Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) |
Hadkan penjualan nasi lemak disekolah: NASI LEMAK MAKANAN TERBAIK UNTUK BADAN..! Posted: 21 Apr 2011 11:58 PM PDT KUALA LUMPUT 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan. "Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.
"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya. - www.selangorkini --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kenapa tiba-tiba heboh pasal nasi lemak punca kanak-kanak gemuk? Menteripun cepat-cepat bagi komen pasal obesiti ini. Adakah mereka gemuk kerana makan nasi lemakkah? Hal sekecil ini betul-betul menggelikan hati! Apa tidaknya? Hal sekecil ini tiba-tiba mendapat liputan meluas dengan pelbagai pakar dari pelbagai institusi turut terpanggil dengan masalah GEMUK! NASI LEMAK mengandungi 5 bahan utama yang diperlukan badan! Sains mengakuinya factor ini. Nasi lemak mengandungi; 1. Karbohidrat 2. Protein 3. Vitamin 4. lemak 5. garam galian Budak tahun 5 pun dah didedahkan perkara ini. Kenapa VVIP di Malaysia tiba-tiba risau pasal NASI LEMAK sampai ada menteri yang melawat kantin-kantin sekolah. Yang membuat rakyat Malaysia GEMUK bukan NASI LEMAK! Tetapi makanan moden! KFC, MARY BROWN, SUGARBUN, McDONALD, FIZZA, AISKRIM, SOSEJ, HOTDOG, ROTI JOHN, dan beratus-ratus jenis lagi…! Kenapa pula menteri-menteri tidak memantau semua premis makanan moden ini? Very doubtful! Semua menteri yang ada pada hari ini tidak gemukpun! Walaupun dari kecil mereka menjamah nasi lemak! Saya 100% yakin tidak seorangpun menteri hari ini 'Lahir sahaja terus makan KFC dan semua makanan moden di atas!' Itu belum termasuk makanan hebat-hebat di hotel-hotel! Tolonglah jangan perbesarkan perkara sekecil ini! Kesian makcik-makcik yang baru sahaja cuba menambah pendapatan secara kecil-kecilan dengan berjual nasi lemak. Rezeki tidak seberapa inipun kita nak sekat! Kita bukan hidup di zaman Firaun! Please Mssrs….jangan mudah melatah! oleh Om Tomato Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com |
You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan