Selasa, 2 Oktober 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j

Posted: 02 Oct 2012 05:31 AM PDT

 
Aidila Razak


 
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan gantirugi bagi penahanan secara tidak sah berjumlah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak dengan defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

NONEMahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Keputusan pilihan raya kampus UIAM dijangka 9 malam

Posted: 02 Oct 2012 05:25 AM PDT

SINAR HARIAN
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus. 
 
GOMBAK – Pengundian semula pilihan raya Majlis Pimpinan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang diadakan ekoran masalah teknikal minggu lalu, berakhir kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr Mizan Hitam, paling awal keputusan pilihan raya, yang menyaksikan saingan sengit antara kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, akan diumumkan 9 malam ini.
Pengundian dimulakan jam 9 malam tadi.

"Pengumuman paling awal 9 malam ini, mungkin proses pengiraan akan mengambil masa memandangkan kali terakhir kami menggunakan sistem manual adalah tahun 2003," ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mizan memberitahu jumlah pelajar yang keluar mengundi hari ini adalah memuaskan dan jika pun berlaku pengurangan berbanding Selasa lalu, ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

"Peratus mengundi setakat jam 2.30 tengah hari tadi dianggarkan 60 peratus pelajar sudah keluar mengundi di kesemua lokasi pembuangan undi.

"Bagi kami, 60 peratus itu sudah memadai kerana sasaran pelajar yang keluar mengundi adalah 70 peratus," katanya.

Tambahnya, pelajar dilarang berkempen bagi pengundian semula ini setelah tempoh kempen sebenar berakhir secara rasmi, Isnin lalu.

"Pelajar mengguna pendekatan individu untuk mengajak rakan-rakan mereka turun mengundi," katanya.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan iaitu 18 kerusi di kampus Gombak manakala 13 kerusi di kampus Kuantan.

TNC ditahan SPRM

Posted: 02 Oct 2012 05:24 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

sprm
SPRM
 
SENAI – Seorang Timbalan Naib Canselor universiti tempatan awam ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

"Beliau telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini dan kita  menyiasat perkara ini dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

"Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan pendakwaan akan dilakukan esok (hari ini)," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima barangan berharga dengan tiada balasan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mustafar berkata nilai yang terlibat berjumlah RM15,000.

KDN rujuk AG isu batal permit Malaysiakini

Posted: 02 Oct 2012 05:20 AM PDT

Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

CHERAS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan merujuk Peguam Negara berhubung keputusan mahkamah yang membatalkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak memberikan permit kepada portal Mkini yang mengendalikan portal berita Malaysiakini.

Menurut beliau, adalah mustahak untuk menyiasat keseimbangan dalam membuat keputusan.

"Penting untuk kita timbang tara (supaya tahu keputusan tidak berat sebelah)," kata beliau kepada pemberita.

Jelasnya lagi, perkara yang nampak remeh tidak seharusnya diambil muda kerana ia mungkin boleh mengundang kemudaratan kepada negara.

"Jangan ingat bahawa perkara-perkara yang nampak mudah, bebas, tidak memudaratkan," tambah beliau lagi.

Walau bagaimanapun beliau menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada hakim untuk membuat keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam membatalkan keputusan KDN untuk tidak memberikan permit kepada pengendali portal tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan arahan KDN sebagai tidak wajar dan melebihi bidang kuasa kementerian itu.

Najib: Berani Bentang Tak Berani Berdepan

Posted: 02 Oct 2012 05:16 AM PDT

MSO

Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.

Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.

Jiwa Najib tak sehebat baju hijau.
Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.

Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.

Pembangkang dalam konotasi perlimen ialah pihak membuat teguran terhadap apa-apa juga yang dipandang tidak baik agar ia menjadi baik. Bangkangan juga memberi idea atau input baru bagi mencantikkan lagi apa-apa keadaan yang tidak indah bukannya menambahkan keburukan dan kejelekan. Misalnya kalau pembangkang memberi tegruan dan menambah makluamt terhadap bajet diberikan Najib ia akan menjadikan bajet itu cantik dan sempurna lagi. Natijahnya yang mendapat nama dari kebaikan itu bukan pembankang tetapi Najib dan kerajaan sendiri.

Tetapi apabila beliau mengambil sikap dan budaya merasakan pembangkang itu selamanya membangkang dan prejudis kepada kerajaan ia adalah satu sikap negatif yang tidak membawa keuntungan. Sikap tidak perlu diamalkan oleh seorang perdana menteri. Perangai atau pun pendirian seperti itu tidak wajar dijadikan tradisi dalam berpolitik dan berkerjaan. Apa yang Najib lakukan itu bakal diamalkan oleh species didalam Umno selepas ini dan ia adalah politik anti tamadun.

Ironisnya semasa Najib membentangkan bajet selama hampir dua jam, ia didengari dan ditekuni dengan cermat oleh pembangkang termasuk Anwar. Mereka mendengar bukan sahaja untuk mencari salah dalam ucapan Najib tetapi sebagai menghormati itulah bajet untuk negara yang dibentangkan oleh perdana menteri. Mereka mendengar untuk memberi pandangan dari persepktif mereka serta tanggungjawab sebagai pembakang dalam hakikat sebenarnya.

Makanya kalau Anwar dan sekalian ahli pembangkang lain boleh menahan diri, menahan sabar dengan gurauan Najib yang sesekali memedihkan telinga dan memanaskan hati, kenapa Najib begitu sombong dan 'agah' untuk berbuat demikian? Apakah sudah ada satu perlembagaan baru (sub seksyen) yang digubalkan di mana perdana menteri tidak berhak atau perlu mendengar ulasan dan perbahasan ke atas bajet yang dibentangnya. Bahawa telinga Najib sudah ' berbolot' dengan tahi telinga tatkala Anwar bangun berucap? Begitukah?

Paling menjahilkan lagi keadaan dan politik di sebelah kerajaan, apabila bukan sahaja Najib tetapi timbalannya juga terikut-ikut dengan sikap dan ulah Naib. Mereka juga tidak hadir untuk mendengar ulasan atau perbahasan bajet oleh pembangkang. Rakyat yang bermaruah dan tahu terlalu berpolitiking akan bertanya dimakah maruah dan integriti mereka? Jangan salahkah rakyat, kalau rakyat merasa mual dan menganggap mutu siasah mereka sebagai pemimpin sangat rendah.

Najib dan sekalian menteri harus faham yang menjadi pemerhati dan mengambil bahagian dalam politik bukan saja rakyat kelas tiga yang seronok dengan cara mereka berbasi basi dalam politik. Tetapi parlimen atau tingkas laku mereka juga diperhati oleh golongan cerdik pandai, baik di dalam negara maupun di luar negara. Mereka akan memerhati sejauh mana penerimaan Najib dalam hal ini. Seorang pemimpin yang hebat dan agung itu mengambil sikap terbuka dan tahu meletakkan sesuatu kepentingan dan tanggungjawab itu pada tempat dan masanya.

Kalaulah Najib berkorban untuk mendengar ucapan Anwar semalam, dia akan dilihat bukan saja bertangjungjawab dan berani tetapi ia akan disuluh sebagai seorang ahli politik yang praktikal dan gentlemen. Sikap itu akan dihormati oleh rakyat, oleh pembangkang juga dan penyanjungan kepada menjadi lebih tinggi lagi.

Kita tahu di dalam parlimen Najib atau menteri kewangan ada wakilnya. Para pegawai akan mencatat apa-apa yang diulas dan ditegur oleh pembaangkang kemudian akan di bawah ke pengetahuannya. Manakala back-bencer pula akan menganggu mana-mana ucapan pembangkang yang langsung mengkritik Najib atau pun melencung jauh dari topik asalnya. Namun kewujudan dan keberadaan mereka di situ tidak 'sebermakna' dengan adanya sendiri menteri kewangan dalam dewan. Atau dengan adanya timbala-timblan menterinya. Kandati Najib mengikuti perbahasan oleh Anwar menerusi live tv di pejabatnya, namun hakikatnya rekod akan dicatat sebagai beliau berada di luar dewan.

Orang akan melihat Najib bukan seorang menteri yang badot kalau beliau memaksa diri sekejap mendengar ulasan Anwar. Bukan sahaja Anwar malahan seluruh ahli parlimen akan melihat Najib sebagai seorang pemimpin gentlemen dan bertanggungjawab. Sebagai insan, sudah tentu akan ada sentuhan jiwa bila berlaku pandangan mata. Bila situasi ini wujud ia boleh menyejutkan kepala dan timbul rasa damai di hati. Tetapi bila keadaan seperti itu terus berlaku, berjauhan dan pulau memulau inilah menyebabkan wujud ketegangan sepanjang masa.

Implikasi buruk sebenarnya diterima Najib apabila beliau enggan mendengar ucapan Anwar. Orang yang cerdik akan menganggap bahawa Najib tidak seberani yang ditonjukkan menerusi aksi dalam syarahannya. Orang akan menganggap Najib seorang tidak bertangungjawab seperti mana dilaung-laungkan. Dan lebih parah lagi orang akan kata Najib tidak sanggup berdepan mendengar perbahasan dan ulasan Anwar, kerana Najib tidak mampu untuk berbahas secara spontan dan langsung melainkan hanya mampu membaca baris-baris, komen dan titik apa yang telah disuratkan.

Hakikat ini jelas apabila isi, perkataan dan laras bahasa didalam tiga bajet Najib yang saya dengar adalah perulangan frasa-frasa yang sama, perulangan sebutan-sebutan dan ayat retorika yang sama, perulangan sindiran-sindiran yang sama, cuma yang ada sedikit pengubahan figure dari kecil menjadi besar sebaliknya dari yang besar diperkecilkan mengikut keperluan sesama.

Apapun yang ketara dalam pembentangan bajet kali ini Najib berani memakai sut berwarna hijau, warna syurga yang menjadi milik Pas? Seharusnya bila Najib berani memakai baju hijau dia juga sepatut menjadi lebih berani dan terkeluar dari pradigma diqueen control oleh politik pondan.

Eh..eh... kenapa Mat tersenyum tu, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Felda apakah khabar Mat?

Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi!

Posted: 02 Oct 2012 05:09 AM PDT

KELAB GREENBOC

Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan.

Hendak debat (dia) tak berani.

Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk
Has Najib no respect for Parliament?

PETALING JAYA: The national budget is so important that the Federal Constitution requires a fresh election if the government of the day fails to get majority support for it.

Today is the first day of Parliamentary debate for Budget 2013, but Prime Minister Najib Tun Razak and senior cabinet members are missing from the Dewan Rakyat, leaving only the ruling coalition's backbenchers to represent them.

This is nothing short of contempt of Parliament.

Worse , Najib used the weekend to criticise Pakatan Rakyat's shadow budget and even said that the opposition's Buku Jingga was not worth the paper it was printed on.

Opposition Leader Anwar Ibrahim, a former finance minister, was appalled by the situation and he has made his anger known.

Indeed, the entire nation should be appalled.

With the entire government machinery behind him and the mainstream media to carry his statements without rebuttal, it is convenient and easy for Najib to insult the opposition.

But the true mark of a man, in this case a national leader, is how he is able to convince others of the excellence of his decisions against opposing opinions.

Najib, especially since he is also the Finance Minister, must be responsible enough to sit in the Dewan Rakyat and defend the budget against Pakatan lawmakers.

It is not only about engaging opposition lawmakers, who are also mandated by the rakyat, but also about being responsible enough to explain his decisions for Budget 2013.

The opposition MPs may point out some flaws in the policy that may have escaped government scrutiny, and the ministers, being absent, are guilty of gross negligence.

If the Finance Minister himself is absent from Parliament, how is he to note the points mentioned by Pakatan lawmakers? Did Najib ask any of the backbenchers to take notes and deliver them to him?

Worse, Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia is keeping silent about this instead of rebuking the Finance Minister.

Some may argue that Najib is a busy man, being Prime Minister as well as Finance Minister and Women's Minister.

True indeed, but no one forced him to shoulder those additional burdens.

Najib and the other ministers need to get their acts together and respect the House.

The budget is an important piece of document and it must be debated thoroughly to ensure every issue is addressed.

If Najib thinks he has no time to debate the budget he himself presented, perhaps he should relinquish the Finance Minister's post to someone who has the time.

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas.

Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Ingat satu masa dulu, seorang MP yang tidak menghormati parlimen - bercakap sesedap hati, mengeluarkan bahasa lucah dan komen seksisnya terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP. Apa berlaku kepada beliau? Parlimen tidak lagi berkenan menerima kehadirannya.

Apa yang berlaku pada hari ini jelas bahawa BN sudah berada di penghujung usianya sebagai pemerintah di negara ini. Ia dibenarkan sendiri oleh tindak-tindak mereka yang tidak menghormati parlimen.

Kamu-kamu tidak hormat parlimen, parlimen pun berkata SELAMAT JALAN kepada kamu semua.

InsyaAllah kita akan mendapat kerajaan yang baru tidak berapa lama lagi.

Air mata mengiringi belanjawan terakhir UMNO

Posted: 02 Oct 2012 05:03 AM PDT

Oleh Izmil Amri



Hanya air mata yang dapat dititiskan di akhir ucapan pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang berbusana hijau dan berhempas pulas menyebut perkataan-perkataan arab dengan lidahnya yang tidak fasih. Perlu pula merujuk skrip yang telah siap ditulis oleh entah siapa.

Malah untuk menyindir lawan politiknya juga Najib Razak malah terpaksa berlakon dengan bersusah payah, dengan aksi tangan dan riak wajah yang dibuat-buat; berbekalkan skrip juga. Ini amat menyedihkan sekali. Menitis air mata dibuatnya.

Kejenuhan Najib Razak untuk berucap sambil menyedari ini mungkin kali terakhir beliau berucap membentangkan belanjawan juga amat mengharukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Wajahnya yang kian tua dan ganyut menambah simpati terhadap insan yang akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terakhir Barisan Nasional.

Beliau bermula dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang mengajak manusia supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan. Kita terpana dengan keadaan ini kerana bukan setiap hari kita dapat mendengar Najib Razak memetik ayat Quran. Mau menyebut lafzul jalalah juga amat jenuh bagi lidahnya yang kesat dan keras dek kerana menuturkan penipuan saban hari.

Jadi kita harus rasa kasihan dan bersimpati. Setiap kali beliau membetulkan kain sampingnya yang kerap terlondeh, kita tahu bahawa Sang Perdana Menteri sudah semakin kurus. Kita mesti ada rasa belas terhadap orang ini.

Orang ini sedang menikmati saat-saat akhirnya menyampaikan ucapan belanjawan. Maka kita harus simpati dan bagi muka sedikit apabila orang ini dengan nakalnya mengambil peluang di hujung ucapannya untuk menyindir dan menghentam lawan politiknya. Mungkin ini lah sahaja peluang yang dia ada untuk mengata pihak Pakatan Rakyat secara berdepan, meski tidak berani pun bertentang mata.

Diajak berdebat tidak pula berani. Mentang-mentanglah tiada peluang untuk Anwar Ibrahim membalas kata-kata nista sang Menteri Perdana.

Ucapan politik terburuk

Pokoknya Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Wanita telah menyampaikan sebuah ucapan politik yang sangat buruk dalam sejarah ucapan politik beliau. Dan di seberang sana, duduk Dato Seri Anwar Ibrahim, bakal penggantinya bersama barisan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hanya tersenyum dan ketawa kecil melihat telatah Najib Razak yang seakan sedang sembelit.

Kurang dua jam Najib Razak berucap, dengan hampir lima kali meneguk air dan lebih sepuluh kali mengelap liur yang berkumpul di pinggir bibir. Ucapan dua jam itu perlu kita analisa secara teliti untuk memahami tipu daya UMNO di akhir usianya; dan mengetahui betapa kita seharusnya kasihan dengan Perdana Menteri nan satu ini, yang begitu payah berusaha untuk menjadi seperti Anwar Ibrahim.

Marilah kita bertafakur sejenak untuk Najib Razak dan UMNO yang sedang menikmati hari-hari akhirnya duduk di kursi Putrajaya.

Namun persoalan yang lebih besar ialah: Adakah belanjawan yang dicadangkan Barisan Nasional ini satu belanjawan yang baik?

Untuk memastikan samada belanjawan Najib Razak ini baik atau tidak, ada banyak cara untuk menilai.

Salah satu cara ialah dengan mengira berapa kali kita tepuk dahi dan menggeleng kepala apabila mendengar pengumuman beliau. Ini saya kira senang untuk ditentukan.

Satu lagi cara mudah adalah dengan mengira berapa kali kita ketawa. Ini juga mudah.

Menimbangtara belanjawan BN

Yang sedikit rumit ialah dengan menggunakan kaedah matematik dan ekonomi. Cara ini ramai orang tidak tahu.

Buktinya saya ketemu di pasar malam dekat Stadium Malawati pada Jumaat malam itu sendiri. Pakcik yang menjual kebab dan air limau ais di situ bertanya pada saya, "Apa macam bajet? Bagus? Kan gula turun dua puluh sen!" Saya langsung tepuk dahi.

"Pakcik, yang turun dua puluh sen tu subsidi gula. Harga gula betul naik lah dua puluh sen pakcik," jelas saya kepada beliau yang kemudian terus mencarut.

Sama juga halnya dengan pengumuman bonus satu setengah bulan gaji untuk penjawat awam. Melompatlah kawan-kawan saya yang kerja kerajaan apabila mendengar pengumuman dari Bapa Pengumuman Malaysia itu. Tidak menyedari pun bahawa bayaran bonus itu dibayar dalam tiga bahagian, dengan satu bahagian sudah pun dibayar sewaktu Hari Raya yang lalu.
 
Apa lagi yang kelakar?



Saya rasa yang paling kelakar ialah rebat RM200 untuk pembelian telefon bimbit. Ini sangat lawak.
Bagaimana ini akan meringankan beban rakyat, saya tidak tahu. Pada saya ini hanyalah usaha terdesak untuk membeli undi anak muda. Itu sahaja. Padahal ada banyak lagi perkara yang lebih berfaedah yang memerlukan peruntukan terbabit. Sama juga halnya dengan bantuan untuk orang bujang sebanyak RM250.
Ini juga sebenarnya pembelian undi para mat rempit secara terang nyata.

Ini sangat menyedihkan. Melihat sebuah kerajaan negara membangun sampai demikian terdesak untuk membeli sokongan orang muda adalah amat menyedihkan.

Tambah menyedihkan apabila mendengar Najib Razak bercakap tentang 'hutang perlu dibayar' sambil merujuk kepada pinjaman PTPTN. Riuh di laman sosial, Twitter bahawa pesanan tersebut patut disampaikan kepada Tajudin Ramli dan keluarga Shahrizat Jalil. Nampak semacam Najib sedang menarik picu dengan laras pistol menghala ke kaki sendiri.

Inilah dia Perdana Menteri United Malays National Organisation yang dipuja sekalian banyak penyokongnya yang saban hari kian berkurangan. Apa tidaknya jika hanya mampu bercakap sendirian mengutuk ide-ide Pakatan Rakyat, tetapi tidak pula berani tampil dalam sessi perbahasan belanjawan. Ini tambah menyedihkan dan membuat kita berasa kasihan. Apalah lagi yang ada pada parti pemerintah ini sampaikan mahu berdebat di Parlimen juga sudah tidak berani.

Barangkali Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Wanita sudah tidak sanggup lagi menjawab soal hutang negara yang kian bertambah dengan kerancakan beliau berbelanja demi membeli undi dan sokongan rakyat yang sudah sedia muak dengan politik UMNO. Politik baling cat, sembunyi tangan. – Roketkini.com

BN bohong, lepas beri habuan naik tarif elektrik

Posted: 02 Oct 2012 04:51 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.



"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000.

Pakatan belanja lebih RM4 bilion untuk bela golongan wanita

Posted: 02 Oct 2012 04:48 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (Pakatan) berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013 untuk program memberdaya wanita dan ia merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut merangkumi Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun.

Menerusi SCWN, Wan Azizah berkata, Pakatan berhasrat memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya.

"Suri rumah boleh mengeluarkan caruman pada bila-bila masa sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Jika tidak, caruman itu boleh disimpan dan boleh dikeluarkan pada usia 50 tahun dengan simpanan sebanyak RM30,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail dan Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen.
Bagi peruntukan SEPA pula, Rodziah berkata, ia diperkenalkan untuk menolong wanita bekerja yang pendapatannya kurang RM1,000.

Menurut beliau, setiap kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun akan diberikan RM1,000 setahun dan ia terhad kepada dua orang anak setiap keluarga.



Katanya, peruntukan itu bertujuan membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh ketika sedang bekerja.

Tambah Rodziah, terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak menerima bantuan skim tersebut yang akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun.

"Walaupun skim ini mahal, namun ia mempunyai sasaran ekonomi untuk menggalakkan lebih ramai wanita bekerja," katanya.

Sementara itu, Chen berkata, peruntukan dalam Bajet BN terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencatatkan penurunan setiap tahun dan ia berlaku sejak 2010.

Menurutnya, pada tahun 2010, KPWKM diperuntukkan RM2.4 juta setahun dan jumlah tersebut kemudiannya menurun kepada RM2 bilion pada 2011, RM1.9 bilion (2012) dan RM1.8 bilion (2013).

"Belanjawan tahun ini adalah belanjawan terbesar iaitu RM251.6 bilion. Ia merupakan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding tahun lalu.

"Apa yang mendukacitakan, pada tahun ini Umno BN memperuntukkan hanya 0.2 peratus daripada belanjawan keseluruhan untuk program memberdaya wanita," kata Chen merujuk jumlah RM450 juta oleh Umno BN dalam Bajet 2013 untuk wanita.

Pemilik IC palsu pengundi Parlimen Sepanggar dan Pasir Gudang

Posted: 02 Oct 2012 04:45 AM PDT

Oleh Aedi Asri

KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

"Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, warga Filipina yang didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam Parlimen Sepanggar.



"Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad pengenalan dari Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Ini bukan tuduhan, tetapi mereka didapati bersalah di mahkamah," tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih SPR dan laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu melaporkan, Hassanuddin, 37 memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad palsu itu pada harga RM1,000 melalui rakannya, dengan nombor siri 741029-12-5463.

Beliau dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau penjara sebulan kerana memiliki dokumen palsu oleh Majistret, Norhamizah Shaifuddin.

Manakala laporan mengenai Salleh juga dilaporkan di akhbar sama edisi 21 September.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pagi tadi ketika menjawab soalah Wilfred berkata, kemasukan warga asing di Sabah tidak mengancam keselamatan negara.

"Ini kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan badan kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela)," katanya lagi.

Menempelak jawapan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu ternyata mengancam keselamatan negara.

"Mereka mencuri hak dan harapan rakyat Malaysia (kerana) dibenarkan memilih pemimpin negara," kecam Fuziah.

Dalam pada itu, Tian Chua mendesak kerajaan Umno BN supaya menjalankan siasatan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) serta membersih daftar pemilih sebelum pilihan raya akan datang.

Suhakam: Tiada salah dana asing bagi pertahan hak asasi

Posted: 02 Oct 2012 01:23 AM PDT

MALAYSIA KINI

 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa tiada salahnya bagi badan pemantau hak asasi manusia, Suaram, yang disiasat oleh pihak berkuasa, menerima dana asing jika ia untuk mempertahankan hak asasi manusia.

Suhakam, tegas Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, ingin menekankan bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Deklarasi 1998 PBB mengenai Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organ Persatuan untuk Mempromosi dan Melindungi Hak Asasi Manusia Diiktiraf Secara Universal dan Kebebasan Asas (dahulunya dikenali sebagai Deklarasi Sejagat mengenai Pejuang Hak Asasi Manusia) antara lain, mengiktiraf pejuang hak asasi manusia, yang mana Suaram adalah salah satu daripadanya, dan aktiviti-aktiviti mereka yang sah untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia termasuk penerimaan dana dari luar negara untuk mempertahankan hak asasi manusia.

"Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka," kata Hasmy dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya itu turut melahirkan kebimbangan dengan cara bagaimana "penyiasatan dijalankan, publisiti dibuat dan dilaporkan mengenai urusan dan akaun Suaram".

Katanya, Suhakam mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.

Oleh itu, Hasmy menggesa semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini supaya bertindak bukan sahaja menurut undang-undang dan peraturan tetapi selaras dengan semangat dan niat jaminan perdana menteri itu.

Dalam hal ini, katanya, Suhakam menyeru kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui, antara lain, perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini.

"Ini adalah penting dan amat selaras dengan hasrat yang disuarakan perdana menteri untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya yang memerlukan dasar-dasar dan amalan hak asasi manusia domestik yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma-norma yang diterima secara universal.

"Ini akan menggambarkan Malaysia dengan baik sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyumbang secara positif untuk meningkatkan imej antarabangsa sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia.

"Suruhanjaya akan terlibat dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk jabatan dan agensi Kerajaan dan badan-badan penguatkuasaan lain untuk mendapatkan maklum balas penting mengenai isu itu," tegasnya.

Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib

Posted: 02 Oct 2012 01:15 AM PDT

PASPB,

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.

Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib  kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib  dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib

Tulisan asal di http://paspb2.blogspot.com/2012/10/panas-najib-kena-sindir-oleh-pengikut.html

Menteri wanita tidak faham kehendak wanita

Posted: 02 Oct 2012 01:08 AM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu.

Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan.

Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi.

Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood (gambar) dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu.

Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik.

"Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya.

Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi.

Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender.

Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan  wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad.

Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil "Agenda Wanita Malaysia".

Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.

Royalti: TG Nik Aziz lancar konvoi 'R' pagi ini

Posted: 02 Oct 2012 01:06 AM PDT

Harakahdaily,   
 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 500 kenderaan menuju ke Putrajaya dalam misi mereka menuntut hak royalti.

Pelepasan itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Turut serta pada majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan atau singkatannya 'R' sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum di Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Selain Kelantan, konvoi serupa turut bergerak dari Johor untuk Zon Selatan , Perlis untuk Zon Utara dan juga turut disertai oleh wakil Sabah dan Sarawak.

Upacara sambutan ketibaan konvoi itu ke Kuala Lumpur akan dibuat di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 4.30 petang ini.

Konvoi itu kemudian akan bergerak ke Shah Alam bagi program Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam ini.

Pasukan konvoi dari dua lagi zon juga akan bergabung di Shah Alam petang ini.

Dianggarkan lebih 8,000 orang keseluruhan yang menyertai konvoi kali ini.

Sementara itu, program malam ini akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir Datuk Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Esok, konvoi dijangka bergerak ke Putrajaya kira-kira jam 7 pagi dari Shah Alam yang akan diketuai sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz.

5 ditahan kes culik DJ radio

Posted: 02 Oct 2012 01:04 AM PDT

SITI NOOR SEPEE
 DJ nyaris jadi mangsa culik, bunuh, bakar
Julie Diana menunjukkan kecederaan yang dialaminya.
 
SENAI – Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam penculikkan penyampai radio (Dj) Best 104 , Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kesemua suspek berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar negeri ini, kira-kira jam 2 pagi, semalam, bagi membantu siasatan.

Penahanan lima lelaki itu menjadikan tujuh lelaki yang dicekup polis iaitu membabitkan teman rapat DJ berusia 34  itu yang berusia 40an kira-kira jam 4 petang Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Lima lelaki itu dipercayai adalah individu yang diupah membabitkan kes percintaan tidak berbalas.
Sementara itu JD yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi memberitahu Sinar Harian di masih trauma selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

"Saya diberikan cuti selama sebulan oleh doktor kerana trauma akibat kejadian itu..mungkin dua atau tiga minggu lagi, saya akan mampu kembali bekerja namun buat masa ini saya akan berehat untuk menenangkan fikiran," katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada keluarga, kenalan rakan termasuk pihak pengurusan dan rakan sekerjanya di Best 104 begitu mengambil berat mengenai keadaan dirinya malah tidak jemu-jemu memberi sokongan moral supaya JD pulih seperti biasa.

"Jika saya kembali bertugas pada masa terdekat, saya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir buat sementara waktu kerana masih belum bersedia untuk keudara, namun saya akan kembali ke konti semula," katanya.

PRU13: PR cabar BN bawa GST kepada rakyat buat pilihan

Posted: 02 Oct 2012 12:59 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Barisan Nasional (BN) membawa dasar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hendak diperkenalkan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan sama ada ia mendapat sokongan atau tidak.

Kata pemimpin-pemimpin PR, rakyat harus diberi pilihan sama ada menerima GST BN atau perikatan mereka yang menolak GST.

"Barisan Nasional patut mengangkat isu GST dan membawanya ke PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia yang kotor dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat: sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST," kata tiga pemimpin PR dalam satu kenyataan hari ini.

Pendera amah kekal dipenjara 12 tahun

Posted: 02 Oct 2012 12:36 AM PDT

KL TODAY

 

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 12 tahun terhadap suri rumah Yim Pek Ha, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan pembantu rumah Indonesianya, Nirmala Bonat, lapan tahun lepas.

Keputusan sebulat suara itu dicapai panel tiga hakim diketuai Hakim, Datuk Clement Allan Skinner, yang berpendapat tidak ada sebab untuk mahkamah tersebut mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Hakim Skinner berkata, Mahkamah Rayuan mengambil kira fakta perayu sudah menjalani hukuman penjara dua bulan ketika ditahan reman pada 2008.

Oleh itu, Yim hanya perlu menjalani tempoh hukuman penjara selama 11 tahun 10 bulan.

Sejurus selepas keputusan, Yim, 44, kelihatan menangis dan memeluk suami, anggota keluarga serta rakan yang berada di galeri awam.

Dia akan menjalani hukuman di Penjara Kajang mulai Isnin.

Turut menganggotai panel itu ialah Datuk Linton Albert dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Yim, 44, berdepan empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadapNirmala di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala dengan seterika panas serta air panas dan dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada pertuduhan keempat iaitu mencederakan Nirmala dengan cawan logam.

Ketika merayu di Mahkamah Tinggi, hukuman penjara Yim dikurangkan kepada 12 tahun.

Bas ekspres terbalik dekat Rembau

Posted: 02 Oct 2012 12:34 AM PDT

KL TODAY

 

Sembilan penumpang cedera parah, sementara 19 lagi cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki terbalik dan terseret sejauh 30 meter di Kilometer 233.8 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Rembau Negeri Sembilan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas ekspres yang bertolak dari Johor Bahru dalam perjalanan ke Kuala Perlis itu hilang kawalan selepas dihalang sebuah kereta di hadapannya sebelum terbabas.

Pemandu bas terbabit, Mazlan Mohd Salleh, 51, berkata, dia memulakan perjalanan kira-kira jam 10 malam.

"Bagaimanapun, ketika memandu, ada sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam seolah-olah cuba menghalang perjalanan saya.

"Saya memandu di laluan kiri dan kereta berkenaan juga dipandu perlahan di laluan sama. Saya cuba memotongnya tetapi pemandu kereta terbabit bertindak memasuki laluan saya menyebabkan saya tidak dapat memintasnya," katanya.

Menurutnya, cubaannya untuk memotong kereta dinaiki dua lelaki itu sekali lagi gagal apabila dihalang, malah kereta terbabit secara tiba-tiba menekan brek.

"Saya terpaksa menekan brek mengejut sehingga menyebabkan bas hilang kawalan dan terhuyung-hayang, sebelum terbalik dan terseret kira-kira 30 meter.

"Kejadian berlaku dalam sekelip mata dan saya dengar jeritan penumpang yang ketakutan," katanya yang berpengalaman memandu bas selama 29 tahun.

Mazlan berkata, dia segera memecahkan cermin hadapan bas dan membantu mengeluarkan penumpang yang mengalami kecederaan terlebih dahulu termasuk pemandu keduanya, K Arumugam, 38.

Sementara itu, seorang penumpang, Nurul Rozaima Rolan, 24, berkata, dia terkejut apabila berasakan bas terhuyung-hayang kerana mengelak sesuatu sebelum terbalik.

"Semasa dalam perjalanan, saya tertidur, tetapi terjaga apabila menyedari bas bergegar kuat sebelum terbalik, menyebabkan saya tercampak ke tempat duduk penumpang sebelah kanan dan bertindih dengan penumpang lain." katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pemangku Penguasa Bomba, Hairuddin Atan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.12 pagi.

Menurutnya, enam anggotanya dikerah ke lokasi kejadian dan turut dibantu dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin dan Rembau.

"Tiba di lokasi kejadian, sebahagian penumpang masih terperangkap di dalam bas sebelum dibantu keluar menerusi cermin hadapan," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah, Mohd Farid Hasan berkata, sembilan penumpang cedera dan menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

"Mereka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan lanjut menggunakan lima ambulans," katanya.

Rebat RM200: Rais mahu had umur dinaik hingga 40

Posted: 02 Oct 2012 12:31 AM PDT

SINAR HARIAN
Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengemukakan syor kepada Kementerian Kewangan untuk menaikkan had umur golongan belia yang layak menerima rebat RM200 untuk membeli telefon mudah alih pintar 3G kepada 40 tahun.
  
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas bahawa golongan belia berusia antara 21 hingga 30 tahun layak menerima rebat itu mungkin boleh diperhalusi.
  
"Kita mungkin terpaksa melihat semula beberapa kategori usia yang harus kita ambil kira...takrif belia sebenarnya ialah 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita berhentikan setakat 30 tahun sahaja misalnya mungkin ada sedikit luar biasa.
  
"Sekiranya perlu, kita juga akan kaji peruntukan atau keperluan tertentu bagi satu-satu kategori umur bagi memenuhi aspirasi generasi muda," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dana Karya Penulis Tempatan 2012 di sini, hari ini.
  
Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian rebat itu kepada kira-kira 1.5 juta belia berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah melalui Pakej Komunikasi Belia, bermula 1 Januari tahun depan.

Rais berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan menentukan kaedah terbaik untuk memberikan rebat tersebut kepada belia yang layak bagi mengelakkan sebarang penipuan dan ketidakadilan.
  
"Kita juga akan hanya melantik wakil pengedar yang bertauliah serta diuji dan sekiranya mereka itu melepasi semua syarat yang ditetapkan kita akan mempertahankan prinsip tersebut.
  
"Perlu diingat pemberian rebat ini dibuat tanpa mengira perbezaan kaum, agama, latar belakang politik, budaya dan ianya mencerminkan kasih sayang," katanya.
  
Sehubungan itu, katanya, kementerian mewujudkan sebuah jawatankuasa penentu yang bertanggungjawab dalam memastikan pemberian rebat dilaksana secara cermat.
  
"Butiran mengenai apa juga cadangan yang telah dipersetujui pula akan diumumkan sama ada pada 16 atau 17 Oktober selepas mesyuarat teknikal dengan pihak bersangkutan termasuk perbendaharaan, SKMM dan pegawai yang menyelenggarakan program ini," katanya. - Bernama

Kabinet bayangan: Anwar pula cabar Najib

Posted: 02 Oct 2012 12:29 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar mengumumkan senarai nama ketua menteri dan menteri besar jika Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pembangkang berkata, Kabinet bayangan yang dicabar Najib supaya PR menubuhkannya adalah amalan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, Najib juga tidak menyatakan senarai calon menteri untuk mengambil alih tugas menteri-menteri selepas kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, "amalan bayangan Kabinat ini dilakukan di United Kingdom dan Australia yang amalkan demokrasi berparlimen."

"Ada dia (Najib) senaraikan siapa Menteri Besar Selangor, dia umum siapa akan jadi Menteri Kewangan selepas menang, tidak ...," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas selesai membahaskan Bajet 2013 dan bajet alternatif hari ini, di sini.

Semalam, Najib Tun  mencabar PR menubuhkan Kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.

"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?

"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau) Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012, semalam.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyelar kegagalan Najib menyenaraikan calon untuk wakil Menteri Besar di keempat-empat negeri PR.

Beliau juga berkata, "siapa yang bakal jadi Menteri dan Timbalan Menteri,  itu senarai pemimpinan kanan ketiga-tiga parti, itu pun kalau mereka menanglah," katnya lagi.

Subsidi gula: Kompaun peniaga naikkan harga makanan

Posted: 02 Oct 2012 12:28 AM PDT

ARHIZA AHMAD

Datuk Tan Lian Hoe
Datuk Tan Lian Hoe 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengesa peniaga dan pengusaha makanan tidak menaikkan harga makanan berasaskan gula berikutan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2013 Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, mereka yang gagal mematuhinya boleh dikompaun.

Menurutnya, tindakan itu diambil di bawah Akta Pencatutan dan didenda maksimum hingga RM50,000 bagi individu.

"Bagi pengusaha syarikat pula mereka boleh didenda sehingga RM500,000, oleh itu saya menyarankan kepada peniaga dan pengusaha tidak mengambil kesempatan serta menaikkan harga makanan.

"Kosnya begitu minimum tidak sampai satu sen, harap mereka dapat menyerap kos ini sekaligus dapat membantu mengurangkan kos hidup rakyat di negara ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen.

Lian Hoe berkata, anggota penguat kuasa telah dikerah bagi memantau harga di seluruh negara membabitkan kedai, restoran dan industri makanan.

"Tindakan ini diambil bagi memberi kesedaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati.

"Apa yang diharapkan oleh kerajaan, agar pengguna dapat menyalurkan maklumat sekiranya ada penggusaha atau peniaga menaikkan harga," katanya.

Tarikh gali semula kubur Arafat rahsia

Posted: 02 Oct 2012 12:26 AM PDT

SINAR HARIAN
Arafat meninggal akibat diracun
Yasser Arafat
 
RAMALLAH — Kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat akan digali semula untuk ujian keracunan ke atas rangkanya selepas balu Allahyarham, Suha dan Pihak Berkuasa Palestin meragui siasatan sebelum ini.

Jurucakap Palestin berkata, kubur Arafat akan digali semula pada satu tarikh yang dirahsiakan supaya pasukan tersebut dapat mengambil sampel untuk membuat ujian keracunan.

Katanya, pasukan penyiasat dari Perancis dan Switzerland akan menjalankan siasatan bersama ke atas kematian pemimpin itu, yang meninggal dunia pada 2004.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu akan bertindak secara berasingan, lapor Associated Press (AP), semalam.

Desakan mengkaji semula kematian datang selepas makmal Switzerland mendakwa menemui polonium-210, sejenis isotop radioaktif yang boleh membawa maut pada pakaian yang dikatakan milik Arafat.

Hal ini kemudiannya menyemarakkan lagi syak bahawa pemimpin itu telah diracun.

Sementara itu, pasukan penyiasat jenayah dari Perancis itu dipanggil menyiasat atas permintaan Suha manakala Pihak Berkuasa Palestin menjemput saintis dari Switzerland untuk memeriksa mayat pemimpin itu bagi mengetahui punca kematian beliau yang masih kekal misteri.

Laporan sebelum ini mengatakan beliau meninggal dunia kerana strok, bagaimanapun ada sumber yang mengatakan selama beberapa minggu sebelum meninggal, penyakit sebenar beliau tidak jelas, sehingga membawa kepada teori-teori konspirasi.

Arafat, 75, meninggal dunia di hospital tentera Perancis pada 11 November 2004, dua minggu selepas dia dikejarkan ke sana dari Tebing Barat selepas diserang penyakit misteri.

Mengikut rekod perubatan Perancis, beliau telah mengalami keradangan, penyakit kuning dan mengalami pembekuan darah di sarafnya (DIC).

Bagaimanapun, dunia Arab percaya dia telah dibunuh oleh Israel dan pihak Israel dengan lantang menafikan perkara itu.

Arafat merupakan wajah perjuangan Palestin bagi mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama empat dekad dan kekal menjadi pemimpin yang disayangi rakyat Palestin.

KEADILAN cadang saman kes serang masjid, baling kasut

Posted: 02 Oct 2012 12:19 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat.

"Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan," katanya ketika dihubungi.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.

Ahli Perkasa (dalam bulatan) menghambur kata-kata kesat ketika tazkirah berlangsung.

Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.

Shamsul berkata, sikap dwi standard polis semakin terserlah apabila samseng yang menyerang pemimpin Umno BN diburu polis, tetapi serangan ke atas pemimpin Pakatan dibiar bebas.

Katanya, polis perlu lebih profesional, bukan seperti lembu dicucuk hidung dan menjadi alat kepada rejim pemerintah.

Justeru, beliau mendesak polis segerakan siasatan dan mengumumkan hasilnya kepada rakyat.

Jika polis gagal menyelesaikan siasatan itu, Shamsul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita sedang merangka draf untuk menyaman atau membuat semakan kehakiman. Kita sudah mengumpul peguam untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.

"Kita beri polis sedikit masa sahaja lagi…kalau mereka gagal, kita terpaksa teruskan untuk membawa kes ini ke mahkamah," katanya.

Belanjawan Pakatan angkat martabat wanita, basmi kemiskinan

Posted: 02 Oct 2012 12:17 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyambut baik saranan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 khusus untuk mengangkat martabat kaum wanita dan membasmi kemiskinan.

"Tahniah kepada Wanita KEADILAN yang mencetus suatu gagasan baru dalam usaha mengangkat martabat wanita melalui program dalam Agenda Wanita Malaysia, iaitu Caruman Wanita Nasional," kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu memuji kegigihan golongan pengusaha dan peniaga wanita di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu yang punyai kemahiran keusahawanan.

"Itu membuktikan wanita perlu diberi pengiktirafan sebagai agen perubahan dan pemangkin ekonomi negara," katanya.

Pakatan memperuntuk RM3 bilion melalui skim Caruman Wanita Nasional, dengan mewajibkan setiap suami menunaikan caruman kepada isteri mereka bermula dari kadar minimum RM120 hingga RM1,200 mengikut kemampuan.

Azmin turut menyentuh satu lagi agenda utama Pakatan iaitu membasmi kemiskinan tegar.

"Kita perlu mendukung agenda yang menjamin pertumbuhan lestari dan pengagihan yang adil seperti dalam Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertemakan Ekonomi Rakyat Negara Berkat," katanya.

"Sebab itu kita akan menaikkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 kepada RM550 sebulan, ikhtiar ini akan membebaskan lebih 84,000 keluarga dari belenggu kemiskinan tegar," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pergerakan menuntut hak wanita tidak perlu dijalankan di negara ini kerana kesaksamaan itu kononnya telahpun diberikan daripada awal lagi.

Demikian ucap beliau pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-50 hari ini.
Kenyataan itu bercanggah dengan Bajet 2013 yang dibentangkannya Jumaat lalu apabila tiada bahagian dikhususkan untuk wanita kecuali memasukkan golongan itu dalam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

BN ketepi rakyat Sabah, Sarawak dalam Bajet 2013 – Anwar

Posted: 02 Oct 2012 12:15 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 apabila tiada peruntukan khusus diberikan kepada kedua-dua negeri itu.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan ekonomi yang tidak sekata di antara negeri dan kumpulan masyarakat menyebabkan Sabah dan Sarawak masih terus dipinggirkan.

"Kemudahan dan jaringan infrastruktur di Sabah dan Sarawak adalah ketinggalan berbanding di Semenanjung yang akhirnya membantutkan pertumbuhan ekonomi.

"Malah Bajet 2013 yang diumumkan minggu lepas mengelak dari menyentuh persoalan-persoalan pokok sebegini dan dipenuhi dengan retorik dan pengumuman politik," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada perbahasan Bajet 2013 semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembekalan 40,000 tangki air di pedalaman Sabah Sarawak.

"Berbanding Barisan Nasional, Pakatan Rakyat lebih komited dengan menaikkan bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak daripada 5% kepada 20%," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Skim terbaru turut diperkenal kepada penduduk Malaysia timur itu iaitu diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabawak.

"Ia tak boleh selesai hanya dengan (menurunkan) harga gas," katanya ketika dihubungi

"Yang penting ialah penyelesaian lebih konstruktif. Sebagai contoh, pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam satu skim berjadual yang akan diselesaikan dalam tempoh 15 tahun," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw mempersoal mengapa terdapat sektor serius yang ditinggalkan dari sejumlah RM251.6 bilion peruntukan.

"Belanja berjumlah RM251.6 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Tapi kita tidak fokus kepada ketirisan berjumlah RM43 bilion.

"Hutang negara mencecah 54% dari KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Kalau nak cegah ketirisan, kita mesti memperkuat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Badan ini mesti dinaiktaraf sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan.

"Kalau tidak ada (langkah) pencegahan ketirisan, kita akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Ini perkara yang betul. Kita nak mencegah jenayah," tegas Seng Giaw.

Tiada ulasan: