Selasa, 9 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bravo CheguBard!! Aku Sokong kenyataan ini!!

Posted: 09 Oct 2012 07:31 AM PDT


Sebelum korang baca apa kenyatan CheguBard.. ini pendapat aku buat semua Ahli PKR Selangor.. tak kira samada Ahli biasa atau Pemimpin Tertinggi PKR Selangor..

Tindakan menimbulkan konflik atau pergeseran antara ahli dalam PKR Selangor ini adalah satu tindakan MAHA BODOH abad ini yang dilakukan oleh Ahli-ahli PKR Selangor.

Dikala kita semakin menghampiri pilihanraya, timbul gesaan agar seorang ahli PKR dipecat hanya kerana beliau mengkritik seorang pemimpin tertinggi parti.

Adakah pemimpin tersebut terlalu maksum bagi mereka hinggakan pemimpin tersebut tidak boleh dikritik?

Kalau nak bodekpun sekalipun janganlah sampai membunuh kawan..

Aku tahu bukan kerana Faekah kritik Azmin sebabnya Ahli PKR Selangor mahu beliau dipecat.. tapi ada sebab lain..

Sepatutnya dalam keadaan ini kita menghargai semua ahli yang kita ada kerana setiap undi kepada kita adalah amat berharga semasa Pilihanraya..

Korang tahu tak betapa susahnya untuk meyakinkan seseorang supaya menyokong perjuangan kita? kalau tak tahu bila PRU13 tiba..korang ikut perayu undi buat kerja..

Sepatutnya juga dalam keadaan yang genting ini kita pergunakan segala tenaga, segala sumber dan juga segala kebolehan yang kita ada dalam menghadapi serangan UMNO/BN.. bukan untuk berperang sesama kita..

Lebih baik Ahli-ahli PKR Selangor menumpukan tenaga dalam menghadapi UMNO/BN di Selangor bukannya bercakaran sesama sendiri yang akhirnya menimbulkan perpecahan dalam parti dan melemahkan kita sendiri..

Sasaran kita UMNO..UMNO!! menumbangkan UMNO/BN!! bukannya menumbangkan Faekah ataupun menumbangkan Azmin!!

Awat hangpa BENGONG sangat??

Apa korang tak ada saluran Parti ke untuk luahkan rasa tak puas hati tu?

Mungkin Ahli-ahli PKR Selangor terlalu yakin bahawa Selangor dapat dipertahankan mereka dengan mudah, oleh itu mereka selesa dengan keadaan, jadi tak perlu bekerja keras untuk menang..

Tapi korang perlu tahu.. bahawa sasaran utama UMNO/BN ialah rampas Selangor.. walau apa jua rintangan UMNO perlu merampas kembali Selangor.. untuk survival mereka..

By the way.. ni khas buat Ahli-ahli PKR Selangor jangan kata korang dah kuat sangat sedara-sedara.. kebanyakkan tempat yang korang menang tu.. korang baru menang sekali saja..

Kami di Permatang Pauh ni dah berapa kali lalui Pilihanraya baik PRU mahupun PRK.. Alhamdulillah.. kami tak pernah kalah lagi.. sebab apa?

Sebab kami tak BODOH macam korang!!!

 
Ini apa CheguBard kata..
Disebalik desakan berterusan agar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meletakkan jawatannya, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain tampil membuat gesaan agar konflik itu dihentikan segera.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno- Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.

Beliau berkata pimpinan parti yang terlibat tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan isu sedemikian, malah beliau turut menyatakan kegusaran berhubung hal tersebut.

"Siapa yang cakap tidak penting, tapi jangan bergaduh di media, guna twitter dan sebagainya. Saya gusar bila ada pimpinan besar buat contoh dan beri komen di laman sosial sehingga ahli lain pun akan turut serta.

 "Maka tiba masa hentikan semua kerja ini dan tumpu untuk menguatkan Selangor dengan cara pentadbiran yang baik. Tidak perlu kecoh tentang hal ini kerana masa terbaik adalah untuk diam," kata CheguBard memberi nasihat.

Semalam PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah mahu parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.

Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Manakala Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan.

Dalam pada itu, Faekah gagal dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Beliau difahamkan diarah menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini.

Desakan seperti bukan baru untuk Faekah memandangkan sebelum ini wujud satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter dengan #kamisayangPKR dan #PecatFaekah wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah agar berundur dari posisinya kini.~ Free Malaysia Today

Najib akan laksana GST dalam masa terdekat?

Posted: 09 Oct 2012 02:14 AM PDT

Berbagai gula-gula telah ditabur Najib ketika beliau membentangkan belanjawan 2013 baru-baru ini.

Antaranya yang paling jelas sebagai satu cubaan memperbodohkan rakyat ialah pengumuman seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta oleh kerajaan.. sedangkan wang tersebut datangnya dari caruman pekerja sendiri.

Dibawah adalah antara apa yang telah dibentangkan oleh Najib dalam belanjawan 2013 pada 28 September 2012 lalu..


1. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun
2. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

3. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

4. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

5. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

6. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

7. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.

8. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

9. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan

10. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

11. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

12. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

13. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

14. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

15. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

16. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

17. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

18. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

19. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

20. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

21. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

22. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

23. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

24. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

Gula-gula sudah ditabur.. sesuai dengan apa yang pernah Najib ungkapkan dalam Pilihanra Negeri Sarawak dulu iaitu 'You Help Me, I Help U' tapi kali lebih sesuai ''I Help U, You All Help Me" maka GST akan dilaksanakan ..

Surat jemputan menghadiri seminar berkenaan GST dari Bahagian Cukai dalam negeri, Jabatan Kastam diRaja Selangor ini dengan jelas menyatakan Kerajaan UMNO/BN akan melaksanakan GST dalam masa terdekat...


Lagi sekeping dokumen sila lihat di ( MiLo SuaM )

APA?? Noh Omar anugerah tender RM164.8Juta kepada kroninya yang tak punya kelayakkan?

Posted: 08 Oct 2012 10:03 PM PDT


Ini baru betul kepimpinan melalui tauladan... Najib anugerahkan projek MRT kepada kroninya yang disahkan tidak layak oleh Kementerian Kewangan..

Jadi berdasarkan apa yang ditunjukkan Najib, Noh Omar pula menganugerahkan tender membekalkan benih padi bernilai RM164.8 Juta pada kroninya yang juga tidak ada kelayakkan..

Malaysiakini melaporkan..

Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah ~ Malaysiakini

Tiada perbicaraan berhubung Scorpene di Perancis?.. Baca nih!!

Posted: 08 Oct 2012 07:10 PM PDT


Semalam riuh rendah blog-blog pencacai UMNO menyiarkan kenyataan atau laporan dari Bernama yang menyiarkan kenyataan bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel mengatakan bahawa tiada perbicaraan berhubung Scorpene di Perancis.

Aku kurang pasti samada  Yves Charpenel yang mengeluarkan kenyataan bercanggah atau Bernama sendiri yang menjadikannya bercanggah.. tapi kalau gambar pun Bernama boleh edit apalah sangat kenyataan tu..

Dalam kenyataannya yang dipertik BERNAMA, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Ini laporan dari BERNAMA..
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata "ya" atau "tidak". Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media. - BERNAMA

Di awal laporan Bernama melaporkan.. Yves Charpenel sebagai Pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal tetapi pada perenggan yang ke 4, Yves Charpenel dinyatakan sebagai bekas ketua pendakwaan di Perancis pula..

Bagaimanapun lewat malam tadi satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) itu..

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012.

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh.

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel. Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM

Terkedulah pencacai UMNO dengan kenyataan Media oleh SUARAM tu...ha..ha..ha...

Gara-gara video lagu ini.. M.Nasir mula dikutuk pencacai UMNO..

Posted: 08 Oct 2012 10:26 AM PDT


Kecoh dibeberapa blog hiburan dan juga blog pencacai UMNO bila mana Sifu Industri muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dikhabarkan semakin aktif berpolitik bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semuanya gara-gara Parti Keadilan Rakyat memuatnaik sebuah video lagu berjudul 'Panji Keadilan' dilaman You Tube.

Ini kerana walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara M. Nasir dakwa mereka..

Ini dari sebuah Blog Hiburan..

Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik'nya.

Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di'khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.

Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di'nyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak di'nyatakan dalam deskripsi video, ia'nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di'cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di'heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.

Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain'nya ~ RotiKaya

Ini pula dari blog pencacai UMNO yang merupakan teman tapi musuh satu Parlimen dengan aku..

Sapa yang tak kenal dengan M Nasir beb.. Gua sebelum ni pun minat dengan lagu-lagu ciptaan beliau..

Tapi semenjak kontroversi kenyataan M Nasir yang persoalkan 'siapa Mahathir' tak lama dulu, gua dah mula 'dingin' dengan individu yang digelar sifu dalam industri muzik negara ni..

Yang terkini, M Nasir didakwa menjadi penyanyi kepada lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.. Dah habis fikir ke M Nasir tu bila dia terima tawaran untuk nyanyi lagu rasmi parti pemuja Anwar tu beb?

Kalau betullah M Nasir yang menyanyikan lagu PKR tu, gua anggap dia memang manusia yang tak kenang budi dan tak tahu diuntung..

Kita semua tahu bahawa M Nasir adalah warganegara Singapore dan telah mendapat PR di negara ni.. M Nasir juga menjadikan Malaysia yang aman damai ni sebagai tempat dia untuk cari rezeki..

Dan kalau M Nasir tergamak untuk bersekongkol dengan Pakatan laknatullah tu, gua rasa dia berhak untuk dimaki hamun oleh gua..

Apapun.., kita tunggu penjelasan dari tuan empunya diri.. Itupun kalau dia berani bagi kenyataan lah yee.. ~ Media Permatang Pauh

Lebih banyak lagi kutukan dalam Blog-blog pencacai UMNO.. korang carilah ya.. kalau malas tak apa.. korang anggaplah semua blogger pencacai UMNO tu sama saja sifatnya dengan blog 'Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku tu..

Mengapa agaknya M.Nasir dikutuk oleh kebanyakkan Blogger pencacai UMNO?

Adakah mereka terlupa bahawa artis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang mana demokrasi adalah amalan negara kita.

Oleh kerana demokrasi yang diamalkan setiap rakyat termasuk artis adalah bebas untuk menyokong mana-mana parti politik..

Itu adalah hakikat demokrasi..

Jadi kalau pencacai-pencacai UMNO tu mahu semua artis hanya menyanyikan lagu menyokong UMNO/BN.. korang suruh Najib tukar demokrasi tu kepada kuku besi..

Ini adalah Video tersebut...



Tiada ulasan: