BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 09 Oct 2012 07:30 AM PDT Peguam hak asasi manusia, William Bourdon, yang berpejabat di Paris, berkata tidak timbul soal "perbicaraan sedang berjalan" berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene kerana dua hakim Perancis yang dilantik untuk kes itu masih menjalankan siasatan mereka. Katanya, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah di mana kumpulan hak asasi manusia di Malaysia, Suaram telah diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac 2012. Beliau berkata hanya apabila selesai siasatan itu barulah hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada perbicaraan penuh akan diadakan untuk mendengar kes tersebut. Bourdon (kiri) menyifatkan kenyataan pendakwaraya kerajaan Perancis, Yves Charpenel bahawa "tidak ada perbicaraan" terhadap kes tersebut, sebagai "bercanggah sama sekali" kerana keputusan sama perbicaraan perlu diadakan, akan diputuskan oleh hakim-hakim berkenaan apabila siasatan mereka selesai, dan dan bukannya pihak pendakwa. "Setahu kami, pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut, tidak membuat sebarang kenyataan seperti yang disuarakan oleh Charpenel. "Kedua-dua hakim berkenaan - Roger Le Loire dan Serge Tournaire - sedang meneruskan siasatan mereka terhadap kes Scorpene itu." Semalam, Bernama melaporkan seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel dilaporkan berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan. [Baca berita penuh]1. Pendakwa: Tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis |
ORANG MATIPUN DAPAT PANGGILAN HA HA HA... Posted: 09 Oct 2012 01:24 AM PDT Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat. Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai. Fan meninggal dunia pada tahun 2010. Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan