Isnin, 17 September 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MARAHKAN DAP, PKR DAN PAS JADI MANGSA?

Posted: 17 Sep 2012 02:41 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan merapu Umno P.Pinang sepertimana yang disiarkan melalui Malaysiakini di SINI, jelas secara tidak langsung Umno seolah-olah mengaku mereka terlibat di dalam beberapa insiden provokasi terhadap Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Umno P.Pinang mendakwa bahawa sikap Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah Lim Guan Eng yang sering menimbulkan kebencian orang ramai, maka berlakulah perbuatan-perbuatan khianat seperti melontar cat dan sebagainya.  Tidak pula mereka menyebut apakah contoh "menimbulkan kebencian" yang telah dilakukan oleh pemimpin DAP tersebut.  

Lojikkah kerana DAP yang dikatakan menimbulkan kebencian itu, maka PKR dan PAS menjadi mangsa?  Adakah kerana di dalam setiap ucapan Lim Guan Eng yang menyeru rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mendedahkan keburukan serta penyelewengan Umno/Bn maka itu dikatakan perbuatan "menimbulkan kebencian"?

Umno P.Pinang seharusnya menyuluh muka mereka sendiri di cermin.  Siapakah yang menimbulkan kebencian sehingga sanggup menipu warga emas agar memulangkan kembali wang RM100 untuk warga emas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang kononnya wang tersebut hasil dari wang judi?  Akhirnya terbukti dakwaan mereka salah dan yang menjadi mangsa adalah warga emas tersebut.  

Tidakkah Umno P.Pinang melihat setiap malam di kaca TV dan setiap hari di akhbar Utusan bagaimana fitnah serta kerja memburukkan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan?  Bayangkan betapa dahsyatnya kerja Iblis yang dilakukan oleh media berkenaan sehingga sanggup menyiarkan aksi seks berupa bahan fitnah terhadap DS Anwar dan juga Azmin Ali yang sehingga kini mereka gagal bawa ke mahkamah.  Bukankah itu kerja "menimbulkan kebencian" malahan menyebarkan fitnah untuk menarik sokongan terhadap parti mereka?

Terlalu banyak bukti untuk kita tampilkan bagaimana Umno telah menjalankan usaha "menimbulkan kebencian" di kalangan rakyat agar rakyat menjauhkan diri dari Pakatan Rakyat.  Namun usaha mereka sia-sia kerana rakyat tidak sebodoh itu.  Rakyat kini lebih kenal Umno/Bn sebagaimana kita mengenali Syaitan yang sentiasa memusuhi amalan kebaikan dan menyeru kepada kemungkaran itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: