Selasa, 9 Oktober 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


SEMAKIN HARI SEMAKIN NYANYUK ORANG TUA NIE!...

Posted: 08 Oct 2012 04:17 PM PDT




KUALA LUMPUR 15 Dis. – 'Lawan menjadi kawan' apabila isu yang dibincangkan adalah mengenai soal keamanan dunia dan tanggapan itu menjadi kenyataan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa empat mata dengan orang yang pernah digelarnya 'penyangak mata wang', George Soros.

"Terdapat beberapa perkara kami bersependapat seperti masalah di Palestin, mengenai tindakan sepihak Amerika dan kesilapan-kesilapan (yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika George) Bush," kata bekas Perdana Menteri itu.

Soros yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility, ingin bertemu Dr. Mahathir yang pernah menuduhnya sebagai bertanggungjawab menyerang mata wang negara-negara Asia sehingga menyebabkan berlakunya krisis ekonomi di sebahagian besar Asia pada 1997/1998.
Bagaimanapun, isu mengenai kewangan tidak banyak disentuh dalam pertemuan itu yang diadakan di Hotel JW Mariott di sini.

Sebaliknya Soros memberitahu bahawa alasan beliau ingin bertemu Dr. Mahathir ialah kerana beliau berkongsi minat dengan bekas Perdana Menteri itu untuk mempromosikan keamanan dunia selepas kedua-dua mereka saling berutus surat.

Pada sidang akhbar kemudian, Dr. Mahathir berkata, beliau menerima penjelasan Soros bahawa beliau secara peribadi tidak terlibat dalam spekulasi mata wang itu dan kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pedagang-pedagang mata wang yang lain. Selanjutnya...

Tiada ulasan: