Biaqpila |
- KEPUTUSAN SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA
- Ketahui Tanda-Tanda Dan Cara Mencegah Tekanan Darah Tinggi
- Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami
- PADAH PONTENG SEKOLAH, PELAJAR TERCUCUK PAGAR BESI
- MALANG SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA PUNYAI PM YANG PENGECUT
KEPUTUSAN SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA Posted: 02 Oct 2012 08:01 AM PDT KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | ||||||||||||||||||||
Ketahui Tanda-Tanda Dan Cara Mencegah Tekanan Darah Tinggi Posted: 02 Oct 2012 05:00 AM PDT fajridil.blogspot.com Pengenalan Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi? Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Bacaan Tekanan Darah
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala? Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung. Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi? Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah: • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda. • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi? 90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu. • Sebab yang tidak diketahui (90%) • Sebab sekunder (10%) 1. Penyakit buah pinggang 2. Penyakit sistem endokrin 3. Penyakit pembuluh darah Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga? Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya. Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah: • Cara hidup tidak aktif • Umur melebihi 35 tahun • Merokok • Kegemukan • Paras kolesterol tinggi • Sejarah keluarga • Pengambilan alkohol yang berlebihan • Pengambilan garam yang tinggi Tanda dan Gejala • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi) • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat. Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi? Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti: • Otak - Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack) • Penyakit jantung seperti : - Coronary Heart Disease - Congestive Heart Failure - Left Ventricular Hypertrophy • Komplikasi pada mata - Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata - Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy • Komplikasi pada buah pinggang - Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria). • Peripheral vascular disease seperti - Aneurysm - Kehilangan satu atau lebih denyut nadi Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi? Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat • tanpa menggunakan ubatan - Perlu mengubah amalan cara hidup andae - Amalkan permakanan sihat - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol - Melakukan senaman berkala - Kurangkan berat badan jika berlebihan - Atasi tekanan secara berkesan - Berhenti merokok Kategori tekanan darah normal/optima • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat . • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Pra Hypertensi • Amalkan gaya hidup sihat • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup • Amalkan pemakanan sihat - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur • Kurangkan berat badan jika berlebihan • Atasi tekanan secara berkesan • Berhenti merokok • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 • Amalkan gaya hidup sihat • Berhenti merokok • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan • Prevent and treat complications early • Pengesanan komplikasi terutamanya : - Jantung - Ginjal - Mata • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | ||||||||||||||||||||
Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami Posted: 02 Oct 2012 12:00 AM PDT Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu. SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja. Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain. Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram. Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu. Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu. Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya. "Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram. "Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak. "Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran," katanya di sini, kelmarin. Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan. "Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk. "Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya," katanya. Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan. "Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya. "Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi," katanya. Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya. "Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya. Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan. "Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. "Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah," katanya. Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan' sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan. "Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat," katanya. Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia. Disihir minyak dagu Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan. Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan. Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental. "Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja. "Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya. "Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu," katanya. Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya. "Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu," katanya. Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya. "Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka," katanya. Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya. Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | ||||||||||||||||||||
PADAH PONTENG SEKOLAH, PELAJAR TERCUCUK PAGAR BESI Posted: 01 Oct 2012 09:00 PM PDT CHINA - Pelajar sekolah ini akan berfikir dua kali apabila dia berfikir hendak ponteng dari sekolah lagi selepas mengalami kejadian yang dia tidak akan boleh lupakan seumur hidupnya. Remaja berusia 16 tahun yang cuba untuk keluar dari sekolah untuk ponteng ini akhirnya mengalami kemalangan apabila tergelincir semasa memanjat pagar. Selepas jeritannya didengari oleh rakan-rakan sekelasnya, pihak sekolah telah menghubungi anggota bomba untuk melepaskannya dengan memotong jeriji pagar yang mencucuk bahagian bahunya sebelum dibawa ke hospital. Doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan batang besi pagar ini dari tangannya dalam operasi pembedahan yang rumit. Bercakap kepada pemberita selepas peristiwa itu, remaja yang berasal dari China ini memberitahu bahawa tapak tangannya yang berpeluh kerana takut ditangkap guru kerana ponteng dari kelas menyebabkan pegangannya pada besi pagar menjadi licin lalu tergelincir. - AGENSI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel | ||||||||||||||||||||
MALANG SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA PUNYAI PM YANG PENGECUT Posted: 01 Oct 2012 06:00 PM PDT DEY MACHA!!! GUA MEMANG DAH AGAK DAH NAJIB MESTI TAK BERANI BERDEPAN DENGAN PERBAHASAN ANWAR IBRAHIM DALAM SOAL BAJET 2013 KAH! KAH! KAH! DALAM TV BUKAN MAIN GEDEGUNG GEDEGANG KUTUK BAJET PEMBANGKANG BILA DIAJAK BERBAHAS KERAJAAN PUNYA BAJET DICELAH KETIAK BIG MAMA DIA MENYOROK KAH! KAH! KAH! Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan