Jumaat, 12 Oktober 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Singa betina menyantuni anak antelop selepas ibunya dimakan

Posted: 12 Oct 2012 09:30 AM PDT


Singa betina  dengan mangsa kecil 
 
Gambar menakjubkan dirakam oleh jurugambar Belanda, Adri De Visser, 50 menunjukkan singa betina dengan anak antelop di Queen Elizabeth Naitonal Park Uganda - sejurus selepas dia selesai meratah ibu makhluk kecil tersebut.

 "Apabila saya sampai di sana, saya melihat singa betina itu sedang memakan bangkai seekor antelop," katanya kepada Daily Mail Britain .

Anak Antelop yang malang tidak lari menjauhkan diri 
dari singa tersebut dan entah bagaimana tidak pula 
menjadi habuan singa tersebut.
 
"Saya mengikutinya untuk beberapa ketika dan dia pergi ke satu pokok untuk berehat dari matahari," katanya. "Saya telah memerhatikannya apabila saya mendengar bunyi. Ia adalah anak kecil antelop yang telah bersembunyi di dalam rumput panjang." 

Anak antelop itu berjalan kearah diantara kaki singa 
itu seolah-olah ia cuba untuk mendapatkan susu. 
 
De Visser berkata singa tersebut memerhatikan anak kecil antelop itu selama kira-kira 45 minit tetapi tidak menerkam, walaupun anak kecil yang tidak berdaya itu merangkak diantara kakinya seolah-olah ia cuba untuk mendapatkan susu.

Singa betina tersebut menyambar anak antelop 
itu lari - seperti membawa anaknya sendiri.
 
Tiba-tiba, bunyi motosikal renjer taman tersebut telah mengejutkan singa tersebut, katanya. "Jadi singa betina itu mengonggong anak antelop tersebut seperti mana biasanya mengonggong anak sendiri," katanya.

 "Kita mendengar khabar daripada sekumpulan pelancong mengatakan anak antelop tersebut dikesan hidup dan sihat."

Nampaknya  binatang ini lebih berperi kemanusian daripada spesis manusia yang sanggup membuang anak sendiri....Kalau dia makan anak antelop itu pun memang dah lumrah kerana itu memang makanan dia pun...SUMBER

Sebut Nasha nampak Umno ...

Posted: 12 Oct 2012 03:00 AM PDT



Cuma nak list out di entri ini beberapa kenyataan pimpinan PAS berhubung dengan kenyataan bekas Timbalan Presidn PAS, Nasharuddin Mat Isa.Korang boleh ikuti ucapan Nasha melalui klip video di akhir entri ini nanti.

Hari tu ada aku kata Salahuddin Ayub dan Khalid Samad tu takut dengan Nasha di sini. Macam mana aku tak kata gitu? 

Sebab diaorang tu kata PAS tidak menghalang sekiranya DAP Sarawak berhasrat membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa kerana menuduh parti itu mahu membentuk negara Kristian....

Kenapa Salahuddin dan Khalid main genyit-genyit mata dengan  orang luar PAS supaya ambil tindakan  keatas Nasha tetapi tidak menggesa supaya PAS sendiri yang mengambil tindakan disiplin? Sebab itu aku tanya mana Badan Disiplin PAS?

Hari ini baru aku tahu. Rupa-rupanya diaorang tu bukan takutkan Nasha , tetapi kecut teloq dengan Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato' Harun Taib.


Harun Taib yang pernah beritahu semua orang, Mat Said  datang ke rumahnya di Manir kerana nak beli dua ekor kambing untuk qeqah anaknya, merupakan antara mereka yang sering menyatakan sokongan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat.

Dulu dialah yang kata Nasha tu masih relevan...dan terbaru kali ini dia kata pula "Betullah apa yang dikatakannya ...."

Tapi aku tabiklah kat Timpres, Mat Sabu, bila mengulas isu tersebut, dia tak sebut langsung nama Nasha tapi dia pi sebut 'UMNO' !

Dakwaan Umno bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian adalah sangat mengarut dan tidak munasabah. kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.Baca di sini

Ha! ha! memanglah, bila sebut Nasha, korang semua tentu teringatkan Umno.Nasha dan Umno dah sangat sinonim. Sebut Nasha orang dah nampak Umno! 

Berikut video klip yang ucapan Umno yang mentohmah PAS dah tinggalkan perjuangan asal demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya :

Betulkah Hamidah dan Umno perjuangkan SAR?

Posted: 11 Oct 2012 09:34 PM PDT




Heboh macam murai tercabut ekor, muncung Hamidah BP pada suatu ketika dulu - tohmahkan Pakatan Rakyat menentang pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman ...

Sanggup upah Kazim Elias supaya ajak ummat Islam Dun Sungai Rapat 'berjihad' mempertahankan SAR tersebut.

Mamat mangkuk yang sanggup makan upah tak seberapa itu pun buat sembahyang hajat...kononnyalah dia  tu  sayang sangat dengan SAR padahalnya kerana dapat upah dari Hamidah BP.

Hamidah BP memang tak lokek wang. Dia memang pandai cari wang. Projek pembinaan SAR di taman itu adalah projek kecil saje baginya, macam tahi hidung dipinggir lubang sahaja. Apa salahnya berikan kepada mamat mangkuk tu secebis, tentu bertambah khusyuk mangkuk tu bermunajat ....

Ya Allah ! Fulus ! Fulus! Fulus! begitulah gamaknya wirid munajat yang sentiasa berdetik dalam kalbunya....

Sebelum kamu atau pencacai kamu jawab, elok fahami dahulu apa itu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang aku maksudkan.


Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikanformal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam.Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak lagi SAR yang tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana kategori sekolah-sekolah di Malaysia. SAR lazimnya diasaskan oleh tokoh-tokoh agama dan mengamalkan sistem pembelajaran tradisional dan menggunakan kurikulum pembelajarannya yang tersendiri.

Jelasnya di sini, SAR yang dimaksudkan yang sebenarnya adalah seperti mana definasi di atas itu.

Bukan SAR (seperti di Taman Pegoh) sebagaimana yang ko dan pencacai upahan ko perjuangkan. Sampai ajak kalian ummat Islam 'berjihad'!

Yang itu sebenarnya ialah kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain. Lazimnya, budak-budak sekolah rendah kebangsaan yang sessi pagi akan menghadiri kelas-kelas ini disebelah petang antara 2.30 hingga 5.30 setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.Budak-budak sessi petang hadir ke kelas-kelas ini disebelah pagi.

Jadinya bila aku sebut SAR, aku tidak maksudkan kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardu Ain, faham? Lihat semula definasi atas tu kalau masih teghin lagi!

Ok lah, aku nak khabarkan kat ko Hamidah BP, bahawa ada satu rombongan SAR telah berdemo diluar bangunan parlimen kerana tidak puas hati dengan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Yang tutup muka tu ...Hamidah BP ker?

Mereka membantah  kerana SAR disisihkan dari mendapat bantuan dalam bajet 2013.

Bajet Najib memperuntukan sejumlah besar RM1.2 billion bagi pra-persekolahan. Dari jumlah tersebut, RM111 million telah diperuntukan kepada projek Rosmah Mansor, Permata Negara. Baca  di sini

Cuma aku nak tanya engkau satu soalan cepu emas :

Betul ke engkau dan Umno prihatin untuk memperjuangkan nasib Sekolah Agama Rakyat?

Dan soalan tambahan : Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh program Permata tersebut hingga melayakan Rosmah mendapat peruntukan sebanyak itu?

Tiada ulasan: