Isnin, 15 Oktober 2012

Addin

Addin


Parlimen Bubar 22 Januari 2013

Posted: 15 Oct 2012 09:05 AM PDT

Setelah lama menunggu bilakah tarikh pembubaran parlimen yang sekian lama dinantikan seluruh rakyat, akhirnya penantian berakhir juga!Puas berteka-teki mengenai bilakah tarikh parlimen akan dibubar seterusnya pilihanraya umum diadakan, nampaknya impian kini terlaksana! Bagaimanapun, jangan terkejut apabila parlimen yang dimaksudkan bukannya parlimen Malaysia sebaliknya negara haram Israel yang mengumumkan parlimennya akan dibubarkan pada 22 Januari 2013 bagi memilih ahli parlimen yang lebih dikenali dengan nama Knesset ke-19 dalam sejarah negara haram itu.



Perdana menteri rejim Yahudi laknatullah, Benjamin Netanyahu (kanan) mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media bersama jemaah kabinetnya yang bersetuju dengan tarikh tersebut di Tel Aviv sebentar tadi.

Seramai 65 ahli parlimen akan dipilih oleh lebih tiga juta pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Netanyahu yang mengetuai parti pemerintah, Likud dijangka tidak menghadapi masalah untuk memenangi pilihanraya tersebut walaupun parti pembangkang, Kadima yang bergabung dengan kerajaan pimpinannya pada 2009 mengancam akan keluar dari perikatan tersebut.

Bagi rakyat Malaysia sekali lagi kita dimalukan seluruh dunia apabila perdana menteri Najib Altantuya yang kini berada di Manila, Filipina masih tidak berani mengumumkan pilihanraya umum walaupun sudah berbelas kali melaungkan kesediaannya memanggil pilihanraya!

Ternyata Najib Altantuya cukup takut memanggil pilihanraya umum kerana hampir pasti BN akan kalah dan paling mengerikan, dia sendiri akan menghadapi perbicaraan di Paris, Perancis sebagai saksi peguambela bersabit skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang berkait dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. ~jalanpulang



Iklan




Rupanya Umno Tapis Laporan Audit, Sorok Penyelewengan NFC

Posted: 15 Oct 2012 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang hari ini tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai kepincangan dalam urus tadbir negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau berkata, kelewatan 27 hari pembentangan laporan itu memberi peluang kepada kerajaan Umno BN memilih isu-isu tertentu untuk diambil perhatian dan mengenepikan isu-isu besar yang dibangkitkan.

"Laporan Audit sepatutnya menyentuh mengenai laporan kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2011. Dalam tempoh itu, kita harap ada satu laporan spesifik mengenai isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tapi dalam laporan ini tidak mengandungi isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh itu.

"Kerajaan buat keputusan untuk membuat saringan mengenai isu apa yang lebih diutamakan untuk diisi dalam laporan tersebut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Azan berkata, kerajaan sepatutnya menyentuh isu-isu besar yang berlaku sepanjang tahun lalu termasuk penyelewengan projek NFC (National Feedlot Corporation), isu rumah pertamaku, hutang isi rumah dan lebihan perbelanjaan luar jangka.

"Tapi malangnya semua ini tidak kelihatan. Walaupun Laporan Audit itu ada, tetapi untuk tujuan dokumentasi untuk diserah kepada Ahli Parlimen, ia telah disaring," kata Azan. ~kd



Iklan




Indah Water Rugi RM1 Bilion - Audit

Posted: 15 Oct 2012 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.

"Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.

"Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya," tulis laporan tersebut.

Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai 'kurang memuaskan' dalam laporan tersebut.

"Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.

"Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan," jelas laporan berkenaan. ~kd


Iklan




Selak Kain, Sinsing Lengan Budaya Melayu - Shahrizat Jalil

Posted: 15 Oct 2012 04:57 AM PDT


KUALA LUMPUR 15 Oktober - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.

Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk 'bergaduh'."Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah."Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia," katanya.

Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.

Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno. Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai 'si Tanggang', Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.

"Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Mafizi itu ada di seluruh dunia.

"Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat," ujarnya.

Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.

"Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama," tempelak beliau.

Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei. Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu. ~kd




Iklan




Ketua Audit Negara Puji 4 Negeri Pakatan Rakyat

Posted: 15 Oct 2012 03:40 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. "

Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. ~mpr




Iklan



Naib Presiden PKR Tempelak Hishamuddin Hussein

Posted: 15 Oct 2012 12:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Datuk Seri Hishammuddin Hussein disifatkan sebagai menipu kerana tidak menepati janji kononnya mahu membela nasib rakyat tertindas termasuk enggan bertindak terhadap kes tembakan polis terhadap ibu tunggal, Norizan Salleh, 32.

Demikian tempelak Naib Presiden KEADILAN, N Surendran terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu berhubung serangan tersebut, tiga tahun lalu.

"Dua tahun lepas, saya berjumpa Hishamuddin di Parlimen, beliau janji akan siasat sepenuhnya kes ini, tapi sampai sekarang langsung tiada tindakan dan siasatan, malah kawad cam pun tiada.

"Hishammuddin juga janji akan bayar bil perubatan mangsa (Norizan) yang mencecah hampir RM20,000, tapi sekali lagi beliau tipu," katanya kepada Keadilan Daily.

Menurut Surendran, sikap Hishammuddin itu jelas mencerminkan ketidakprihatinan pemimpin Umno BN terhadap nasib rakyat di bawah.

"Konon Janji Ditepati, tapi Umno langsung tak boleh dipercayai, mungkir janji dan zalim apatah lagi terhadap seorang ibu tunggal seperti mangsa dalam kes ini," tegas Surendran.

"Saya berani kata Hishammuddin seorang pendusta, saya cabar dia saman kalau saya cakap tak betul," tegas Surendran.

Surendran mewakili Norizan memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berhubung kes serangan polis pada 30 Oktober 2009.

Beberapa das tembakan polis kena pada pergelangan tangan, bahu dan tulang rusuk Norizan selain turut ditendang serta dipijak polis yang menaiki kereta peronda.

Peguam lain yang turut mewakili Norizan adalah Latheefa Koya dan Afiq Mohd Noor.

Norizan menamakan Mohd Firdaus – anggota polis yang melepaskan tembakan, Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. ~kd



Iklan



(Gambar) Adun DAP Bukan Islam Dengar Kuliah Agama

Posted: 15 Oct 2012 12:37 AM PDT


Kelihatan di dalam gambar di atas, Adun DAP Perak, YB Lee Boon Chai- Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar kuliah agama.

Lokasi sebenar masjid ini tidak berapa pasti, mungkin sekitar Ipoh. DAP berkawan dengan PAS, makin dengan Islam. Tetapi MCA berkawan dengan Umno, Umno sokong MCA tolak hudud..




Iklan



Gambar Zambry Kadir Di Simbah Cat Merah Tersebar

Posted: 14 Oct 2012 11:37 PM PDT


Walaupun Addin tak suka perangai Zambry Kadir tetapi bukan bermakna setuju perkara sebegini berlaku. Ini salah satu perbuatan yang terkutuk. Budaya vandalisme..

Ini bukan cara seorang muslim sejati. Kita kritik dan tegur untuk menegakkan kebenaran tetapi bukan cara seperti ini.

Addin sarankan sekiranya benar penyokong Pakatan Rakyat melakukan perkara tak bertamadun ini, eloklah daftar sebagai ahli Umno. Ini kerana Umno sahaja suka membaling cat merah (baca sini dan sini).



Foto ~fb


Iklan




Akibat Rating Jatuh Merundum, TV3 Bakal Gulung Tikar?

Posted: 14 Oct 2012 09:14 PM PDT

TV3 sedang merudum 'rating'nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat 'rating' yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu. Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu.

Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.

Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku keatas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.

Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan di jangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.

Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran 'professional' tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap 'tidak professional' TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.

TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat.

Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.

Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai 'inclination' masing-masing terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini.

Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang 'counter productive' terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.

Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.

Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.

Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang 'intensity' pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu.

Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala 'glamour' yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu.

Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.

Kita cuba untuk tidak menonton TV3 buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita. ~mpr




Iklan




BN Akan Jadi Parti Pembangkang Di Sabah.. Ini Buktinya

Posted: 14 Oct 2012 06:43 PM PDT

KENINGAU - Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN, semalam.

Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.

Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.

Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan.

"Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah.

Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong.

Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing. ~kd




Iklan




(Gambar & Video) Berduyun-Duyun Hadiri Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Di P.Pinang

Posted: 14 Oct 2012 06:00 PM PDT


Bagi mereka yang terlepas mengikuti ceramah mega Jelajah Merdeka Rakyat di Pulau Pinang yang diadakan di Tapak Ekspo Pertanian, Seberang Jaya malam tadi, berikut disediakan video rakaman yang sempat direkodkan menerusi Penang TV.

Jelajah Merdeka Rakyat yang bermula jam 12 tengah hari semalam diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan merentasi hampir seluruh negeri itu dan kemuncaknya adalah ceramah yang diadakan di atas bas khas dua tingkat diubahsuai menjadi pentas.


Turut berceramah adalah Ketua menteri, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS negeri, Saleh Man, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.




Lihat video di sini.


~jalanpulang




Iklan









Belanjawan Alternatif PR Cerminkan Kesedian Untuk Memerintah - Dr. Maszlee, Pensyarah UIA

Posted: 14 Oct 2012 04:44 PM PDT

SHAH ALAM - Pembentangan belanjawan alternatif oleh Pakatan Rakyat secara konsisten semenjak 2008 menunjukkan kesediaan mereka untuk memerintah sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.

Ini ditambah pula dalam situasi PR yang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan pusat untuk berbuat demikian dan sumber data yang terhad bagi merangka belanjawan mereka.

Belanjawan PR juga satu cabaran terhadap Kerajaan Pusat agar tidak sekadar membentangkan belanjawan yang bermanfaat kepada rakyat, malah yang sihat untuk pertumbuhan ekonomi.

Demikian menurut Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik selepas program Wacana Sinar ini.

Beliau turut memberitahu, peruntukan wajar diberikan kepada PR bagi membolehkan mereka mewujudkan kabinet bayangan supaya pentadbiran kerajaan pusat dijalankan dengan telus serta terdapat kuasa kedua untuk periksa dan imbang.

"Amalan yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju di United Kingdom itu didapati mampu memberi kesan positif bagi melahirkan tadbir urus kerajaan yang baik," kata Dr Maszlee.

Peruntukan tersebut membolehkan kabinet bayangan mempunyai dana untuk membuat kajian dan urusan-urusan berkaitan demi melakukan pemantauan terhadap kabinet kerajaan.

Manakala Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan pula berkata, kabinet bayangan juga boleh diwujudkan di negeri-negeri yang diterajui PR. ~selangorku



Iklan





Tiada ulasan: