melalui jururawat yang bertugas. Hatinya menguatkan tekad untuk menjaga isteri selagi hayat dikandung badan malah perasaan cinta yang tertanam dalam dirinya tak pernah pudar walaupun sekali meskipun isteri disahkan lumpuh seluruhnya. "Dia tetap isteri saya dunia dan akhirat. Telah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindunginya jadi buat sahajalah. Lagipun bukannya susah sangat. Pagi-pagi saya akan mandikan isteri dan berinya minum susu melalui tiub. "Selepas dibersihkan, saya akan bercerita dengannya. Sekalipun tak mampu membalas kata-kata saya namun saya tahu, dia juga memahami apa yang saya katakana melalui gerakan di bahagian anak matanya," ungkap Sahar. Beritahunya lagi ketika isteri dibawa pulang ke rumah dahulu, dia tidak cukup kemudahan untuk isterinya. "Kami tak ada pun katil macam sekarang. Saya dan anak-anak kumpul wang untuk beli katil yang khusus agar dia berasa selesa. Malah peralatan-peralatan lain pun saya beli sendiri. Setakat ini hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Perkeso sahaja yang membantu. Itu pun sebenarnya isteri tidak layak untuk terima pencen dari Perkeso kerana carumannya tidak mencukupi. Semuanya gara-gara majikan yang tidak bertanggungjawab. Mujurlah mereka memberi bantuan ilat. "Sedikit sebanyak ringanlah bebanan kami tetapi susu dan ubat-ubat sampingan kena beli sendiri. Untuk susu sahaja, kosnya lebih RM600. Belum lagi belanja-belanja lain," jelas bapa kepada Suraya, 38, Suraimi, 36, Mohd Jefri, 30, Mohd Helmi, 29, Shariza, 27, Mohd Khairul Amri, 19, Norsyafika, 18 dan Norsyakira, 17. |
Calon: Pas dan DAP tak umum awal Posted: 27 Oct 2012 05:37 AM PDT SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu. Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR). Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian jika perlu. "Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya. Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini. "Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau. Diminta mengulas sama langkah BN yang berhasrat menamakan calon lebih awal, Mustafa berkata, "ada pro dan kontranya juga umum calon awal ini." Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini. Beliau juga berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya. "Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan muktamad," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah sama seperti BN. "Kita tidak akan terpengaruh dengan cara BN. "Bukan hanya DAP tetapi saya kira semua parti akan mengambil langkah sama (tidak umum terlalu awal). "Kalau terlalu awal akan ada orang yang buat kacau," kata Seng Giaw, yang juga Ahli Parlimen Kepong kepada Sinar Harian Online. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan menyifatkan parti itu kini berada dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengambil keputusan mengumumkan calon lebih awal. "BN meniru kita. PKR sudah umum awal di beberapa kawasan termasuk saya sendiri yang sudah diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Pandan. "BN terpaksa ikut rentak PKR. Ini berlaku kerana tekanan perebutan kerusi yang sangat hebat," katanya yang kemungkinan akan bertanding di Pandan. Menurut Rafizi, pengumumam awal nama calon di sesetengah kawasan oleh Anwar bertujuan untuk memaklumkan pengundi di kawasan itu mengenali siapakah calon yang akan dipertaruhkan oleh PKR. "Ini memberi peluang kepada pengundi di kawasan itu mengenali terlebih dahulu calon PKR itu," ujar beliau. |
Umno bakal dibunuh MCA, rakyat Posted: 27 Oct 2012 05:33 AM PDT Ahli-ahli Umno seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Oleh Aspan Alias Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakkan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agung parti itu, tiba- tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat di dalam negerinya sendiri. Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong Umno yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Beliau seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan Pakatan belum lagi memerintah kerajaan negara ini. Pakatan akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan. Dr Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M. BNlah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong Umno untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke-21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong Umno yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini. Najib bacul Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga dihadiri oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. Najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri. Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakonan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat, Johor beberapa tahun dahulu daripada takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh dicap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka daripada menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang. MCA kurang ajar Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk di dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. Umno sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama Umno berdiri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong- penyokongnya sendiri. Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka Umno akan diperkudakan oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya diserang setiap masa. Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini. Parti 'chauvinistic' BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang 'conclusive' bahawa MCAlah yang paling 'chauvinistic' dan bukannya DAP. Umno bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin Umno khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana Umno dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana Umno hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu. Dalam keadaan sekarang Umno akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, 'yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran'. Maknanya saki baki sokongan orang Melayu terhadap Umno itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh diharap untuk membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan. Kalau diintai dan diselidik secara terperinci Umno sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. Umno tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan Umno hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Umno sudah mati Yang bekerja dalam Umno hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah Umno sudah mati di peringkat 'grass-root'. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk Umno itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya. Penyokong-penyokong Umno tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat di dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi. Umno sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami 'brain death'. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah Umno sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. Umno benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini. Umno sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan 'glamour' dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam Umno itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Seperti beruk panjat kelapa Pemimpin Umno hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan di dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan Umno hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja. Kepada saki baki penyokong Umno, janganlah mempertahankan Umno itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa Umno itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati. Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini 'celaka' orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya diadakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang 'orphanage'. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali. Kepada Umno dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi. Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air di dalam tunggak itu bolehlah sikit-sikit. Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin Umno yang 'desperate' itu. Jika Umno mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana Umno pernah dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Bezanya kali ini Umno akan dibunuh oleh rakyat.- http://aspanaliasnet.blogspot.com |
Timbunan hutang negara RM576 bilion melebihi had Posted: 27 Oct 2012 05:17 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011. "Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK," katanya kepada Suara Keadilan. Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998. Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus. Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus) "Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus. "Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus," katanya. |
Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah? Posted: 27 Oct 2012 05:01 AM PDT KELAB GREENBOC Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!! Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut. Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!! Mengapa boleh jadi sebegini rupa? Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut. Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya. Samy Vellu dalam ucapannya yang berapi-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu. Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan. Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat. Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama. Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu. Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN. INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!! MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!! -omakkau |
Robert Phang Dakwa Dana 40 Juta Luar Biasa Posted: 27 Oct 2012 04:54 AM PDT PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah."Jika tidak ditangani dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu," kata Bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang. "Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis. "Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus. "Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya." Semasa Persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus. Semalam, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang. - SK |
PRU13- Khairi Jamaluddin jadi korban pertama? Posted: 27 Oct 2012 04:52 AM PDT "Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairi Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairi bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri. Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak. Khairi Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakkan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train. Mungkin ada benarnya Khairi Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak. Namun Khairi Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentuk dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah. Sehingga kini Khairi Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak. Namun ramalan kami Khairi Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah." |
Otak Mayat 20 Tahun Masih Elok Posted: 27 Oct 2012 04:50 AM PDT SEBERANG PRAI – Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia. Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah. Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur. Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya. "Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun. "Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna," katanya. Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain. "Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri. "Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru," katanya. Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya. Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur. "Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah. "Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda," katanya. Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna. "Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini. "Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan," katanya.Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran. Renungan Firman Allah swt yang bermaksud: Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [Surah Al-Ahzab;34] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Imran; 31] Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [Surah Al-Imran; 32] Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." Wallahu'alam…. |
PRU 13 : BN Mungkin Umum Nama Calon Lebih Awal Posted: 27 Oct 2012 04:47 AM PDT Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan. "Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, Jumaat. Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih. Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek. "PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan. "Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya. Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu. "Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya. Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang. "Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. "Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan