Sabtu, 27 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


Nik Aziz puji DAP berani bidas MCA

Posted: 27 Oct 2012 03:00 PM PDT


SEREMBAN, 25 OKTOBER:Keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan Islam di parlimen daripada penghinaan dan tohmahan bertubi-tubi oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menerbitkan rasa terharu di hati Mursyidul-am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP, menerima sepucuk surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini yang merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih Tuan Guru Nik Aziz kepada Anthony atas keberanian beliau berhujah di Parlimen.

Anthony dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen, menyebabkan Speaker Dewan mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.

Harakahdaily memetik Anthony sebagai berkata bahawa, "Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam."

Surat penghargaan juga tersebut memetik Tuan Guru Nik Aziz sebagai berkata dengan tegas bahawa, "DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana."

Menurut laporan Malaysiakini, dalam sidang Parlimen pada 22 Oktober lalu Anthony telah bangkit mempertahankan Mursyidul-am PAS itu yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", sambil menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada sikap pimpinan MCA yang terus menghina dan memfitnah Islam dan PAS, terutamanya peribadi Tuan Guru Nik Aziz melalui kenyataan Naib Pengerusi Wanitanya yang dilaporkan berkata, "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" dalam Persidangan Agung Wanita MCA baru-baru ini.

Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, "Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!"

Roketkini.com


PANAS!!! Umno Mula Buat Kacau Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 27 Oct 2012 10:07 AM PDT



Ini berita yang baru diterima.Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.

Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.KEADILAN menyifatkan ia sebagai satu taktik kotor yang diteruskan bagi menghalang rakyat mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal hadir esok.

Penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberikan sokongan.Sebelum ini, bas jelajah telah mengalami beberapa siri sabotaj bertujuan mengganggu siri peneranagn yang disampaikan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kota Bharu dan Melaka.

Berita mengenai van skuad sayang milik wanita Umno bahagian tersebut kononnya disabotaj malam tadi dengan ditulis perkataan 'babi' dan 'sial' serta disimbah dengan cat merah tambah menaikkan kemarahan mereka konon ia angkara penyokong Pakatan Rakyat.

Dipercayai atas alasan inilah samseng dalam parti itu mula melakukan provokasi terhadap persiapan yang diatur untuk acara pada keesokkannya.

addin77


KEADILAN desak Bank Negara siasat kes seludup RM40 juta

Posted: 27 Oct 2012 05:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 Okt: KEADILAN mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan kes penyeludupan wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, ia berikutan pendedahan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing semalam yang menyatakan wang itu disalur kepada akaun peribadi seorang pemimpin Umno Sabah yang tidak dinamakan.

"Antara individu yang patut disiasat ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno 'X' yang menerima wang itu.

"Pemimpin Umno yang tahu kes ini dan ahli perniagaan Sabah yang dituduh mengaut keuntungan hasil balak secara rasuah, Michael Chia juga perlu disiasat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan laporan siasatan kepada Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Zoe Rai di Sasana Kijang, Bank Negara tengah hari ini.
Michael Chia sebelum ini dikatakan menyalur wang itu ke akaun yang dibekukan manakala Nazri Aziz pernah membuat kenyataan media, kononnya ia tidak berlawanan dengan undang-undang.

Rafizi berkata, BNM perlu membuat siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AML) kerana sumber wang itu meragukan.
"Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti haram, individu yang membuat transaksi tanpa alasan munasabah juga boleh didapati bersalah.
"Penyelewengan dalam sektor perbankan dan kewangan tidak wajar diambil mudah kerana aktiviti pengubahan wang (money laundering) beri kesan besar kepada reputasi BNM sebagai pusat kewangan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, BNM tidak harus berpuas hati dengan alasan ringkas yang diberi Datuk Seri Najib Razak dan Nazri Aziz, kononnya ia derma politik kepada Umno.

"Malah, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin memaklumkan beliau tidak tahu mengenai wang itu dan tidak menolak kemungkinan Musa Aman turut mendapat habuan.
"Ia sudah cukup untuk dijadikan asas siasatan," kata Rafizi.

Pemuda Pakatan Rakyat pada 24 Oktober lalu menggesa kerajaan Umno dan Musa Aman menjawab isu penyeludupan RM40 juta dari Hong Kong oleh seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.

Sejak 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah menafikan skandal itu," katanya.

KD

NOMBOR PLAT UNTUK ELAK KAMERA AES

Posted: 27 Oct 2012 12:00 AM PDT

BANNER PALING NAKAL

Posted: 26 Oct 2012 09:00 PM PDT

Pejabat DAP Perak dibaling batu besar

Posted: 26 Oct 2012 06:00 PM PDT


Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

MK


'Murid Orang Asli ditampar tak baca doa makan'

Posted: 26 Oct 2012 04:26 PM PDT


Sekumpulan ibu bapa membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai di Pos Bihai dekat Gua Musang kerana menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan.

Seorang bapa Atar Pedik mendakwa, anak gadis 12 tahunnya ditampar kira-kira jam 1.30 petang pada Selasa selepas disuruh membaca doa walaupun bukan Islam.

Atar bersama dua lagi bapa - Hassan Achoi and Along Pandak - yang turut mendakwa anak mereka ditampar, terpaksa meredah tiga jam perjalanan dari Pos Bihai untuk membuat laporan di balai polis Gua Musang.

Pos Bihai terletak di pedalaman Kelantan, berdekatan sempadan Perak. Balai berkenaan mengesahkan laporan itu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Arom Asir mendakwa, tamparan guru lelaki itu menyebabkan muka murid berkenaan lebam.

Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu.


MK

Tiada ulasan: