. |
Hasan Akidah Sama Kelas Dengan Salentia Posted: 13 Oct 2012 12:15 AM PDT SENGGANG PETANG Tidak semena-mena Hasan Akidah menyentuh prihal Pas. Mungkin kalau dia tidak sentuh Pas orang tidak mengenangnya. Umno melihat Hasan tidak ubah seperti supit aiskrim yang dilempar ke dalam tong sampah tetapi tidak masuk ke dalam. Supik aiskrim nampak cantik tetapi tidak boleh diguna lagi sebab bucunya sudah dikekah (gigit), tembus. kalau bubuh air pun akan bocor. Kali ini dia mencadangkan supaya Nik Aziz Nik Mat berundur dari jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Haron Din. Dia juga mendakwa Nik Aziz sebagai amat berkuasa, sebagai presiden, sebai MB dan sebagai mursyidul am Pas. Soalnya kenapa Hasan mengungkitkan perkara ini, dengki ke? Hasan tidak payah dengki atas sanjungan dan penghormatan tinggi diberikan ahli Pas dan rakyat negara dari berbilang kaum kepada beliau. Nik Aziz berhak untuk mendapat sanjungan itu melihat kepada beberapa keistimewaan dan pendekatan politiknya yang futuristik. Kehidupan Nik Aziz tidak mewah walaupun dia berhak hidup mewah dengan jawatan itu. Sepanjang dia menjadi MB selama 22 tahun dia tidak pernah mengubah suai pejabatnya. Apa yang berlaku dia ubah tempat saja dari tingkat dua ke tingkat satu. Begitu juga dengan rumahnya. Nilai rumah Nik Aziz jauh lebih rendah dengan nilai rumah Hasan semasa jadi Exco atas tikit Pas. Berbeza dengan Hasan Akidah, baru hanya menjadi Exco sudah ubahsuai pejabat mencecah puluhan ribu. Sudah baiki rumah. Perbelanjaan untuk majlis hari raya saja habis berpuloh ribu. Bukan itu sahaja Hasan juga siap tambah bini dari satu menjadi dua. Khabarnya suasana rumah tangganya masih belum lendik sampai kini? Kalau pun Nik Aziz perlu meletak jawatan kerana sebab-sebab kesihatan dan sebagainya, bukan Hasan yang perlu mendesaknya. Pas masih ada ahli untuk berbuat demikian. Selepas Hasan ditalaq oleh Pas beliau tidak ada hak lagi untuk membuat apa-apa teguran apa lagi cuba menyusun strukrur pimpinan Pas. Kalaupun dia bercakap dan mengenang Pas itu adalah jenis gilakan sangkak. Begitu juga kalau pun alasan digunakan Hasan itu benar sekali pun dia tidak ada lokus standi untuk berbuat demikian. Ahli Pas tidak akan mendengar cadangan dari orang yang fasik dan murtad dari politik. Apa boleh Hasan lakukan hanya menyerang sendiri sehingga Nik Aziz jatuh. Tindakan dan cadangan Hasan itu sedarjah dengan cadangan Abdullah Samaah sahaja. Siapa dia Abdullah Samaah? Saya bersetuju dengan pandangan Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, ahli Pas tidak pernah terasa sakit hati dengan pandangan politik Nik Aziz. Sebaliknya ahli Pas sakit hati, terkilan, kecewa dan terhiris dengan perbuatan Hasan Akidah yang menjadi agen musuh dan berbaik dengan Umno. Siang malam round negara memburukkan Pas. Jenis tidak tahu berterima kasih kepada orang memberi budi menjadikan kedudukan dan darjah Hasan sama dengan si Salentia saja. Eloklah Hasan menjaga dirinya dan tidak payah membuat komen kepada mana-mana pemimpin Pas. Hasan perlu memastikan Pas Selangor akan kalah teruk dalam pilihan raya nanti untuk memastikan survivenya selamat. Apabila isteri sudah ada dua kerja pun kena kuat sedikit. Hasan dan beberapa orang pengikutnya yang 12 orang itu kena pastikan Umno akan mengambil mereka bertanding dalam pilhan raya untuk menganggu undi Pas. Pastikan duit untuk deposit RM5,000 untuk kerusi Dun dijelaskan... jangan pula teraniaya... Umno hanya taja dan janji tetapi Hasan kena cari duit dari orang kaya lain. Berpakatlah dengan bekas timbalan presiden Pas dan beberapa ali parlimen yang mengkhianati janji dengan majikan dan rakyat itu. Cuba bersatu dan lancarkan gerakan secara gentlemen untuk menghancurkan Pas. Cubalah. Membaca cadangan Hasan itu, beliau mencadangkan agar Haron menjadi mursyidul am Pas yang dianggap layak, saya dapat agakkan apa yang ada dalam tempurung kepalanya. Hasan mungkin masih berharap Haron Din membelanya. Jauh dari itu mahukan Hasan menguasi Pas untuk membolehkan dia dikembalikan semula ke dalam Pas. Hoi Hasan sedarlah sikit. Diri anda tidak sama nilai dengan diri Mahathir Mohamed yang digilai Umno dan dianggap sebagai tunggul keramat. Pas sebagai parti Islam tidak akan teruja dengan orang-orang berperwatakan Abdullah bin Ubai. Betapa hebat, kaya, petah panadia sandiwara, Pas tidak akan sedia untuk menerima para munafik dalam perjuangan. Pas rela kalah bersama laskar kampung yang setia, ikhlas dan jujur. Kepada Hasan Akidah berhentilah menjual ubat di dalam Pas sebab pembeli sudah tahu mujarab atau tidak ubat dijaja Hasan. Sebaiknya Hasan juga berhentilah membubuh anak tikus dalam seluar dalam seperti Mahathir, bagi mengelakkan malu besar. Awas. [wm.kl.2:56 pm 13/10/12] |
Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros Posted: 12 Oct 2012 07:04 PM PDT ULASAN SABTU Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia. Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010. Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros. Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu. Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek. Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini. Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar. Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri. Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila. Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib. Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan. Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya. Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka. Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Malaysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir. [wm.kl.9:51 am 13/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan