Biaqpila |
- NAK KAWIN DUA TETAP KENA MINTA IZIN DULU BRO
- NAJIB AKAN JADI DUTA KE MONGOLIA ??? KAH! KAH! KAH!
- Seekor Kamera AES Berharga RM120,000 Dah Jadi Arwah
- Ingat bapak dia punya jet?
NAK KAWIN DUA TETAP KENA MINTA IZIN DULU BRO Posted: 22 Oct 2012 05:00 AM PDT Lelaki Pulau Pinang masih perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru GEORGE TOWN 22 Okt — Jika anda fikir berpindah ke Pulau Pinang untuk berkahwin dua dengan rahsia anda akan dapati bahawa anda masih lagi memerlukan proses yang sama seperti negeri lain. Exco Agama Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abu Kassim menolak laporan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan lelaki Islam tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru dengan berkata undang-undang Syariah di Pulau Pinang adalah sama seperti di negeri lain. "Ini cuma kempen kotor Utusan untuk memastikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat PR dilihat sebagai teruk " katanya lagi. Beliau berkata lelaki di Pulau Pinang yang mahu berkahwin baru masih memerlukan prosedur termasuk mendapatkan kebenaran isteri pertama."Ini adalah undang-undang yang tak pernah kami ubah sama seperti negeri lain " katanya lagi. Minggu lalu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa lelaki Islam di Pulau Pinang boleh berkahwin baru tanpa kebenaran isteri pertamanya.Laporan itu menyebut nama pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussein. TMI |
NAJIB AKAN JADI DUTA KE MONGOLIA ??? KAH! KAH! KAH! Posted: 22 Oct 2012 01:00 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'."Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting. "Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia," katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam. Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN. "Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat. "Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan', iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin. Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. kl-today |
Seekor Kamera AES Berharga RM120,000 Dah Jadi Arwah Posted: 22 Oct 2012 12:27 AM PDT Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya. Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus. Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu. Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti. Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome. greenboc |
Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat. Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu. "Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik. "Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya. Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu. Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan. "Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri. Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut. Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar. Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam. Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam. MK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan