DIALOG RAKYAT |
- Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah
- Bekas exco pengarah syarikat 'tak layak' bekal padi
- Tim menteri: Serangan pada Soros berpotensi 'makan diri'
- SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012?
- Kemunculan bangkai ikan risaukan penduduk
- Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat
- Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM 2.5 Juta
- Teng : SELCAT Hanya Badan Pemantau Pentadbiran Negeri
- Nurul Izzah : Husni Kurang Moral Kritik Belanjawan PR
- Selangor Sedia Bantu “Kafa Dalam Surau” Ijok
- Tranformasi canggung Belanjawan 2013 Najib
- Adakah Pulau Pinang dianak-tirikan dalam Belanjawan 2013? – Guan Eng
- Negara Kristian lagi…
- Piala Malaysia: Perhitungan 2 gergasi elit malam ini
- Lelaki Curi Kereta Porshe Ditahan, Kereta Hilang
- Wanita Dirogol Bergilir-gilir 10 lelaki Myanmar
- Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan
- Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas
- Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri
- Surat terbuka kepada DBKL & kerajaan
- Ini Wajah Muhdalena Tanpa Topeng, Yang Terlibat Dalam Kes Amuk Di Putrajaya
- Tangan kosong berjaya jatuhkan diktator
- BEZA PKR DAN UMNO UMPAMA LANGIT DAN BUMI
Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah Posted: 12 Oct 2012 01:26 AM PDT
KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama. "Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah. "Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. "Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi. Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi. Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI. Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan. Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan. "Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang. "Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya. Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang. Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang. | ||||||||
Bekas exco pengarah syarikat 'tak layak' bekal padi Posted: 12 Oct 2012 01:24 AM PDT Bekas exco kerajaan Negeri Sembilan Mohamad Rais Zainuddin bertindak sebagai pengarah syarikat yang diberikan tender membekalkan padi walaupun didakwa gagal menepati kriteria. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM), bekas anggota Dewan Undangan Negeri Chembong itu dilantik sebagai salah seorang pengarah Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd pada Jun 2011. Rais digugurkan sebagai calon pilihan raya pada 2008. Selain beliau, Abu Samah Hashim, Pek Ling Lin and Mohd Yusmizar Ismail turut dilantik sebagai penagrah Kilang Beras Seri Merbok. Sementara pemilik sahamnya terdiri daripada Mohd Yusmizar Ismail, Pek Eng Hoay, Pek Woei Fong dan Abu Samah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dilaporkan berkata, tender terbuka pembekalan benih padi yang bermula tahun ini bertujuan memastikan syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih berkualiti dianugerahkan tender. | ||||||||
Tim menteri: Serangan pada Soros berpotensi 'makan diri' Posted: 12 Oct 2012 01:21 AM PDT Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak. Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut. "Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno. "Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita. "Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," kata Saifuddin (atas) kepada Malaysiakini semalam. Soros, peniaga mata wang kontroversi dan dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98. Ddan baru-baru ini, beliau didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan. Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros. Malaysiakini juga turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. Kalau betul pertemuan Najib-Soros tunggulah... MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros. Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia". "Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times. Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros." Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara diam-diam di New York, dua tahun lalu. Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim. Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan. "Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain. "Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya. | ||||||||
SPR Malaysia!! Ada Lebih 1538 Pengundi Yang Berumur 100 Tahun Dalam Daftar Pemilih 2012? Posted: 12 Oct 2012 01:18 AM PDT SPR Malaysia : Pilihanraya Umum ke 13 bagi sudah hampir tiba. Kalau semak semua kenyataan pembentangan Bajet 2013 tempoh hari yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak, beberapa bantuan akan diberikan pada pada awal 2013. Memberikan "signal" bahawa kononnya Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada awal tahun 2013. Walaubagaimanapun…. Walaubagaimanapun, hati kecil kami kuat mengatakan yang mana Pilihanraya akan diadakan pada bulan November atau selewat-lewatnya Disember 2012 ini…. SPR Malaysia Minta Semak Senaraian Daftar Pemilih & Selesaikan Segera!!Yang sedihnya, walaupun sudah beberapa tahun selepas berlabuhnya tirai Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008, sekarang ini semakan daftar pemilih yang dilakukan di portal SPR Malaysia menunjukkan masih ada lagi senaraian daftar pemilih Malaysia yang berumur lebih 100 tahun, iaitu seramai 1538 orang. Ini apa yang kami perolehi. Yang masih lagi belum dibongkarkan? Ya…benar kita faham, orang dulu-dulu umur boleh senang-senang menginjak melebihi umur 100 tahun. Ini semua disebabkan faktor pemakanan, persekitaran dan cara hidup mereka yang menyebabkan mereka "boleh bertahan lama". Sekarang? Tetapi….yang menghairankan kami bagaimana boleh ada begitu ramai rakyat Malaysia yang berumur lebih 100 tahun? Di Perak sahaja ada seramai 1538 daftar pemilih yang berumur lebih 100 tahun dalam daftar pemilih di SPR Malaysia. Hebat….
Kami sempat merakam paparan beberapa butiran daftar pemilih yang berumur 100 tahun di laman web SPR Malaysia. Melayu ada, Cina ada, India ada. Lengkap 1 Malaysia…. P/S : Senarai daftar pemilih seramai 1538 yang berumur 100 tahun anda boleh download dan semak di sini. Senarai Pengundi 100 di Perak | ||||||||
Kemunculan bangkai ikan risaukan penduduk Posted: 12 Oct 2012 01:15 AM PDT
JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang mahu pihak berkuasa menyiasat kewujudan bangkai ikan terapung di pantai dari Sungai Buntu sehingga ke Tanjung Sungai Kapal. Pengerusinya, Hong Thian Hwa berkata keadaan itu yang beberapa kali telah berlaku, merisaukan penduduk setempat. Menurut Hong, pada tengah hari 9 Oktorber lalu, beliau telah dimaklumkan oleh nelayan bahawa terdapat puluhan bangkai ikan terapung di paeairan itu. Mereka juga menurut Hong turut memaklumkan bahawa empat orang Pegawai Jabatan Perikanan telah bertolak dari Sungai Buntu untuk membuat persampelan terhadap air laut dan ikan. "Perkara yang berlaku berturut turut, termasuk ramai penduduk yang terhidu bau gas yang tidak dikenalpasti, serta bilangan besar kumpulan ikan yang mati, telah merisaukan penduduk Pengerang. "Pihak berkuasa yang berkenaan mesti membuat penyiasatan secepat mungkin, dan seterusnya membuat penjelasan awam berkenaan hasil penyiasatan untuk mengelakan khabar angin terus merisaukan penduduk, dan seterusnya menjejas sektor perikanan tempatan," katanya dalam satu kenyataan. Hong berkata, ekoran laporan dari nelayan berkenaan, beliau sendiri telah membuat rondaan dengan sampan di pantai berkenaan pada sebelah petangnya, dan mendapati masih terdapat bangkai ikan tetapi dengan jumlah yang berkurangan. | ||||||||
Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat Posted: 12 Oct 2012 01:11 AM PDT
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ). (Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya). Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia. Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi. Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi. Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya). Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum: الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه). (Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya). Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya : المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره). (Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram). PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO. Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah. Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal. Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya. Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah. PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO. Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO. Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama. PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP. PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang. Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain. Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO. Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar. Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya. Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim. Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini. Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan. Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat. Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya. Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi. Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma. Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya. Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa. Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri. Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. *Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS | ||||||||
Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM 2.5 Juta Posted: 12 Oct 2012 01:05 AM PDT SHAH ALAM : Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana mendakwa ia gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu. Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM 2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai 'pencuri air'. Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co. Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna. Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu. "Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta," katanya. Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti. Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas. Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya. Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri. Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya. Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka. | ||||||||
Teng : SELCAT Hanya Badan Pemantau Pentadbiran Negeri Posted: 12 Oct 2012 12:57 AM PDT SHAH ALAM : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat) Selangor bukanlah satu badan pengaduan awam yang berkuasa memutuskan tindakan undang-undang. Sebaliknya, Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim berkata ia merupakan satu jawatankuasa yang dibentuk di bawah Dewan Undangan Negeri Selangor untuk memantau pentadbiran negeri. "Berdasarkan kuasa diperuntukkan, kita akan panggil saksi untuk memberi keterangan serta mengemukakan dokumen supaya kita boleh pantau. "Tetapi Selcat tidak boleh bertindak lebih daripada bidang kuasa negeri yang terhad seperti dalam kes-kes berunsur jenayah atau rasuah. "Bagi kes jenayah, badan yang berkuasa ambil tindakan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi kes rasuah pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertanggungjawab, Selcat tidak ada kuasa dalam hal-hal ini," jelas beliau dalam sidang media di pejabatnya di SUK sebentar tadi. Pagi ini, beliau dikunjungi empat individu yang mengadakan demonstrasi dan menghantar memo protes tidak berpuas hati dengan jawatankuasa Selcat yang kononnya gagal bertindak ke atas tiga aduan mereka sebelum ini. Antara lain aduan berkenaan penyewaan Pejabat Pusat Khidmat MP Serdang, penyalahgunaan kuasa Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan aduan terdapat Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang tidak menghormati Yang Di Pertuan Agung. "Saya terkilan dengan tindakan sekumpulan kecil ini dan saya mohon agar jangan menggunakan Selcat sebagai sasaran serangan politik. "Kalau mereka masih tidak faham fungsi Selcat, saya fikir mereka perlu hadiri kursus mengenai Selcat," tegasnya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri. Selcat merupakan sebuah Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2009 untuk menyemak dan mengimbang (check and balance) pihak pentadbiran Kerajaan Negeri. Justeru, SELCAT tidak ada kuasa untuk menghukum mana-mana individu tetapi mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana saksi bagi memberi keterangan secara terbuka melalui pendengaran awam bagi mana-mana isu yang berkepentingan awam. Pemberian keterangan secara terbuka ini membantu dalam meningkatkan tahap ketelusan dalam pentadbiran awam kerana saksi-saksi yang dipanggil akan terletak di bawah pemantauan awam (public scrutiny). | ||||||||
Nurul Izzah : Husni Kurang Moral Kritik Belanjawan PR Posted: 12 Oct 2012 12:55 AM PDT KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) hari ini membidas kenyataan Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang mengatakan Bajet PR sebagai salah pengiraan dan 'lemah matematik'. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar Husni sebagai kurang bermoral dan tidak layak mengkritik bajet PR. "Saya rasa Husni tidak mempunyai kedudukan moral dan layak untuk mengkritik PR. "Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 menemui 75 kes terlebih belanja dalam 14 kementerian daripada aspek pembayaran," katanya dalam sidang media di Parlimen. Bagaimanapun, Jawatankuasa Manifesto dan Dasar PR menyambut baik kenyataan perbendaharaan yang mengakui ketepatan anggaran kos program PR. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata ia mengesahkan bahawa Kerajaan Pusat memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan PR. "Oleh sebab itu, dalam persidangan parlimen ini, ahli parlimen BN lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahas bajet PR. "Tidak cukup dengan itu, menteri seperti Husni mengerah kakitangan awam di perbendaharaan dan jabatan lain bekerja lebih masa mencari bidasan kepada kami, " katanya. Jelasnya, kerahan itu adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan kerana PR tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data,angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran. Sehubungan itu, PR mengesyorkan penubuhan sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen bebas yang bertanggungjawab menyediakan analisis belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli parlimen secara objektif. Katanya, cadangan itu sangat penting supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus dan cepat. "Sistem ini sudah lama digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ia bagi membentuk amalan yang adil dan saksama kepada kedua-dua pihak," katanya. Turut serta dalam sidang media tersebut MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong. | ||||||||
Selangor Sedia Bantu “Kafa Dalam Surau” Ijok Posted: 12 Oct 2012 12:53 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Negeri sedia membantu Sekolah Kafa Integrasi Al-Falah di Kota Puteri, Ijok yang menggunakan surau bagi tujuan pembelanjaran sejak awal tahun lalu. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata pihak sekolah boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja. Katanya, permohonan itu boleh dibuat di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berjumlah RM9 juta bagi tahun ini. "Kita sedia membantu mereka. Sememangnya bantuan itu diberikan kepada mana-mana sekolah yang memerlukan. "Sejak 2009, kita memperuntukkan sebanyak RM6 juta tetapi untuk tahun ini Kerajaan Negeri menambah peruntukkan bagi SAR itu," katanya ketika ditemui di Parlimen, semalam. Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan pada 6 Okt seramai 25 murid di Kafa tersebut menggunakan surau yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran sejak awal tahun lalu. Pihak surau itu berkata mereka sedang mencari sumbangan orang ramai bagi membina bangunan khusus bagi menempatkan sekolah tersebut. | ||||||||
Tranformasi canggung Belanjawan 2013 Najib Posted: 12 Oct 2012 12:51 AM PDT Oleh: Hafiz Zainuddin Biarpun kerugian Bank Negara pernah mencecah sehingga RM15.8 bilion akibat manipulasi matawang asing sekitar tahun 1992-1993 oleh spekulator tempatan yang kini menjadi menteri, di samping segala macam ketirisan wang kerajaan seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara tahun lalu, kerajaan BN boleh sahaja terus menyalahkan perkembangan memalukan ekonomi Malaysia itu asbab dari kelembapan ekonomi dunia. Atau Sebab Soros, sebab Yahudi, sebab syaitan, sebab DAP dan ancaman musuh-musuh Malaysia yang lain. BN tidak melihat dosa dan kesalahan sendiri lantas melayakkan diri mereka digelar dayus. Belanjawan 2013 baru sahaja diumumkan. Dengan segak bersongkok berbaju Melayu hijau dan samping erat tersemat dipinggang, Najib nampaknya begitu tenang menyerang dan berkempen mengutuk dasar Belanjawan Pakatan Rakyat. Kemudian tidak hadir pula pada sesi perbahasan. "Dasar kesihatan": Kuih gelang naik harga! Apapun kata Najib, 'dasar kesihatan' yang dihjadikan alasan supaya kurangkan gula dalam makanan tidak akan mengurangkan harga bahan terkawal itu. Tidak perlu menunggu tahun 2013, sudah ramai keluhan pengguna; "Kuih gelang sudah naik harga!". Jika kalendar Puak Maya yang meramal kiamat hujung tahun ini tidak kesampaian hingga 2013, maka kita bakal menanggung musibah yang lebih besar akibat ketempangan rancangan Transformasi Najib yang tidak realistik malah seolah beliau mahu membuktikan kepada Pak Lah dan Mahathir, beliaulah Perdana menteri paling pantas mentransformasi (baca: menjahanamkan) negara. Maka, apa ertinya buat kita yang makan di gerai bawah jambatan dengan berlaukkan tempe goreng dan sawi layu beharga RM2.50 setiap hari? Ada apa sebenarnya dengan Belanjawan 2013 dan Transformasi Najib? Lagi-lagi Sabah dan Sarawak terpinggir Tidak cukup rasanya memberi BR1M 2.0 kerana sejumlah wang itu mungkin bakal bertahan sebulan dua sahaja buat belanja rumah. Dalam masa yang sama, BR1M di Sabah mungkin habis dibuat bayar tambang kapal terbang Kota Kinabalu ke Tawau. Masih tidak ada apa yang boleh dilegakan oleh dua wilayah yang berada dalam dilemma sejak berdekad-dekad bersama Persekutuan Malaysia itu. Tahun lalu dapat peruntukan RM300 juta, kali ini cuma RM98 juta? Belanjawan 2013 Najib ini biarpun bakal menabur aspal jalan di Kuala Selangor, Pasir Salak maupun jalan-jalan di tengah jajahan Menteri Wilayah Persekutuan atau di Keningau, Tenom, Sibu maupun Kampung Haji Wahed di Miri, ia masih tidak mampu menjadi ganti beban berat dosa lampau oleh BN di negeri tersebut. Kebanjiran PATI yang bersaing secara tidak sihat dengan sebahagian Bumiputera di Sabah yang sudah pun dua tiga generasi mengaut hasil bumi bertuah itu tidak lagi selesai. Selain itu, yang masih menjadi tanda soal, mana perginya peruntukan bagi memperbaiki kemudahan infrastruktur yang sangat buruk dan sesetengahnya sangat jelek dipandang mata biarpun Ketua Menteri Sarawak misalnya telah tertabal sebagai Melayu terkaya di Malaysia? Belanjawan 'pil tahan sakit' Belanjawan 2013 Najib sekadar pil tahan sakit. Najib gagal membentangkan sebuah belanjawan jangka masa panjang untuk Malaysia. Najib juga gagal untuk membentangkan satu kerangka dasar untuk mengurangkan jumlah hutang negara. Akhirnya, dengan segala hutang kad kredit, kereta, PTPTN, rumah, along dan hutang kutu, semakin hari semakin terbeban lagi di bahu ini hutang-hutang tersembunyi dari kerajaan BN yang menunggu masa untuk meletup. – Roketkini.com | ||||||||
Adakah Pulau Pinang dianak-tirikan dalam Belanjawan 2013? – Guan Eng Posted: 12 Oct 2012 12:48 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWN: Tan Sri Nor Mohamad Yakcop digesa supaya jangan memutarbelit fakta peruntukan belanjawan untuk negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013. Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyarankan supaya Tan Sri Nor yang disifatkannya sebagai Soros Malaysia supaya tidak membohongi rakyat Pulau Pinang dengan mengulang-ulang projek lama untuk negeri itu, padahal peruntukan tahunan untuk pembangunan negeri semakin menyusut. "Adakah ini Janji Ditepati?" soal Guan Eng. "Apa untuk negeri Pulau Pinang? Dia hanya cerita sejarah," ujar beliau terhadap Tan Sri Nor yang membangkitkan pembangunan-pembangunan lampau bagi menutup kelompongan belanjawan kerajaan persekutuan yang menganak-tirikan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Beliau sebut jambatan kedua Pulau Pinang, ini bukan daripada bajet 2013. Ini zaman Pak Lah. Pembesaran Empangan Mengkuang pula adalah hasil rundingan untuk menyerahkan aset air. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga bukan daripada bajet 2013. Itu dari bajet dua tahun lepas, dan kita pun sudah ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan," kata beliau. Menurut beliau, peruntukan kali ini menyusut teruk berbanding peruntukan yang dijadualkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 sebanyak RM6,646 juta. "Untuk tahun ini dan tahun depan RM1,340 juta sahaja. Bukankah ini jauh beza berbanding dengan Rancangan Malaysia ke-9," ujar beliau. "Saya harap Tan Sri Nor janganlah cuba menyembunyikan fakta. Sama seperti beliau cuba menyembunyi fakta kerugian tukaran wang asing sebanyal RM15.8 bilion pada tahun 92 dan 93 sewaktu beliau menjadi 'George Soros of Malaysia' dan memperjudikan wang bank negara dalam pasaran tukaran wang asing," tegasnya lagi. – Roketkini.com | ||||||||
Posted: 12 Oct 2012 12:43 AM PDT Oleh : Adil Mat Selamat Sedang rakyat fokus memikir dan menilai belanjawan Barisan Nasional dan juga Belanjawan Pakatan Rakyat, perhatian kita dialih lagi dengan isu lama iaitu isu agama. Hal ini sudah menjadi klise yang cukup membosankan macam kisah drama Melayu dengan babak di lapangan terbang untuk sambut atau menghantar anak – bakal menantu pergi 'oversea' atau pulang ke tanahair, dan dan disambung drama tentang nak kahwinkan anak dengan si polan bin si polan, anak Tan Sri kaya. Adakah ini tahap mentaliti dan budaya politik kita? Tuduhan itu suatu hal, tetapi tuduhan itu pun tidak melambangkan kematangan politikus kita yang kononnya hero Melayu dan Islam. Tuduhan kata 'doa nak jadikan negara ini negara Kristian' ini hanyalah kes tembakan rambang, tidak kira siapa kena tidak kira berapa yang kena, janji tembak. Ini kerja orang terdesak. Kerja politikus Sekalipun wujud kes seperti itu, ia bukanlah isu dasar yang berkaitan langsung dengan urusan penting pentadbiran negara, ia juga bukan isu bagaimana mahu mengurus ekonomi dan wang rakyat. Ia bukan isu rasuah atau salahguna kuasa yang melibatkan ribuan hak rakyat. Ia tiada kaitan sama sekali. Tetapi mengapa seorang politikus yang kerjanya membuat dasar dan mengurus dasar perlu bercakap isu 'doa penganut Kristian'? Bukankah doa setiap penganut itu adalah hak mereka? Mengapa pula mahu diceroboh hingga doa peribadi mereka kepada Tuhan mereka pun orang politik nak tentukan? Itu jika kes tersebut benar-benar berlaku, jika tidak bagaimana? Bukankah itu satu fitnah yang berbahaya? Jika seribu kali pun doa mana-mana penganut dari mana-mana agama untuk mohon itu atau ini, jika tidak dimakbulkan oleh Tuhan, tidak juga akan terlaksana. Tetapi jika dimakbulkan oleh Tuhan, adakah kita nak menyalahkan Tuhan pula? Orang politik kerjanya membuat dasar, mengkaji dasar dan melaksanakan dasar-dasar yang disepakati. Dasar ini pula apa maknanya? Maksud kerja membuat dasar ini adalah kerja politik untuk membentuk sesuatu dasar pengurusan dalam konteks sebuah negara. Ia merangkumi dasar ekonomi, dasar pendidikan, dasar sosial dan sebagainya. Ia juga akan melibatkan proses perundangan dan perlaksanaan. Kerja politikus bukanlah seperti polis iaitu menguatkuasakan undang-undang yang berlandaskan sesuatu dasar yang telah dibentuk di Parlimen. Kerja politikus juga bukanlah kerja memantau doa penganut sesuatu agama. Malah kerja politikus bukanlah kerja menentukan apa yang boleh didoa atau apa yang tidak boleh didoakan. Ada tugas yang lebih penting Kerja yang berkaitan dengan urusan agama biarlah pemimpin agama itu sendiri yang uruskan, apatah lagi ia melibatkan agama yang berbeza dari seseorang yang ingin mengkritik atau mencadangkan. Politikus yang tandus agenda perjuangan akan meracau mencari isu untuk melalaikan kita dari menumpukan perhatian untuk melawan rasuah dan salahguna kuasa yang sedang berleluasa ketika ini. Rasuah kini di Malaysia sudah amat kronik. Rasuah dan salahguna kuasa telah dan akan membuatkan banyak hak rakyat dirampas dan maruah mereka dizalimi. Doa orang yang dianiaya akan mudah dimakbulkan tuhan. Ingatlah itu. – Roketkini.com | ||||||||
Piala Malaysia: Perhitungan 2 gergasi elit malam ini Posted: 12 Oct 2012 12:36 AM PDT MALAM ini dua gergasi elit bola sepak tempatan Selangor dan Kelantan bakal membuat perhitungan terakhir di Stadium Shah Alam bagi mengetahui pasukan mana akan menentang ATM pada aksi final Piala Malaysia 2012 di stadium sama, 20 Oktober ini. Red Giants yang tumbang 0-1 hasil jaringan Mohd Norfarhan Muhammad minit ke-62 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini pastinya mengharapkan penyudah lebih tajam jentera serangan menerusi gandingan Mohd Amri Yahyah dan Bosko Balaban untuk selangkah merealisasi Misi 33. Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yakin kemampuan anak buahnya untuk bangkit memadam defisit ketinggalan satu gol sebelum ini berdasarkan prestasi dipamerkan semasa berkunjung di gelanggang lawan berkenaan biarpun bakal beraksi tanpa pertahanan kental, Nasriq Baharom yang dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Kelantan. Keyakinan bekas pengendali Terengganu, Perlis, Persipura Jayapura, Telekom Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu, adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kebanyakan pemain Red Giants boleh beraksi pada semua posisi pertahanan, tengah dan serangan memberi kelebihan kepada pasukan berpusat di Shah Alam berkenaan. Sementara status Kelantan sebagai pasukan pakej lengkap dengan reputasi juara Piala FA, juara Liga Super serta mara ke peringkat suku akhir Piala AFC sudah cukup menggerunkan setiap lawan mereka musim ini, namun The Red Warriors perlu melepasi cabaran sepanjang 90 minit berbekalkan satu gol untuk selangkah ke final seterusnya mencipta treble musim ini. Asas dibina B Sathianathan, diperkukuhkan Datuk M Karathu, dimantapkan Peter Butler dan dibarakan Bojan Hodak nyata tidak menghampakan ribuan penyokong The Red Warriors apabila terus gah membawa Kelantan menjadi pasukan disegani dan dihormati lawan. Ikuti analisis Sinar Harian bahagian jentera kedua-dua pasukan hebat menjelang perlawanan penting malam ini. RATING: PENJAGA GOL SELANGOR (7/10), KELANTAN ( 9/10) Pengalaman bermain pada peringkat antarabangsa dan domestik menjadikan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi jauh lebih berpengalaman berbanding penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. Ditambah dengan kualiti kepimpinan apabila mampu memberi arahan lebih jelas kepada jentera pertahanan pasukan, manakala Norazlan pula perlu memperbaiki komunikasi dengan bahagian pertahanan yang dilihat agak kurang efektif pada separuh akhir pertama sebelum ini. Kesilapan mudah seperti dilakukan dalam perlawanan sebelum ini perlu dihindari bagi mengelakkan Selangor berputih mata lebih awal. RATING: PERTAHANAN SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10) Benteng pertahanan kelebihan masih berpihak kepada The Red Warriors, keserasian antara Nwaneri, Subramaniam, Nik Shahrul dan Daudsu menjadikan kubu pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang lebih kental mengekang asakan jentera lawan. Selangor pula ketiadaan, Nasriq Baharom bakal memberi tamparan hebat kepada bahagian ini, namun kemampuan Ramez Dayoub membentuk kesefahaman dengan Razman Roslan dan P Gunalan nyata boleh memberi kesan besar kepada penyudah Kelantan ditambah kehadiran Asraruddin Putra Omar. RATING: TENGAH SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10) Kelebihan masih berpihak kepada Kelantan andainya Hodak mahu menggunakan formasi 4-5-1 Shakir, Baddri, Norfarhan, Nurul Azwan Roya itu sudah cukup memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan dalam usaha memburu gol penyamaan. Manakala, jentera tengah Selangor dikemudi Ketua Pasukan, Shafiq Rahim perlu lebih sokongan bahagian kiri dan kanan baik Amirul Hadi, K Solehin serta pemain pinjaman dari Universiti Sains Malaysia (USM), S Venood untuk merobek gawang lawan. RATING: SERANGAN SELANGOR (8/10), KELANTAN (9/10) Jentera penyudah Kelantan andai dikemudi Ghaddar juga tidak kurang sengatnya ditambah dengan prestasi cemerlang Ghaddar yang mampu beraksi di bawah tekanan tinggi seperti dipamerkan ketika membantu Kelantan menewaskan Felda United pada suku akhir kedua sebelum ini. Namun, Norshahrul Idlan masih sandaran memburu gol. Gandingan Amri Yahyah dan Balaban semasa separuh akhir pertama perlu lebih sengat. Rozaimi Abdul Rahman mampu mengatasi masalah kurangan sengatan penyudah, pada masa sama Amri diletakkan di bahagian tengah membantu Shafiq. | ||||||||
Lelaki Curi Kereta Porshe Ditahan, Kereta Hilang Posted: 12 Oct 2012 12:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Lelaki berpakaian kemas yang membawa lari kereta mewah Porsche Panamera bernilai RM900,000 telah ditangkap awal hari Jumaat tetapi kereta tersebut telah hilang. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata lelaki itu telah ditahan di rumahnya di Pandamaran, Klang, pada kira-kira pukul 3.00 pagi. Polis percaya kenderaan itu telah diserahkan kepada orang yang mengatur supaya ia dicuri. Seorang lelaki telah ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan lanjut, katanya. Pada hari Khamis, lelaki terbabit memasuki bilik pameran di Jalan Bukit Bintang pada pukul 9 pagi di bawah alasan untuk mencari seseorang, berjalan memasuki ke pejabat, mengambil sampul surat yang mengandungi kunci, masuk ke dalam kereta dan memandu keluar. Kakitangan bilik pameran hanya menyedari kereta telah dicuri apabila pengawal keselamatan memasang penggera selepas menyedari ia dipandu tanpa nombor plat. Polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi ibu pejabat polis Dang Wangi di 03-26977099 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21460522. | ||||||||
Wanita Dirogol Bergilir-gilir 10 lelaki Myanmar Posted: 12 Oct 2012 12:27 AM PDT SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas 'diculik' ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka. "Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. "Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani," katanya - HM. | ||||||||
Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan Posted: 12 Oct 2012 12:19 AM PDT ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau. Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa. Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP. Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut. "Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. "Ini satu perkara yang tidak akan menguntungkan Pas sendiri disebabkan oleh beberapa perkara," kata beliau yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Apabila ditanya berkenaan tindakan yang bakal diambil terhadap beliau, katanya: "Itu tertakluk kepada mereka untuk menentukan, dan saya merasakan ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku." Menurut beliau lagi, kenyataan yang bercanggah dengan prinsip parti sepatutnya diselesaikan di kalangan pemimpin mereka sahaja kerana ini akan mempengaruhi pengundi pada PRU13. Pemimpin kanan Pas dan rakan mereka dalam PR juga mendakwa Nasharudin tidak membangkitkan isu berkenaan dalam mana-mana mesyuarat mereka. "Beliau seharusnya berbincang dengan pucuk pimpinan parti sahaja, daripada menggunakan medan lain yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana dalam beberapa bulan ini kita dapat melihat tidakkan beliau (Nasharudin) banyak bersifat bersendirian," tambah beliau. Pada masa sama, beliau menyatakan jika tidak berpuas hati dengan parti, beliau sendiri seharusnya keluar dari parti. Ogos lalu, Nasrudin sudah pun menegaskan bahawa tidak akan keluar parti untuk menyertai Umno seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak. "Daripada nak mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan, baiklah ahli politik mana-mana parti tidak kira Pas, DAP, PKR mahupun BN isytihar keluar parti," tambah beliau. Jelasnya, PRU-13 yang semakin hampir adalah masa yang sesuai untuk pengundi melihat tingkah laku pemimpin parti politik untuk memilih calon yang paling sesuai untuk memimpin mereka. Sementara itu, Prof Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai pandangan peribadi tentang hala tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut. "Beliau tidak mencabar, cuma beliau memberikan pandangan tentang arah tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut," kata beliau. Tambah beliau, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, hanya menyatakan pendirian seharusnya Pas tidak boleh ikut parti dalam PR yang bertentangan dengan prinsip mereka. "Pas seharusnya tegas dalam pendirian mereka walaupun berada dalam PR, dan mereka tidak seharusnya berdiam diri," katanya. "Disebabkan Pas berdiam diri, inilah yang membuatkan Nasharudin tidak suka kerana ramai yang akan mempersoalkan tindakan parti tersebut termasuk para pengundi Pas sendiri," tambah beliau. Kata beliau lagi, dalam matlamat PR untuk menawan Putrajaya, Pas hanya berdiam diri tentang perkara yang penting untuk menegakkan Islam di Malaysia. "Demi menguasai Putrajaya, Pas sanggup mendiamkan diri tentang perkara pokok dalam Islam apabila berdepan dengan dengan kepimpinan PR yang lain," katanya. "Kalau beginilah keadaanya, dan perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihan raya, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada Pas sendiri dan akan memberi kesan terhadap hubungan dengan parti- parti lain," tambah penganalisis ini. Pengundi adalah bijak dan mereka akan menilai semula kredibiliti Pas, malah kemestian untuk membuat satu pendirian yang tegas adalah perlu, kata beliau. Pada masa yang sama, Ahmad Atory turut mengulas tentang Kabinet bayangan PR yang kemungkinan Pas tidak akan mengetuainya jika perkara ini berlarutan. "Pas seharusnya menjadi 'juara' dan ini adalah harapan rakyat terutama orang Islam yang mengundi Pas untuk melihat pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri... jika masalah ini tidak selesai, sampai bila-bila parti tersebut tidak akan mentadbir," jelas beliau. Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, ia bersifat mencabar Pas kerana parti terbabit tidak akan menguasai Putrajaya jika masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan. Namun beliau menyatakan ia bukan tindakkan yang janggal kerana tujuanya adalah untuk menasihat. Sejak pendirian terbaru ini muncul, Pas kelihatan tenang dalam menghadapnya. Kitaran isu yang menyepit Pas dan DAP berterusan sementara ramai mula menghitung hari PRU13 yang bakal menjelang tiba. Pas seolah-olah kelihatan tidak untung dalam isu ini. Nasharudin pula nampak ada pilihan untuk dibuat. | ||||||||
Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas Posted: 12 Oct 2012 12:15 AM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP. Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita. "Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah," katanya. Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam. Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP. "Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi. "Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India," katanya. | ||||||||
Perkauman, Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri Posted: 11 Oct 2012 05:10 PM PDT
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini. Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina dalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia. Hisahmudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram. Bukankah pemimpin Umno dan Mca yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan. Siapa yang beri keranda kepada Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?. Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan "1 Melayu 1 Bumi". Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini Akbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai. | ||||||||
Surat terbuka kepada DBKL & kerajaan Posted: 11 Oct 2012 05:05 PM PDT Kemudahan LRT, KTM, bas dan lain-lain kenderaan awam yang menghubungkan tempat-tempat di kawasan Lembah Klang sememangnya satu langkah oleh kerajaan yang patut dipuji. Siapa yang tidak suka pergi ke tempat kerja setiap hari dengan menaiki kenderaan awam tanpa perlu menghadapi kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur yang semakin teruk dari tahun ke tahun. Antara tiga perhentian yang paling ramai penumpang untuk LRT Putra adalah Stesen Gombak, Taman Melati dan Wangsa Maju. Setiap pagi hanya dengan melalui 3 stesen ini sahaja LRT itu sudah penuh. Namun yang peliknya antara 3 stesen itu hanya Stesen Gombak yang mempunyai tempat meletakkan kenderaan yang khas. Mereka yang menaiki LRT Taman Melati dan Wangsa Maju pula terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan jika LRT itu agak jauh daripada rumah mereka. Namun sangatlah mengecewakan apabila pulang sahaja daripada tempat kerja, surat saman kelihatan menempel di cermin kereta. Dikatakan kesalahan meletakkan kenderaan kerana boleh membawakan bahaya kepada kereta lain. Sedangkan tidak ada walau sekali pun pernah dilihat kemalangan berlaku di kawasan tersebut jika nak dibandingkan dengan kemalangan yang berlaku setiap minggu di kawasan Kuala Lumpur kerana kesesakan lalu lintas setiap pagi dan petang. Maka saya ingin bertanya kepada DBKL dan kerajaan yang melakukan projek-projek ini. Sebenarnya adakah DBKL dan kerajaan tidak sehaluan di mana kerajaan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam, tetapi DBKL pula gemar memberi saman, yang menjadikan orang ramai sukar menggunakan kenderaan awam? Ataupun DBKL dan kerajaan sengaja membina LRT tanpa tempat meletakkan kereta untuk memperolehi sumber pendapatan melalui saman? Saya berharap tindakan saman menyaman di kawasan LRT dan KTM yang tidak mendatangkan bahaya yang jelas kepada kenderaan lain dihentikan. Jika kerajaan tidak tahu menahu berkaitan kegiatan yang dilakukan DBKL ini, diharapkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Ini kerana kejadian ini kelihatan seolah-olah kerajaan merancang projek tanpa berfikiran jauh apabila tidak memastikan rakyat dapat menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut sepenuhnya.-Pekerja KL | ||||||||
Ini Wajah Muhdalena Tanpa Topeng, Yang Terlibat Dalam Kes Amuk Di Putrajaya Posted: 11 Oct 2012 04:59 PM PDT KELAB GREENBOCAmuk: Muhdalena hadapi 2 lagi tuduhan, diarah jalani pemeriksaan mental PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang menghadapi tuduhan insiden mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu, agar menjalani pemeriksaan mental. Malah, hari ini dia menghadapi dua tuduhan baru. Peguamnya, M. Visvanathan memberitahu mahkamah bahawa terdapat keterangan prima facie bahawa anak guamnya mempunyai gejala 'depress', yang berkemungkinan dia tidak dapat memahami dan menilai perbicaraan yang dijalankan ke atasnya. Visvanathan, yang merujuk laporan perubatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya, Dr Umi Adzlin Silim, berkata anak guamnya disaran dirujuk kepada Pakar Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani penilaian dan rawatan di fasiliti yang mempunyai pengkhususan dan berkepakaran tinggi dalam menilai tahap mental Muhdalena. Menurut laporan perubatan yang dikemukakan di mahkamah, Muhdalena masih mengalami gejala kemurungan, namun semakin berkurangan. Beliau masih mengalami mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana kadang-kadang dia merasakan dirinya seorang 'pahlawan' dari zaman silam yang bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa. Laporan perubatan itu juga menyebut, gejala delusi yang dialaminya semakin terkawal. Bagaimanapun tidak lagi mengalami halusinasi mendengar suara ghaib, namun masih mendengar suara berdesing di telinga. Visvanathan juga berkata, Muhdalena mengambil beberapa jenis ubat-ubatan termasuk ubat antikemurungan, ubat antipsikotik bagi mengatasi gejala-gejala tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam menetapkan Muhdalena, 28, perlu mengikuti pemeriksaan selama sebulan dan menangguhkan perbicaraan kes tersebut sehingga menerima laporan perubatan. Dalam pada itu, ketika prosiding hari pertama perbicaraan hari ini, Muhdalena menghadapi dua lagi pertuduhan baru dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut. Pertuduhan baru pertama membabitkan kesalahan, tidak mematuhi perintah yang diberikan Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad, seorang pegawai berkuasa meletakkan senjata di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai satu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No. 2) 2000. Beliau turut menghadapi tuduhan tidak mematuhi perintah yang diberikan menteri dengan berada di premis (tempat kejadian) tanpa memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan pihak berkuasa. Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(2) dan 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang mana jika sabit kesalahann dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya. Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Muhdalena diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan baru itu, serta membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dua lagi tuduhan yang dihadapinya sebelum ini. Julai lalu, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota dan tuduhan kerana membawa sebilah pedang. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu. Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dalam prosiding hari ini, Muhdalena hadir di mahkamah sambil ditemani ibu, bapa, suami dan anak-anaknya. Kes ditangguh sehingga 23 November ini. klik untuk baca | ||||||||
Tangan kosong berjaya jatuhkan diktator Posted: 11 Oct 2012 04:50 PM PDT
Selepas Perang Dunia Kedua banyak negara dunia ketiga telah mencapai kemerdekaan, sama ada di Asia atau Afrika. Kemerdekaan dicapai melalui berbagai-bagai cara, sama ada penentangan secara bersenjata terhadap penjajah, melalui penentangan politik, melalui rundingan atau kuasa penjajah itu sendiri meninggalkan tanah jajahan mereka. Kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk selepas peninggalan penjajah, kebanyakannya melahirkan diktator baru yang menguasai negara berkenaan, sama ada di Afrika, negara-negara Arab dan juga Asia Tenggara. Bagaimanapun, di negara yang merdeka itu, demokrasi tidak berjalan dengan baik, pilihan raya hanya untuk mengesahkan pemerintah yang sedia ada. Lebih dahsyat lagi, apabila berlaku penolakan rakyat terhadap sesuatu pemerintah, maka untuk mempertahankan pemerintahan, kuasa luar (tentera) dijemput masuk. Campur tangan bagi mempertahankan sesuatu regim itu, sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung. Misalnya, untuk kes secara langsung, campur tangan Soviet untuk mempertahan pemerintah beraliran kiri di Afghanistan. Begitu juga dengan campur rtangan tentera Amerika Syarikat (AS) untuk mempertahan kerajaan Vietnam Selatan. AS turut campur tangan untuk mempertahan pemerintah Shah di Iran. Kebanyakan negara-negara Islam (OIC) diperintah secara diktator atau demokrasi hanya menjadi slogan pemerintah dan digunakan untuk pengesahan kediktatoran mereka. Sistem pemerintah "diktator demokrasi" berjalan di Libya, Tunisia, Mesir, Syria, Yamen bahkan hampir seluruh negara OIC. Di negara-negara Teluk, hampir tiada langsung sistem demokrasi. Apabila tentera luar datang campur tangan secara langsung, seperti di Vietnam dan Afghanistan, maka cara paling popular ialah rakyat tempatan mengangkat senjata melawan pemerintah dan tentera asing tersebut. Rakyat Vietnam dengan semangat patriotik dan watani akhirnya berjaya menghalau Amerika dan pemerintah boneka daripada mereka. Campur tangan tentera Soviet untuk mempertahankan kerajaan boneka mereka yang berhaluan kiri ditentang oleh rakyat Afghanistan (Mujahidin). Tentera Soviet dan kerajaan boneka itu terpaksa mengaku kalah di tangan Mujahidin dan rakyat Afghanistan. Ini antara dua contoh kejayaan golongan yang mengangkat senjata menghadapi campur tangan tentera asing untuk menghadapi pemerintahan diktator. Sesungguhnya bagi kes diktator yang memerintah sesebuah negara, atau campur tangan asing secara tidak langsung atau yang bersifat proksi, jarang sekali ia berakhir dengan kejayaan puak penentang yang mengangkat senjata. Sebaliknya kebangkitan rakyat dengan "tangan kosong" atau gerakan massa sahaja yang mampu menumbangkan pemerintahan diktator. Kerajaan Shah yang zalim, yang disokong sepenuhnya Amerika dan Israel dapat ditumbangkan dengan kemarahan jutaan rakyat di jalan raya. Memang ia terpaksa memakan ribuan korban di pihak rakyat jelata, namun akhirnya Shah dan sekutunya terpaksa mengaku kalah dan menyerahkan pemerintahan kepada rakyat. Begitu juga apabila rakyat Poland marah dengan pemerintah diktator, iaitu presiden dan isteri hidup dalam keadaan mewah sedangkan rakyat membanting tulang mencari makan. Akhirnya kemarahan ratusan ribu rakyat di jalan raya menyebabkan pemerintah Poland tumbang dan ketua gerakan sekerja mengambil alih pemerintahan. Ali Zainal Abidin, isteri dan kroninya hidup serba mewah dan bermaharajarela memerintah Tunisia. Melalui sistem "demokrasi diktator", tidak mungkin sama sekali pemerintah kejam Ali Zainal Abidin dapat ditukar. Akhirnya rakyat terpaksa keluar ke jalan raya mendesak Ali Zainal Abidin dan kabinetnya meletak jawatan dan memulangkan harta rakyat yang dicuri. Ratusan rakyat "bertangan kosong" terkorban, namun presiden dan isteri akhirnya terpaksa melarikan diri dan rakyat mengambil alih pemerintahan. Kaedah atau modus operandi yang sama juga berlaku di Mesir dan Yemen, apabila rakyat "bertangan kosong" keluar ke jalan raya dalam jumlah jutaan ramainya, dengan satu azam bagi menukar pemerintahan diktator. Di awal kebangkitan rakyat di Timur Tengah menuntut demokrasi, bermula dari Januari 2011, hampir serentak berlaku kemaraan rakyat untuk demokrasi dan menolak pemerintahan diktator. Pada awal kebangkitan rakyat Libya, ia amat baik dan bererti, tetapi di pertengahan jalan golongan bersenjata turut serta berlawan dengan tentera Muammar Gaddafi. Pemberontakan bersenjata dan demonstrasi massa berlaku seiring. Ia memberi peluang kepada kuasa imperialis untuk campur tangan. Negara-negara Nato, terutama Amerika dan Itali mengambil peluang untuk mengebom Libya dan membantu pemberontakan. Negara Turki, Qatar dan negara-negara Teluk lain juga turut sama menjatuhkan regim Gaddafi. Apa yang membimbangkan, perubahan pemerintahan di Libya tidak sangat mengikut acuan atau kehendak rakyat, sebaliknya ia mengikut acuan Nato dan kuasa Barat. Kita mahu perubahan berlaku seperti di Iran, Poland, Tunisia, Mesir dan Yemen. Kebangkitan umat di Timur Tengah juga melanda Syria. Demonstrasi rakyat berlaku di setiap bandar besar, sama ada di Alleppo, Damsyik dan Homs. Seperti di Libya, golongan bersenjata menyusup dan melakukan pembunuhan terhadap tentera dan polis Syria. Pasukan keselamatan Syria kemudiannya membalas tindakan dengan keras. Rovolusi (kebangkitan) rakyat Syria telah dan sedang "dihijack" oleh pasukan bersenjata. Lebih malang lagi, ada di antara yang menyokong pasukan bersenjata menentang kerajaan Bashar Al-Assad itu, di negara mereka sendiri tidak pernah ada pilihan raya dan rakyat mereka tidak tahu apa itu demokrasi. Sekali lagi negara-negara Nato dan segelintir negara Arab di Teluk sedang mengatur "kepala kuasa" di Timur Tengah, setelah Amerika dan sekutunya gagal di Iran, Mesir, Tunisia, Yemen, dan juga di rantau ini, Indonesia apabila takyat menjatuhkan regim Suharto. Saya masih berkeyakinan, bahawa untuk menjatuhkan diktator di negara sendiri, kebangkitan rakyat dengan "tangan kosong" selama ini terbukti membawa kejayaan daripada kaedah mengangkat senjata. | ||||||||
BEZA PKR DAN UMNO UMPAMA LANGIT DAN BUMI Posted: 11 Oct 2012 04:36 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMAKA kecohlah puak-puak jahiliyyah itu menyebut bahawa PKR itu sama dengan Umno iaitu tidak Islamik. Maka kata mereka apa perlunya PAS bersama PKR jika PKR itu sama dengan Umno dan tidak sama dengan perjuangan PAS? Soalan bodoh ini sewajarnya dan cukup rasanya aku yang tidak cerdik tapi tidak sejahil mereka untuk menjawabnya. Adakah selama ini golongan Melayu Jahiliyyah itu (sekarang dikenali sebagai "Syaitan yang dikenali") menganggap dasar PKR sama dengan dasar PAS? Jika begitu anggapan mereka, jelaslah mereka sebenarnya masih tidak mengenali PKR dan PAS, ertikata lain teramat bengapnya mereka. Jika PKR dasarnya sama dengan PAS, perlu apa wujud PKR? Bukankah lebih baik mereka semua menyertai PAS? Begitu juga, jika PKR itu sama dengan Umno, buat apa PKR melawan Umno habis-habisan? Itu pun tidak boleh fikirkah?
Terdapat banyak beza PKR dengan Umno sebenarnya. Kita ambil contoh paling mudah sahaja, adakah PKR pernah menentang atau mengugut PAS untuk memperjuangkan dasar partinya iaitu Islam? Cuba tanya Umno pula. Bukan sahaja Umno pernah menentang dasar PAS di bibir sahaja, bahkan ada pemimpin Umno yang cuba menyaman PAS kerana isu Hukum Hudud. DAP pun tidak pernah mahu menyaman PAS di dalam soal Hudud ini walaupun DAP tidak bersetuju dengan hukum tersebut. Di bawah Umno, Kerajaan Kelantan di bawah PAS pernah diugut agar tidak melaksanakan Hukum Hudud. Pernahkah ini dilakukan oleh PKR?
PKR adalah parti yang ahlinya terdiri dari berbagai kaum dan agama, tetapi asas perjuangan parti ini adalah memperjuangkan keadilan untuk semua. Manakala, PAS pula ahli-ahlinya terdiri dari berbagai kaum berugama Islam dan menerima yang bukan Islam sebagai penyokong bersekutu bagi memperkuatkan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam. Jika PKR memperjuangkan keadilan, salahkah PAS bersama dengan PKR kerana Umno terbukti tidak memperjuangkan aspek itu. Ada hikmahnya PKR ini wujud di dalam membantu PAS. Andainya sewaktu DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dahulu dan beliau menyertai PAS bersama para penyokongnya, kita tidak pasti Pembangkang menjadi sekuat ini. Jika terdapat mereka yang amat benci dengan Umno/Bn, tetapi merasa kurang yakin dengan DAP dan tidak boleh menyertai PAS kerana mereka bukan Islam atau kurang yakin dengan PAS, ke manakah pilihan mereka? Sebab itu PKR wujud untuk orang-orang yang seperti ini, iaitu mereka yang bencikan Umno/Bn. Di dalam PR kita perlukan orang yang benci kepada Umno/Bn kerana parti inilah yang merosakkan negara dan mengkhianati rakyat di negara ini. Pilih mana satu contoh keluarga terbaik PKR tidak kisah dianggap sebagai 'kayu galah' untuk PAS mencapai hasrat parti tersebut. Untuk menjolok buah yang mahu dinikmati bersama, PKR atau DAP sanggup menjadi 'kayu galah atau penjolok" asalkan tidak menjadi kuda tunggangan seperti Umno yang diperkudakan oleh parti-parti komponen mereka. Faktanya, Apa yang Umno boleh buat apabila Presiden MCA menghina hukum Islam? Lebih jelas lagi, di dalam debat Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng, terang-terang Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA berani memberi amaran kepada Umno agar tidak melaksanakan Hukum Hudud. Apa pula jawapan Lim Guan Eng? Beliau menyebut bahawa DAP berpendirian isu Hudud adalah isu agama dan DAP menghormatinya sebagaimana PAS juga menghormati ugama mereka. Bukankah ada beza di situ? Memang benar, Karpal Singh berulangkali menyebut DAP tidak bersetuju dengan Hukum Hudud tetapi pernahkah Karpal Singh selaku Peguam terkenal menyaman PAS atas isu Hudud? Bagi PAS pula, soal DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud bukan perkara baru bahkan jika DAP menyokong hukum ini sekalipun bukan mudah buat PAS untuk melaksanakannya kerana Umno tetap menjadi penghalang hukum Allah ini. Malahan halangan dari Umno ini lebih hebat dari DAP kerana Umno sekarang berkuasa, bukan DAP. Contohnya seperti yang berlaku di Kelantan dahulu. Beza Umno dengan PKR umpama langit dan bumi. Umno tetap dengan dasar Kebangsaannya, tetapi PKR tetap dengan dasar yang akan memberikan keadilan kepada semua kaum. Keadilan kepada semua kaum ini adalah salah satu dari kehendak Islam, maka tentunya perjuangan ini secocok dengan PAS. Parti yang hanya menyalak "Ketuanan Melayu, ketuanan Melayu" Hidup Melayu, Hidup Melayu" sudah tentu ditolak oleh PAS kerana Islam tidak boleh diperjuangkan melalui Melayu semata-mata. Tidak dinafikan PKR bukan parti Islam seperti PAS, tetapi PKR bukan anti Islam seperti Umno. Itu bezanya. Di dalam Islam, akta yang zalim dan tidak adil seperti Akta ISA, AUKU, OSA dan beberapa akta lagi bercanggah dengan Islam, maka PKR menentangnya maka penentangan PKR terhadap akta zalim ini secocok dengan parti PAS. Adakah PAS perlu bersama Umno yang begitu lama bergelumang dengan kesemua akta ini? Paling releven, Umno lah satu-satunya parti yang banyak menganiayai PAS. Siapa boleh lupa sewaktu PAS dapat memerintah Terengganu, siapakah yang menzalimi kerajaan PAS ketika itu dengan merampas royalti minyak yang sebelum ini diberikan? Tidakkah mereka sedar bahawa Terengganu itu sebuah negeri yang hampir 100% Melayu Islam? Begitu juga soal royalti di Kelantan sebuah lagi negeri Melayu yang dikhianati? Bukan PKR atau DAP yang menganiayai negeri-negeri Melayu tersebut tetapi Umno/Bn. Masihkah kita mahu beranggapan Umno dan PKR itu serupa? Mari kita lihat contoh paling mudah dan dianggap asas sahaja untuk membandingkan Umno dan PKR. Dari segi penghayatan Islam kedua-dua pemimpin dari Umno dan PKR sudah cukup untuk kita menilai parti manakah yang patut PAS jadikan sahabat. Presiden Umno dikatakan seorang Islam begitu juga isterinya. Adakah isteri Presiden Umno menghayati Islam berbanding dengan isteri Ketua Umum PKR? Bandingkan pula keluarga mereka. Adakah anak kepada Ketua Umum PKR ini memiliki saham kilang arak atau syarikat yang ada kaitan dengan arak seperti San Miguel? Apakah Umno mahu PAS bersama dengan mereka di dalam keadaan pemimpin mereka sedemikian rupa? Terlalu banyak lagi beza PKR dengan Umno sehingga tidak cukup ruang untuk dinukilkan di sini. PKR punyai pimpinan yang berani berdepan dengan Sang Penguasa, tetapi Umno mempunyai pemimpin yang hanya berani bercakap seorang diri di kaca TV. Isu debat sudah cukup untuk mengajar kita tentang pepatah "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah"./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan