DIALOG RAKYAT |
- Orang Asli ditahan perjuang hak tanah mereka
- ‘Jumpalah peniaga kalau tidak mahu jumpa kami’
- Ahli Umno tidak mahu ‘ditambat’ lagi
- LKAN 2011: PM perlu nasihati Soi Lek
- Projek Takungan Air RM 20 juta Dijangka Atasi Masalah Banjir
- PRU13: Jabatan Penerangan sudah bersedia
- Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion
- Laporan Audit lewat kerana wujud audit kedua – Azan
- MP Pakatan ke Filipina kongsi pengalaman kekalkan perjanjian damai
- Pakatan mahu Pusat tangguh AES, henti ‘rompak’ duit rakyat
- Kaum India bantah DBKL roboh kuil 100 tahun
- Guan Eng cadang kerajaan jangan tiru sikap Soi Lek
- Belek… – Haram undi MCA?
- Wan Azizah masak kek istimewa, kempen tingkat kesedaran jenayah
- Utusan fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, main sentimen perkauman lagi
- Sampai perlu acu pistol ke kepala?
- DAP ketuai jawatankuasa tangani masalah belia India
- KANTOI! Shalimin Ketua Umno Taiping Rasmi Konsert Ditaja Syarikat ARAK!
- PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’
- Kerajaan perlu menolak budaya sindrom penafian dalam isu jenayah, kata Wee
- HK gugur kes Musa selepas siasatan SPRM, kata Nazri
- Toyol ditangkap dalam botol?
- S'wak runding terus kontrak bernilai berjuta ringgit
- Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'?
- Pena bercabang Dr Mahathir
Orang Asli ditahan perjuang hak tanah mereka Posted: 20 Oct 2012 05:30 AM PDT Penahanan dibuat selepas mesyarat Exco Pahang memutuskan untuk pindahkan masyarakat Asli dari kawasan pembangunan Koridor Pembangunan Wilayah Timur. PETALING JAYA: Dua Orang Asli ditahan semalam selepas mesyuarat Exco Pahang memutuskan untuk memindahkan Orang Asli dari kawasan yang dikenal pasti untuk tujuan pembangunan. Keputusan tersebut dibuat berikutan himpunan 500 Orang Asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) yang berhimpun pada hari Rabu menuntut hak tanah adat di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob. Bagaimanapun, keesokan harinya dua Orang Asli – On Kon 30, dan Musa Lateh 40 dari Kampung Tanam Rompin ditahan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Rompin di atas tuduhan mengganggu pekerja kontrak Koridor Pembangunan Wilayah Timur (ECER). Menurut mereka berdua, pihak polis berniat menahan seorang Orang Asli lain, Moriol Libak, tetapi tidak dikesan dan menahan mereka berdua sebagai ganti. Moriol merupakan antara anggota Orang Asli yang kehilangan tanah akibat daripada projek pembangunan ECER. `Dua kesalahan' Ekoran penahanan On dan Musa, satu perhimpunan dibuat oleh masyarakat Orang Asli di hadapan IPD. Kedua -dua mereka kemudiannya dibebaskan semalam. Menurut peguam mereka Mohd Fadzly Mohd Ramly, On dan Musa dikehendaki melaporkan diri di IPD Rompin dalam tempoh sebulan namun tidak menghadapi sebarang dakwaan. "Kalau mereka nak dakwa cuma sekarang ini mereka di tuduh di bawah dua kesalahan. Kesalahan pertama ialah mendatangkan ancaman jenayah. "Kesalahan yang kedua ialah menceroboh tanah kerajaan. Sepatutnya mereka (pemaju) yang didakwa kerana menceroboh tanah Orang Asli," kata Fadzly. Tanah masyarakat orang Asli mula diambil sejak tahun 2010 setelah projek ECER dimulakan. Bagaimanapun tanah tersebut tidak digazetkan sebagai tanah adat Orang Asli. | ||
‘Jumpalah peniaga kalau tidak mahu jumpa kami’ Posted: 20 Oct 2012 05:22 AM PDT Nurul gesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal berkompromi demi kebaikan bersama. KUALA LUMPUR:Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib digesa agar lebih prihatin dan berbincang dengan golongan peniaga di Brickfields. "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya mengambil tindakan keras. Siapa mahu berniaga begini? "Ahmad Phesal telah memulakan tugas beliau dengan langkah yang salah. Beliau sepatutnya lebih mesra. Jumpalah mereka jika tidak mahu jumpa kami sekalipun," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media di Brickfields bersama Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan golongan peniaga. Beliau berkata begitu berikutan tindakan DBKL yang melarang peniaga mendirikan khemah niaga di hadapan premis perniagaan mereka sempena perayaan hari Deepavali tidak lama lagi. Selain itu, DBKL telah memperkenalkan sistem undi langsung untuk memperuntukkan kawasan gerai niaga. "Selalunya para penjaja dan peniaga berniaga di Jalan Ah Tong tapi sekarang terpaksa pindah ke Jalan Berhala," tambahnya. Menurut Nurul, para peniaga juga marah dengan prosedur undi langsung tersebut. "Ia dijalankan tanpa kajian dan tanpa mekanisme. Sepatutnya peniaga turut dirujuk kerana mereka pihak yang berkepentingan," katanya lagi. Setakat ini 90 peratus peniaga telah bertindak memulaukan pelaksanaan sistem undi langsung untuk mendapatkan ruang niaga. Menurut peniaga K Krishnakumar yang berniaga di restoran Seetharam, satu perjumpaan DBKL dengan peniaga berlangsung dua minggu lalu. `Notis kurang sebulan' "Mereka melarang kita mempamerkan barang jualan sempena hari Deepavali di atas alasan kaki lima ialah tempat awam . "Tempoh notis yang diberi juga kurang dari sebulan," kata beliau. Tindakan DBKL memberikan kontrak khemah kepada pihak luar juga dikritik oleh peniaga kerana menyumbang kepada peningkatan kos. "Kenapa tidak letak khemah DBKL sendiri seperti di Jalan Masjid India?" Krishna menyoal. Menurutnya khemah kontraktor bernilai antara RM1500 hingga RM3000 berbanding dengan harga yang dikenakan ke atas pemilik perniagaan di Brickfields. DBKL juga telah meletakkan papan tanda yang melarang peniaga berniaga di sepanjang Jalan Ah Tong. Semua pemilik perniagaan ini bernaung di bawah Persatuan Komuniti dan Perniagaan Brickfields. Mereka turut disokong Jawatankuasa Bertindak Little India. Sementara itu, Fong Kui Lun menyatakan beliau akan membangkitkan isu para peniaga ini pada minggu depan di dalam sidang Dewan Rakyat. | ||
Ahli Umno tidak mahu ‘ditambat’ lagi Posted: 20 Oct 2012 05:19 AM PDT Ramai di antara mereka merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering. Mereka juga mempunyai harga diri. Majlis Tertinggi Umno telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihan raya umum nanti. Nampaknya barulah Umno mula hendak sedar yang penyakit Umno itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihan raya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat lapuran online kepada jawatankuasa secara terus. Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap Umno kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri. Mengikut lapuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 1.5 juta ahli Umno telah mensabotaj BN dalam piihan raya yang lalu dan ahli-ahli Umno sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihan raya yang lalu dan yang akan datang. Itulah yang saya sebutkan selalu. Umno sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat di bawah dan itulah pernyakit yang di hidapi oleh Umno sekian lama. Jiwa sudah lemah Kalau Umno sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan Umno untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut. Ini merupakan pertahanan terakhir Umno dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi. Kita sedar yang ahli-ahli Umno kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah. Kerbau membajak sawah Ahli-ahli Umno terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus dikepuk padi. Ahli-ahli Umno pun tidak mahu mereka di kerbaukan oleh pemimpin mereka. Tetapi MKT Umno bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu? Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku. Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah Umno. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar Umno dibawah payung dan wadah yang baru. Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam. Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli Umno oleh pimpinan mereka. Kita mesti faham yang ahli-ahli Umno itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri. Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam 'ambience' yang baru. Selamat berubah dan berhijrah.http//:aspanaliasnetblogspot.com | ||
LKAN 2011: PM perlu nasihati Soi Lek Posted: 20 Oct 2012 05:11 AM PDT Presiden MCA menganggap laporan itu tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap BN. PETALING JAYA: DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya tidak memperlekeh penemuan-penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011. Malahan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengkritik Dr Chua kerana mempersenda laporan itu semalam kerana menganggap laporan itu tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Dr Chua dilaporkan berkata jika LKAN memberi kesan maka kerajaan BN akan tumbang setiap tahun laporan itu diterbitkan, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya. "Isu utama yang didedahkan oleh Ketua Audit dalam laporannya ialah berkaitan dengan kontrak mega kerajaan dan kontrak yang diberi secara runding terus yang menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pusat," terang Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu, projek mega yang paling ketara ialah projek runding terus landasan keretapi elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.49 bilion yang tergendala hingga menyebabkan kos tambahan terpaksa ditanggung sebanyak RM3.6 bilion. Contoh lain kata Lim ialah pembelian 1,000 rak brosur bernilai RM1.95 juta untuk Tahun Melawat Malaysia 2007. Pembelian dibuat melalui rundingan terus oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia tanpa kelulusan dari Kementerian Kewangan. Selain itu katanya, kos pembinaan kuarters keluarga tentera yang dibina Kementerian Pertahanan meningkat sekali ganda kepada RM3.2 bilion dengan kecacatan ketara seperti bumbung runtuh dan paip air bocor. "Pendedahan terbaru ialah mengenai laporan Ketua Audit di Sarawak di mana syarikat milik kerajaan negeri, Sarawak Coal Resources Sdn Bhd menganugerah kontrak untuk menggali dan menghantar arang batu di Mukah bernilai RM923.03 juta menerusi rundingan terus. "Presiden Transparency-International Malaysia Datuk Paul Low turut mengakui bahawa pemberian kontrak melalui sistem rundingan terus menggalakkan rasuah kerana tidak ada persaingan," terangnya. Lim berkata, isu kedua berhubung dengan pelupusan hutang kerajaan pusat yang ditanggung Perwaja Terengganu Sdn Bhd yang tidak dibayar sejak 14 hingga 17 tahun yang lalu berjumlah RM1,626 juta. Isu ketiga berkenaan pelepasan yuran lesen diberi kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bernilai RM1,371 juta yang dikenakan kerana melanggar syarat Jabatan Alam Sekitar dalam usaha menghapuskan sisa toksik, katanya. "Jika ketiga-ketiga isu penting ini tidak ditangani, maka jelas BN menerima pakai sikap Dr Chua yang tidak mengendahkan laporan negatif dalam LKAN 2011. "Hanya dengan menukar kerajaan sahajalah maka kita dapat memelihara nilai integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan," ujar Lim. | ||
Projek Takungan Air RM 20 juta Dijangka Atasi Masalah Banjir Posted: 20 Oct 2012 05:08 AM PDT SHAH ALAM : Kolam takungan air di Sri Sentosa yang dijangka siap dalam masa 18 bulan mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku di Daerah Klang kata ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei. Projek RM 20 juta itu diharap dapat menampung limpahan air jika hujan lebat di kawasan Bukit Naga, Seri Gambut , Jalan Pendamar, Johan Setia, Bandar Putera dan Bandar Puteri. "Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah Klang, projek itu akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja," kata Shuhaimi ketika dihubungi TVSelangor. Dalam pada itu, Shuhaimi berkata penduduk Johan Setia dan Bandar Puteri yang terjejas akibat banjir semalam sudah kembali ke rumah masing-masing selepas dipindahkan ke Dewan Al-Munirah Rumah Anak-Anak Yatim. Mereka dipindahkan selepas air ketinggian paras paha masuk ke rumah mereka semalam. Katanya, Pejabat Daerah Klang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka. "Kita sedang merekodkan dan meninjau dari rumah ke rumah di mana ada warga emas yang tidak berupaya membersihkan rumah dan kita akan membantunya. "Dan sekarang ini sedang berlaku proses pembersihan rumah yang mengalami masalah banjir," jelas Shuhaimi. Kata Shuhaimi, punca berlakunya banjir itu adalah ekoran Fenomena Astromical Tide yang sudah dijangkakan akan berlaku. Shuhaimi juga menolak tuduhan bahawa pihak Adun dan Ahli Parlimen tidak melaksanakan tugas dalam mengatasi masalah banjir itu. "Dalam berita di TV3 ada budak-budak daripada Umno membuat tuduhan mengatakan Ahli Parlimen dan Adun berjanji untuk membawa ekskavator untuk membersihkan laluan air. "Tuduhan itu berniat jahat kerana orang-orang itu tidak pernah berjumpa dengan pihak saya. "Mereka hanya mengambil kesempatan politik apabila berlaku masalah banjir untuk menyalahkan kerajaan negeri, ahli parlimen dan adun," katanya. | ||
PRU13: Jabatan Penerangan sudah bersedia Posted: 20 Oct 2012 05:06 AM PDT Jabatan itu telah lama bersedia dan kini melakukan penyelenggaraan bagi memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik untuk digerakkan apabila perlu. TAWAU: Jabatan Penerangan Malaysia sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, baik dari segi tenaga kerja mahupun logistik, kata Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau berkata jabatan itu telah lama bersedia dan kini melakukan penyelenggaraan bagi memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik untuk digerakkan apabila perlu. Persiapan jabatan termasuk penyediaan maklumat yang hendak disebar kepada rakyat serta program komuniti yang dilaksana secara berterusan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat warga Jabatan Penerangan Sabah dan taklimat isu semasa, di sini hari ini. Katanya sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawab menyampaikan dasar kerajaan, pihaknya terus meningkatkan aktiviti turun padang bersama masyarakat bagi memastikan rakyat memahami dasar berkenaan termasuk Belanjawan 2013. Antara perkara yang diberi fokus ialah penjelasan berkaitan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Tayar 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia, katanya. Ibrahim berkata menjadi tanggungjawab pegawai jabatan itu untuk menterjemahkan dasar kerajaan kepada bentuk yang mudah difahami golongan sasar. Mengenai kefahaman akar umbi berhubung dasar transformasi kerajaan, Ibrahim berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, kefahaman rakyat berada pada tahap amat tinggi. Katanya kajian yang dijalankan mendapati penghayatan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia serta penerimaan mereka kepada pelbagai program dan dasar yang dilaksana begitu baik. Bagaimanapun beliau menegaskan rakyat perlu diberi penjelasan berterusan oleh semua agensi kerajaan kerana ada pihak tertentu suka memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat. Mengenai pusat media bagi wartawan yang bertugas pada pilihan raya akan datang, Ibrahim berkata setiap Pejabat Penerangan negeri akan menyediakan kemudahan seperti komputer dan alat telekomunikasi bagi memudahkan wartawan melaksanakan tugas. Bernama | ||
Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion Posted: 20 Oct 2012 05:04 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Prestasi kewangan Selangor membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut. Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan prestasi itu yang diyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011. "Kenaikan pelaburan pada tahun lalu sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM928,61 juta. "Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun kelima berturut-turut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam semalam. Mengikut LKAN, Khalid berkata, Selangor turut mencatatkan kejayaan dalam beberapa aspek. "Ia meliputi peningkatan hasil sebanyak RM62.5 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011. "Kumpulan wang disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada 2010," kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu. Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan negeri turut menerima pujian dari segi peningkatan hasil wang simpanan. "Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil pelaburan dan pengurusan kewangan. "Sembilan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. Pembayaran hutang awam sangat baik. Projek pembangunan juga sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus," jelasnya. | ||
Laporan Audit lewat kerana wujud audit kedua – Azan Posted: 20 Oct 2012 05:00 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 mungkin disebabkan wujud audit kedua, bukan berpunca daripada Jabatan Audit Negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Katanya, hasil semakan mendapati, laporan tersebut disahkan seawal 12 Jun lalu dan laporan penuhnya telah disemak pada 25 Julai oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. "Ia telah diluluskan awal, jadi bagaimana mereka boleh kata Laporan Audit terpaksa dikeluarkan lewat sehingga sebulan atas alasan proses pengauditan?," tegasnya. "Kelambatan itu menyusahkan Ahli Parlimen untuk meneliti dan membahas sesuatu isu, ia pasti ada sebab lain, boleh jadi ada audit kedua," kata Azan. "Orang sering menyalahkan Jabatan Audit kerana kononnya mereka lambat buat kerja, tapi sekarang jelas, ada pihak lain yang menjadi punca," sinisnya pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Menurut Azan, kelewatan itu berlaku dua tahun berturut-turut dan pihaknya mengesyaki ada cubaan menyembunyikan ketirisan dalam kerajaan. Azan turut menyentuh mengenai 70 peratus jabatan kerajaan yang ditegur Ketua Audit kerana tidak mematuhi peraturan pentadbiran kewangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. "Hanya 30 peratus yang mematuhi peraturan, bayangkan bagaimana isu kebocoran kewangan tidak berlaku," katanya merujuk LKAN muka surat 100 perenggan dua. Rumusan penemuan audit daripada LKAN 2011 di muka surat 100 menunjukkan pengauditan secara mengejut mendapati kelemahan berlaku tidak banyak berubah dengan tahun sebelumnya. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kelewatan LKAN 2011 adalah untuk memberi peluang Ahli Parlimen membahaskan Bajet 2013 BN dengan lebih terperinci agar Ahli Parlimen tidak mencampur-adukkan dua perkara itu dalam satu masa. Azan bagaimanapun menyifatkan alasan Nazri ini sebagai tidak munasabah. | ||
MP Pakatan ke Filipina kongsi pengalaman kekalkan perjanjian damai Posted: 20 Oct 2012 04:57 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menghantar deligasi di kalangan Ahli Parlimennya ke Filipina untuk berkongsi asas-asas utama dalam mewujudkan keamanan di wilayah itu, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bercakap dalam kenyataan, Ketua Pembangkang itu berkata, ia adalah susulan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di selatan Filipina, minggu lalu. Beliau berkata, agenda rasmi delegasi terbabit adalah untuk bertemu dengan pihak berkuasa Filipina, pemimpin-pemimpin MILF dan tokoh politik yang terlibat dalam menyumbang ke arah keamanan. Anwar berkata, Pakatan Rakyat mempunyai sejarah tersendiri dalam kepelbagaian politik dan boleh berkongsi pengalaman untuk mempastikan perjanjian damai yang dimeterai berkekalan. "Prinsip inklusiviti adalah asas kepada keamanan yang kukuh dan harus melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam isu Moro. Kepelbagaian etnik dan puak di Filipina menuntut satu forum yang lebih luas untuk kestabilan yang berkekalan. "Pendekatan Pakatan Rakyat lebih inklusif dengan memberi tumpuan dan memastikan tidak ada kelompok masyarakat yang terpinggir, seterusnya masyarakat di rantau ini akan mendapat kebaikan darinya," katanya hari ini. Sambil mengalu-alukan perjanjian damai, Ketua Umum KEADILAN itu menggesa semua pihak yang terlibat dalam merangka ke arah keamanan harus melibatkan MILF, MNLF, tokoh-tokoh politik di Mindanao dan juga masyarakat pribumi untuk keamanan yang mampan di Mindanao. Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, rakyat Mindanao majoriti beragama Islam dan berasal dari rumpun Melayu nusantara telah lama dinafikan hak mereka dalam pentadbiran kerajaan Filipina. Sikap dwi standard kerajaan Filipina yang terdahulu terhadap bangsa Moro Islam ini telah berlanjutan sejak 40 tahun lalu dan pergolakan tersebut meragut hampir 150,000 nyawa. Perjanjian yang penuh bersejarah itu menandakan era baru dalam proses perdamaian di Mindanao. | ||
Pakatan mahu Pusat tangguh AES, henti ‘rompak’ duit rakyat Posted: 20 Oct 2012 04:54 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat menolak alasan kerajaan bagi menjustifikasikan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni hasil 'rompakan' duit rakyat. "Kroni-kroni Umno BN meraih keuntungan daripada projek ini. Kita mahu Umno BN melaksanakan sistem ini dengan telus kerana ia melibatkan wang rakyat," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, kerajaan memperketatkan undang-undang yang tidak sepatutnya dan ia digubal semata-mata untuk mengaut keuntungan. "Kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat," tegasnya. "Seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, memandu laju tidak dijadikan asas utama kesalahan," jelas beliau. Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin 'membuat' duit melalui kutipan saman. "Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat," katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula. AES sebabkan kemalangan meningkat di London Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan bahawa AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak boleh diterima dan mengecewakan. Menurut Mahfuz, terdapat satu kajian yang dibuat menunjukkan kadar kemalangan di bandar yang menggunakan kamera AES lebih tinggi berbanding bandar yang tidak menggunakannya. Kajian yang dibuat sekumpulan masyarakat awam pembayar cukai di London itu mengkaji kadar kemalangan terhadap 1,000 kenderaan berdaftar di beberapa bandar yang menggunakan AES dan tidak menggunakan AES. Kajian mereka mendapati kadar kemalangan di bandar London yang menggunakan kamera AES adalah 90.9. Swindon, bandar kurang kemalangan tanpa AES Sebaliknya, sebuah lagi bandar – Swindon di United Kingdom (UK) yang telah memansuhkan kamera AES pada 2009 hanya merekodkan kadar kemalangannya 2.0. "Malah London menjadi bandar kedua paling teruk di UK dari segi kemalangan kerana faktor jalannya terlalu teruk," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada sidang media di Parlimen sambil menambah AES di UK diletakkan di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mahfuz turut memberi contoh di Jerman terdapat lebuh raya 'autobahns' di mana tiada sekatan terhadap kelajuan kepada pengguna, tetapi mengenakan penalti kepada pengguna yang memandu di bawah had minimum. "Bukan soal kelajuan yang menjadi punca. Kalau bawa perlahan pun tetapi salah lorong boleh membawa kemalangan juga. Alasan itu tak boleh diterima. "Sebab itu kita mintak kerajaan tangguh dulu penguatkuasaan AES ini dan runding dahulu dengan semua pihak," katanya, dipetik Harakah Daily. Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera AES di 831 lokasi di seluruh negara. Beliau berkata, langkah itu akan diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekaligus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat. Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 September lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. | ||
Kaum India bantah DBKL roboh kuil 100 tahun Posted: 20 Oct 2012 04:52 AM PDT Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR : Lebih 50 kaum India berhimpun depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakannya bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar meroboh Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman berusia lebih 100 tahun. Pengerusi kuil, R. Balasubramanian berkata, notis meroboh diterima pihaknya pada 25 September lalu dan diberi tempoh hingga 24 Oktober ini untuk berpindah. "Ini adalah notis ketiga selepas notis sama diberi kepada kami pada 2010 dan 2011, apa yang dikesalkan DBKL dan Kementerian mengarah kuil diroboh dalam keadaan Mahkamah hanya akan bersidang pada 1 November ini. "Pihak kuil juga diarah membayar RM250 setiap hari jika tidak berpindah bermula 25 Oktober ini seperti dinyatakan dalam notis DBKL bertarikh 25 September lalu," katanya kepada Suara Keadilan. Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, N, Surendran, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M. Ravi, Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran, pemimpin kuil itu dan puluhan masyarakat dan aktivis masyarakat India. Balasubramanian berkata, isu bermula apabila pemaju Menara Hup Seng Sdn Bhd mahu mengambil lapan kaki tanah dari tapak kuil sejak beberapa tahun lalu namun mereka menolaknya. "Kami menolak kerana tanah ini milik Kerajaan Persekutuan dan kami sudah diberi kebenaran mendudukinya sejak DBKL belum ditubuh lagi dan selepas itu, peguam kami bersama peguam pemaju dan DBKL bersetuju membawa kes ini ke mahkamah. "Malangnya, pada 25 September lalu, DBKL mengarah berpindah dalam masa 30 hari dan kami syak berlakunya salah guna kuasa atas arahan mengejut ini, maka kami membuat laporan di balai polis Dang Wangi 12 Oktober lalu," katanya. Balasubramanian turut berterima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana konsisten memperjuang hak mereka. "Sejak notis pertama diterima pada 2010 hingga kini, tiada seorangpun pemimpin India dari mana-mana komponen BN datang atau bantu dan sebab itu kami hari ini bersetuju pimpinan Pakatan Rakyat bersama untuk bertemu Datuk Bandar dan menteri," katanya. Sementara itu, Surendran yang merupakan salah seorang peguam bagi pihak kuil berkata, usaha Pakatan untuk menyelesai masalah itu bagaimanapun belum berjaya. "Kami tawar tiga pilihan kepada DBKL iaitu beri penjelasan secara langsung dari Datuk Bandar atau Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku menteri Wilayah atau tarik balik notis, malangnya, mereka tidak memberi apa-apa kata putus," kata Surendran. Setakat 12 tengah hari tadi, kumpulan itu kekal berhimpun depan pejabat DBKL dan dikawal kira-kira 30 pasukan polis dan pegawai DBKL sejak 9 pagi, walaupun himpunan hanya bermula 11.30 pagi. | ||
Guan Eng cadang kerajaan jangan tiru sikap Soi Lek Posted: 20 Oct 2012 04:51 AM PDT Roketkini.com DAP menggesa supaya isu-isu besar yang diketengahkan laporan tersebut diberi perhatian oleh Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen kerajaan BN kepada ketelusan dan akauntabiliti. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyelar tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memperlekehkan laporan terbabit kononnya laporan itu tidak memberi sebarang impak terhadap sokongan rakyat kepada BN. "Malah mantan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat juga telah menyerang penggantinya itu," ujar Guan Eng. Soi Lek malah telah dilaporkan berkata bahawa jika Laporan Ketua Audit Negara tersebut mempunyai apa-apa kesan, kerajaan BN pasti akan tumbang pada setiap tahun laporan itu dibentangkan kepada parlimen. Guan Eng turut menggesa pihak kerajaan supaya meneliti kelemahan-kelemahan yang telah dilaporkan, antaranya termasuk yang berkaitan kontrak besar kerajaan serta projek-projek yang dilakukan secara runding terus berbanding tender terbuka yang memberi kesan kepada kepercayaan terhadap kerajaan. Beliau turut menegur tindakan kerajaan membatalkan hutang terhadap Perwaja Terengganu Sdn Bhd yang telah tidak dibayar sejak 14 ke 17 tahun lalu bernilai RM1.6 bilion seperti yang telah didedahkan laporan Ketua Audit Negara. "Kenapa kroni boleh dibatalkan hutangnya, tetapi bukan rakyat biasa?" soal beliau. Selain itu Guan Eng turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberi pengecualian cukai lesen kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) berjumlah RM1.37 bilion. Beliau meminta kerajaan menjelaskan kenapa syarikat terbabit diberikan pengecualian yang merugikan alam sekitar dan tanpa memberi sebarang faedah kepada rakyat. "Jika tiga perkara ini tidak dipedulikan, jelaslah BN telah mencontohi sikap Chua Soi Lek dengan tidak mengendahkan laporan negatif Ketua Audit Negara, menyangkakan ia tidak memberi impak kepada sokongan rakyat," jelas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. – Roketkini.com | ||
Posted: 20 Oct 2012 04:47 AM PDT Roketkini.com Nama United Malay National Organization mestilah dijaga elok, kerja-kerja kotor hendaklah diserahkan kepada 'macai-macai' supaya najis mukhaffafah, mutawassitah atau mughallazah tidak terpalit pada jasad United Malay National Organization, lalu mengundang keliru barisan sendiri. Nah hari ini tetaplah hati pakar-pakar fiqah itu. Tentu sekali selepas mendapat lampu hijau 'abang besar', PERKASA mengumkan fatwa, "Haram umat Islam undi MCA". Walaupun Habib mereka Syed Hassan Syed Ali mengatakan mereka telah pun berijtihad dan tentu sekali berjihad mahu memenangkan BN. Fatwa ini terpaksa juga dikeluarkan kerana MCA sudah melampau. Tidak, MCA melampau bukan kerana menghina Islam, itu rutin biasa Chua Soi Lek dan propagandis-propagandis MCA. Menakut-nakutkan bukan Islam tentang betapa bahayanya Islam ini. Betapa jijiknya mereka yang cuba memelihara adab-adab agama mereka. Barangkali bagi mereka itu lebih hina daripada terkantoi di hotel. Jadi kalau fatwa itu kerana marah, sudah tentu PERKASA telah lama dahulu berfatwa. Tidak, cuma kali ini Soi Lek sudah melampau. Melampau kerana hujah yang diberikan teramat bodoh. Sumbernya pula SMS. Penghantarnya tidak dikenali. Chua Soi Lek kelihatan seperti mahu membuat persembahan komedi tanpa persediaan rapi. Tindakan Chua Soi Lek yang sungguh tidak bergaya ini akan memalitkan najis mughallazah kepada BN khususnya United Malay National Organization, yang sudah cukup derita terkesan dengan jenaka-jenaka tuan Presidennya. PERKASA perlu dilepaskan untuk memberi keseimbangan. Ada ahli PERKASA kini tentu pening dalam kitaran ganas kekeliruan, mahu menangkan BN tetapi pada masa yang sama tolak MCA. Sedangkan MCA itu antara parti komponen terbesar BN. Dahulu dengar ceritanya, ada ahli PERKASA yang kerat dua kad keahlian kerana Ibrahim Ali tidak muncul di perhimpunan lawan Bersih 2.0. Kini ahli yang keliru boleh kerat apa sahaja yang mampu dikerat pada tubuh mereka. Namun PERKASA tak perlu juga risau-risau, nanti dekat-dekat pilihan raya PERKASA boleh ubah fatwa itu. Alah, sedangkan Imam Syafi'i ada qaul qadim (pandangan lama) dan qaul jadid (pandangan baru), inikan pula PERKASA! – Roketkini.com | ||
Wan Azizah masak kek istimewa, kempen tingkat kesedaran jenayah Posted: 20 Oct 2012 04:41 AM PDT 0leh: Aisha Geofrey KUALA LUMPUR : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkempen dengan cara tersendiri bagi mempupuk kesedaran terhadap peningkatan jenayah, khasnya kepada golongan wanita dan suri rumah. Ia dilakukan menerusi demonstrasi masakan dari dapur di kediamannya dalam program dinamakan 'Santai Bersama Kak Wan' anjuran Biro Komunikasi KEADILAN Pusat. Program itu turut bertujuan mempromosi laman Facebook, "Malaysian Mothers Against Crime' dengan mensasarkan 10,000 menyukai laman sosial berkenaan. Menariknya dalam program selama sejam itu, Wan Azizah sendiri menyediakan kek keju istimewa yang dimasak khas kepada sekumpulan kaum ibu yang hadir. Semasa sidang media selepas itu, Azizah berkata, jenayah terhadap wanita di Malaysia kian meningkat dan tidak mendapat perhatian secukupnya dari kerajaan. Katanya, ia terbukti apabila wanita semakin merasa tidak selamat berada di tempat awam mahupun kediaman sendiri. "Seorang rakan saya, diragut rantai emas di lehernya ketika sedang berada di rumahnya sendiri, bayangkan betapa jenayah semakin menjadi-jadi sekarang?" "Walaupun kerajaan beri persepsi jenayah menurun, tapi apabila ia berlaku kepada diri anda, ia menjadi 100 peratus," tambahnya. "Walaupun ini hanya program kecil tapi ia amat bermakna, saya boleh berkongsi cerita, pandangan dan pengalaman bersama para ibu yang lain," kata isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu "Sebagai ibu, tanggungjawab untuk memastikan ahli keluarga sentiasa dalam keadaan selamat, itu yang paling utama," tambahnya. | ||
Utusan fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, main sentimen perkauman lagi Posted: 20 Oct 2012 04:34 AM PDT Roketkini.com Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri. Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik. "Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan," kata Guan Eng. Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit. Guan Eng turut berkata bahawa sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau. "RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang," "Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi," ujar beliau. Untuk mengelakkan tuduhan sedemikian katanya, wang kerajaan negeri digunakan dahulu, memandangkan wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah sahaja sudah menjangkau RM35 juta. Menurut beliau lagi, "Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan jaminan untuk membina rumah mampu milik dan dibukti dengan rumah pangsa. Kerajaan negeri, tidak seperti kerajaan UMNO-BN yang berjanji selama 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas dan masih tidak dibina sehingga hari ini," sambil memberitahu bahawa 330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan. "Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?" soal beliau. – Roketkini.com | ||
Sampai perlu acu pistol ke kepala? Posted: 20 Oct 2012 04:04 AM PDT Oleh Izmil Amri Manusia spesis ini tidak akan pernah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kecuali kalau diletakkan pistol ke kepalanya. Ya itulah yang disebut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang tampan bergaya dengan kemeja merah jambunya tatkala disoal tentang yang mana lebih dia dahulukan, Melayu atau Malaysia. Sang menantu mantan Perdana Menteri terpaksa mengambil hampir tiga minit untuk sampai kepada jawapan tidak ikhlasnya yang mafhumnya, 'Kalau diletak pistol ke kepala saya, saya akan kata bahawa saya Malaysian first, kemudian Melayu.' Macam tu sekali? Sampai kena acu pistol ke kepala kau Khairy? Sampai macam tu sekali baru kau nak mengaku kau 'Malaysian first'? Dari jauh kita akan mendengar slogan dan logo 1Malaysia saranan APCO kepada Perdana Menteri NAJ1B Razak menangis sayu. Ranaplah harapan kesatuan bangsa dan kemakmuran kaum. Terlihat jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO ini langsung tidak ikhlas dengan jawapannya. Malah saya akan terus terang kata bahawa beliau sebenarnya menipu. Hadirin yang mengikuti forum anjuran alumnus Chevening itu pastilah tidak terbeli dengan ayat politik Khairy Jamaluddin. Tidak ramai yang bertepuk tangan apabila jawapan tersebut keluar dari mulut Khairy, menegaskan jawapannya kepada soalan sebelum itu bahawa memang ada isu kepercayaan di kalangan rakyat terbanyak terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Tidak sedia, tidak peduli Forum yang dianjurkan pada malam itu cuba membicarakan masa depan ekonomi Malaysia. Dengan ahli panel tersohor lain seperti Tony Pua dan Dr Jeyakumar dari PSM; Khairy datang dengan selamba dan tidak bersedia. Seolah-olah berkata kepada tuan rumah dan hadirin yang datang bahawa 'aku datang hanya untuk tunjuk kemeja merah jambu ini dan bertawakal sahaja dengan apa modal retorik politik yang aku ada.' Malah Khairy tanpa segan silu mengakui bahawa ya dia tidak bersedia dan untuk forum malam itu, dia harus terpaksa mencuri 'slide' pembentangan Power Point Idris Jala. Dan bermula di 'slide' yang memaparkan gambar Menteri Perdana, NAJ1B Razak. 'Haaa.. ada gambar bos. Ini bagus,' kata Khairy dalam Bahasa Orang Putih. Ya lah, mesti kena berseloroh di forum anjuran Chevening ini. Mesti lah British. Graduan Oxford lah katakan. Lagipun kalau Khairy bercakap serius pun orang ketawa juga. Alang-alang demikian, baiklah buat lawak terus. Kan? Soalan perangkap Soalan yang memerangkap Khairy tersebut sebenarnya telah terlebih dahulu dijawab oleh Dr Jeyakumar, pemimpin PSM yang hadir jelas nyata malam itu dengan penuh dokongan dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Soalan yang ditanya mudah sebenarnya. Dan tidak memerlukan tiga minit ayat bersimpang siur seperti jawapan Khairy. Soalan daripada hadirin malam itu berkisar tentang slogan 1Malaysia yang cuba dibawa NAJ1B secara bersusah payah demi mewujudkan rasa ketergabungan antara kaum. Konsep yang sama sekali tidak banyak beza dengan konsep Malaysian Malaysia yang dibawa DAP suatu masa dahulu, dikatakan gagal dianuti beberapa pihak yang berasosiasi dengan UMNO dan NAJ1B Razak. Ini jelas diperlihatkan dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak sudah-sudah menggunakan konotasi berbaur perkauman sempit untuk menyerang lawan-lawan politik UMNO. Malahan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi rujukan pelajaran agama sekolah rendah NAJ1B Razak juga gagal memberikan jawapan yang menuruti konsep kebersamaan dan keserataan yang didakwahkan. Ya, ramai rakyat yang tidak menggemari jawapan Muhyiddin yang mengakui dirinya lebih Melayu berbanding 'Malaysian'. Bukan yang bukan Melayu sahaja. Jadi soalan ini ditanyakan kepada panel, dan Dr. Jeyakumar dengan cemerlang menyatakan bahawa beliau pasti ramai yang hadir ke forum malam tersebut turut menyertai perhimpunan Bersih dan telah melihat 1Malaysia diamalkan di dalam perhimpunan itu. Bagaimana rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama dapat berkumpul bersama menuntut perubahan kepada sebuah sistem yang sudah tua dan perlu ditukar. Indah dan tepat jawapan Dr Jeya itu. Khairy gagal Tetapi malang bagi Khairy kerana gagal membaca sentimen hadirin yang barangkali disangkanya tidak dapat menangkap permainan bahasanya. Hatta sanggup ia mengaku bahawa beliau seorang 'Malaysian first' hanya apabila diacukan pistol ke kepala. Eh hello Khairy. Kalau kau acu pistol ke kepala aku pun aku akan sanggup isi borang UMNO. Tapi pastilah aku tak ikhlas isi borang parti perkauman tersebut? Kan? Mana-mana manusia pun pasti akan sanggup lakukan apa sahaja jika diacukan pistol ke kepala. Termasuk tinggal bersama lembu-lembu di mana-mana kondominium sekitar Bangsar. Atau meletupkan mana-mana model Monggolia. Tapi kesanggupan dan kerelaan itu adalah dipaksakan. 'Under duress' dalam bahasa undang-undangnya. Pengakuan yang dipaksakan adalah pengakuan yang tidak sah dan tidak layak dibawa menjadi keterangan di mahkamah. Maka Khairy Jamaluddin telah berbohong di hadapan khalayak umum. Demi kepentingan politiknya, beliau telah jelas menggunakan retorika demi populariti. Mujurlah Khairy tidak akan sempat menjadi Perdana Menteri paling muda. Dulu kini dan selamanya Khairy adalah terlebih dahulu Melayu. Sepertimana yang dikehendaki para penyokong UMNO yang tidak mampu berhijrah daripada aqidah perkaumannya. – Roketkini.com | ||
DAP ketuai jawatankuasa tangani masalah belia India Posted: 20 Oct 2012 03:58 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa bertindak untuk menangani isu gangsterisme di kalangan belia India berjaya dibentuk hari ini setelah mencapai kata sepakat dalam satu sidang meja bulat bersama beberapa wakil NGO, Pertubuhan Pelajar dan parti-parti politik. Jawatankuasa yang dianggotai seramai 15 orang ahli ini dibentuk untuk mencari formula penyelesaian konkrit terhadap gejala gangsterisme di kalangan belia India yang makin berleluasa dan membimbangkan. Menurut Pengerusinya, M. Manogaran yang juga Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, menularnya gejala gangsterisme dikalangan masyarakat India khususnya golongan belia bermula sejak zaman persekolahan. Menjelaskan kenyataannya, Manogaran berkata, antara punca utama ia berlaku disebabkan beberapa faktor seperti kemiskinan dan keciciran dalam pendidikan dalam komuniti India sendiri. "Masalah ekonomi adalah punca utama berlakunya gejala ini. Kita juga tidak dapat melihat kehendak politik dari pihak kerajaan yang seolah-olah mengganggap ini isu orang India, "Kita tidak boleh berfikiran begitu. Masalah orang India ini sebenarnya adalah masalah nasional. Gangster India, dia merompak tak kira bangsa. Melayu pun dia rompak, Cina pun dia rompak. Samalah juga dengan gangster Melayu atau Cina, mereka tak kira siapa untuk dapat wang," Mengulas lanjut, Manogaran bersetuju bahawa gangsterisme adalah masalah nasional. Pun begitu ujarnya, statistik penglibatan kaum India dalam gangsterisme menunjukkan bilangan belia India lebih tinggi berbanding kaum lain. "Keciciran, kemiskinan, mesti ada sebab. Itulah masalah yang kita kena lihat dan selesaikan." Sidang meja bulat tersebut pada hari ini telah mengusulkan tiga resolusi utama iaitu untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara dan mengadakan perbincangan, menganjurkan perhimpunan yang melibatkan kalangan masyarakat India untuk menyuarakan kebimbangan dan suara hati mereka dan melaksanakan kempen menolak budaya gangsterisme secara berperingkat. – Roketkini.com | ||
KANTOI! Shalimin Ketua Umno Taiping Rasmi Konsert Ditaja Syarikat ARAK! Posted: 20 Oct 2012 03:30 AM PDT JALAN PULANGKalau sudah namanya 'syaitan yang dikenali' yang haram pun boleh jadi HALAM! Begitulah yang dibuktikan oleh Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie kununnya tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal tetapi sebenarnya ada dan ditaja pula sebuah syarikat minuman keras terkenal. Konsert yang akan diadakan di sebuah dewan Cina berhampiran stesen bas di Taiping itu khabarnya akan cuba menarik golongan muda terutamanya kaum Tionghua untuk berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung. Shalimin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan simen didakwa akan merasmikan sendiri konsert tersebut selain diiringi beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) parlimen tersebut. Menurut sumber, ini sebagai satu strategi terbaru BN cuba untuk menarik pengundi muda Cina supaya memberi sokongan terhadap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Persolannya, beginikah sikap dan akhlak seorang pemimpin beragama Islam yang sudah pun menunaikan haji ke tanah suci sanggup menggadaikan maruah diri dan agama dengan merasmikan majlis yang ditaja sebuah syarikat arak? Sudah tidak adakah pemimpin BN bukan Islam yang boleh menggantikan tempat Shalimin merasmikan majlis tersebut walaupun dalam Islam tidak melarang penganut agama lain untuk berhibur malah bebas berbuat apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang. Bukankah BN Taiping ditandingi Presiden PPP, M Kayveas yang kalah dalam pilihanraya umum lalu dan untuk mengelakkan fitnah, mengapa tidak dia sendiri yang merasmikannya? Mengapa alim ulama dalam Umno bahagian Taiping terus diam membisu tidak berani menegur Shalimin yang sama ada sedar ataupun sebaliknya sudah terjerumus ke dalam maksiat? Apakah reaksi ahli Umno agaknya setiap kali lalu di hadapan kain rentang berkenaan kerana ia sudah pasti akan memberi 'saham' kerana tidak menegur pemimpin yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan apatah lagi agama Islam? Paling utama, mengapa Zambry juga tidak berani menyanggah tindakan setiausaha politiknya sendiri kerana ia jelas bertentangan dengan perjuangan Umno yang kununnya memartabatkan Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu? Kerana undi, bakal tergadai akidah diri!- JALAN PULANG | ||
PRU13: PR kini pada situasi ‘simple majority’ Posted: 19 Oct 2012 11:18 PM PDT
KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah. Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu. Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru. Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi. "Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku. "Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. "Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif," katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi. Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa. Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya. Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet. "Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan. "Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali," ujarnya. Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya. Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun. Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain. "Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN," tambahnya. | ||
Kerajaan perlu menolak budaya sindrom penafian dalam isu jenayah, kata Wee Posted: 19 Oct 2012 11:08 PM PDT KUALA LUMPUR — Kerajaan harus menolak budaya sindrom penafian dengan menafikan keadaan keselamatan yang menjadi semakin teruk dan menyalahkan pihak media kerana menghebohkan berita jenayah, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong (gambar). Beliau berkata, sebaliknya kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang berkesan supaya rakyat benar-benar berasa selamat. "Pihak kerajaan perlu menerima hakikat ini dan memahami mengapa rakyat kini hidup dalam ketakutan dan kebimbangan. "Jadi, segala langkah perlu diambil untuk mengendalikan rasa selamat yang diidamkan rakyat, dan rasa selamat ini hendaklah bertambah kuat dari sehari ke sehari," katanya dalam mesyuarat agung Pemuda MCA hari ini. Menurutnya lagi, statistik jenayah yang diumumkan pihak kerajaan sering diragui rakyat, serta keadaan yang tidak membantu masalah yang sebenar. "Hanya tindakan realistik, termasuk meningkatkan keberkesanan polis dan memerangi jenayah dengan tegas dapat membetulkan keadaan dan menjamin keselamatan negara," kata Wee lagi. Wee turut berkata, masalah keselamatan adalah masalah yang paling diberi perhatian oleh orang ramai, dan kehendak rakyat bukanlah penurunan kadar jenayah yang diumumkan oleh pihak kerajaan. "Kehendak rakyat adalah perasaan selamat di persekitaran mereka. "Menurut pakar psikologi terkemuka Abraham Maslow yang mengemukakan teorinya, rakyat negara ini telah dapat memenuhi keperluan asas dan keperluan selanjutnya ialah tentang keselamatan. "Oleh itu, pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjamin keselamatan rakyat dan harta benda mereka," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung parti tersebut. | ||
HK gugur kes Musa selepas siasatan SPRM, kata Nazri Posted: 19 Oct 2012 11:06 PM PDT KUALA LUMPUR— Putrajaya telah mengesahkan bahawa Datuk Musa Aman hanya dibersihkan daripada rasuah selepas agensi pencegahan rasuah Malaysia memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa sumbangan tunai RM40 juta yang didakwa untuk Ketua Menteri Sabah adalah "derma politik" kepada Umno. Menteri de-facto undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat Musa selepas Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong ingin mendapatkan maklumat mengenai isu itu. Beliau berkata ICAC telah meminta kerjasama SPRM selepas peniaga kayu Sabah, Michael Chia telah ditahan dan didakwa dengan pengubahan wang haram pada tahun 2008 kerana cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) daripada Hong Kong. Menurut laporan media, Chia pada masa itu memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang yang beliau bawa adalah milik Musa. "SPRM bersetuju untuk bekerjasama dengan rakan sekerja di Hong Kong itu dan telah mendapati wang yang dipersoalkan itu bukan untuk kegunaan peribadi Musa. "Agensi itu kemudian melaporkan kembali kepada ICAC dengan maklumat dan pihak berkuasa Hong Kong itu memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut dan menarik kembali aduan kepada mahkamah Switzerland," kata Nazri kepada The Malaysian Insider semalam. Menteri tersebut telah diminta untuk bertindak balas kepada dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa beliau telah memberi laporan bercanggah kepada Parlimen tentang agensi anti-rasuah Malaysia atau Hong Kong kuasa yang mula-mula membersihkan Musa daripada rasuah. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim telah menuntut pendedahan penuh dan kronologi peristiwa yang membawa kepada nama Musa dibersihkan, meningkatkan syak wasangka sama ada Malaysia telah campurtangan dalam kes tersebut untuk menyelamatkan pemimpin Umno daripada tuduhan rasuah. Lim menegaskan bahawa Nazri mula-mula memberitahu Parlimen bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah membebaskan Musa, berdasarkan penemuan daripada penyiasatan SPRM mengenai perkara itu. Menteri itu juga berkata bahawa ICAC telah menarik kembali permohonan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) dari mahkamah Switzerland selepas mendapati bahawa RM40 juta bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan kegunaan peribadi Musa. Akan tetapi apabila bercakap mengenai isu itu di Dewan Rakyat sekali lagi pada hari Khamis, Nazri telah memberitahu Dewan bahawa ICAC yang mula-mula membersihkan nama Musa, juga memberitahu ahli-ahli parlimen pembangkang agar merujuk pertanyaan mereka kepada agensi Hong Kong itu jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Lim berkata bahawa Nazri telah "mengikat dirinya dengan percanggahan" dan menuntut menteri tersebut menjelaskan agensi mana - SPRM, AGC atau ICAC Hong Kong — telah membersihkan nama Musa serta kronologi peristiwa tersebut. Antara lain, Lim berkata Nazri perlu mendedahkan butiran tentang bilakah SPRM menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkan kepada AGC, bilakah AGC mengisytiharkan perkara tersebut ditutup dan apakah SPRM telah bersetuju dengan pendapat itu. Beliau menambah bahawa menteri perlu mendedahkan bilakah ICAC selesai siasatan dan memutuskan untuk menarik kes dari mahkamah Switzerland. "Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang 'seludup' RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai "sumbangan kepada Umno Sabah, yang sepatutnya Nazri jelaskan di Parlimen pada hari Isnin depan," kata penasihat DAP itu. Apabila ditanya tentang bilakah AGC campurtangan untuk mengisytiharkan Musa tidak bersalah, Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak pasti. "Saya fikir yang terbaik anda bertanya AGC tentang itu. Saya tidak jelas sama ada AGC membersihkan Musa selepas ICAC menggugurkan kes atau sebelum," katanya. Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak telah menolak dakwaan pembangkang bahawa RM40 juta telah "diseludup" ke Malaysia. Beliau sebelum itu pernah mempertahankan derma, tetapi enggan mendedahkan butiran mengenai sumber dana. | ||
Posted: 19 Oct 2012 10:59 PM PDT Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yg sering mengadu kehilangan wang. Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya. Begitulah seperti yang dilaporkan kepada media Indonesia pada 18/8/2012. - Sumber Gempak.org Wa'allahhualam betul ke tidak. Wassalam, Wa'allahhualam -akuanakpahang.blogspot.com | ||
S'wak runding terus kontrak bernilai berjuta ringgit Posted: 19 Oct 2012 10:53 PM PDT Satu syarikat milik Setiausaha Kewangan Sarawak Diperbadan didapati menganugerahkan kontrak bernilai berjuta ringgit kepada empat firma, kebanyakannya melalui rundingan terus. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, lapan daripada 10 kontrak untuk pengeluaran dan penghantaran arang batu di Mukah dianugerahkan secara rundingan terus. Lombong arang batu itu terletak di Mukah, yang menempatkan kawasan DUN Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - Balingian. Kontrak berkenaan dianugerahkan tanpa perakuan daripada setiausaha kewangan negeri, yang ditetapkan untuk kontrak bernilai lebih RM500,000. Sebanyak 10 kontrak, masing-masing berjumlah antara RM4.42 juta dan RM262 juta dianugerahkan kepada Hock Peng Realty Sdn Bhd, Piritemp Sdn Bhd, Alam Suria Equity Sdn Bhd dan Verde Mount Corporation Sdn Bhd. Jumlah nilai keseluruhan 10 projek itu ialah RM923.03 juta. Penerima kontrak paling besar ialah Verde Mount Corporation yang dianugerahkan dua projek bernilai RM472.2 juta manakala Hock Peng Realty dianugerahkan tiga kontrak bernilai RM362.43 juta. Bagaimanapun, Sarawak Coal Resources dalam maklumannya kepada ketua audit berkata ia "tidak mengetahui" wujudnya pekeliling yang menetapkan sedemikian dan akan mematuhinya pada masa depan. Audit itu juga mendapati Hock Peng Realty dan Alam Suria tidak mematuhi kontrak dan laporan kesan alam sekitar. Hock Peng Realty sepatutnya menimbus semula tapak lombong berkenaan selepas operasi perlombongan berakhir pada 2011, namun laporan itu mendapati lombong Ulu Bedengan itu kini menjadi satu tasik yang besar. Syarikat Alam Suria Equity pula didapati menimbus semula tapak lombong Ulu Sikat, namun kawasan itu tidak dibaikpulih seperti ditetapkan dalam kontrak. | ||
Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'? Posted: 19 Oct 2012 10:47 PM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai "meracau" dan cuba menjadi "hero kartun" apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan. Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik. "Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?" katanya. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat. "Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka," katanya. Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak "syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat". Istilah "syaitan yang dikenali" digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris "better to choose the devil you know than the angel that you don't know" (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali). Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu. "Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup. "Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen kafe siber dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua," katanya lagi. | ||
Posted: 19 Oct 2012 10:39 PM PDT ULASAN Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai "pengkhianat" negara. Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan "kesan tom yam" keruntuhan mata wang bath. Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur. Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an. Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa "pengkhianat" sewaktu di puncak kuasanya. Mahathir mempergunakan Malaysiakini - seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros - waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya. Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara. Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum. Dana gelap kepada Abramoff Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000. Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore - sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat - yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur. Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002. Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia. Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush. Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff - bersama taktik gelap pelobi itu sendiri - menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya. Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut. [Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.] Bolak-balik perseteruan Dr M Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan. Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas "anak didiknya" menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula. Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini. Sikap sebegini - berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan - sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an. Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah. Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini. Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini. Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah. Lidah orang politik Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun. Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan "undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros"! Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang - perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan. Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu. Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu. Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama - dan "NGO seperti Malaysiakini" itu juga - kini dianggapnya "ejen Soros" untuk "menukar rejim" BN. Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu. FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan