DIALOG RAKYAT |
- Dakwa PKNS Jual Aset, Noh ‘Naif’ Hal Urus Korporat
- Peniaga Bantah Penambakan Pantai Teluk Kemang
- DULU DIAM SEKARANG BONGKAR!!! Azizan bongkar penyelewengan Barisan Nasional!
- UMNO OH UMNO!!! Busuk hati punya pasal, lembu korban pun dicurinya?
- Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya
- Nuklear: Pulau Pinang tidak izin demi kesihatan
- Kit Siang selar MCA membisu berhubung jawapan menteri berkenaan hudud
- Himpunan ‘Selamatkan Batu Caves’ bantah pembinaan kondo dihadiri Samy Vellu
- Kes bunuh eksekutif TV9 disebut semula 10 Dis
- Ibu bapa gadis buang bayi ke dalam tali air ditahan
- Karpal: DAP terima polisi tanding satu kerusi
- Belanjawan Rakyat – Memacu dan Membaikpulih
- Adakah Soi Lek tukar MCA kepada parti pendusta?
- Bekas mufti keterlaluan samakan ulama PAS dengan Khomeini
- Pakatan ulangi jaminan beri pendidikan percuma, hapus PTPTN dan tol
- Takut kalah PRU 13 punca kes rayuan Altantuya ditangguh lagi
- Umno BN pentingkan keuntungan dalam pengangkutan awam
Dakwa PKNS Jual Aset, Noh ‘Naif’ Hal Urus Korporat Posted: 26 Oct 2012 03:24 AM PDT SHAH ALAM, : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar digesa untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, dakwaan Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat. Beliau berkata, tindakan Noh itu juga adalah sesuatu yang memalukan kepada Umno-BN kerana memliki menteri kabinet yang 'naif' tentang hal ehwal korporat. "Bagaimanakah seorang menteri peringkat Persekutuan boleh menerima bulat-bulat maklumat yang diberikan tanpa membuat kajian? Jika inilah calon Menteri Besar yang dibanggakan Umno-BN, tidak mustahil Negeri Selangor akan jatuh bankrap kerana menteri besarnya berfikiran cetek dan dangkal. "Noh patut merasa malu kerana tuduhan terhadap PKNS ternyata palsu. Saya percaya Mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo dan koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pasti senyum sinis dan bertepuk tangan melihat 'kecerdikan' Noh ini," katanya dalam satu kenyataan media. Kelmarin, Noh mencabar Kerajaan Negeri Selangor untuk menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjual lima aset bernilai RM321 juta. Beliau mendakwa, aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta). Mengulas lanjut, Faekah berkata, kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh masih kekal milik PKNS. Menurutnya, PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC. Jelasnya, syarikat itu akan memfokuskan kepada bidang pelaburan dan pengurusan hartanah dan secara jelasnya kelima-lima aset komersial tersebut dipindah milik kepada PREC. "Sebagai menepati urustadbir korporat yang telus, penubuhan anak syarikat ini (PREC) dan pindah milik aset-aset komersil PKNS kepada PREC telah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kewangan dan Lembaga Pengarah PKNS. "Untuk makluman Noh, jawatankuasa ini turut diwakili Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Bahkan pihak Kementerian Kewangan juga telah memberikan kelulusan bertulis untuk proses pindah milik. "Noh perlu belajar lebih gigih lagi hal ehwal urustadbir korporat sekiranya beliau mahu kelihatan relevan untuk berada dalam senarai calon Menteri Besar BN," katanya lagi. | ||||
Peniaga Bantah Penambakan Pantai Teluk Kemang Posted: 26 Oct 2012 03:21 AM PDT SHAH ALAM: Hampir 100 orang terdiri daripada peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan bagi membantah isu penambakan pantai Teluk Kemang yang menjejaskan pendapatan mereka. Himpunan yang turut disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan itu berpunca daripada ketidak puasan hati peniaga yang mendakwa ditindas pemimpin Umno-BN termasuklah Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson. Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11 pagi itu turut menyaksikan penyerahan memorandum kepada pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan. Sementara itu, Pengarah Seketariat SAMM Negeri Sembilan, Azizi Aziz berkata, penambakan pantai itu bukan hanya menggugat periuk nasi peniaga, malah turut merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pelancong. "Penambakan pantai atas alasan 'pantai sempit' adalah tidak relevan. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf sebagai pantai yang selesa dan selamat. "Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman pantai dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. "Akhirnya pantai tersebut dihindari pengunjung. Kita khuatiri pantai Teluk Kemang akan menerima nasib sama," katanya dalam satu kenyataan media. Sehubungan itu, katanya, SAMM akan mengadakan satu sidang media khas dan mengatur pertemuan semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri kabinet di parlimen minggu depan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Dalam demonstrasi sama, para peniaga turut membantah perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi sehingga menimbulkan tanda tanya serta menolak pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor. Selain itu, peniaga turut memohon supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya serta diberikan pampasan setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan. | ||||
DULU DIAM SEKARANG BONGKAR!!! Azizan bongkar penyelewengan Barisan Nasional! Posted: 26 Oct 2012 03:11 AM PDT PASPBAkhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak. "Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini," katanya. Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park. Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB). "Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd. "Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan," katanya. Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya. "Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu," katanya. Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid. "Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable," katanya. Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ). "Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu," katanya. Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu. "Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu," katanya. Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini. "Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB," katanya. Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah. "Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini," katanya. Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan. "Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia," katanya. Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak. Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB. "Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan," katanya. | ||||
UMNO OH UMNO!!! Busuk hati punya pasal, lembu korban pun dicurinya? Posted: 26 Oct 2012 03:07 AM PDT PASPBPanas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri. Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang. Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat. Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai,yang memberitahu penulis ,lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. Sisibukit | ||||
Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya Posted: 26 Oct 2012 02:59 AM PDT
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri. Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan. Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M. BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini. Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai 'dignity' sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri. Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakunan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat Johor beberapa tahun dahulu dari takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh di cap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka dari menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang. Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. UMNO sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama UMNO berdiam diri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong-penyokongnya sendiri. Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka UMNO akan diperkuda oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya di serang setiap masa. Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini. BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang 'conclusive' bahawa MCAlah yang paling 'chauvinistic' dan bukannya DAP. UMNO bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin UMNO khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana UMNO dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana UMNO hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu. Dalam keadaan sekarang UMNO akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, 'yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran'. Makna nya saki baki sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh di harap untuk membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan. Kalau diintai dan diselidik secara terperinci UMNO sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. UMNO tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan UMNO hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Yang bekerja dalam UMNO hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah UMNO sudah mati diperingkat 'grass-root'. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk UMNO itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya. Penyokong-penyokong UMNO tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi. UMNO sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami 'brain death'. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah UMNO sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. UMNO benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini. UMNO sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan 'glamour' dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja. Kepada saki baki penyokong UMNO, janganlah mempertahankan UMNO itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu. Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa UMNO itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati. Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini 'celaka' orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya di adakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang 'orphanage'. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali. Kepada UMNO dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi. Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air dalam tunggak itu boleh lah sikit-sikit. Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin UMNO yang 'desperate' itu. Jika UMNO mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana UMNO pernah di bunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Bezanya kali ini UMNO akan dibunuh oleh rakyat. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||||
Nuklear: Pulau Pinang tidak izin demi kesihatan Posted: 26 Oct 2012 02:58 AM PDT
Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini. Justeru katanya, adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor. Berikut kenyataan penuh beliau. DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umah Islam dan mengirimkan harapan keamanan, kemakmuran, keadilan dan kebebasan dalam keadaan yang adil dan saksama. Konsep pengorbanan dalam Islam amatlah dikagumi, termasuk mesra dengan alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Demi memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar, maka DAP ingin mencadangkan projek-projek pembangunan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Kuantan ditutup, menolak atau membatalkan cadangan kerajaan persekutuan BN membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor. Keresahan penduduk di Pengerang, Johor tentang pencemaran alam sekitar harus diberikan perhatian kerana RAPID juga membabitkan suatu kilang gergasi petro-kimi Taiwan. Sememangnya kilang nadir bumi Lynas harus ditutup kerana tidak ada jaminan sisa toksid radioaktif boleh diuruskan atau dibuang dengan selamat di luar Malaysia. Pengalaman pahit di Bukit Merah, Perak yang menghancurkan kehidupan penduduk memang tidak akan dilupakan. Manakala tidak ada sebab kerajaan persekutuan BN masih mahu meneruskan projek loji reaktor nuklear selepas tragedi gempa bumi dan tsunami di Fukshima, Jepun. Semasa kebanyakan negara di dunia, termasuk Jerman, menamatkan program loji reaktor nuklear, keazaman kerajaan BN meneruskan loji reaktor nuklear sungguh tidak masuk akal dan tidak waras. Mengikut jawapan Parlimen, 7 tapak telah dikaji untuk menempatkan 2 buah loji reaktor nuklear ini. Macam mana loji reaktor nuklear boleh dikendalikan dengan baik bila rumah kediaman para angkatan tentera bernilai RM3.2 bilion pun tak dibina dengan elok dan bumbung Stadium di Kuala Terengganu pun boleh tumbang? Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang. Adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor. LIM GUAN ENG | ||||
Kit Siang selar MCA membisu berhubung jawapan menteri berkenaan hudud Posted: 26 Oct 2012 02:53 AM PDT Jawapan menteri yang memegang portfolio agama Islam itu kata Lim, jelas bercanggah dengan pendirian Datuk Seri Chua Soi Lek yang begitu tegas dan nyata menolak pelaksanaan hukum Islam di negara ini. "Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi! "Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri dan timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen iaitu "tipu" untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan lagi, dengan sikap Dr Chua berkenaan hudud itu, "mereka tentu sekali akan memarahi Jamil Khir kerana 'menipu' di Parlimen. "Adakah mereka akan meminta tindakan keras terhadap Jamil daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian MCA di dalam Barisan Nasional (BN) atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan Umno disebabkan jawapan parlimen Jamil?" soal Lim. "Adakah Chua pemimpin MCA cuma bermain politik, tanpa benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan, dan peranan mereka hanyalah seperti yang digambarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir iaitu "pendirian tidak bertolak ansur" MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam. " Tambahnya, disebabkan itulah MCA "tidak pernah membantah" apabila Mahathir secara sebelah pihak, sembarangan dan tidak mengikut perlembagaan membuat "deklarasi 929" bahawa Malaysia adalah Negara Islam pada Persidangan Delegasi Nasional Gerakan, 29 September 2001. Veteran DAP itu turut menyelar MCA yang menurutnya tidak konsisten dalam isu hudud, seperti mana DAP yang berpegang pada prinsip bahawa ia tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk dan ia bukannya sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat. "Sebaliknya, MCA hanya memainkan wayang politik yang tidak bertanggungjawab memandangkan apabila sampai kepada analisis terakhir, mereka akan menurut kehendak dan arahan Umno," katanya dalam kenyataan itu lagi. | ||||
Himpunan ‘Selamatkan Batu Caves’ bantah pembinaan kondo dihadiri Samy Vellu Posted: 26 Oct 2012 02:41 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR,— Ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondominium yang terletak di sebelah kuil tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit. Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai himpunan tersebut dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pada pagi ini. Dalam ucapannya, Samy (gambar) menjelaskan bahawa kerja-kerja pembinaan kondominium tersebut telah dilakukan tanpa kajian dan tidak merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab sambil berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas Majlis Perbandaran Selayang (MPS). "Pembinaan yang dilakukan ini adalah tidak teliti dan tanpa kajian yang menyeluruh dengan merujuk pihak-pihak yang sepatutnya," kata Samy. "Malahan MPS sendiri tidak pernah menemui jawatankuasa kuil untuk berbincang atau memaklumkan tentang projek tersebut." Presiden jawatankuasa kuil Mahamariamman Batu Caves, Datuk R. Nadarajah, yang mengetuai himpunan tersebut juga bertindak membidas dan menyelar kerajaan negeri Selangor yang lepas tangan dalam membiarkan kelulusan projek tersebut diberikan kepada pemaju menerusi majlis perbandaran yang terlibat dalam memberikan kelulusan merancang. Meskipun kerajaan Selangor mendakwa kelulusan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2007, bekas ahli majlis MPS A. Kohillan Pillay yang turut hadir dalam perhimpuan mengakui perkara tersebut sememangnya berlaku tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu. "Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan "Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622." "Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata pemimpin Gerakan tersebut. Kohillan turut berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seharusnya bertanggungjawab ke atas perkara tersebut memandangkan mereka adalah pihak yang mentadbir sekarang ini serta mendakwa memiliki bidang kuasa untuk memberikan kelulusan serta menarik balik projek kondo tersebut. Ahli exco kerajaan negeri, Ronnie Liu baru-baru ini telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek berkenaan dan mengeluarkan kenyataan mendakwa kerajaan BN yang beertanggungjawab memberikan kelulusan awal kepada pemaju Dolomite. "Kami juga mengetahui Jabatan Geo-Sains dan Mineral turut memberikan kelulusan ke atas projek tersebut selepas menjalankan kajian ke atas tanah berhampiran kuil," kata Liu semasa bermesyuarat dengan jawatankuasa kuil, MPS dan pemaju baru-baru ini. Selain itu, seorang lagi ahli exco turut mengeluarkan kenyataan mengenai rancangan pembinaan projek tersebut dan menegaskan kerajaan negeri tidak akan menuruti permintaan jawatankuasa kuil tersebut. Dalam pada itu, presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel telah menggesa menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menghentikan projek kondo 29 tingkat tersebut kerana bimbang ia akan memberikan kesan buruk kepada struktur bukit tersebut serta berisiko tinggi memandangkan kawasan itu adalah terdiri daripada batu kapur. | ||||
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut semula 10 Dis Posted: 26 Oct 2012 02:37 AM PDT SINAR HARIAN PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat. Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas. Norazman, 31, yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. - Bernama | ||||
Ibu bapa gadis buang bayi ke dalam tali air ditahan Posted: 26 Oct 2012 02:30 AM PDT SINAR HARIAN KANGAR - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam. Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah. Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin. Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut. Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama | ||||
Karpal: DAP terima polisi tanding satu kerusi Posted: 26 Oct 2012 02:28 AM PDT SINAR HARIAN GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menyeru wakil rakyat daripada parti itu yang menyandang dua kerusi supaya memilih hanya satu kerusi untuk mereka tandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata dalam mesyuaratnya, jawatankausa kerja pusat (CEC) parti itu bersetuju bahawa hanya dalam kes "terkecuali", seseorang anggota parti itu dibenar menyandang kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Karpal berkata, beliau berpendapat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng boleh dianggap sebagai antara kes terkecuali itu. "Keadaan terkecuali ini perlu diambil kira dalam erti kata sebenarnya. Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang menyandang dua kerusi mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan memilih satu kerusi sahaja. "Mereka patut berbuat demikian demi kepentingan pakatan pembangkang. Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mampu tangani secara langsung isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada CEC untuk memutuskan kerusi mana yang perlu dilepaskan oleh calon. Kini, sembilan wakil rakyat DAP menyandang dua kerusi, tiga daripada mereka di Pulau Pinang iaitu Guan Eng, Timbalan ketua Menteri P. Ramasamy dan ketua DAP negeri Chow Kon Yeow. Karpal berkata, langkah melepaskan kerusi tidak sepatutnya menjadi masalah sekarang kerana DAP tidak lagi kekurangan calon berkebolehan berbanding sebelum ini. - Bernama | ||||
Belanjawan Rakyat – Memacu dan Membaikpulih Posted: 25 Oct 2012 04:39 PM PDT Oleh Edry Faizal Seandainya pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, paling lewat sekitar bulan April tahun depan. Belanjawan terkini yang dibentangkan baik daripada pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, memberi gambaran kepada dasar-dasar dan hala tuju ekonomi apabila mereka menjadi nakhoda negara pada penggal seterusnya. Dengan tugas berat membawa negara berdepan badai ekonomi yang tidak menentu seperti diramalkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Warga yang celik sedar bahawa belanjawan merupakan pengurusan wang mereka oleh pemerintah yang mendapat mandat. Oleh itu rakyat berhak untuk tahu, apakah manfaat wang itu akan kembali kepada mereka? Jika manfaatnya akan kembali kepada rakyat, dalam bentuk apa? Adakah bentuk pengurusannya akan mengulangi pendekatan-pendekatan sebelum ini? Inilah antara soalan-soalan yang akhirnya membentuk soalan besar dan umum iaitu, bagaimana wang rakyat akan dibelanjakan? Justru, menyedari betapa perlunya rakyat mendapat dan menghadam maklumat-maklumat itu lewat perbincangan, Roketkini yang merupakan sumber maklumat utama berbahasa Malaysia parti DAP menganjurkan forum "Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?" Panelisnya terdiri daripada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud. Forum ini dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng. Para panelis bermula dengan perincian kepada Belanjawan PR 2013, masing-masing membentang dan mengupas juzuk-juzuk tertentu daripada Belanjawan tersebut. Dr. Siti Mariah membuka gelanggang menyentuh tentang kepentingan-kepentingan wanita yang diangkat oleh Belanjawan PR 2013. Beliau menjelaskan bagaimana hasil daripada penelitian dan penyelidikan Wanita Pakatan akhirnya melahirkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju tumpu mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup berkualiti, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Dari Agenda Wanita Malaysia Ke Belanjawan Inti penting daripada AWM itulah yang kemudiannya disuntik ke dalam Belanjawan PR bagi mengiktiraf sumbangan besar wanita seraya membela nasib mereka. Seperti kita sedia maklum wanita memainkan peranan yang pelbagai. Sebahagiannya hanya menjadi suri rumah dengan pendapatan seisi rumah yang rendah. Kumpulan ini tidak mempunyai pencen mahupun sebarang caruman. Membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai risiko dan masalah kewangan kelak. Oleh itu Belanjawan PR 2013 menawarkan Caruman Wanita Nasional yang menurut Dr. Siti Mariah mempunyai ciri-ciri gabungan skim KSWP dan Perkeso. Bertindak sebagai jaring penyelamat buat wanita kerana golongan tersebut. Terutamanya yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Suasana zaman ini juga mendesak wanita untuk turut keluar berkerja. Baik bagi tujuan membantu menambah pendapatan keluarga atau memberi sumbangan kepada negara. Dengan itu tanggungjawab untuk menjaga anak-anak terpaksa diserahkan kepada pihak lain yang mengambil upah penjagaan. Dengan itu kos bulanan yang terpaksa ditanggung sesebuah keluarga meningkat. Menurut Dr. Siti Mariah, Belanjawan PR 2013 mengambil kira faktor itu dan turut menawarkan bantuan dalam bentuk RM1,000 setahun bagi wanita berkerja dengan pendapatan di bawah RM1,000. Dengan harapan bantuan itu dapat mengurangkan beban bagi yang menghantar anak ke pusat jagaan. Pentadbiran PR juga dikatakan akan memastikan pusat jagaan kanak-kanak yang disubsidi kerajaan ditambah di lokasi-lokasi strategik. Pendekatan Segar Rafizi Ramli pula menyentuh tentang BN yang semakin tenat serta tidak mempunyai sebarang ide baru untuk menyelesaikan masalah ekonomi, yang ironinya berpunca daripada mereka sendiri. Pendekatan yang diambil BN melalui belanjawannya tidak menyelesaikan masalah pokok sebaliknya hanya bertindak seperti ubat penghilang kesakitan. Melalui pendekatan lapuk BN membelanjakan wang rakyat, hutang negara akan terus menimbun. Hutang negara sekarang dianggarkan mencecah RM502 bilion atau 53.7 peratus daripada GDP. Belanja operasi terus meningkat dan kerajaan akan ketandusan wang yang perlu diperuntukkan buat kebajikan rakyat. Oleh itu wang rakyat mesti diuruskan bagi melaksanakan pendakatan yang lebih berani dan bijak. Rafizi menjelaskan untuk menstrukturkan semua sistem ekonomi negara ini, PR akan menumpukan kepada tiga teras utama. Salah satunya berkenaan pendidikan. Ini penting untuk mengubah Malaysia daripada sebuah negara yang bergantung kepada komoditi kepada negara yang bergantung kepada modal insan, inovasi dan kreativiti. Menurut Rafizi puncanya terletak pada tindakan BN membiarkan syarikat-syarikat swasta yang kebanyakkannya syarikat kroni memaksimakan untung dengan kualiti pendidikan yang tidak berpatutan. Perkara itu berkait rapat dengan PTPTN. Ini kerana PTPTN yang selama 'mendanai' institusi-insitusi tidak berkualiti itu seraya mengenyangkan perut para kroni. Hasilnya, pelajar yang keluar dari institusi tersebut dijerut hutang, pada masa sama tidak ada kepakaran untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi. Malah PTPTN juga berpotensi menyebabkan hutang negara menggunung kerana memandangkan PTPTN dijamin oleh Kerajaan. Laporan audit negara menganggarkan pada tahun 2020, hutang terkumpul peminjam PTPTN ini akan mencecah RM 40 billion. Suka atau tidak suatu hari nanti kerajaan terpaksa menjamin keluar PTPTN bagi mengelakkan ekonomi negara musnah. Selain itu Rafizi juga menekankan tentang strategi serampang dua mata yang PR gunakan contohnya dalam mereformasikan sektor automotif. Kos melibatkan kereta, termasuklah hutang bulanan, pada tahap ekonomi mikro merupakan beban belanja paling besar bagi rakyat setiap bulan. Reformasi sektor automotif PR akan mengurangkan beban hutang rakyat apabila harga kereta turun. Ditambah apabila eksais duit diturunkan ia akan melepaskan RM7 bilion kepada ekonomi dan kembali ke saku rakyat. Mengatasi Jurang Pendapatan Apabila rakyat mempunyai wang mencukupi, mereka akan berkemampuan untuk menggunakan hasil keluarannya sendiri lalu memastikan ekonomi kekal aktif. Selain itu, jurang pendapatan yang melebar dan rakyat yang ekonominya ditekan boleh mengancam fabrik masyarakat itu sendiri. Charles Santiago membentangkan data yang mengejutkan. Pada tahun 2009, kelas 10% atas memperoleh pendapatan 34.8% manakala kelas 10% bawah memperoleh pendapatan 1.9%. Petunjuk jelas yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Sekalipun gaji minima ditawarkan sebagai salah satu jalan penyelesaian, gaji minima menghadapi beberapa stigma yang perlu ditepis terlebih dahulu. Antaranya dakwaan bahawa gaji minima akan mengakibatkan pengangguran atau menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar. Charles Santiago membawa sebuah kajian oleh Jeremy R. Magruder dari UC Berkeley berkenaan perlaksanaan gaji minima di Indonesia. Daripada kajian itu disimpulkan bahawa gaji minima tidak menyebabkan meningkatnya pengangguran dan lebih ramai pekerja dari sektor tidak formal menyertai sektor formal. Gaji minima juga menyebabkan banyak peluang kerja dan perniagaan baru tercipta. Dalam erti kata lain, ia membantu perniagaan, membantu pekerja, meningkatkan kualiti hidup dan membantu mengurangkan jurang pendapatan. Charles Santiago juga menekankan tentang dana peralihan bagi membantu pihak yang akan menghadapi kesukaran apabila dilaksanakan gaji minima. Menonjolkan model yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor sebagai contoh. Memandangkan BN dan PR kedua-duanya menawarkan gaji minima. Persoalan yang relevan adalah mengapa RM900 atau RM1,100? Charles Santiago menjelaskan bahawa RM1,100 lebih masuk akal kerana atas beberapa sebab. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, kebanyakkannya bergaji hampir RM900. Ini bermakna mereka tidak langsung terkesan dengan gaji minima BN. Kajian Bank Dunia yang bertajuk "Optimal design for a minimum wage policy in Malaysia" menyebut RM900 atau RM1,100 adalah gaji minima yang sesuai. Oleh itu menjadi persoalan mengapa BN tidak memilih nilai yang lebih tinggi seperti yang ditawarkan PR supaya kualiti hidup rakyat benar-benar dapat ditingkatkan? Inilah penanda aras kepada siapa yang benar-benar serius terhadap gaji minima. Belanjawan Holistik Di penghujung wacana, para panelis menekankan bahawa belanjawan PR adalah penyelesaian ekonomi yang menyeluruh. Apabila PR berada di tampuk pentadbiran, sebuah penstrukturan semula ekonomi akan dilakukan. Ini kerana masalah yang akan diwarisi sudah sangat berselirat maka penyelesaiannya juga akan saling berkait. Sebagaimana reformasi automotif yang melibatkan pengurangan eksais duti kereta tidak boleh dilihat terpisah dengan reformasi pengangkutan awam dan lain-lain. Selain itu perkara paling pokok bukanlah semata-mata berkenaan jumlah perbelanjaan atau pendapatan, tetapi sejauh mana kerajaan dapat berbelanja dengan cekap. Ini kerana sekalipun hasil yang diperolehi rendah, tetapi akan memberikan kesan baik sekiranya dibelanjakan dengan cekap dan terus kepada sektor-sektor yang membangunkan ekonomi. PR telah membuktikan melalui negeri-negeri di bawah pentadbiran PR yang turut dipuji Ketua Audit Negara. Mengambil Selangor sebagai contoh, pada 2011 hasil kerajaan negeri Selangor cuma RM1.6 bilion tetapi lebihan terkumpul sudah mencecah RM1.9 bilion. Oleh itu, belanjawan bukanlah tentang perbelanjaan dan hasil semata, tetapi perbelanjaan yang efektif berhubungan dengan perbelanjaan dan hasil. Dapat disimpulkan bahawa Barisan Nasional merangka belanjawan mereka dengan premis bahawa negara ini dalam keadaan baik dan tiada apa perlu dibimbangkan. Ini bertujuan supaya rakyat merasakan tiada sebarang masalah dengan pemerintahan mereka. Dan mereka teruskan saja apa yang telah biasa diamalkan saban tahun. Sementara Pakatan Rakyat merangka belanjawan mereka dengan premis bahawa negara ini sedang menghadapi krisis hutang. Ditambah pula dengan cabaran ekonomi yang bakal dihadapi maka satu penstrukturan semula dan menyeluruh diperlukan. Pilihan telah ada, kini nasib negara bergantung pada kuasa yang ada di tangan rakyat. – Roketkini.com | ||||
Adakah Soi Lek tukar MCA kepada parti pendusta? Posted: 25 Oct 2012 04:32 PM PDT
Adakah Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menukar MCA kepada "Malaysian Charlatans (Pendusta) Party" dengan mendiamkan diri terhadap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen berkenaan hudud pada Selasa lalu, lantas mendedahkan kepura-puraan kempen MCA ke atas hudud sejak dua tahun lalu? Semalam, dalam kenyataan media saya ""Perjanjian Syaitan" UMNO/MCA disahkan oleh Mahathir dalam tempoh 24 jam", saya telah melontarkan sebuah soalan kepada Chua dan pemimpin MCA adakah jawapan Parlimen Jamil yang menyebut "jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam" itu mewakili pendirian MCA di dalam Kabinet dan Barisan Nasional, "jika tidak, apa yang akan mereka lakukan tentangnya". Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi! Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri-menteri dan timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen iaitu – adalah "tipu" untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam. Melalui gaya Chua dan pemimpin-pemimpin MCA dalam kempen jelajah negara mereka sejak dua tahun lalu, mereka tentu sekali akan "memarahi" Jamil kerana "menipu" di Parlimen, adakah mereka akan meminta tindakan yang keras terhadap Jamil daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional MCA di dalam Barisan Nasional atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO disebabkan jawapan parlimen Jamil? Atau adakah Chua dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin MCA cuma bermain politik, tanpa benar-benar yakin dengan apa yang diperjuangkan, dan peranan mereka hanyalah seperti yang digambarkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir iaitu: ""pendirian tidak bertolak ansur" MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan "menakut-nakutkan" komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam", disebabkan itulah MCA "tidak pernah membantah" apabila Mahathir secara sebelah pihak, sembarangan dan tidak mengikut perlembagaan membuat "deklarasi 929" bahawa Malaysia adalah Negara Islam pada Persidangan Delegasi Nasional Gerakan, 29 September 2001. Tidak seperti MCA, pendirian DAP terhadap hudud jelas, konsisten dan berpegang pada prinsip – bahawa ia tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk dan ia bukannya sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, MCA hanya memainkan wayang politik yang tidak bertanggungjawab memandangkan apabila sampai kepada analisis terakhir, mereka akan menurut kehendak dan arahan UMNO sebagaimana yang terjadi ketika "Deklarasi 929" yang tidak mengikut perlembagaan mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam. | ||||
Bekas mufti keterlaluan samakan ulama PAS dengan Khomeini Posted: 25 Oct 2012 04:27 PM PDT
Soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS. Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika PAS menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang. Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatullah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh. Moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut. Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam PAS tidak boleh ditegur. Bekas mufti tersebut juga sama dengan moderator ketika menjawab soalan yang dikemukakan tidak mengemukan contoh, bukti dan fakta. Ia adalah tidak adil kepada pimpinan ulama dalam PAS yang dituduh demikian apatah lagi wakil PAS tidak dijemput dalam wacana tersebut. Dipukul dalam keadaan tangan terikat sehingga tidak boleh menjawab terus. Kalau boleh menjawab sekalipun selepas itu, ia dalam keadaan ruang yang sangat terhad. PAS khususnya para pimpinan ulamaknya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran. Lihat sahaja sikap Datuk Seri Tuan Guru Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam PAS menerima kritikan dan teguran yang keras daripada Prof. Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya. Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Prof. Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan PAS. Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam PAS dengan Ayatullah Khomeini. Semua sedia maklum bahawa PAS berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah. Dua aqidah yang sangat berbeza antara satu sama lain. Pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatullah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi. Jadi tidak peliklah Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. Ada pun PAS tidak pernah mengajar orang ramai untuk berpandangan demikian. Ulamak dalam PAS berpegang kepada kata-kata Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a. apabila menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin bahawa mereka sedia untuk ditegur. Bahkan Saidina Umar r.a. sangat berbangga terhadap rakyatnya apabila ada yang menunjukkan pedang kepada beliau untuk menegurnya jika beliau melakukan kesilapan. Perlu dijelaskan, tulisan ini bukanlah bermakna Dewan Ulamak PAS Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatullah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta. Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam PAS dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti PAS yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya Allah. Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional. Dalam masa yang sama PAS sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti. Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan PAS. PAS merasakan yang tak boleh ditegur ialah pimpinan Umno dan orang-orang yang bersekongkol dengannya. Orang yang tidak bersama dengan PAS biasanya mereka yang tidak berani berdepan dengan teguran secara terbuka dan tidak mahu menerima pandangan dari orang lain. Sebab itu ramai para ulama yang bergerak bersendirian dan mereka sangat bebas menghentam orang lain saja sesuka hati. Suasana ini amat tidak digalakkan dalam Islam. Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat | ||||
Pakatan ulangi jaminan beri pendidikan percuma, hapus PTPTN dan tol Posted: 25 Oct 2012 04:24 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan. "Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN," katanya dalam forum "Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin. Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan. Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol. "Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka," katanya. Mengupas mengenai kebajikan wanita, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013, merangkumi Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun. Menerusi SCWN, beliau berkata, Pakatan berhasrat memberi caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya. Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula menegaskan, kajian Bank Dunia menyatakan gaji minima RM1,100 Pakatan tidak akan memufliskan negara. Katanya, dasar tersebut mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja warga asing dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. "Satu kajian lain di Indonesia pada 1990 merumuskan perlaksanaan gaji minima bukan mengurang pengangguran malah dapat mewujudkan perniagaan baru, peluang pekerjaan dan merapatkan jurang kekayaan," katanya. | ||||
Takut kalah PRU 13 punca kes rayuan Altantuya ditangguh lagi Posted: 25 Oct 2012 04:18 PM PDT KEADILAN DAILYNorutul Ilham KUALA LUMPUR : Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13. Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa. "Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka," katanya. Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006. Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu. Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan. Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri. Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006. Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan. "Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat. "Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri," katanya. Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal. "Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak," katanya. | ||||
Umno BN pentingkan keuntungan dalam pengangkutan awam Posted: 25 Oct 2012 04:14 PM PDT Oleh: Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan Umno BN lebih mementingkan keuntungan dalam sistem pengangkutan awam menyebabkan perkhidmatan itu kurang efisien. Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Mengenai Pengangkutan Awam di Malaysia (KKPAM), A Sivarajan berkata, dasar pengangkutan awam perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bukan keuntungan semata-mata. "Sebagai contoh kita pernah memohon syarikat pengangkutan untuk menyediakan perkhidmatan bas di kawasan yang perlu. Namun jawapan mereka adalah laluan itu tidak ramai orang dan kurang menguntungkan. "Selagi ada masalah dasar ini, maslah kepincangan dasar pengangkutan awam tidak akan selesai. Penyelesaiannya ialah kerajaan perlu mengubah dasar yang mementingkan dasar keuntungan semata-mata," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCH) di sini hari ini. Sivarajan yang juga Bendahari Kehormat Parti Sosialis Malaysia (PSM) berpendapat agensi kerajaan dan swasta perlu bekerjasama untuk memastikan kecekapan sistem pengangkutan awam dapat dipertingkatkan. "Masalah utama ialah tiada kesinambungan. Sebagai contoh, Perancang Bandar hanya menumpukan kerja dia, tetapi mereka tidak fikir adakah bas akan lalu di kawasan itu. "Begitu juga dengan syarikat pengangkutan awam, mereka tidak mengadakan perbincangan dengan pemaju atau pihak berkuasa tempatan, dia hanya melihat kalau ada keperluan dan ramai orang mereka akan lalu di kawasan itu," ujarnya. Justeru bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam, KKPAM akan menganjurkan Forum Kebangsaan Pengangkutan Awam pada 3 November depan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Forum itu turut disertai wakil agensi kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perubahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). "Melalui forum ini, wakil kerajaan akan membentangkan kertas kerja mengenai polisi pengangkutan awam manakala badan-badan masyarakat akan mengemukakan cadangan mereka," katanya. Sivarajan berkata hasil perbincangan forum itu akan diserahkan kepada kerajaan supaya dapat mempertingkat mutu pengangkutan awam di negara ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan