Kelab Greenboc |
- 337 Penghuni “Minum Air Mayat” Tuntut RM100 Juta
- Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’
- Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab Mengapa....
- [JANJI DITEPATI] Ini Gambar Real, Bukan Super-Imposed, Di Malaysia Bukan Di Indon
- [WASPADA] Saman Automatik Bermula Malam Ini
- UKM: Pro-Mahasiswa Dah Menang 7 Kerusi Tanpa Bertanding
- [DASYAT] Dirogol Ketika Hadiri Temuduga
337 Penghuni “Minum Air Mayat” Tuntut RM100 Juta Posted: 23 Sep 2012 12:35 AM PDT Tawau – Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan. Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu. Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu. Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama. Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ. Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu. Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan. Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan. Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.– BERNAMA Penduduk 'Terguna' Air Mayat Reput Dalam Tangki Air |
Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’ Posted: 22 Sep 2012 10:28 PM PDT Klang – Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari. Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut. "Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor," katanya. "Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini," kata Dr Mohamad Farouk pada seminar 'Pregnant by Choice, Not by Chance or Force'. Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga. Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010. Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini. "Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda," katanya. Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun. Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital. Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi. Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an. Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut. Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka. Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit. Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing. "Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah. "Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga," katanya. Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka. "Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka. "Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling," katanya. Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM. Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini. "Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama," katanya. "Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM," katanya. Kes rogol: Lari berbogel minta bantuan Ulasan GB Hebat Malaysia yang dikatakan negara Islam tetapi bermacam alasan untuk tidak menjalankan hukum Islam. Terimalah bahananya ini... |
Najib Tahu UMNO BN Tumbang Pada PRU13, Itu Sebab Mengapa.... Posted: 22 Sep 2012 08:21 PM PDT Kata orang tua-tua, kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah... Begitulah, jika tak ada apa-apa masakan Najib merayu-rayi diberikan peluang sepenggal lagi... sepenggal saja lagi untuk UMNO BN memerintah negara.... PRU13 ditangguhkan dari hari ke hari, dari bulan ke bulan - pun belum terjumpa tarikh keramat yang dingininya kerana semua petunjuk tidak berpihak kepada UMNO BN. Orang yang yakin menang tidak perlu merayu-rayu, tetapi Najib menunjukkan sikapnya yang gelabah, yang kecut untuk menghadapi kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Maka itu, beliau tidak menyedari dengan rayuan itu, beliau memaparkan apa yang ada di dalam hati kecilnya itu... Mungkinkah pemerhatian GB sebelum ini, jangkahayat Najib menjadi PM lebih pendek dari Pak Lah bakal menjadi kenyataan? Sama-sama kita nantikan! klik untuk baca |
[JANJI DITEPATI] Ini Gambar Real, Bukan Super-Imposed, Di Malaysia Bukan Di Indon Posted: 22 Sep 2012 05:10 PM PDT Slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. ini lah dia hasil 55 tahun Umno memerintah Negara Bertuah ini. Masih ada rakyat anmenderita di tanah air sendiri.. Apakah ini di Kelantan yang dituduh sebagai negeri termiskin oleh Najib? Bukan! Tetapi di Sabah yang berada di bawah pemerintahan Umno/BN puluhan tahun.. Namun tiada perubahan apa-apa bagi rakyatnya... Itupun Najib tanpa segan silu minta diberikan peluang sepenggal lagi! Yang pasti, gambar tersebut bukan superimposed, ia hakiki.... ia realiti Umnooo ooo Umnooo, janji ditepati? |
[WASPADA] Saman Automatik Bermula Malam Ini Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT AES Mula Beroperasi Malam Ini PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat. Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. "Kamera AES dipasang di 'kawasan panas' atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu. Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran. "Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah. Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut. Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan. Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut. "Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES. "Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya. Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan. "Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut. "Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan," kata Solah. Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar |
UKM: Pro-Mahasiswa Dah Menang 7 Kerusi Tanpa Bertanding Posted: 22 Sep 2012 06:01 AM PDT Kumpulam Pro-Mahasiswa memenangi tujuh kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam. Kerusi-kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tiada cabaran sehingga tamat sesi pencalonan semalam. Kerusi tersebut membabitkan Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi dan Perubatan serta satu kerusi di peringkat umum. Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengesahkan kemenangan tujuh kerusi Pro-Mahasiswa tanpa bertanding di UKM. "Kami yakin 90 peratus daripada kerusi yang diperuntukkan di UKM milik Pro-Mahasiswa bagi pilihan raya kampus sesi 2012/2013 ini. "Tahun lepas juga kami menguasai UKM dan kami akan terus memperjuangkan kebajikan mahasiswa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, petang ini. Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan Pro-Mahasiswa dengan Aspirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini. Pengundian akan berlangsung Selasa ini. |
[DASYAT] Dirogol Ketika Hadiri Temuduga Posted: 22 Sep 2012 04:10 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa. Gambar: Lakaran suspek Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun. Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama. "Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara. "Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu," katanya. Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek. "Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun," katanya. Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan. Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan