Jumaat, 26 Oktober 2012

Biaqpila

Biaqpila


Samy Vellu Kantoi!! Sebenarnya MIC Yang Luluskan Projek Kondo Batu Caves

Posted: 26 Oct 2012 06:27 AM PDT



Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun!


Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.Mengapa boleh jadi begitu?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. ~jalanpulang
addin77

HIKMAH, KEPADA SIAPA IBADAH KORBAN DISUNATKAN DAN SYARAT SAH KORBAN

Posted: 25 Oct 2012 09:00 PM PDT



HIKMAH BERQURBAN

Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.


KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.


SYARAT SAH QURBAN

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.

al-azim


SALAM AIDIL ADHA

Posted: 25 Oct 2012 06:00 PM PDT




PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

al-azim

Tiada ulasan: