Ahad, 28 Oktober 2012

Addin

Addin


Kantoi!! Rupanya PKNS Dapat Kelulusan Kementerian Kewangan

Posted: 28 Oct 2012 08:09 AM PDT

TANJUNG KARANG - Tindakan kerajaan negeri menggabungkan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS) untuk dipindah milik kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS telah mendapat persetujuan daripada Perbendaharaan Negara.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS Datin Paduka Norazlina Zakaria sudah memperjelaskan isu tersebut termasuk kelulusan pihak Kementerian Kewangan.

Justeru itu, katanya, beliau tidak perlu menjawab isu itu kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai penjelasan rancangan penggabungan lima aset komersial PKNS bernilai RM321 jutaitu.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKNS, berkata demikian kepada pemberita pada satu majlis Aidiladha di sini hari ini.Pada majlis Korban Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendesak Menteri Besar itu memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Lima aset PKNS tersebut ialah SACC Mall, Shah Alam, Menara PKNS, Petaling Jaya, Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi serta Wisma Yakin di Kuala Lumpur. 



Iklan


Gambar Gelagat Pencacai Umno Buat Onar Ketika Jelajah Merdeka Rakyat

Posted: 28 Oct 2012 06:17 AM PDT


Semalam kita dapat maklumat bahawa samseng United Malays National Organization, Umno akan mengganas mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat rujuk sini [Samseng].

Seperti yang dijangkakan, memang benar adalah beberapa kerat samseng membuat provokasi dengan membawa sepanduk dan poster buatan sendiri dengan perkataan-perkataan lucah. Bagaimanapun, barangkali kerana gerakan mereka berjaya dihidu lebih awal, maka tiada kejadian tidak diingini.

Kesian, sama ada upah kurang lumayan, atau mereka sendiri malu untuk beraksi tidak dapat dipastikan. Peserta konvoi bersama Anwar Ibrahim dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hanya mampu ketawa melihat gelagat beruk-beruk ini.Ketika gambar mereka diambil, difahamkan mereka cuba menyembunyikan wajah mereka daripada dirakam. ~milosuam


Iklan

Dalam Diam Noh Omar Ludah Ke Muka Najib

Posted: 28 Oct 2012 04:45 AM PDT

Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13. Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. 

Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.
PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu.

Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had. ~KLdaily


Iklan

DS Nizar Jamaluddin Bermandi Darah Di Trong

Posted: 28 Oct 2012 01:05 AM PDT


Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (lahir Mac 17, 1957) adalah yang bekas Menteri Besar (MB) negeri Perak. Nizar Jamaluddin merupakan setiausaha Parti PAS Cawangan Perak. Nizar telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 tetapi digulingkan pada Januari 2009.

Nizar mengetuai gabungan Pakatan Rakyat di Perak yang terdiri terutamanya daripada ahli terutamanya dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan partinya sendiri, PAS. Nizar adalah MB pertama dari gabungan Pakatan Rakyat.Dilantik oleh Putera Mahkota Perak Raja Nazrin Shah.

Pelantikannya telah diselubungi kontroversi, terutamanya kerana parti itu adalah parti terkecil dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Beliau mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008 bersamaan hari lahir 51 beliau. Nizar Jamaluddin adalah graduan kejuruteraan dari Universiti Aston di Birmingham, United Kingdom.

Beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Datuk Seri DiRaja Tajol Rosli Mohd. Ghazali daripada Barisan Nasional. Nizar adalah anak kacukan melayu (bapa) dan cina (ibu).darah memercik ke muka dan baju DS Nizar ketika melaksanakan sembelihan

Siapa yang berani menyembelih haiwan dia memang berhati waja. Si bacul tidak akan menyembelih malah melihat darah pun dia pitam. Melihat lembu diikat pun dia sudah nangis ma. 



Iklan

Akhlak Umno Selangor Terpuji. Ini Buktinya

Posted: 27 Oct 2012 11:15 PM PDT


Siri Jelajah Merdeka Rakyat hari ini diteruskan di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor biarpun terdapat cubaan mengganggu program tersebut sejak malam tadi terutamanya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang tiba dari Pulau Pinang malam tadi tiba di Pekan Sungai Besi, kira-kira 15 kilometer dari pusat bandaraya dan disambut ahli parlimennya yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Ampang yang juga timbalan pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Menurut laman sosial Twitter KEADILAN, sebanyak 18 buah kain rentang sekitar Bandar Tun Razak dirosakkan dipercayai dilakukan samseng Umno yang diupah khas bagi mengganggu kelancaran program yang bermula dari jam 9 pagi tadi.Dianggarkan seramai lebih seribu masyarakat setempat dari Bandar Tasik Selatan, Cheras dan Jalan Klang Lama turut hadir bagi menyambut ketibaan Anwar dan rombongannya dengan bas khas dua tingkat yang disewa khas Khalid.

Anwar dalam ucapannya menyifatkan sambutan di Bandar Tun Razak sebagai sesuatipu yang positif di samping menekankan pentingnya tidak melakukan tindak balas provokasi yang dilakukan Umno sejak berita mengenai van skuad sayang milik wanita parti itu kononnya disabotaj semalam.

Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pernah melakukan lawatan ke sini pada Julai lalu pun tidak mendapat sambutan semeriah ini menurut penduduk yang ditemui di majlis Anwar sebentar tadi.



Iklan

Gambar Banner Merdeka Rakyat Di Carik- Carik Tersebar

Posted: 27 Oct 2012 07:51 PM PDT


Kita faham, tindakan ini merupakan satu perbuatan sabotaj terhadap program Merdeka Rakyat. Ini berikutan maklumat tentang lokasi, masa dan tarikh program Merdeka Rakyat yang tercatat di atas banner sudah tidak dapat dibaca.

Bila maklumat yang tertulis di atas banner sudah tidak dapat dibaca, maka penggantungan banner ini yang bertujuan mengajak orang ramai menyertai program Merdeka Rakyat menjadi sia-sia.Maka persoalannya tangan siapakah yang melakukan perbuatan khianat ini?




Iklan

DBKL Kejam!!

Posted: 27 Oct 2012 05:34 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Oktober: Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan 'DBKL balik', 'Kami bayar cukai' dan '1Malaysia? apa ini!?

Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

"DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan."Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi," katanya.

Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah 'kejam'."Ini kejam.

Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka."Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi," kata Leonard.Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut."Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen," kata Irwan. ~kd




Iklan

Tiada ulasan: