Blog-list Malaysia |
- Noh Omar seleweng fakta, tuduh PKNS jual aset
- Panas - Dr Asri Belasah Fathul Bari
- PKR tangkis dakwaan Anwar gagalkan 'agenda Melayu'
- Agenda Sulit DAP & MCA - Hasan Ali Buat Lawak Lagi..
- KEADILAN ke Bank Negara, gesa siasatan RM40 juta Musa Aman
Noh Omar seleweng fakta, tuduh PKNS jual aset Posted: 24 Oct 2012 09:03 PM PDT 25 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor terus menerus mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC). Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes. Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki. Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar. - KL Daily - |
Panas - Dr Asri Belasah Fathul Bari Posted: 24 Oct 2012 08:22 PM PDT Mantan mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Asri Zainal Abidin semalam telah memberikan jawapan yang pedas kepada Ulamak Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulamak muda itu yang menolak hujjan Dr.Asri bahawa ulamak-ulamak yang menyertai UMNO telah hanyut. Di dalam datu mesejnya melalui Twitter, Dr. Ari menyelar ulamak muda berkenaan dengan menulis: Bla dijemput berwacana x dtg, lepas tu komen tak puashati. Politik wang disebut sendiri oleh wakil (UMNO) sendiri Dr Mohd Asri sebelum ini berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang. Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno. Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut." "Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian. Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik. "Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri. Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur. "Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat. "Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin. "Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur," jelas beliau lagi. -GB |
PKR tangkis dakwaan Anwar gagalkan 'agenda Melayu' Posted: 24 Oct 2012 05:39 PM PDT Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menangkis dakwaan bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan "agenda Melayu" dengan memberi lesen perbankan kepada golongan bukan Melayu. Nik Nazmi berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana pemimpin Melayu, termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga mempunyai kepentingan besar dalam bank yang didakwa dimiliki kumpulan bukan Melayu – Alliance Finance Group Bhd (AFG). "Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. "Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya Nik Nazmi yang merujuk kepada penyelamatan Petronas ke atas Konsortium Perkapalan Berhad yang menanggung kerugian RM2 bilion semasa krisis kewangan Asia 1997. Konsortium Perkapalan Berhad pada masa itu dimiliki Datuk Mirzan Mahathir yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. ADUN Seri Setia itu berkata, hubungan Daim dan AFG bermula sejak 1982 apabila bekas menteri itu membeli Malaysian French Bank, yang dikemudiannya dinamakan sebagai Multi-Purpose Bank. Menurutnya lagi, Daim dikatakan memiliki 14.8 peratus kepentingan dalam Langkah Bahagia Sdn Bhd, yang turut memiliki kepentingan dalam AFG bersama syarikat pelaburan Singapura Temasek Holdings Ltd. Multi-Purpose kemudiannya digabungkan dengan enam lagi institusi kewangan lain, termasuk International Bank Malaysia Bhd yang dimiliki Langkah Bahagia untuk membentuk AFG, katanya. "Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa," kata Nik Nazmi. Nik Nazmi bagaimanapun tidak membangkitkan mengenai satu lagi kumpulan perbankan yang turut disebut Sanusi – Hong Leong Group. Bekas menteri itu semalam dipetik laman The Malaysian Insider sebagai berkata, Anwar menggagalkan agenda Melayu Mahathir dengan memberi lesen kepada Hong Leong dan AFG. Menurut laporan itu, Sanusi mendakwa Mahathir dan Daim mengangkat dasar anti-Yahudi Jerman dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu bagi mengawal ekonomi. Mahathir bagaimanapun menjelaskan, ia "mungkin dianggap anti-Yahudi tetapi ia bertujuan membangunkan Malaysia." |
Agenda Sulit DAP & MCA - Hasan Ali Buat Lawak Lagi.. Posted: 24 Oct 2012 06:58 AM PDT Hasan Ali syaki MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina "Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu "grand design" merentasi fahaman dan aliran politik. "Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini. "Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor. Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud. Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13. Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini. Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS. "Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu. NONE"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. "Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya. Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini. "Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya. Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya. "Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? "Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? "Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya. |
KEADILAN ke Bank Negara, gesa siasatan RM40 juta Musa Aman Posted: 24 Oct 2012 04:43 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Oktober: KEADILAN akan melaporkan kepada Bank Negara esok berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin sebelum ini menjamin kewibawaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan reputasi Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam menjalankan kawalan dan pemantauan kewangan. "(Ketika itu) dia merujuk isu dana asing Suaram (Suara Rakyat Malaysia)…Kita tak pertikai kewibawaan BNM (tapi) jangan hanya hebat bila siasat Suaram. "(Justeru) sebagai parti politik yang bertanggungjawab, KEADILAN putuskan untuk ke BNM dan bantu (BNM) dengan memetik Akta 613 (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang beri sebab kukuh untuk BNM ambil tindakan seterusnya," kata Ahli Parlimen Machang itu pada sidang media di Parlimen hari ini. Pada 2008, ahli perniagaan, Michael Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia kemudian memberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang itu untuk Musa. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya. Siasat bawah Akta 613 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN telah mengumpul bukti dan maklumat bagi membolehkan laporan dibuat kepada BNM di bawah Akta 163. Menurutnya, mengikut Seksyen 14 Akta 613, sebuah institusi kewangan perlu melaporkan segera kepada BNM jika ada kakitangannya mengesyaki wujud pemindahan wang bersabit kegiatan haram atau hasil dari kegiatan haram. "Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (22 Oktober lalu) bahawa wang itu dibekukan pihak berkuasa Hong Kong jelas tunjukkan asas untuk mengesyaki ia berpunca dari kegiatan haram. "Kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa wang itu dipindah ke akaun peribadi seorang pemimpin Umno Sabah patutnya segera timbulkan syak wasangka, kerana pendapatan ahli politik di Malaysia tidaklah seberapa," katanya. Jelas Rafizi, Seksyen 16(3) akta sama pula menyatakan institusi kewangan wajib ambil semua langkah yang perlu untuk menjejaki identiti pemilik wang, lebih-lebih lagi jika libatkan pemegang akaun yang tidak ada sebarang aktiviti perniagaan dari negara asal wang itu dipindahkan. "Kenyataan Nazri bahawa wang itu milik Umno serta keterangan Wilfred ia dipindah ke akaun peribadi adalah contoh salah laku yang perlu dilapor di bawah seksyen ini," katanya. KEADILAN percaya BNM punya asas kukuh untuk mulakan siasatan dan kuasa yang luas untuk menyiasat individu yang terlibat. "Akta 613 wajibkan bank siasat individu terlibat dan jika pemindahan wang tiada kaitan dengan operasi perniagaan di luar negara, ia asas kukuh untuk laporkan kepada BNM agar siasatan dimulakan," katanya. "Umno cuba pertahankan perkara yang tidak boleh dipertahankan…mereka silap kalau ingat rakyat akan terima sahaja (alasan yang diberikan)," tegas Rafizi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38434 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan