Sabtu, 22 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERKUNJUNG KE PEKAN, PAHANG MALAM INI

Posted: 22 Sep 2012 01:45 PM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS

BUATLAH sekadar yang termampu.  Boleh menulis, kita menulis, boleh memanjat pokok kita panjat pokok untuk pacakkan bendera.  Boleh memimpin, pimpinlah dengan baik.  Jika ada rezeki berlebihan, menyumbanglah untuk perjuangan.  Semua ada peranan sebenarnya.

Jika kita boleh bercakap sedikit sebanyak sekadar yang kita tahu, ayuh, kita bercakap di mana saja samada di rumah, di kedai kopi atau di pejabat.  Perang sekarang perang maklumat, siapa yang kuasai banyak maklumat dan sampaikan kesemua maklumat itu kepada yang lain maka peluang untuk berjaya amat cerah.

Malam ini (23/9/12) aku dijemput untuk berceramah di Markas PAS, Mengkasar, Pekan bagi membicarakan sedikit sebanyak tentang bekas-bekas tentera dan warga tentera.  Mengapa tentera perlu melakukan perubahan kepada tampuk pemerintahan, itu yang penting.  Bukan mengajak mereka menumbangkan kerajaan kerana kerajaan mesti sentiasa wujud selagi ada rakyat.  Tentera mesti difahamkan tentang perbezaan ini.

InsyaAllah, aku cuba huraikan setakat kemampuan aku malam ini.  Kepada rakan-rakan, termasuk wara tentera dan bekas tentera juga pasukan keselamatan yang lain, marilah malam ini kita raikan demokrasi dengan penuh tanggungjawab./wfauzdin.blogspot.com




Tiada ulasan: