Anak Sungai Derhaka |
- Alamak!! Pencacai UMNO nak lontar cat warna apa pulak kat Treler DAP ni?
- Alahaiii.. banyak ni saja samseng UMNO ambil upah untuk ganggu Jelajah Merdeka Rakyat?
- Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat..
- Naib Canselor UiTM benarkan PERKASA kempen untuk UMNO dalam Kampusnya..
- Tak dapat bas Jelajah Merdeka Rakyat.. Banner pun jadilah..
Alamak!! Pencacai UMNO nak lontar cat warna apa pulak kat Treler DAP ni? Posted: 28 Oct 2012 06:32 AM PDT Ini adalah jentera perang Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan kod nama "Dream Machine" yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng di Seremban tengahari tadi (28 Oktober 2012). Hampir sama dengan Treler yang digunakan oleh PKR dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat, yang membezakannya ialah seluruh treler ini adalah pentas bergerak. Dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan juga sistem bunyi malah ianya juga dilengkapi dengan bumbung bagi melindungi penceramah dari hujan.
Ianya akan digunakan pertama kali dalam program Himpunan Bangkit Rakyat di Seremban pada 3 November 2012. Selain dari digunakan oleh pemimpin dari DAP dan Pakatan Rakyat, Treler ini dipercayai bakal menjadi sumber pendapatan kepada pencacai UMNO dengan mengambil upah membaling cat.. Pencacai UMNO tentu suka... tapi kena cari cat warna lainlah pulak..sebab kecuali kepalanya hampir keseluruhan treler ini berwarna merah. Kalau baling dengan cat berwarna merah susah nak dibuktikan yang mereka sudah lontar treler DAP itu dengan cat merah.. nanti tak boleh nak claim pulak.. Tengok treler ni transform jadi pentas ceramah.. | ||||
Alahaiii.. banyak ni saja samseng UMNO ambil upah untuk ganggu Jelajah Merdeka Rakyat? Posted: 28 Oct 2012 03:13 AM PDT Satu perkembangan yang menarik.. semakin hari semakin berkurangan samseng-samseng UMNO yang mengambil upah untuk menganggu program Jelajah Merdeka Rakyat ini.. Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah... Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor. Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut. Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi. Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka. Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu. Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini ~ PASPB | ||||
Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat.. Posted: 27 Oct 2012 11:20 PM PDT Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam. "Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan.. BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims. Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud.. Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia.. Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO.. 50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO.. | ||||
Naib Canselor UiTM benarkan PERKASA kempen untuk UMNO dalam Kampusnya.. Posted: 27 Oct 2012 07:00 PM PDT Lidah biawak rupanya Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Sahol Hamid ni.. dulu dia kata institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar. Sebabnya dulu dia kata "Adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah-belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya". Tapi 21 Oktober lalu dia sendiri pula yang membenarkan pihak PERKASA mengadakan Persidangan Khas Tahunan Perkasa Negeri Selangor kali ke 2 di di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam. Bagaimanapun meskipun ianya diadakan di dalam UiTM sendiri, ianya gagal menarik minat para pelajar UiTM sendiri untuk hadir. Berikutan itu Admin FB PERKASA Selangor melahirkan kekecewaannya dalam FB milik PERKASA Selangor itu..
Kesiannya kat dia... dah tak ada sambutan nak menipu pula.. kononnya Perkasa lah yang mempertahankan UiTM.. tapi nak pertahankan dari serangan siapa? Kadar yuran yang rendah itu pun sememangnya telah dilaksanakan dari sebelum Perkasa ujud lagi jadi tak ada kena mengena dengan Perkasa. Ini kemusykilan seorang pelajar UiTM sendiri.. bacalah.. Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar. Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar. Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya. Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa. Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam. Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan. Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'. Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir. Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA. Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen. Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya : a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina. b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas. c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi. d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi. Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti. Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah. Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil . Sila lihat nama nombor 6 pada imej di atas.. Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon. Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ? Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan? SAYA MUSYKIL Waallahualam.. MEGAT HIDAYAT, INSTITUT TEKNOLOGI MARA. | ||||
Tak dapat bas Jelajah Merdeka Rakyat.. Banner pun jadilah.. Posted: 27 Oct 2012 10:24 AM PDT Tak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan banner di atas yang menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO. Mungkin kerana budget untuk membiayai kerja-kerja haram jadah mereka semakin kecil sekarang ini, mereka tidak lagi mampu untuk membeli cat merah bagi digunakan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat. Selain itu tindakan mereka ini dipercayai juga adalah sebagai membalas dendam bilamana mereka telah gagal untuk membaling cat merah terhadap jet peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini.. Oleh itu dengan berbekalkan pisau lipat berharga 20 sen, Banner hebahan Jelajah Merdeka Rakyat menjadi mangsa keganasan mereka. Banner yang digantung di persimpangan sebuah jalan menghala ke Pekan Sungai Besi ini telah didapati menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO petang tadi. Program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba di Pekan Sungai Besi jam 10.00 pagi 28 Oktober ini. Turut menyertai jelajah itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan lain. Berikut ialah jaduah jelajah itu: 10 pagi: Pekan Sungai Besi, bersebelahan Balai Polis Sungai Besi. 12.30 tengah hari: Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang 3.00 petang: Padang Sepaktakraw, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam 5.00 petang: Felda Sungai Tengi Selatan 7.00 malam: Solat & tazkirah Maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. 9 hingga 10 malam: Pekan Rasa 9 hingga 12 tengah malam: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. Penceramah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan N Surendran. Sumber gambar datangnya dari sini ( Batu vs Kayu ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan